2 (Sederhana)

Kad-kad huruf a,b,k dan i.

Huruf.

Kad-kad huruf a,b,k dan i.

Mengenal, mengecam nama, bunyi dan bentuk huruf.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Mohamad Musa Eden & Shakila Basri

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.3. Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi pada simbol yang dilihat. 6.1. Mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal, mengecam nama, bunyi dan bentuk huruf serta perkaitan ketiga-tiganya adalah merupakan isi pelajaran hari ini.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran diharap murid dapat: 1. Mengenal nama huruf yang ditunjukkan. 2. Mengenal bentuk huruf yang ditunjukkan. 3. Mengenal bunyi huruf yang ditunjukkan. 4. Mengaitkan nama, bentuk dan bunyi huruf yang ditunjukkan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid telah diajar dan mengenali huruf vokal.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid diperdengarkan dengan lagu ABC. 2. Murid diminta mencari huruf vokal daripada lirik lagu yang dipamerkan. 3. Murid diberitahu tentang pelajaran hari itu. 4. Murid diminta untuk menamakan dan membunyikan huruf yang ditunjukkan. 5. Murid dibimbing untuk membentuk huruf di awangan. 6. Murid membentuk huruf dengan plastisin. 7. Murid merasa huruf daripada kad pasir atau bijian. 8. Murid membentuk huruf (pratulisan) pada kad tebuk. 9. Murid mencari huruf tersembunyi. 10. Murid memadankan huruf dengan gambar.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Power point interaktif. 2. Plastisin. 3. Lembaran kerja. 4. Kad huruf dan kad tebuk.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru mempamerkan lirik lagu di hadapan.

2. Guru dan murid menyanyikan lagu ABC.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru meminta murid menunjukkan huruf vokal yang ada pada lirik lagu. 2. Murid menyebut dan membunyikan huruf tersebut. 3. Guru membimbing murid membentuk huruf di awangan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid. 2. Murid menyebut perkataan berdasarkan gambar dengan suara yang jelas. 3. Guru menerangkan bahawa pelajaran pada hari itu adalah berkenaan dengan huruf “a,b,k,I”.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru mempamerkan huruf di hadapan. 2. Guru menyoal murid dengan soalan berikut; a. "Apa nama huruf ini?". b. "Bagaimana bunyi huruf ini?". c. "Bagaimana bentuk huruf ini?". 3. Murid menjawab soalan guru. 4. Guru membimbing murid membentuk atau menulis di awangan.
Langkah Kedua
1. Guru mengedarkan plastisin. 2. Guru membimbing murid membentuk huruf yang ditunjukkan. 3. Murid akan menyebut dan membunyikan huruf semasa membentuk. 4. Guru mengedarkan kad huruf yang diperbuat daripada pasir atau bijian. 5. Murid diminta untuk menyentuh kad sambil menyebut huruf tersebut. 6. Guru mengedarkan kad tebuk. 7. Murid diminta untuk membentuk huruf mengikut kad tebuk sambil menyebut huruf tersebut.
Langkah Ketiga
1. Guru memainkan power point interaktif (rujuk power point interaktif). 2. Murid diminta mencari huruf-huruf tersembunyi. 3. Murid diminta memadankan huruf dengan gambar. 4. Murid diminta menaip huruf-huruf yang ditunjukkan. 5. Guru dan murid bermain permainan ABC (rujuk video).

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Membentuk huruf dengan cara yang betul di awangan. 2. Mewarnakan huruf. 3. Memadankan huruf dengan gambar.
Latihan Kendiri
Kerja rumah diberikan kepada murid yang telah menyelesaikan tugasan di dalam kelas dan telah dapat menulis dengan cara yang betul.

Penutup Pengajaran

1. Guru dan murid bersoal jawab mengenai pelajaran hari itu. 2. Guru dan murid menyanyikan lagu ABC.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh cuba mencari perkataan yang mempunyai huruf–huruf yang telah dipelajari di dalam surat khabar.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 14027 kali

Mengenal huruf (a, b, k, i)

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Mohamad Musa Eden dan Shakila Basri

