Matematik

Kemahiran Mengenal Wang

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Mohd Yaakup Bin Mohd Sabri & Azuan Jasmin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pendidikan Khas, Malaysia 8.1 Mengenal mata wang Malaysia
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal mata wang Malaysia iaitu wang syiling dan wang kertas.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: Pelajar Tahap Lemah 1. Membezakan duit syiling dan duit kertas dengan betul. Pelajar Tahap Sederhana 1. Mengelaskan duit siling satu sen hingga 50sen mengikut saiz dan nilai. 2. Mengelaskan duit kertas RM 1.00 hingga RM 100.00 Pelajar Tahap Tinggi 1. Menamakan objek atau gambar yang terdapat pada permukaan wang syiling 1 sen hingga 50 sen sekurang-kurangnya 3 betul daripada wang yang di tunjukkan. 2. Menamakan gambar atau logo wang kertas RM1.00 hingga RM 100.00 sekurang-kurangnya 3 betul daripada kesemua wang kertas yang ditunjukkan. 3. Menamakan warna wang kertas RM 1.00 hingga RM 100.00 sekurang-kurangnya 3 betul daripada 6 soalan yang diberikan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah menggunakan wang untuk membeli makanan di kantin sekolah.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Menunjukkan wang kertas dan wang syiling. 2. Membanding bezakan ciri-ciri wang kertas dan wang syiling. 3.Menunjukkan wang syiling 5 sen hingga 50 sen satu persatu. 4.Menunjukkan wang kertas RM 1 hingga RM 10.00 satu persatu. 5.Menamakan logo atau gambar pada wang syiling 5 sen hingga 50 sen. 6.Menamakan logo atau gambar wang kertas RM 1 hingga RM 50 7.Menamakan warna wang kertas RM 1 hingga RM 50
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Wang syiling contoh atau wang mainan dan wang sebenar 5 sen hingga 50 sen. 2. Wang kertas contoh atau wang mainan dan wang sebenar RM 1 hingga RM 50.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru bertanya kepada pelajar apakah jenis makanan yang dimakan oleh mereka semasa waktu rehat.
2. Guru menunjukkan makanan yang terdapat di kantin sekolah.
Contoh: gula-gula,kuih pau, air oren, dan nasi lemak

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menampalkan wang contoh dan harga bagi setiap makanan. 2. Guru memberikan wang contoh yang pelbagai jenis kepada semua pelajar. 3. Guru menunjukkan kuih pau dan harganya. 4. Guru menunjukkan wang yang harus diberikan kepada penjual jika guru hendak membeli sebiji kuih pau.Contoh: guru mempunyai dua keping RM 1 dan harga sebiji kuih pau ialah 50 sen, maka guru hendak memberikan sekeping Rm 1 kepada pembeli. 5. Guru menunjukkan makanan yang lain dan pelajar dikehendaki menunjukkan wang yang seharusnya diberikan kepada penjual.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru memberitahu murid bahawa wang mempunyai dua jenis iaitu wang kertas dan wang syiling. 2. Guru menjelaskan bahawa pada hari ini murid akan belajar mengenal wang dari segi bentuk, saiz, dan warna.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan wang kertas dan wang syiling. 2. Guru memilih seorang pelajar secara rawak untuk menunjukkan wang kertas dan wang syiling. 3. Guru menunjukkan perbezaan wang syiling dan wang kertas. contoh: (bentuk duit syiling bulat - logam) (bentuk wang kertas 4 segi - kertas dan plastik) Nota: Rujuk slaid 1-3
Langkah Kedua
1.Guru menunjukkan wang syiling (5sen, 10sen, 20sen, 50sen) satu persatu. 2.Guru meminta seorang pelajar menunjukkan syiling ( 5sen, 10sen, 20sen, 50sen) satu persatu. 3. Guru meminta kesemua pelajar menunjukkan syiling ( 5sen, 10sen, 20sen, 50sen) satu persatu. 4. Guru menunjukkan wang kertas(RM1, RM2, RM5, RM10, RM50) satu persatu. 5. Guru meminta seorang pelajar menunjukkan menunjukkan wang kertas(RM1, RM2, RM5, RM10, RM50) satu persatu di hadapan kelas. 6. Guru meminta kesemua pelajar menunjukkan menunjukkan wang kertas(RM1, RM2, RM5, RM10, RM50) satu persatu. Nota: Rujuk slaid 4-14
Langkah Ketiga
1. Guru memperkenalkan logo dan gambar duit syiling kepada pelajar. 2. Guru meminta seorang pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada duit syiling di hadapan kelas. 3. Guru meminta kesemua pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada satiap duit syiling di hadapan kelas. 4. Guru memperkenalkan logo dan gambar duit kertas kepada pelajar. 5. Guru meminta seorang pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada duit kertas di hadapan kelas. 6. Guru meminta kesemua pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada setiap duit kertas di hadapan kelas. 7.Guru memperkenalkan warna yang terdapat pada setiap wang kertas. contoh: RM1 - biru RM2- ungu RM5 - hijau RM10 - merah RM50 - hijau biru Nota: Rujuk slaid 15-31

