2 (Sederhana)

Kebersihan Anggota Badan

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Syamela Binti Mohamad Narawi dan Saidatul Rabiah Bt Salleh

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.0 Kesihatan 2.3 Menjaga kebersihan
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini mengenai kebersihan dan kesihatan iaitu mengenal dan mengecam setiap bahagian anggota badan dan menamakan alat penjagaan diri dan fungsinya.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Menyebut dan melabel anggota badan dengan betul. 2. Menamakan alat penjagaan diri dengan betul. 3. Memadankan bahagian anggota badan dengan alat penjagaan diri dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah menggunakan alat penjagaan diri di rumah seperti sabun mandi.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Bersoal jawab tentang anggota badan yang dilihat dan disebut. 2. Murid melabel anggota badan dengan kad perkataan. 3. Guru memperkenal dan menamakan alat penjagaan diri serta fungsinya. 4. Murid melabel gambar alat penjagaan diri dengan menggunakan kad perkataan. 5. Murid membuat padanan alat penjagaan diri dengan bahagian-bahagian badan.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kad perkataan 2. Carta gambar anggota badan (rambut, telinga, mulut, hidung, tangan, mata, leher dan kaki). 3. Alat penjagaan diri (syampu rambut, sabun, sikat, tuala, minyak rambut dan lain-lain). 4. Rakaman video.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1) Guru memanggil seorang murid/model ke hadapan kelas.
2) Guru menamakan bahagian anggota badan yang ada pada dirinya.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1) Guru menyoal murid mengenai peralatan penjagaan diri yang biasa digunakan di rumah. 2) Guru menunjukkan alat penjagaan diri yang boleh digunakan untuk membersihkan bahagian anggota badan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan carta gambar anggota badan budak lelaki/perempuan. 2. Guru menyatakan bahawa murid juga mempunyai anggota badan yang sama seperti di dalam gambar tersebut. 3. Guru menjelaskan setiap bahagian anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan alat penjagaan diri yang sesuai. 4. Guru menyatakan isi pelajaran iaitu mengenal anggota badan serta alat penjagaan dirinya.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1) Guru menayangkan video mengenai memperkenalkan bahagian anggota badan manusia.
Langkah Kedua
1) Guru menyebut dan menamakan bahagian anggota badan. Guru menggunakan carta gambar budak lelaki/perempuan. 2) Guru memanggil seorang murid ke hadapan untuk menunjukkan bahagian anggota badannya kepada murid lain. 3) Guru menyuruh murid seorang demi seorang menunjukkan bahagian anggota badan yang disebutkan oleh guru. 4) Guru meminta murid melabel anggota badan dengan menggunakan kad perkataan. 5) Guru mengadakan aktiviti simulasi dalam situasi.
Langkah Ketiga
1) Guru menunjuk dan memperkenalkan alat penjagaan diri dan fungsinya. 2) Guru meminta murid menamakan alat penjagaan diri yang ditunjukkan. 3) Guru meminta murid melabel gambar alat penjagaan diri dengan menggunakan kad perkataan. 4) Latihan memadankan fungsi alat penjagaan diri dengan bahagian anggota badan. 5) Guru dan murid menyanyikan lagu ‘Bangun Pagi’ sambil melakukan gerakan membersihkan diri.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Lembaran kerja tersebut mengandungi arahan menama dan melabel anggota badan dan memadankan alat penjagaan diri dengan bahagian-bahagian anggota badan. 2) Guru membimbing murid membuat lembaran kerja.
Latihan Kendiri
1) Menggunakan lembaran kerja: melabel anggota badan dengan kad perkataan dan memadankan alat penjagaan diri dengan bahagian-bahagian badan.

Penutup Pengajaran

1) Guru menunjukkan carta gambar anggota badan budak lelaki/perempuan sambil diperhatikan oleh murid. 2) Guru meminta murid menamakan setiap bahagian anggota badan yang ditunjuk oleh guru. 3) Guru menayangkan tayangan video 4) Guru merumuskan pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Untuk pelajaran seterusnya, guru melakukan aktiviti simulasi cara membersihkan bahagian anggota badan dengan betul dengan meminta murid membawa sendiri peralatan penjagaan diri ke sekolah untuk melakukan latihan amali.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 11880 kali

Cara Berwuduk

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Norazilawati Binti Kamarulzaman dan Siti Zulaikha Binti Adzemi

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.3 Solat 2.3.1 melakukan amalan-amalan sebelum solat (berwuduk, azan dan iqamah) 2.3.1.1 Amalan sebelum solat
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Cara-cara mengambil wuduk dengan betul.
Objektif: 
Diakhir pengajaran, diharap murid dapat: 1. Mengambil wuduk dengan menggunakan air dengan bimbingan guru. 2. Menyusun 4 daripada 7 langkah mengambil wuduk mengikut urutan dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat orang di sekeling seperti ibu atau bapa atau abang cara-cara mengambil wuduk sebelum solat.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. guru menunjukkan cara berwuduk mengikut langkah satu persatu. 2. murid mengambil wuduk dimulai dengan membasuh tangan, berkumur, meratakan air ke suluruh muka, membasuh sebahagian kepala, membasuh tangan ke siku, meratakan air ke telinga dan akhir sekali membasuh kaki. 3. Setiap basuhan sebanyak 3 kali.
Bahan Bantu Mengajar: 
komputer,air,

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan video mengambil wuduk.
2. Guru bertanya soalan- “ Pernahkah kamu melihat orang mengambil wuduk?”. Murid memberi jawapan masing-masing.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru membimbing murid membaca doa wuduk yang telah dipelajari pada pengajaran lepas.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan video kepada murid. 2. Murid melihat video tersebut. 3. Guru bertanya kepada murid soalan-soalan berikut: a) “Pernahkah kamu melihat orang mengambil wuduk?” b) “Kebiasaannya siapakah yang mengambil wuduk?” c) "bilakah kita akan mengambil wuduk?"

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menayangkan video cara mengambil wuduk dengan betul mengikut urutan sambil menerangkan tingkah laku yang terlibat.(rujuk setiap video) 2. Guru mengajar murid membaca niat mengambil wuduk.
Langkah Kedua
1. Guru dan murid bergerak ke tempat sumber air (paip air. 2. Guru modelkan seorang murid untuk berwuduk. 3. Murid lain memberi perhatian dan melihat tingkah laku model lakukan. 4. Guru minta murid teliti dalam meratakan air wuduk tersebut ke tempat-tempat tersembunyi seperti di celah jari, telinga. 5. Apabila selesai, guru memberi peneguhan kepada murid tersebut kerana berjaya mengambil wuduk dengan sempurna.
Langkah Ketiga
1. Guru akan memanggil seorang demi seorang untuk mengambil wuduk. 2. Sambil diperhatikan, guru akan menegur kesalahan murid tersebut supaya mengikut langah-langkah yang betul. 3. Diulangi kepada semua murid.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid langkah-demi langkah semasa mengambil wuduk.
Latihan Kendiri
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.(kerja rumah) 2. Guru membimbing murid yang lemah.

Penutup Pengajaran

1.Guru merumuskan pengajaran pada hari ini. 2.Guru menyuruh murid memnceritakan urutan mengambil wuduk dengan betul. 3.Guru menegaskan kepada murid supaya sentiasa berkeadaan dalam berwuduk dan dapat menunaikan solat dengan sempurna.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh menyatakan kepentingan wuduk- solat tidak sah tanpa mengambil wuduk.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 15234 kali