Bahasa Melayu

EMOSI

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
SITI ARYIANA DAN NUR SUHADA

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Emosi
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat menulis dan melakonkan emosi yang diajar oleh guru.
Objektif: 
Kumpulan aras sederhana Di akhir pembelajaran, murid dapat : i- Murid dapat melakonkan semula emosi marah, sedih dan gembira di hadapan kelas. ii- Murid dapat menulis 3 ayat pendek berdasarkan emosi marah, sedih dan gembira. Di akhir pembelajaran, murid dapat: i- Murid dapat memadankan gambar emosi berdasarkan kad gambar. ii- Murid dapat menyusun ayat pendek mengenai emosi marah, sedih dan gembira.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid tahu akan reaksi muka atau emosi dalam kehidupan seharian.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Analisis Tugasan i- Sebuah cerita Si Kacang kehilangan Ibunya” yang mempunyai perkataan atau emosi marah, sedih dan gembira ketika cerita itu. ii- Ayat mudah cerita Si Kacang Kehilangan Ibunya. a) Si kacang sudah besar dan ibunya membenarkan si kacang bermain dengan rakannya. b) Si Kacang sangat gembira kerana diberi kebebasan oleh ibunya. c) Si kacang mula lupa diri dan selalu pulang lewat ke rumah kerana seronok bermain. Si kacang sering dimarahi oleh ibunya hingga menyebabkab dia marah akan ibunya. d) Ibu si kacang sakit tetapi si kacang tidak mempedulikan ibunya. e) Akhirnya, ibu si kacang jatuh sakit dan mati. Si kacang sangat sedih akan kehilangan ibunya.
Bahan Bantu Mengajar: 
Alat Bantu Mengajar: Video, powerpoint, kad gambar, lembaran kerja.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi ganjaran positif seperti bintang, memuji murid jika mereka memberi tumpuan di dalam kelas.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Set Induksi (5 minit)
Murid mendengar  dan menonton video yang ditunjukkan oleh guru.

2. Perkaitan dengan pengajaran lalu
Guru meminta murid mengimbas kembali pelajaran lalu mengenai adab dan tatasusila.

3. Memperkenalkan Pelajaran
Guru menerangkan bahawa murid akan dibimbing oleh guru untuk menulis ayat mengenai emosi yang diajar oleh guru.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Memodel (10 minit) Guru menceritakan sebuah cerita mengenai Si Kacang yang kehilangan ibunya; sambil melakonkan emosi marah, sedih dan gembira ketika bercerita. Guru meminta murid mendengar dengan penuh perhatian dan mengenal pasti emosi yang dilakonkan oleh guru.
Langkah Kedua
2. Membimbing (10 minit) Guru melakukan mimik muka emosi sedih,gembira dan marah. Guru meminta murid melakukan semula mimik muka emosi sedih, gembira dan marah di hadapan kelas. i- Membezakan aktiviti mengikut aras kumpulan: Guru menayangkan powerpoint dan melekatkan kad gambar emosi di papan putih sesuai dengan aras kanak-kanak. Aras rendah Aras sederhana - Murid dibimbing oleh guru untuk memadankan gambar emosi marah, sedih dan gembira di papan putih. - Murid dibimbing oleh guru untuk mengklik pada powerpoint berdasarkan gambar emosi dengan frasa ayat mudah.
Langkah Ketiga
3. Mencuba (10 minit) i- Murid dinilai berdasarkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Guru akan membimbing apabila bantuan diperlukan. Aras rendah Aras sederhana - murid diminta untuk menyusun    ayat pendek berkaitan emosi marah,sedih, dan juga gembira. -`murid diminta untuk menulis 3 ayat pendek mengenai emosi marah,sedih dan juga gembira. Murid boleh merujuk kepada powerpoint yang disediakan.