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.3. Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi pada simbol yang dilihat. 6.1. mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal, mengecam nama, bunyi dan bentuk huruf serta perkaitan ketiga-tiganya adalah merupakan isi pelajaran hari ini.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran diharap murid dapat: 1. mengenal nama huruf yang ditunjukkan. 2. mengenal bentuk huruf yang ditunjukkan. 3. mengenal bunyi huruf yang ditunjukkan. 4. mengaitkan nama, bentuk dan bunyi huruf yang ditunjukkan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid telah diajardan mengenali huruf vokal
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid diperdengarkan dengan lagu ABC. 2. Murid diminta mencari huruf vokal daripada lirik lagu yang dipamerkan. 3. murid diberitahu tentang pelajaran hari itu. 4. Murid diminta untuk menamakan dan membunyikan huruf yang ditunjukkan. 5. Murid dibimbing untuk membentuk huruf diawangan. 6. Murid membentuk huruf dengan plastisin. 7. Murid merasa huruf daripada kad pasir atau bijian. 8. Murid membentuk huruf (pratulisan) pada kad tebuk. 9. Murid mencari huruf tersembunyi. 10. Murid memadankan huruf dengan gambar.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. power point interaktif. 2. plastisin. 3. lembaran kerja 4. kad huruf dan kad tebuk

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru mempamerkan lirik lagu di hadapan.
2. Guru dan murid menyanyikan lagu ABC.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru meminta murid menunjukkan huruf vokal yang ada pada lirik lagu. 2. Murid menyebut dan membunyikan huruf tersebut. 3. Guru membimbing murid membentuk huruf diawangan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid. 2. Murid menyebut perkataan berdasarkan gambar dengan suara yang jelas. 3. Guru menerangkan bahawa pelajaran pada hari itu adalah berkenaan dengan huruf “a,b,k,I”.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Langkah 1 1. Guru mempamerkan huruf di hadapan. 2. Murid diminta untuk menamakan huruf tersebut. Apa nama huruf ini? Bagaimana bunyi huruf ini? Bagaimana bentuk huruf ini? 3. Guru membimbing murid membentuk / menulis diawangan.
Langkah Kedua
1. Guru mengedarkan plastisin. 2. Guru membimbing murid membentuk huruf yang ditunjukkan 3. Murid akan menyebut dan membunyikan huruf semasa membentuk. 4. Guru mengedarkan kad huruf yang diperbuat daripada pasir atau bijian. 5. Murid diminta untuk menyentuh kad sambil menyebut huruf tersebut 6. Guru mengedarkan kad tebuk. 7. Murid diminta untuk membentuk huruf mengikut kad tebuk sambil menyebut huruf tersebut.
Langkah Ketiga
1. Guru memainkan power point interaktif.(rujuk power point interaktif) 2. Murid diminta mencari huruf-huruf tersembunyi. 3. Murid diminta memadankan huruf dengan gambar. 4. Murid diminta menaip huruf-huruf yang ditunjukkan. 5. Guru dan murid bermain permainan ABC.(rujuk video) 6. Guru mengedarkan lambaran kerja.(rujuk lambaran kerja)

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Latihan dengan bimbingan 1. membentuk huruf dengan cara yang betul di awangan. 2. mewarnakan huruf . 3. memadankan huruf dengan gambar.
Latihan Kendiri
Kerja rumah diberikan kepada murid yang telah selesaikan tugasan di dalam kelas dan telah pun dapat menulis dengan cara yang betul.

Penutup Pengajaran

1. Guru dan murid bersoal jawab mengenai pelajaran hari itu. 2. Guru dan murid menyanyikan lagu ABC.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh cuba mencari perkataan yang mempunyai huruf –huruf yang telah dipelajari di dalam surat khabar.

Rujukan

Rujukan: 
1. Lee Lay Wah. (Mei, 2009). Rancangan Pengajaran Harian ePKhas. Dari laman web: http://epkhas.ses.usm.my/content/rancangan-pengajaran-harian-epkhas. 2. Sukatan pelajaran Masalah Pembelajaran sekolah rendah/menengah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 826 kali

Rancangan Pengajaran Harian ( Gabungan Dua Operasi “+” dan “-“ dari nombor 1 hingga 9).

