Matematik

Menulis ayat matematik berdasarkan kumpulan dan ahli bagi operasi darab.

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Rosli bin Ahmad

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah,Jabatan Pendidikan Khas,Malaysia. 6.1 Menyatakan operasi darab dalam bahasa harian. 6.1.2 Kenal pasti kumpulan dan ahli. 6.3 Menulis ayat matematik bagi operasi darab. 6.3.2 Ayat matematik bagi operasi darab dalam bentuk ayat matematik.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal konsep asas darab iaitu daripada gambar ditukarkan kepada ayat matematik.
Objektif: 
Pada akhir pengajaran ini, murid dapat: 1. Mengira dan menulis bilangan objek bagi setiap kumpulan di sebelah kanan objek yang terakhir. 2. Mengira dan membulatkan kumpulan objek. 3. Menulis ayat matematik bagi operasi darab berdasarkan rajah dengan syarat simbol darab (x) dan simbol sama dengan (=) telah disediakan dalam ayat matematik tersebut.
Kemahiran Sedia Ada: 
1. Pelajar sudah mempelajari tentang pengertian darab dalam proses tambah berulang. 2. Pelajar sudah mengenali ayat matematik sifir.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Tunjukkan rajah bersertakan ayat matematik kepada pelajar. 2. Kenal pasti kedudukan bilangan objek dalam kumpulan(secara melintang). 3. Kira dan tuliskan bilangan objek bagi setiap kumpulan. 4. Kenal pasti kedudukan kumpulan objek. 5. Kira dan bulatkan setiap kumpulan objek. 6. Tuliskan bilangan objek bagi kumpulan. 7. Tuliskan bilangan bagi kumpulan objek. 8. Mengira jumlah bilangan objek keseluruhan. 9. Tuliskan hasil pendaraban.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kotak, sampul surat, dan rajah.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meminta setiap pelajar memilih sekeping kad daripada kotak dan sampul surat masing-masing secara cabutan bertuah.
[Nota: Dalam kotak terdapat kad ayat matematik (Contoh:2x3=6), manakala dalam setiap sampul surat mempunyai proses tambah berulang (Contoh: 2+2=4)]
2. Guru membahagikan papan hitam kepada beberapa ruangan dengan menggunakan kapur untuk melukiskan garisan pemisah antara ruangan tersebut. [Nota: Ruangan tersebut bergantung kepada bilangan pelajar]
3. Guru meminta pelajar untuk melekatkan kad yang dipilih daripada kotak seorang demi seorang pada ruangan yang telah disediakan oleh guru di papan hitam.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru bertanya kepada pelajar,"Apakah jumlah hasil pendaraban ini?" 2. Guru bertanya kepada pelajar," Siapakah yang mempunyai kad yang hasil tambahnya sama dengan hasil pendaraban ini?" 3. Guru meminta pelajar tersebut untuk menampalkan kad proses tambah berulang di ruangan yang sama dengan kad ayat matematik tersebut. (Contoh: 2x3=6 2+2+2=6) 4. Langkah 1-3 diulangi sehingga semua kad proses tambah berulang dilekatkan di papan hitam.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu pelajar bahawa pada hari ini pelajar akan belajar menulis ayat matematik berdasarkan kumpulan dan ahli bagi operasi darab.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menampalkan rajah di ruangan kad ayat matematik. [Nota: Guru menanggalkan kad proses tambah berulang sebelum menampalkan rajah] 2. Guru meminta semua pelajar untuk mengira bilangan objek secara melintang. 3. Guru menuliskan bilangan objek di sebelah kanan objek yang terakhir. 4. Guru mengulangi langkah 2 dan meminta seorang pelajar untuk menulis bilangan objek di sebelah kanan objek yang terakhir. 5. Langkah 4 diulangi sehingga kesemua kumpulan objek dikira dan dituliskan.
Langkah Kedua
1. Guru menyatakan kedudukan kumpulan bagi rajah tersebut dengan melukiskan anak panah ke kanan di sebelah kiri objek yang pertama. 2. Guru meminta semua pelajar untuk membilang bilangan kumpulan dengan berpandukan anak panah. 3. Guru meminta seorang pelajar untuk membulatkan setiap kumpulan pada rajah. 4. Dengan berpandukan kad ayat matematik yang telah dilekatkan semasa set induksi, guru menjelaskan bahawa nombor pertama(2)bagi ayat matematik merujuk kepada bilangan objek bagi setiap kumpulan, manakala nombor kedua (3) merujuk kepada bilangan kumpulan bagi objek. (Contoh: 2x3=6) 5. Guru menuliskan nombor 2 dan bertanya kepada pelajar, "Nombor ini merujuk kepada apa?" 6. Guru meminta seorang pelajar untuk menunjukkan dan mengira bilangan objek tersebut. 7. Guru menuliskan simbol darab (x) diikuti nombor 3 selepas nombor (2). 8. Guru bertanya kepada pelajar,"Nombor ini(3) merujuk kepada apa?" 9. Guru meminta seorang pelajar untuk menunjukkan dan mengira kumpulan bagi objek tersebut. 9. Guru meminta semua pelajar untuk mengira jumlah hasil pendaraban. 10. Guru menuliskan hasil pendaraban selepas nombor 2, simbol (x) dan nombor (3). (Contoh, 2x3=6)
Langkah Ketiga
1. Guru meminta 6 orang pelajar (Kumpulan A) untuk tampil ke hadapan kelas. 2. Guru meminta 2 orang pelajar (Kumpulan A)untuk berdiri selari secara melintang dengan muka menghadap ke papan hitam. 3. Guru meminta 4 orang pelajar yang lain (Kumpulan A) untuk beratur di belakang pelajar tersebut. 4. Guru bertanya kepada pelajar yang lain (Kumpulan B), "Berapa orang dalam kumpulan ini?" [Nota: Tangan guru menyentuh bahu pelajar] 5. Guru meminta seorang pelajar untuk melukis "simbol orang' dan menulis nombor 2 selepas 'simbol orang" yang terakhir di papan hitam. 6. Langkah 4-6 diulangi sehingga kesemua kumpulan orang dikira dan dituliskan. 7. Guru bertanya kepada pelajar yang lain (Kumpulan B), "Berapa kumpulankah yang dibentuk oleh mereka?" 8. Guru meminta seorang pelajar yang lain (Kumpulan B)untuk membulatkan setiap kumpulan bagi "simbol orang" di papan hitam. 9. Guru meminta seorang pelajar yang lain (Kumpulan B)untuk mengira jumlah bilangan orang dan tuliskan di papan hitam.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru membimbing murid untuk mengira dan menuliskan bilangan objek bagi setiap kumpulan di sebelah kanan objek terakhir. 2. Guru membimbing murid untuk mengira dan membulatkan kumpulan objek. 3. Guru membimbing murid untuk menulis ayat matematik bagi operasi darab berdasarkan rajah.
Latihan Kendiri
Guru memberikan lembaran kerja 1, 2, 3, 4 dan 5 kepada pelajar. Lembaran tersebut diedarkan secara berperingkat-peringkat iaitu dari mudah ke susah.

