Sumber Lain / Artikel

Galeri Gambar ePKhas

Galeri Gambar ePKhas-Lee

oleh Dr Lee Lay Wah

Murid berkeperluan khas biasanya perlu sokongan gambar untuk memahami sesuatu yang hendak dipelajari. Kerap kali maklumat daripada gambar atau visual lebih senang ditangkap oleh murid bermasalah pembelajaran berbanding dengan hanya maklumat lisan. Murid autisme biasanya memerlukan sokongan gambar untuk memahami sesuatu perkara.  Penerangan lisan ditambah dengan sokongan gambar merupakan kaedah yang sesuai untuk mengajar murid bermasalah pembelajaran.  baca lagi »

Dibaca 6222 kali

Membezakan Pengajaran

Membezakan Pengajaran untuk Murid Berkeperluan Khas

oleh Dr Lee Lay Wah

Salah satu cara untuk menyesuaikan pengajaran mengikut keperluan dan keupayaan murid adalah untuk membezakan tugasan yang diberikan kepada mereka. Contohnya lembaran kerja boleh dibezakan mengikut keupayaan murid berdasarkan tingkah laku yang perlu ditunjukkan oleh murid. Lembaran kerja Kemahiran Membaca Jam adalah salah satu contoh lembaran kerja yang telah dibezakan untuk murid berdasarkan tahap keupayaan masing-masing. Isi kandungan yang diajar adalah sama, tetapi keperluan tingkah laku daripada murid adalah berlainan.  baca lagi »

Dibaca 2908 kali

Menulis Objektif Pengajaran

Oleh Dr. Lee Lay Wah

Objektif pengajaran menerangkan hasil pengajaran yang diingini serta kriteria penilaian hasil pengajaran tersebut.  Objektif pengajaran ditulis berasaskan tingkah laku yang boleh dilihat sebab tingkah laku yang boleh dilihat sahaja yang boleh dinilai atau diukur. Penulisan objektif pengajaran biasanya merujuk kepada hasil analisis tugasan ataupun analisis isi kandungan sesuatu topik yang hendak diajar.   

Objektif pengajaran terdiri daripada empat komponen iaitu:  baca lagi »

Dibaca 10796 kali