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Saidatana Alawiah BInti Jamaludin, Siti Jamilah bt Mohamed

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
(5) Gabungan Dua Operasi: Membolehkan murid 5.1 Membina cerita 5.1.1 Pembinaan ayat matematik daripada cerita. 5.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan dua operasi 5.2.1 Operasi tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat menyelesaikan gabungan dua operasi iaitu tambah ( + ) dan tolak ( - ) dengan betul.
Objektif: 
1) Apabila diberi lembaran kerja, murid dapat menjawab enam soalan yang diberikan dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul (dengan bimbingan guru) 2) Apabila diberi soalan POP MATH, murid dapat menjawab dua soalan yang diberi dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul. (tanpa bimbingan guru)
Kemahiran Sedia Ada: 
i) Murid mengenal nombor 1 hingga 9 ii) Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tambah “ + ” iii) Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tolak “ - “
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
(1) Mengenal nombor 1 hingga 9 (2) Menyelesaikan operasi tambah “+” (3) Menyelesaikan operasi tolak “ - ”. (4) Memahami konsep gabungan dua operasi iaitu operasi “+” dan “ - ” (5) Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor dengan bimbingan guru. (6) Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor tanpa bimbingan guru
Bahan Bantu Mengajar: 
Radio, Kad Dot Nombor, Sampul surat, lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

- Guru memutarkan lagu nombor kepada murid-murid
- Guru dan murid menyanyi bersama-sama.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
- Guru memberi dua soalan operasi tambah iaitu seperti 2+4 dan 3+7. - Guru memberi dua soalan operasi tolak mudah kepada pelajar untuk jawab iaitu seperti 8-3 dan 5-1.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1) Guru menggunakan symbol ‘₊’ dan ‘₋’ berdialog: ‘+’: hei..saya lebih besar daripada awak. ‘-’: walaupun saya kecil,saya mahu berkawan dengan awak. Begitulah yang membentuk operasi gabungan dua operasi ‘+’ dan ‘-’. 2) Guru memberikan contoh soalan gabungan dua operasi seperti: 1. 5+2-3= 2. 6+3+1-4= Jalan penyelesaian: 1. 5+2=7 7-3=4 Jawapan: 4 2. 6+3=9 9+1=10 10-4=6 Jawapan: 6

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
- Guru memberi satu persoalan kepada pelajar ( bagaimana nak menyelesaikan sekiranya diberi 5-1+3=? ) - Guru akan menerangkan gabungan dua operasi kepada pelajar. - Guru akan menunjukkan cara untuk menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor bagi memudahkan murid faham.
Langkah Kedua
1) Guru mengedar lembaran kerja kepada para pelajar 1. 5+6-2= A. 9 B. 8 C. 7 D. 6 2. 7+4-2= A. 8 B. 7 C. 9 D. 6 3. 4-3+4+1= A. 3 B. 4 C. 5 D. 6 4. 9+1-7+3= A. 7 B. 6 C. 1 D. 2 5. 8-5+6-7= A. 1 B. 3 C. 2 D. 4 6. 6+4+2-8= A. 4 B. 1 C. 3 D. 6 2) Murid akan diberi 6 soalan dan menyelesaikan dengan menggunakan kad dot nombor 3) Guru memberi masa kepada pelajar untuk menyiapkan soalan. 4) Guru membimbing dan memerhati pelajar.
Langkah Ketiga
- Guru mengadakan POP MATH iaitu guru meminta murid untuk memilih satu daripada lima sampul surat berwarna. Setiap sampul surat itu terdapat dua soalan gabungan dua operasi. - Murid diminta untuk menyelesaikan soalan tersebut dengan menggunakan kad dot nombor dengan bimbingan guru. - Sekiranya betul guru akan memberi ganjaran kepada pemenang.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
- Guru memecahkan murid kepada tiga kumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada dua orang murid. - Kemudian guru memberi lembaran kerja kepada murid dan murid diminta untuk berbincang dan menyelesaikan soalan tersebut dengan rakan kumpulan. - Penyelesaian soalan tersebut hendaklah menggunakan kad dot nombor
Latihan Kendiri
Guru memberi lembaran kerja untuk disiapkan di rumah. 1. 9-2-4-1= 2. 8-2-2-2= 3. 5+9+3+1= 4. 2+7+8+5= 5. 4+3+2-1= 6. 5+4-1+1= 7. 6+7+1-8= 8. 2+6+3+5-9= 9. 9+2+3+8-9= 10. 9-6+4+3+2=

Penutup Pengajaran

- Guru dan pelajar berbincang jawapan latihan kendiri - Guru membetulkan jawapan pelajar(jika salah). - Guru menyuruh pelajar membuat pembetulan(jika salah).