Penutup Pengajaran

1. Guru memberitahu pelajar bahawa mereka tidak perlu mengira jumlah bilangan objek dalam rajah jika mereka masih ingat ayat sifir matematik. 2. Guru melekatkan rajah dan meminta pelajar untuk menuliskan ayat matematik bagi operasi darab. 3. Guru meminta pelajar yang lain (Kumpulan B) untuk menuliskan ayat matematik berdasarkan rajah di papan hitam diikuti pelajar (Kumpulan A) sehingga kesemua rajah yang disediakan oleh guru dituliskan ayat matematik. 4. Guru memberikan lembaran kerja kepada pelajar. [Nota: Guru harus menuliskan simbol (x) dan (=) di papan bagi setiap rajah sebelum meminta murid untuk menyelesaikannya.]

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pelajar boleh melengkapkan ayat matematik bagi operasi darab berdasarkan rajah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5673 kali

Write proper fractions (Low Vision)

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Lee Sum Yi

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Topic 2: Fractions 2.1 To name and write proper fractions with denominators up to 10. 2.1.1 Name and write fractions with denominators up to 10. 2.1.2 Compare the value of two proper fractions with the same denominators. 2.1.3 Compare the value of two proper fractions with the numerator of 1 and different denominators up to 10.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
To name and write proper fractions with denominators up to 10.
Objektif: 
At the end of the lesson,student will be able 1. Name the fraction in words when teacher shows the fraction in the form of numbers. 2. Write down the proper fraction and indicate which number represents numerator and which number represents denominator when shown the diagram in the worksheet. 3. Differentiate proper fraction from the improper fraction by choosing the answer from the worksheet given.
Kemahiran Sedia Ada: 
Student already knows how to name some easy fraction in their life.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Introduction of fractions. 2. Name and write fractions. 3. Fraction can be written in the form of a/b where a is numerator and b is denominator. 4. Differentiate proper fraction from the improper fraction.
Bahan Bantu Mengajar: 
Worksheet, polyfoam, 4 pieces of dark coloured paper, and needles.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Teacher tells student to imagine that both of them are having lunch at Pizza Hut restaurant. (By using a polyfoam as a plate and 4 pieces of dark coloured paper as pizza that had been ordered).

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Teacher asks student how many pieces of pizza are still left on the plate after taking 1 piece of pizza from the plate. Teacher repeats by taking out 2 pieces and then 3 pieces of pizza from the plate and asks student how many pieces of pizza are left on the plate now.( Refer to Diagram 1 - 5 )
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Today, we will learn how to name and write proper fractions with denominators up to 10.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Teacher explains to student that fraction is a number that can be represented as a part of a whole by showing it using the polyfoam and the black coloured paper. Example: 1/4 ( 1 part out of 4 equal parts)( Refer Diagram 6 ) 2. Teacher asks student to place the dark coloured paper on the polyfoam according to the fraction given by the teacher. Example: 2/4 = ? (Refer Diagram 7 ) 3. Teacher gives an exercise which needs the student to write down the fraction in words based on the fraction given in numbers. Example: 1/2= one half
Langkah Kedua
1. Teacher explains that fractions can be written in the form of a/b where a is a numerator and b is a denominator by giving some examples. Example: a/b = 1/2 Example: 1 (numerator)/ 2(denominator) 2. Teacher puts 3 pieces of dark coloured paper on the polyfoam and asks student to write down the proper fraction by mentioning which number represents the numerator and which number represents the denominator. Example: Fraction = ? (Refer Diagram 8 )
Langkah Ketiga
1. Teacher explains how to differentiate proper fraction from improper fraction by giving some examples. Example: 1/2 = Proper fraction Example: 3/2 = improper fraction 2. Teacher gives some exercises which requires student to underline the proper fraction. Example: 1/3, 6/5, 2/0

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Teacher guides student to write proper fractions throughout the activity and differentiate between proper and improper fractions.
Latihan Kendiri
Teacher asks student to try the exercises given by the teacher.

Penutup Pengajaran

1. Teacher revises back verbally today's lesson. 2. Teacher gives exercises to student as homework.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Student will learn how to express proper fractions in equivalent form in the next lesson. (Refer to Lesson Plan on 'Equivalent Fraction').
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2613 kali