Sumber Lain / Artikel

Rancangan Pengajaran Harian ePKhas-Lee

oleh Dr. Lee Lay Wah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ePKhas-Lee

Pengajaran yang berkesan bermula dengan perancangan dan reka bentuk pengajaran yang baik. Rancangan Pengajaran Harian ePKhas-Lee (Hakmilik © 2007 ePKhas)  dibina untuk tujuan menolong guru pendidikan khas membuat perancangan proses pengajaran-pembelajaran seharian mereka. RPH ePKhas-Lee  distrukturkan kepada ENAM peringkat.

1. Maklumat Awal Pelajaran  baca lagi »

Dibaca 11339 kali

Strategi Pengajaran ePKhas-Lee (Model+Bimbing+Cuba)

oleh: Lee Lay Wah

STRATEGI PENGAJARAN ePKhas-Lee: MODEL+ BIMBING + CUBA ©

Strategi pengajaran murid berkeperluan khas yang diamalkan oleh ePKhas adalah strategi yang dipanggil sebagai strategi ModelBimbingCuba (Hakmilik © 2007 ePKhas).

Strategi pengajaran ModelBimbingCuba terdiri daripada TIGA langkah, iaitu:

a. Guru Memodel
b. Guru Membimbing Murid
c. Murid Mencuba Secara Berdikari

MODEL

Strategi Model memerlukan guru pendidikan khas untuk menunjuk atau memodel sesuatu kemahiran/konsep yang hendak dipelajari kepada murid secara jelas dan nyata. 

Model yang biasa: guru  baca lagi »

Dibaca 4752 kali

Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran yang dirujuk dalam ePKhas termasuk Sukatan Pelajaran Masalah Pembelajaran  serta Sukatan Pelajaran aliran perdana, iaitu KBSM dan KBSR.  Sumber pembelajaran multimedia ePKhas untuk murid bermasalah pembelajaran dibina dengan merujuk kepada Sukatan Pelajaran Masalah Pembelajaran (Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia).  Sumber pembelajaran untuk murid masalah penglihatan dan masalah pendengaran pula dibina dengan merujuk kepada sukatan pelajaran KBSM dan KBSR.  baca lagi »

Dibaca 15044 kali

Sumber Pembelajaran Digital ePKhas

oleh Dr. Lee Lay Wah

Sumber Pembelajaran Digital ePKhas terdiri daripada tiga jenis sumber:
(i) Rancangan Pengajaran Harian,
(ii) Objek Pembelajaran Multimedia, serta
(iii) Artikel Ringkas
Gambar rajah 1 menunjukkan perkaitan semantik antara ketiga-tiga sumber tersebut. Perkaitan semantik dan perkaitan pedagogi antara ketiga-tiga sumber pembelajaran digital dititikberatkan dalam ePKhas sebab sumber-sumber tersebut dibina untuk menyokong satu sama lain. Perkaitan semantik dan pedagogi antara ketiga-tiga sumber ini adalah unik kepada ePKhas dan dihakciptakan © (2007).

Gambarajah 1: Perkaitan semantik dan pedagogi antara Sumber Pembelajaran Digital ePKhas ©.  baca lagi »

Dibaca 2301 kali

Analisis Tugasan

oleh Dr Lee Lay Wah

Analisis tugasan merupakan proses yang penting dalam perancangan dan pengajaran murid berkeperluan khas. Proses ini bertujuan untuk memecahkan sesuatu aktiviti yang lebih kompleks kepada langkah-langkah kecil yang ringkas. Langkah-langkah tersebut kemudian diorganisasi mengikut urutan yang bersesuaian. Pengajaran dilaksanakan mengikuti langkah-langkah kecil yang lebih ringkas. Hal ini bermaksud bahawa murid berkeperluan khas akan diajar langkah demi langkah sehingga mereka menguasai keseluruhan kemahiran sasaran. Kecekapan guru pendidikan khas adalah dalam menganalisiskan tugasan tersebut supaya bersesuaian dengan  tahap keupayaan murid berkeperluan khas mereka.  baca lagi »

Dibaca 5191 kali