Bahasa Melayu

Menulis karangan.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Tuan Nor Azira Tuan Jusoh & Norhasliza Shafiee

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
6.9 Membina ayat. 6.10 Menulis karangan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat membina ayat berdasarkan gambar dan perbendaharaan kata yang diberikan. Dari situ, murid dapat menulis karangan.
Objektif: 
Di akhir pembelajaran murid dapat menulis karangan melalui gambar dan perbendaharaan kata yang di ajar oleh guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid dapat membina ayat pendek.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Mendengar dan mengamati lagu “Rumahku syurgaku”. 2. Guru tunjuk gambar rumah sambil bercerita tentang rumah tersebut. 3.Guru tunjuk gambar rumah dan murid mencerita kembali dengan bimbingan dari guru. Guru bertanya soalan tentang gambar yang ditunjukkan. 4. Guru tunjuk kad gambar dan menyuruh murid menulis karangan pendek tanpa bantuan guru.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gambar rumah, kad gambar dan perkataan.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menyanyikan lagu “Rumahku Syurgaku”.

2. Murid mendengar lagu dengan teliti.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Mengingat kembali lirik lagu yang dinyanyikan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Pelajaran hari ini adalah cara menulis karangan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan gambar rumah “Nora”. 2. Guru bercerita tentang gambar tersebut. “Ini rumah Nora. Rumah Nora cantik. Rumah Nora rumah kayu. Rumah Nora berwarna coklat. Rumah Nora ada pintu, tingkap, tangga, tiang dan bumbung. Rumah Nora berada di tepi sawah.”
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan gambar rumah Nora. 2. Guru edarkan gambar rumah Nora kepada setiap murid. 3. Guru menyuruh murid bercerita tentang gambar itu dengan bimbingan guru. 4. Guru bertanya soalan kepada murid tentang gambar itu iaitu; a. Apa warna rumah Nora? b. Apakah yang terdapat pada rumah Nora? c. Di manakah rumah Nora berada? Jawapan : a. Rumah Nora berwarna coklat. b. Terdapat pintu, tingkap, tangga,tiang, dan bumbung pada rumah Nora. c. Rumah Nora berada di tepi sawah.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan kad gambar bahagian rumah dan yang berkaitan dengan gambar. Contoh: Pintu, tingkap, tangga, tiang, bumbung, sawah. 2. Murid-murid dikehendaki menceritakan apa yang telah ditunjukkan. 3. Kemudian, guru menyuruh murid-murid membina ayat dan menulis karangan berdasarkan gambar dan perkataan yang telah diberikan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru memberi bimbingan kepada murid secara berperingkat-peringkat, iaitu daripada peringkat paling mudah sehingga ke peringkat lebih susah.
Latihan Kendiri
1. Menggunakan multimedia. 2. Murid dikehendaki mengisi tempat kosong bagi karangan yang telah diberikan oleh guru. 3. Peneguhan berbentuk pujian akan diberikan.

Penutup Pengajaran

Guru menyuruh setiap murid menceritakan tentang karangan " Rumahku syurgaku"

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Guru meminta murid untuk melukis gambar rumah mereka dan menulis karangan tentang rumah mereka melalui lukisan murid itu sendiri. 2. Murid-murid dapat menulis karangan pendek tentang rumah mereka. 3. Aplikasi karangan tentang keluargaku atau kawan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5255 kali