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
- Guru memberikan soalan berbentuk penyelesaian masalah: 1. Sebatang pensil beharga RM 0.60 di kedai buku sekolah. Tetapi, harga pensil tersebut telah jatuh kepada RM 0.30 pada hari semalam dan pada hari ini harga pensil tersebut telah bertambah sebanyak RM 0.40 daripada harga pensil semalam. Berapakah harga pensil tersebut hari ini? 2. Dalam satu balang terdapat empat biji guli. Ahmad telah menambah enam biji guli lagi ke dalam balang. Tetapi hanya empat biji guli tersebut yang bewarna merah dan selebihnya bewarna warni. Berapakah guli yang bewarna warni?
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1110 kali

Rancangan Pengajaran Harian untuk mengajar Tulisan Mekanis.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Latifah Ahmad & Saidatana Alawiah Jamaludin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
5.2 Mengerakkan tangan dengan menggunakan alat tulis dan menulis dalam kedudukan yang bersesuaian. 5.2.1 Penggunaan berbagai-bagai jenis alat tulis dan kedudukan semasa menulis.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menulis abjad mengikut arah dan kedudukan yang betul.
Objektif: 
1. Diberi model abjad, murid dapat menulis bentuk abjad mengikut arah dan warna yang ditetapkan dengan 50% betul. 2. Diberi lembaran kerja bergaris dua, murid dapat menulis abjad mengikut kedudukan bentuk abjad dengan 80 peratus betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah belajar mengenal abjad dan pratulisan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Pergerakan motor halus. 2. Mengenal bentuk lengkungan,garis menegak, melintang (warna dan imej). 3. Mengingati bentuk lengkungan,garis menegak, melintang dll, imej dan warna. 4. Menulis bentuk garis menegak, melintang dan melengkung. 5. Menulis gabungan bentuk lengkungan, garis menegak, dan melintang menjadi bentuk huruf. 6. Menulis bentuk abjad di lembaran kerja bergaris dua
Bahan Bantu Mengajar: 
Whiteboard, kad gambar, kad nama, LCD, projektor dan lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru minta murid melakukan pergerakan motor halus iaitu mengenggam tangan dan memicit bahu rakan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
-Imbas kembali pelajaran lalu 1. Guru minta murid ingat kembali abjad yang dipelajari. 2. Guru bertanya soalan dan menunjukkan kad nama. 3. Guru sebut huruf dan murid tunjukkan. 4. Guru tunjuk, murid sebut.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad huruf 'a', 'l', 'n' dan 't'. 2. Guru memberitahu murid yang mereka akan belajar cara menulis huruf tersebut.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Mengenal bentuk melalui warna dan imej. 1. Guru minta murid mengingat kembali. 2. Guru tunjuk cara tulis arah yang betul seperti; a. Garis menegak - dari atas ke bawah. b. Garis melengkung ke kiri- dari atas ke bawah secara melengkung ke kiri. c. Garis melintang – dari kiri ke kanan. d. Garis melengkung ke atas – dari bawah kiri ke atas kemudian ke bawah kanan. e. Guru minta murid lakukan di udara. 3. Guru tayangkan slaid show mengenal dan mengecam bentuk melalui warna dan imej.
Langkah Kedua
-Menulis bentuk lengkungan, garis menegak dan melintang. 1. Guru tunjuk cara menulis bentuk lengkungan, garis menegak dan melintang mengikut warna dan arah yang betul seperti; a. garis menegak warna hitam. b. garis melengkung ke kiri warna biru. c. garis melintang warna oren. d. garis melengkung ke atas warna kuning. 2. Murid tunjuk cara menulis bentuk lengkungan,garis menegak dan melintang di udara. 3. Kemudian, murid menulis di lembaran kerja dengan bimbingan daripada guru.
Langkah Ketiga
1. Menulis gabungan bentuk lengkungan, garis menegak,melintang seperti; a. Abjad ‘ a ’ – Gabungan garis melengkung ke kiri dan garis menegak. b. Abjad ‘ t ’ – Gabungan garis menegak dan garis melintang. c. Abjad ‘ n ’ – Gabungan garis menegak dan garis melengkung ke atas. d. Abjad ‘ l ’ – Garis menegak sahaja. 2. Guru hendaklah menunjukkan setiap gabungan mengikut arah yang betul kepada murid. Sementara murid tunjuk setiap gabungan tersebut di udara. 3. Murid menulis di lembaran kerja dengan bimbingan guru

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid membuat lembaran kerja.
Latihan Kendiri
Murid melakukan lembaran kerja bergaris dua yang diberi guru tanpa bimbingan guru.