Penutup Pengajaran

Penutup (5 minit) Aktiviti berikut akan diulang jika ada masa. Aras rendah Aras sederhana - semasa murid aras sederhana membaca, murid aras rendah akan menampal ayat yangdisusun pada papan putih. - seorang murid diminta untuk membaca ayat yang ditulisnya.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru akan memilih masa yang sesuai untuk murid melakonkan semula cerita mengenai “ Si Kacang yang kehilangan Ibunya” sambil membuat mimik muka sedih, gembira dan marah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1723 kali

HIDUPAN LAUT

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NURUL SYAHIRAH DAN NOR SYAMIMI

Perancangan Sebelum Pengajaran

Objektif: 
Objektif jangka panjang : 1) Murid dapat mengenal suku kata KV+ KV berdasarkan cerita Che Ta dan Che So 2) Murid dapat membina ayat mudah berdasarkan cerita Che Ta dan Che So Objektif jangka pendek : 1) Murid dapat menamakan dan menyebut hidupan laut dengan betul berdasarkan cerita Che ta dan Che So 2) Murid dapat memadankan dan hidupan laut dan hidupan darat dengan betul berdasarkan cerita Che ta dan Che So
Bahan Bantu Mengajar: 
Video, kad gambar dan lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meneunjukkan tayangan video cerita yang bertajuk Che Ta dan Che So
2. Guru melakukan sesi soal jawab

1. Murid menonton tayangan video cerita  yang bertajuk Che Ta dan Che So
2. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru

Penyampaian Isi Pelajaran

Langkah Kedua
1. Guru mengarahkan murid membuat 3 kumpulan 2. Guru mengagihkan bahan maujud iaitu hidupan laut dan darat kepada setiap kumpulan 3. Guru menunjukkan kad gambar pelbagai hidupan di papan putih 4. Guru mengarahkan murid memadankan kad gambar pelbagai hidupan di tempat yang sesuai 1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan 2. Murid (kumpulan) mendapat bahan maujud iaitu hidupan laut dan darat 3. Murid melihat kad gambar pelbagai hidupan di papan putih 4. Murid memadankan kad gambar pelbagai hidupan di tempat yang sesuai
Langkah Ketiga
1. Guru memberi lembaran kerja 2. Guru membuat kesimpulan pengajaran 1. Murid menyiapkan lembaran yang diberi

Penutup Pengajaran

1. Guru memberi lembaran kerja 2. Guru membuat kesimpulan pengajaran 1. Murid menyiapkan lembaran yang diberi
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1754 kali

JENIS SAYUR-SAYURAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NURUL HUSNA DAN SYAKIRAH

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Jenis sayur-sayuran
Objektif: 
Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran, setiap murid dapat: 1) Menamakan jenis sayur-sayuran 2) Membezakan jenis sayur-sayuran daun dan sayur buah
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat sayur-sayuran
Bahan Bantu Mengajar: 
Video, Kad Gambar, Slide Power Point, Sampul Surat, lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru memaparkan cerita mengenai sayur-sayuran yang bertajuk Lobak Merah yang Nakal
2. Kemudiannya, guru bertanyakan sayur-sayuran yang terdapat di dalam cerita tersebut.

1.Murid-murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru memasukkan gambar sayur-sayuran ke dalam sampul. 2. Guru meminta seorang murid untuk ke hadapan kelas dan memilih satu sampul yang disediakan 3. Guru menyuruh murid membuka sampul dan menyebut nama sayur tersebut. 4. Guru meminta murid-murid lain untuk menyebut bersama-sama guru. 5. Guru meminta murid  menampal kad gambar di hadapan kelas mengikut kad perkataan yang ditampal dihadapan. 1. Murid mengambil sampul surat yang diletakkan diatas meja dan membukanya. 2.Murid menyebut nama sayuran yang mereka dapat mengikut pengetahuan murid sambil dibimbing oleh guru. 3. Murid lain mengikut sebutan bersama-sama kemudian menampal kad gambar di hadapan kelas berdasarkan kad perkataan.
Langkah Kedua
1.Guru memaparkan video mengenai sayuran yang bertajuk Jenis-Sayur-Sayuran”   kepada murid-murid. 2. Guru menunjukkan slide yang menunjukkan sayur-sayuran jenis daun dan sayur jenis buah pada power point sambil menunjukkan bahan maujud kepada murid sambil meletakkan sayur ke dalam dua bekas yang berbeza. 2.Guru meminta murid menjawab soalan pada power point seorang demi seorang. 1.Murid menjawab soalan pada slide power point. 2. Murid bekerjasama antara satu sama lain membezakan dua kumpulan jenis sayur-sayuran.
Langkah Ketiga
1.Guru meletakkan selonggok sayur-sayuran di hadapan kelas dan membahagikan murid kepada dua kumpulan. 2. Guru meminta setiap kumpulan 1 membahagikan selonggok sayur kepada sayur jenis daun dan jenis buah dengan meletakkan di dalam bekas yang berlainan. 3. Kumpulan 2 akan membezakan dengan memasukkan kad gambar ke dalam poket kertas manila di hadapan kelas. 4. Kemudian, murid akan bertukar aktiviti setelah masing-masing selesai menyiapkan tugasan. 5. Guru meminta murid menyebut semula sayur jenis buah dan sayur jenis daun.

