Carian Sumber

Cari sumber melalui satu atau sebarang gabungan kotak pilihan di bawah.
e.g. nilai murni
You don't have Javascript enabled. Hover for more information! But don't worry: you can still use this web site! You have two options:
  • enable Javascript in your browser and then refresh this page, for a much enhanced experience.
  • click the Update button every time you want to update the selection.

Selamat Datang ke ePKhas!

ePKhas adalah repositori sumber e-pengajaran dan pembelajaran multimedia untuk pendidikan khas. (Bantuan mengguna repositori)

Tujuan utama ePKhas:

  • membina dan menyebarkan sumber pembelajaran multimedia untuk kegunaan semua pendidik bidang pendidikan khas di Malaysia.

Sumber pembelajaran multimedia ePKhas:

  •  Rancangan Pengajaran Harian
  •  Objek Pembelajaran Multimedia
  •  Artikel Ringkas
  • Galeri Gambar
  • Penjana Lembaran Kerja
  • Buku Cerita Multimedia

 

Berpandukan kepada cogan kata USM "Memastikan Kelestarian Hari Esok", repositori ePKhas dibina supaya hasil kerja pensyarah pendidikan khas dengan guru pelatih boleh dilestarikan dan dikongsi bersama dengan para pendidik yang lain. Semua guru pendidikan khas juga digalakkan untuk menyumbang kepada repositori ini.

Kelebihan Menjadi Ahli:

  • Ahli biasa dapat membaca, pratonton dan muat turun sumber multimedia. Keahlian adalah percuma. (buka akaun baru)
  • Ahli penyumbang dapat menyumbang sumber multimedia kepada ePKhas.

Carian Sumber:

  • Isikan pilihan anda dalam kotak 'Carian Sumber' di atas .
  •  Klik pada menu Sumber Pengajaran.

 

Repositori ePKhas bagaikan sebuah 'rumah' untuk memuatkan sumber pembelajaran multimedia. Setakat ini, repositori ePKhas sudah siap dibina dan dalam proses penilaian. Walau bagaimanapun, masa diperlukan untuk mengisi 'rumah' tersebut dengan sumber pembelajaran multimedia. Oleh sebab itu, ahli digalakkan untuk selalu datang ke ePkhas untuk menyemak bahan baru yang akan dimuatkan ke dalam repositori ePKhas dari semasa ke semasa.

ePKhas juga mempunyai satu forum untuk memberi peluang kepada pendidik untuk berkolaborasi dan bertukar pandangan. (Forum).
_________
PENTING: ePKhas ingin menggalakkan perkongsian ilmu secara bertanggung-jawab antara para pendidik dan ingin melatih guru pelatih untuk membasmi tabiat menciplak/plagiat. Sekiranya repositori ePKhas ini dirujuk dalam sebarang penulisan, kerja kursus, atau persembahan anda,  sila nyatakan rujukan ini di dalam bibliografi anda:

Lee Lay Wah. (2007-2009). ePKhas: Repositori sumber e-pengajaran dan pembelajaran multimedia untuk pendidikan khas. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM. Website: http://epkhas.ses.usm.my
_________

Terima kasih.

Penasihat
Professor Dr. Abdul Rashid Mohamed
Dekan
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Ketua Program dan Perekabentuk ePKhas
Prof. Madya Dr. Lee Lay Wah
Pengerusi Rancangan (Pendidikan Khas)
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
lwah@usm.my atau mydyslexia@gmail.com

 

Penyelidikan ini telah ditajakan oleh Geran Penyelidikan Universiti Sains Malaysia bertajuk "Design, development and evaluation of an online multimedia learning objects-repository for special education". No Geran: 1001/PGURU/817005

 

Berita dan Pengumuman

Anugerah Pingat Emas untuk ePKhas

Diserahkan oleh siteadmin pada Rabu, 16/12/2009 - 12:49.

ePKhas telah memenangi Anugerah Pingat Emas pada bulan Mei 2009 di Pertandingan Penyelidikan Pendidikan Nusantara 2009.