Penutup Pengajaran

Guru merumuskan pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru minta murid mencari bentuk abjad di surat khabar, plastik keropok, gula-gula dan sebagainya.

Rujukan

Rujukan: 
Rujukan: Lee Lay Wah. (Mei, 2009). Strategi Pengajaran ePKhas: Model, Bimbing, Cuba. Dari laman web: http://epkhas.ses.usm.my/content/strategi-pengajaran-epkhas
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 6774 kali

Personal Details

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nur Hafiqa Sabarani, Zuita Hazwani Hasim

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Pupils should be able to: 2.1 state his/her own personal details 2.1.1 Self awareness 2.1.2 Awareness of self and others 2.1.3 Personal details
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Today's lesson is to teach pupils to recognise themselves and others(in context of Classroom )
Objektif: 
At the end of learning, pupils are able to: 1)recognise and differentiate self and others in classroom 2)states his/her name and state their classmates names 3)states and write his/her personal detail correctly
Kemahiran Sedia Ada: 
pupils are able to write and know their classmate randomly
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1)intoduction to the personal detail 2)state personal detail 3)write personal detail
Bahan Bantu Mengajar: 
mirror,power point,worksheet

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Teacher starts lesson by intoducing the character of Muhammad
and Ai Ling in multimedia power point

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
By using mirror, teacher ask all the pupils to stand in front of it and recognize each of their friends
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Teacher continue showing the dialogue between Muhammad and Ai Ling about their personal detail (name, age, gender,place of live)

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Teacher starts by intoduce his/her self in front of the pupil: "Ok children, today i want to intoduce my self like Muhammad and Ai Ling" "My name is....." (name) "I am a....." (gender) "I am..... years old" (age) "I live at....." (place of live) -Teacher explains to pupil why they must know how to introduce themselves
Langkah Kedua
-Teacher asks each of pupil stand in front of class and introduce their name, gender, age and place of live, like his/her doing just now -Teacher guides and help them if needed
Langkah Ketiga
-Teacher asks pupil to fill their personal detail in the screen -Their friend read it loudly, guided by teacher

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
-Teacher play game with pupil -They choose and click one of the boxes in the screen, and answer the question about their personal detail
Latihan Kendiri
-Teacher use the worksheet -Pupils fill their personal detail that provided in the worksheet

Penutup Pengajaran

Teacher calling up pupil nickname and they must state their fullname.Who state their name correctly will get a present

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pupil learnt to introduce their self to their friend at school and to their parent at home. They also have self awareness about their personal detail
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 268 kali

Operasi Menolak Sebarang Dua Nombor

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Khamsila & Shakila

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.0 Operasi Tolak 4.2 Menolak Sebarang Dua Nombor
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menolak sebarang dua nombor dengan menggunakan bahan maujud iaitu coklak yang diberikan oleh guru.
Objektif: 
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat menolak sebarang dua nombor dengan menggunakan bahan yang disediakan oleh guru iaitu coklat, power point dan lembaran kerja.
Kemahiran Sedia Ada: 
1. Pelajar telah mengenal nombor 1 hingga 10 2 Pelajar boleh mengira dan menyebut nombor 1 hingga 10 dengan betul
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menyanyi lagu 10 budak hitam dan dilihat oleh pelajar. 2. Guru dan pelajar menyanyi lagu 10 budak hitam bersama-sama. 3. Pelajar menyanyi lagu 10 budak hitam tanpa bimbingan guru. 4. Guru memberikan pelajar seorang 1 bakul. 5. Guru memberikan pelajar 10 biji coklat setiap seorang. 6. Guru menunjukkan demostrasi memasukkan kesemu coklat ke dlam bakul. 7. Pelajar memasukkan coklat ke dalam bakul dengan bimbingan guru. 8. Guru menunjukkan demostrasi mengeluarkan coklat dari bakul mengikut bilangan yang disebut. 9. Guru mengarahkan pelajar mengira baki coklat di dalam bakul bersama-sama. 10. Guru mengarahkan pelajar mengeluarkan coklat dari bakul masing-masing mengikut bilangan yang disebut oleh guru. 11. Pelajar mengira baki coklat yang tinggal dalam bakul. 12. Guru membuat pengukuhan dengan meminta pelajar mengulangi tingkahlaku yang sama dengan menggunakan nombor yang lain. 13. Pelajar menyelesaikan operasi tolak dua nombor menggunakan power point yang disediakan. 14. Pelajar menjawab soalan matematik operasi tolak dua nombor pada lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
Bahan Bantu Mengajar: 
1.Power point 2. gula-gula 3. Bekas 4. lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru memainkan mendengarkan murid lagu 10 budak hitam.
2. Pelajar mendengar lagu tersebut.
3. Guru menyanyikan lagu tersebut tanpa iringan muzik.
4. Murid menyanyi lagu 10 budak hitam tanpa muzik dengan bimbingan guru.
5. Murid menyanyi sendiri dengan guru meminta seorang yang boleh memimpin kelas untuk memimpin lagu tersebut.
6. Guru meminta murid membilang nombor 1 hingga 10.
7. Guru bersoal jawab dengan pelajar. ”Apa yang terjadi kepada 10 budak hitam”.
8. Guru membimbing jawapan murid. Budak hitam berku....