Penutup Pengajaran

1.Guru menyediakan lembaran kerja dan meminta murid menyesuaikan gambar dengan jenis sayuran. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan guru.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2031 kali

BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NUR ADILAH DAN NADIA SHAFIEE

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Mengenal bahan yang boleh dikitar semula
Objektif: 
Di akhir pembelajaran, murid dapat : i) Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul ii) Memadankan gambar bahan yang boleh dikitar semula
Kemahiran Sedia Ada: 
i) Murid mengenal apa itu sampah ii) Murid mempunyai pengalaman membuang sampah
Bahan Bantu Mengajar: 
Power Point interaktif, video bahan yang boleh dikitar semula, lembaran kerja
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi peneguhan positif seperti pujian dan token apabila murid memberi perhatian dalam kelas dan berjaya menjawab soalan dengan betul

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

i)Guru menayangkan power point interaktif kepada murid
ii)Murid menonton power point interaktif yang ditunjukkan oleh guru

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
i)Guru bertanya kepada murid tentang nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif ii)Guru menerangkan nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif i)Murid menyatakan nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif ii)Murid memberi perhatian semasa guru mengajar
Langkah Kedua
i)Guru menayangkan video bahan yang boleh dikitar semula ii)Guru menerangkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula i)Murid menonton video bahan yang boleh dikitar semula ii)Murid mendengar penerangan  daripada guru
Langkah Ketiga
i)Guru menyuruh murid menjawab lembaran kerja ii) Guru memberikan token kepada murid jika dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul</p> i)Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh guru ii) Murid mendapat token daripada guru jika berjaya menjawab soalan dengan tepat

Penutup Pengajaran

i)Guru membuat rumusan tentang bahan yang boleh dikitar semula i)Murid mendengar rumusan daripada guru
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1371 kali

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
MARIANA DAN NURAFIDAH

Perancangan Sebelum Pengajaran

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal perkataan
Objektif: 
Di akhir pembelajaran murid dapat: 1) Menyatakan nama buah-buahan tempatan. 2) Menyebut ciri-ciri buah-buahan tempatan. 3) Membezakan buah-buahan tempatan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah makan buah-buahan tempatan

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru memberitahu murid maksud buah-buahan tempatan.
2. Guru bertanya kepada murid buah-buahan tempatan yang murid pernah makan.
3. Guru meminta murid memberi tumpuan terhadap video yang akan ditayang.
4. Guru menayangkan video di dalam kelas.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Murid memberitahu guru buah-buahan tempatan yang mereka tahu. 2.Murid menyatakan buah-buahan tempatan yang pernah dimakan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru meminta murid menyatakan buah-buahan tempatan yang dilihat di dalam video. 1. Murid menyatakan buah-buahan tempatan yang dilihat dalam video.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan gambar buah-buahan di slide dan meminta murid mengeja serta menyebut nama buah-buahan tempatan tersebut. 2. Guru meminta murid menjawab kuiz yang disediakan di dalam slide. 1. Murid melihat gmbar buah-buahan tempatan dan mengeja serta menyebut nama buah-buahan tersebut. 2. Murid menjawab kuiz yang terdapat dalam slide.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan kad gambar buah-buahan tempatan kepada murid. 2. Guru meminta murid menyebut nama buah berdasarkan&nbsp; gambar buah-buahan tempatan yang di tunjuk. 1. Murid menyebut nama buah-buahan tempatan yang ditunjuk oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru memberi lembaran kerja kepada murid. 2. Guru meminta murid menyiapkan latihan dalam masa 15 minit. 3. Guru menerangkan kepada murid arahan untuk membuat latihan. 4. Guru membantu murid yang memerlukan bimbingan. 5. Guru membuat kesimpulan dengan menyatakan kelebihan memakan buah-buahan tempatan. 1. Murid membuat latihan yang diberikan guru dalam masa yang ditetapkan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1269 kali

EMOSI

Murid dapat menulis dan melakonkan emosi yang diajar oleh guru