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Pelajar Tahap Lemah Guru membantu pelajar mengasingkan wang kertas dan wang syiling ( pelajar lemah) (RUJUK KEPADA POWERPOINT BAHAN BANTU MENGAJAR 1 SLIDE 33 HINGGA 34) Pelajar Tahap Sederhana Guru membantu pelajar mengelaskan duit syiling 5 sen hingga 50sen mengikut saiz dan mengelaskan duit kertas RM 1.00 hingga RM 50.00 (RUJUK LEMBARAN KERJA PELAJAR SEDERHANA) Pelajar Tahap Tinggi Guru membantu pelajar menamakan objek atau gambar yang terdapat pada permukaan wang syiling 5 sen hingga 50 sen dan pada setiap wang kertas. (RUJUK LEMBARAN KERJA PELAJAR TAHAP TINGGI)
Latihan Kendiri
Lembaran kerja

Penutup Pengajaran

Guru merumuskan pelajaran pada hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat menyediakan duit yang berpadanan dengan barang yang hendak dibeli tanpa penipuan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 6777 kali

Wang

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Mohd Yaakup Bin Mohd Sabri & Azuan Jasmin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pendidikan Khas, Malaysia 8.1 Mengenal mata wang Malaysia
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal mata wang Malaysia iaitu wang syiling dan wang kertas.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: Pelajar lemah 1. Membezakan duit syiling dan duit kertas dengan betul. Pelajar sederhana 1. Mengelaskan duit siling satu sen hingga 50sen mengikut saiz. 2. Mengelaskan duit kertas RM 1.00 hingga RM 100.00 Pelajar tahap tinggi 1. Menamakan objek atau gambar yang terdapat pada permukaan wang syiling 1 sen hingga 50 sen sekurang-kurangnya 3 betul daripada wang yang di tunjukkan. 2. Menamakan gambar atau loga wang kertas RM1.00 hingga RM 100.00 sekurang-kurangnya 3 betul daripada kesemua wang kertas yang ditunjukkan. 3. Menamakan warna wang kertas RM 1.00 hingga RM 100.00 sekurang-kurangnya 3 betul daripada 6 soalan yang diberikan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah menggunakan wang untuk membeli makanan di kantin sekolah.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menunjukkan wang kertas dan wang syiling. 2. Membanding bezakan ciri-ciri wang kertas dan wang syiling. 3. Menunjukkan wang syiling 1 sen hingga 50 sen satu persatu. 4. Menunjukkan wang kertas RM 1 hingga RM 100.00 satu persatu. 5. Menamakan logo atau gambar pada wang syiling 1 sen hingga 50 sen. 6. Menamakan logo atau gambar wang kertas RM 1 hingga RM 100. 7. Menamakan warna wang kertas RM 1 hingga RM 100
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Wang syiling contoh atau wang mainan dan wang sebenar 1 sen hingga 50 sen. 2. Wang kertas contoh atau wang mainan dan wang sebenar RM 1 hingga RM 100.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru bertanya kepada pelajar apakah jenis makanan yang dimakan oleh mereka semasa waktu rehat.
2. Guru menunjukkan makanan yang terdapat di kantin sekolah. Contoh: gula-gula ,kuih pau, air oren, nasi lemak .

