Matematik

Gabungan Dua Operasi “+” dan “-” dari nombor 1 hingga 9

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Saidatana Alawiah bt Jamaludin dan Siti Jamilah bt Mohamed

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
(5) Gabungan Dua Operasi: Membolehkan murid 5.1 Membina cerita 5.1.1 Pembinaan ayat matematik daripada cerita. 5.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan dua operasi 5.2.2 Operasi tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat menyelesaikan gabungan dua operasi iaitu tambah ( + ) dan tolak ( - ) dengan betul.
Objektif: 
1.Apabila diberi lembaran kerja, murid dapat menjawab enam soalan yang diberikan dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul (dengan bimbingan guru) 2.Apabila diberi soalan POP MATH, murid dapat menjawab dua soalan yang diberi dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul. (tanpa bimbingan guru)
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid mengenal nombor 1 hingga 9 Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tambah “ + ” Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tolak “ - “
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Mengenal nombor 1 hingga 9 2. Menyelesaikan operasi tambah “+” 3. Menyelesaikan operasi tolak “ - ”. 4. Memahami konsep gabungan dua operasi iaitu operasi “+” dan “ - ” 5. Menyelesaikan operasi tambah dahulu kemudian operasi tolak. 6. Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor dengan bimbingan guru. 7. Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor tanpa bimbingan guru
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad Dot Nombor, Sampul surat, lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menggunakan kaedah bercerita untuk menarik minat pelajar sebelum pengajaran gabungan dua operasi

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Bagi mengingati operasi tambah , apabila guru memberi lagi 2 bintang kepada Awie kerana menjawab soalan guru dengan betul. Operasi tambah tersebut dalam ayat matematik adalah 5+2=7 2. Bagi operasi tolak pula, apabila bilangan bintang Awie dikurangkan kerana mengganggu rakan-rakannya. Operasi tolak tersebut dalam bentuk matematik adalah 7-3=4
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Melalui cerita Bintang Awie , guru memberi satu persoalan kepada pelajar ( bagaimana mahu menyelesaikan pengiraan sekiranya diberi 5+2-3

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru akan menerangkan gabungan dua operasi kepada pelajar. 2. Guru akan menunjukkan cara untuk menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor bagi memudahkan murid faham. 3. Guru menerangkan konsep tambah, konsep tolak, dan gabungan dua operasi 1: Tambah menyebabkan bilangan yang semakin meningkat 2: Tolak menyebabkan bilangan yang semakin berkurang. 3: Gabungan dua operasi menyebabkan peningkatan dan pengurangan.
Langkah Kedua
Dengan menggunakan kad dot nombor,guru menerangkan bagaimana melakukan gabungan dua operasi tambah dahulu. Contoh: 5+2-3= Jalan penyelesaian: 1-Guru mengambil sekeping kad dot nombor yang mempunyai 5 dot bewarna kuning. 2-Guru menambah sekeping lagi kad dot nombor yang mempunyai 2 dot bewarna kuning di sebelah kanan kad dot nombor pertama. 3-Guru mengira bilangan dot bewarna kuning tersebut keseluruhanya bernilai 7 dot bewarna kuning. 4-Kemudian,guru menutup 3 dot bewarna kuning dengan dot bewarna putih bermula dari sebelah kiri kad dot nombor pertama. 5-Guru mengira semula bilangan dot bewarna kuning yang tinggal iaitu 4 dot.
Langkah Ketiga
1. Guru mengedar lembaran kerja kepada para pelajar. 2. Lembaran kerja yang diberikan terdiri daripada 6 soalan yang memerlukan pelajar menyelesaikan operasi tambah dahulu kemudian operasi tolak. 3. Guru memberi masa kepada pelajar untuk menyiapkan soalan. 4. Guru membimbing dan memerhati pelajar

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru mengadakan POP MATH iaitu guru meminta murid untuk memilih satu daripada lima sampul surat berwarna. Setiap sampul surat itu terdapat dua soalan gabungan dua operasi. 2. Penyelesaian soalan tersebut hendaklah menggunakan kad dot nombor ( Rujuk Power Point Pop Math)
Latihan Kendiri
Guru memberi lembaran kerja untuk disiapkan di rumah

Penutup Pengajaran

1. Guru dan pelajar berbincang jawapan latihan kendiri 2. Guru membetulkan jawapan pelajar(jika terdapat kesalahan) 3. Guru menyuruh pelajar membuat pembetulan(jika terdapat kesalahan)