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid mengingat kembali kemahiran membilang nombor 1-10 melalui cerita sang kancil dan buaya.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan bahawa dalam cerita sepuluh budak hitam, bilangan budak hitam semakin berkurang (menolak).

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru memberikan murid seorang satu bekas. 2. Guru memberikan murid 10 biji gula-gula setiap seorang. 3. Guru memasukkan gula-gula ke dalam bekas. 4. Guru meminta murid memasukkan gula-gula ke dalam bekas seperti yang dilakukan oleh guru. 5. Guru meminta murid untuk menyebut seorang suatu nombor. 6. Murid menyebut nombor dan guru mengeluarkan coklat dari bekas. Kemudian guru mengira baki gula-gula yang tinggal setelah guru mengeluarkan gula-gula mengikut nombor yang diberi oleh pelajar. 7. Murid melakukan perkara seperti guru. 8. Guru menyebut nombor dan meminta semua pelajar mengeluarkan gula-gula mengikut nombor yang diberi oleh guru. Kemudian semua pelajar mengira bersama-sama baki yang tinggal di dalam bekas mereka. 9. Guru mengulang langkah yang sama dengan cara penilaian individu. 10. Setiap seorang murid diberi nombor dan guru meminta murid tersebut mengeluarkan gula-gula dari bekas mengikut nombor yang disebut oleh guru dan murid mengira baki yang tinggal dalam bakul setelah mengeluarkan sejumlah gula-gula.
Langkah Kedua
1. guru meminta pelajar mencari pasangan. (1 pelajar 2 org) 2. guru meminta pasangan pelajar untuk mengulangi aktiviti ini bersama pasangan masing-masing. yang dibuat. 3. guru meminta sekiranya pelajar yang memainkan peranan sebagai memberi nombor akan memberikan gula-gulanya kepada pelajar yang menjadi pengeluar dan pengira gula-gula tersebut.
Langkah Ketiga
1. Guru memainkan powerpoint interaktif tentang operasi tolak yang disediakan oleh guru. 2. guru meminta pelajar menjawab soalan yang disediakan oleh guru dengan powerpoint interaktif. 3. Murid menjawab secara beramai-ramai 4. Murid menjawab secara individu.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. guru memberikan lembaran kerja kepada murid 2. guru menerangkan 1 contoh berdasarkan lembaran kerja yang diberi 3. murid menyelesaikan lembaran kerja sendiri
Latihan Kendiri
Guru memberikan murid lembaran kerja untuk menjawab soalan tolak yang terdapat di dalam lembaran tersebut.

Penutup Pengajaran

Guru mengajak pelajar menyertai permainan jual beli dan dalam permainan ini pelajar dibahagikan kepada 2 watak iaitu pembeli dan penjual. Apabila pelajar yang menjadi pembeli membeli barangan yang dijual oleh pelajar yang menjadi penjual, guru akan mengarahkan pelajar yang menjadi penjual untuk mengira baki barangan yang tinggal. Kemudiannya pelajar yang menjadi pembeli akan bertukar watak dengan pelajar yang menjadi penjual dan permainan ini akan berlanjutan sehingga kesemua pelajar sudah memahami konsep tolak tersebut.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru membawa pelajar ke koperasi sekolah dan membeli barangan di koperasi tersebut untuk mengaplikasikan konsep tolak tersebut.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 879 kali