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menampalkan wang contoh dan harga bagi setiap makanan. 2. Guru memberikan wang contoh yang pelbagai jenis kepada semua pelajar. 3. Guru menunjukkan kuih pau dan harganya. 4. Guru menunjukkan wang yang harus diberikan kepada penjual jika guru hendak membeli sebiji kuih pau. Contoh: guru mempunyai dua keping RM 1 dan harga sebiji kuih pau ialah 50 sen, maka guru hendak memberikan sekeping Rm 1 kepada pembeli. 5. Guru menunjukkan makanan yang lain dan pelajar dikehendaki menujukkan wang yang seharusnya diberikan kepada penjual.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru memberitahu murid bahawa wang mempunyai dua jenis iaitu wang kertas dan wang syiling. 2. Guru menjelaskan bahawa pada hari ini murid akan belajar mengenal wang dari segi bentuk, saiz, dan warna.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan wang kertas dan wang syiling. 2. Guru memilih seorang pelajar secara rawak untuk menunjukkan wang kertas dan wang syiling. 3. Guru menunjukkan perbezaan wang syiling dan wang kertas. contoh: (bentuk duit syiling bulat - logam) (bentuk wang kertas 4 segi - kertas dan plastik) Nota: Rujuk slaid 1-3
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan wang syiling (1sen, 5sen, 10sen, 20sen, 50sen) satu persatu. 2 Guru meminta seorang pelajar menunjukkan syiling (1sen, 5sen, 10sen, 20sen, 50sen) satu persatu. 3. Guru meminta kesemua pelajar menunjukkan syiling (1sen, 5sen, 10sen, 20sen, 50sen) satu persatu. 4. Guru menunjukkan wang kertas(RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100) satu persatu. 5. Guru meminta seorang pelajar menunjukkan menunjukkan wang kertas(RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100) satu persatu di hadapan kelas. 6. Guru meminta kesemua pelajar menunjukkan menunjukkan wang kertas(RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100) satu persatu. Nota: rujuk slaid 4-14
Langkah Ketiga
1. Guru memperkenalkan logo dan gambar duit syiling kepada pelajar. 2. Guru meminta seorang pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada duit syiling di hadapan kelas. 3. Guru meminta kesemua pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada satiap duit syiling di hadapan kelas. 4. Guru memperkenalkan logo dan gambar duit kertas kepada pelajar. 5. Guru meminta seorang pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada duit kertas di hadapan kelas. 6. Guru meminta kesemua pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada satiap duit kertas di hadapan kelas. 7. Guru memperkenalkan warna yang terdapat pada setiap wang kertas. contoh: RM1 - warna biru RM2 - RM5 - hijau RM10 - merah RM50 - hijau biru RM100 - biru tua Nota: Rujuk slaid 15-31

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Pelajar Lemah Guru membantu pelajar mengasingkan wang kertas dan wang syiling ( pelajar lemah) Nota: Rujuk slaid 33-34 Pelajar Tahap Sederhana guru membantu pelajar mengelaskan duit syiling satu sen hingga 50sen mengikut saiz dan mengelaskan duit kertas RM 1.00 hingga RM 100.00 Nota: Rujuk lembaran kerja pelajar sederhana Pelajar Tahap Tinggi Guru membantu pelajar menamakan objek atau gambar yang terdapat pada permukaan wang syiling 1 sen hingga 50 sen dan pada setiap wang kertas. Nota: Rujuk lembaran kerja pelajar tahap tinggi
Latihan Kendiri
Lembaran kerja

Penutup Pengajaran

Guru merumuskan pelajaran pada hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid tahu kegunaan wang dalam kehidupan seharian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 370 kali
wang, mengenal mata wang malaysia

Wang (BBM)

Mengenal mata wang Malaysia dari segi bentuk, saiz dan warna.