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dalam satu balang terdapat empat biji guli. Ahmad telah menambah enam biji guli lagi ke dalam balang. Kemudian adiknya mengambil 2 biji guli Ahmad. Berapakah bilangan guli yang ada dalam balang tersebut sekarang?
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 8552 kali

Matematik kumpulan

Melengkapkan ayat matematik hasil tambah dua digit dalam lingkungan 10-20

Matematik individu

Melengkapkan ayat matematik hasil tambah dua digit dalam lingkungan 10-20

Matematik dam

Melengkapkan ayat matematik hasil tambah dua digit dalam lingkungan 10-20

Operasi Tambah - Ayat Matemetik ke Bentuk Lazim.

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Siti Sarah Binti Sahlan dan Yusniyanti Binti Yunos

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.4 Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah 3.7.1 Ayat Matematik daripada cerita
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menyelesaikan ayat matematik hasil tambah dua digit dalam lingkungan 10-20
Objektif: 
Di akhir pengajaran, di harap murid dapat: -Menjawab 7 daripada 10 ayat matematik dengan hasil tambah 10-20 dengan betul daripada lebaran kerja. -menukarkan ayat matematik ke dalam bentuk lazim dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar boleh menambah dua digit dengan hasil tambah 15 hingga 20 dalam bentuk lazim.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Guru bercerita tentang “Si Ulat dan Buku” 2.Membaca ayat matematik yang di kehendaki. Contohnya, Si ulat mempunyai 5 buah buku dan ayahnya pula memberi 6 buah buku lagi." 3.Menukar ayat matematik ke dalam bentuk lazim. Keluarkan nombor 5 dan simbol tambah(+) serta 6. Kirakan jumlah tersebut dalam bentuk lazim. 3.Gunakan pembilang untuk memastikan jawapan yang diperolehi. 4. Diulangi dengan latihan pengukuhan dan latih tubi lagi.
Bahan Bantu Mengajar: 
Power point, kad gambar, buku cerita ‘Si Ulat dan Buku’, “Pengembaraan Monyet Sakti” berunsurkan konsep dam ular.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru bercerita tentang ‘Si Ulat dan Buku’.
2.Guru bersoal jawab berkaitan cerita tersebut dengan menyoal “Berapakah jumlah buku yang Si Ulat ada?. Baiklah kita akan selesaikan masalah Si Ulat.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Pada kelas lepas kita telah pelajari tentang konsep tambah ayat matematik dalam bentuk lazim yang mudah.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Pengajaran hari ini berkaitan penyelesaian masalah dalam bentuk ayat matematik ke dalam bentuk lazim. Guru menulis seperti: “ Ayah si Ulat menghadiahkan 5 buah buku” “Cikgu memberi 6 buah buku kepada si ulat” “Berapakah jumlah buku yang si Ulat ada? 2.Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar mengenai melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah berdasarkan cerita.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru meminta jika ada pelajar yang dapat menyelesaikan masalah matematik tadi. 2.Guru mengeluarkan semua maklumat yang terdapat di dalam cerita tersebut. “ Ayah si Ulat menghadiahkan 5 buah buku” “Cikgu memberi 6 buah buku kepada si ulat” “Berapakah jumlah buku yang si Ulat ada? 3. Guru melakonkan watak di dalam cerita si Ulat dan buku sambil membuat menukarkannya di dalam bentuk lazim. Murid memberi jawapan “11” 4.Guru menunjukkan maklumat-maklumat penting di dalam ayat tersebut dan menulisnya di papan putih (modeling).
Langkah Kedua
1.Guru menyuruh pelajar mengeluarkan ayat matematik terlebih dahulu dan kemudian tukar kepada ayat lazim bagi hasil tambah yang melibatkan mengumpul semula.Guru meminta murid menyelesaikan masalah matematik dalam bentuk lazim tadi. 2.Guru mengisi jawapan yang diperolehi dari hasil tambah bentuk lazim ke ruang kosong dalam ayat matematik tadi.
Langkah Ketiga
1.Guru memberi latihan dalam kumpulan 2.Guru memberi setiap kumpulan dengan satu cerita lain yang berlainan. (rujuk lampiran latihan kumpulan). 3.Pelajar bersama-sama menyelesaikan masalah matematik dan mengisi tempat kosong dengan nilai hasil tambah dari cerita. 4.Guru memberi bimbingan dari semasa ke semasa.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid semasa bermain permainan “Pengembaraan Adi”
Latihan Kendiri
Murid menyelesaikan masalah matematik di dalam lembaran kerja. (rujuk lembaran kerja individu)

Penutup Pengajaran

1. Guru merumuskan pengajaran hari ini. 2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan bagaimana untuk menukarkan ayat matematik ke dalam bentuk lazim dengan mengumpul semula tidak melebihi 20.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid digalakkan bermain dam ular untuk mengukuhkan konsep tambah.
Objek: 
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 9083 kali

Bulatan dan bahagian bulatan

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Azreen Effendy Mohamad dan Muhammad Afiq Darduri

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Bulatan > Bulatan dan bahagian bulatan
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Untuk memperkenalkan bulatan dan bahagian bulatan kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar lebih lagi mengenai bulatan secara mendalam.
Objektif: 
Pada akhir pengajaran ini, pelajar dapat : Membina atau melukis bahagian bulatan. Menerangkan dan mengenalpasti bulatan dan bahagian bulatan apabila disoal guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar sudak tahu dan mengenal mengenai corak dan bentuk.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Buku text : Matematik tingkatan 2
Bahan Bantu Mengajar: 
Pizza, rotan, pembaris, benang, tali.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru akan bertanya pada pelajar secara umum mengenai bulatan :
1.Mengingat semula pembelajaran lepas mengenai bentuk dan corak
2.Menyuruh pelajar menerangkan tentang bulatan
3.Menyuruh pelajar melukis bentuk bulatan
4.Menyoal pelajar mengenai bulatan secara umum.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru bertanyakan siapa yang menyukai pizza 2.Guru memberitahu bahawa pizza adalah berbentuk bulat 3.Guru menerangkan mengenai definisi bulatan 4.Guru menulis di papan hitam bahagian-bahagian bulatan yang ingin diperkenalkan iaitu lilitan, titik tengah, jejari, diameter dan perentas.
Langkah Kedua
1.Guru memberitahu pada pelajar sekeliling pizza di panggil lilitan. 2.Guru melukis bulatan pada papan hitam dan kembali pada lukisan yang telah dilukis untuk membuat arah pada bulatan sambil memandang pelajar dan bertanya pada pelajar ‘ini dipanggil apa’ 3.Guru bertanya pada pelajar sambil menunjukkan pizza dimana pusat pizza selepas dipotong. 4.Guru pergi dari seorang ke seorang pelajar supaya pelajar dapat menunjukkan pusat pizza dan guru dapat memberitahu pelajar jika pelajar gagal menjawab. 5.Guru memberitahu bahawa pusat pizza itulah di panggil titik tengah pada bulatan 6.Guru mengambil bahagian pizza yang telah dipotong dan menyuruh pelajar mengambil pembaris untuk mengukur sisi pizza tersebut. 7.Guru mengambil bahagian lain dan menyuruh pelajar lain pula untuk mengukur 8.Guru bertanya pada pelajar samaada sama panjang atau tidak sisi slice pizza. 9.Guru memberitahu itulah jejari. 10.Guru memberitahu apa-apa garisan yang menghubungkan dari pusat ke lilitan dipanggil jejari.
Langkah Ketiga
1.Guru meletakkan tiang ditengah kelas dan memberitahu pelajar tiang ini mewakili titik tengah bulatan 2.Guru memanggil seorang pelajar dan memberikan benang yang telah diikat pada tiang 3.Guru menyuruh pelajar berjalan itik mengeliling tiang dengan memastikan benang berada dalam keadaan tegang sambil meleretkan kapur pada lantai kelas 4.Selepas siap bentuk bulatan, guru memanggil pelajar lain untuk memegang benang juga 5.Guru menyuruh pelajar saling bertentang mata dengan memastikan bahawa mereka memijak lilitan bulatan 6.Guru menyuruh pelajar lain pula melakukan adegan sama 7.Guru memberitahu bahawa benang yang tegang tersebut dipanggil diameter 8.Guru menerangkan bahawa diameter adalah garisan lurus dari lilitan ke lilitan yang lain dengan melalui titik tengah. 9.Manakala perentas adalah garisan lurus dari lilitan ke lilitan tanpa melalui titik tengah.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Guru memberikan alat-alat iaitu lidi, benang, pensel, pembaris dan sehelai kertas. 2.Guru meminta pelajar membentuk bulatan menggunakan alat-alat yang telah di berikan. 3.Berdasarkan lukisan tersebut, guru menyuruh pelajar menerangkan bahagian-bahagian di dalam bulatan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1.Memotong pizza / kek yang berbentuk bulatan. 2.Guru meminta pelajar meletakkan lilin di tengah-tengah bulatan iaitu titik pusat. 3.Guru meminta pelajar memotong pizza / kek mengikut bahagian-bahagian dalam bulatan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2406 kali

PENGGUNAAN ALAT DAN TEKNOLOGI DALAM MATEMATIK

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Mohamad Musa Eden

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
15.1: Menggunakan alat dan teknologi dalam matematik. 15.1.2: kalkulator. 3.2: Menambah sebarang dua nombor / operasi tambah asas.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal dan menggunakan kalkulator dalam operasi tambah adalah merupakan isi pelajaran hari ini.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran di harap murid dapat: 1. menyatakan simbol dan nombor yang terdapat pada kalkulator. 2. menekan nombor dan simbol pada kalkulator yang disebut oleh guru. 3. menggunakan kalkulator untuk menyelesaikan operasi tambah asas. 4. Dapat menjawab 8 daripada 10 soalan operasi tambah dengan menggunakan kalkulator.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid telah : 1. mengenali nombor. 2. mengenali simbol (+) dan (=). 3. belajar operasi tambah asas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid diminta untuk menjawab teka-teki. 2. Murid diperdengarkan dengan lagu nombor (little fingers). 3. Murid diminta menamakan benda berdasarkan gambar yang ditunjukkan. 4. murid diberitahu tentang pelajaran hari itu. 5. Murid diminta untuk menyebut nama benda-benda berdasarkan gambar yang ditunjukkan. 6. Murid diminta melabelkan gambar dengan bimbingan guru. 7. Guru membuat demontrasi mengira dengan menggunakan kalkulator. 8. Murid dibimbing untuk mengira dengan kalkulator. 9. Murid diminta untuk mengira dengan kalkulator dengan bimbingan 10. Murid membuat pengiraan dengan menggunakan bahan maujud. 11. Guru mengedarkan lambaran kerja. 12. Murid diminta untuk menyiapkan lambaran kerja tersebut.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. power point interaktif. 2. kad gambar 3. lembaran kerja 4. bahan maujud (kalkulator).

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru mengemukakan teka teki.
“dalam sampul ini terdapat beberapa gambar. Ambil sekeping gambar dan nyatakan jawapan awak”.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru dan murid menyanyikan lagu nombor (Little Fingers)
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid. 2. Guru menerangkan bahawa pelajaran pada hari itu adalah berkenaan dengan penggunaan kalkulator dalam operasi tambah asas.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Langkah 1 1. Guru mempamerkan kad gambar di hadapan. 2. Murid diminta untuk menamakan benda-benda/ komponen yang terdapat pada kalkulator. 3. Murid diminta untuk melabelkan komponen tadi. 4. Guru menerangkan bahawa kita boleh mengira (operasi tambah) dengan menggunakan kalkulator.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan cara mengira (operasi tambah) dengan menggunakan kalkulator. 2. Murid diminta menekan nombor dan simbol yang disebut oleh guru. Contoh: 3 + 6 = **(rujuk power point interaktif) 3. Guru mengedarkan kalkulator kepada pelajar.(bahan Maujud) 4. Murid diminta membuat latihan yang dipamerkan dihadapan dengan bimbingan guru. **(rujuk power point interaktif)

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Latihan 1 1. Guru mengedarkan lambaran kerja. 2. murid diminta melekatkan nombor pada kalkulator. (Gunting dan Tampal) Latihan dengan bimbingan 1. melekatkan nombor dan simbol pada gambar kalkulator 2. melabelkan gambar 3. menggunakan kalkulator. Latihan 2 1. Guru mengedarkan lembaran kerja 2. Murid diminta untuk melabelkan gambar dengan perkataan. Latihan 3 1. Guru mengedarkan lembaran kerja. 2. Murid diminta untuk menyelesaikan operasi tambah dengan menggunakan kalkulator.
Latihan Kendiri
Kerja rumah diberikan kepada murid yang telah menyelesaikan tugasan di dalam kelas dan telah pun dapat menggunakan kalkulator dengan cara yang betul.

Penutup Pengajaran

1. Guru dan murid bersoal jawab mengenai pelajaran hari itu.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Murid boleh cuba mengira resit pembelian dengan menggunakan kalkulator. 2. Murid boleh mengira perbelanjaan satu hari yang telah disenaraikan dengan menggunakan kalkulator.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 8910 kali