Matematik

Sistem Nombor.

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Mohd Harith Mohd Rahim @ Mohd Noor & Fatma Aishah Kadir.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.3 Menentukan nilai nombor.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menamakan, menentukan dan menulis nombor kurang daripada 100 dan lebih daripada 10 mempunyai nilai tempat puluh dan sa.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: a) Menamakan, menentukan dan menulis nombor kurang daripada 100 dalam lembaran kerja dengan tepat dan b) Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor kurang daripada 100 dalam aktiviti bersama guru dengan tepat
Kemahiran Sedia Ada: 
a) Murid sudah tahu nilai-nilai nombor 0 hingga 100. b) Murid sudah boleh menulis angka dan membilang satu-satu hingga 100.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Membilang dan menyebut kumpulan sa. 2. Membilang dan mengumpul semula dengan cara mengumpul sepuluh-sepuluh dan sa. 3. Membilang dan menyebut kumpulan puluh. 4. Mengumpul, membilang dan menyebut semula kumpulan puluh dan sa.
Bahan Bantu Mengajar: 
Batang chopstik bagi mewakili sa, ikatan kayu chopstik sepuluh mewakili puluh, kad angka dan kad rumah angka.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru meminta murid keluar untuk membilang kayu chopstik, secara satu persatu dan meminta murid mengikat secara sepuluh-sepuluh.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Meminta murid membilang menggunakan pembilang dan menyebut.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru mengaitkan aktiviti tadi dengan pelajaran hari ini iaitu murid akan menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor kurang daripada 100.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menyediakan papan puluh dan sa di atas meja murid. 2. Guru memberi soalan. 3. Murid dibimbing untuk membilang batang chopstik mewakili sa. 4. Murid dibimbing untuk membilang sekumpulan kayu chopstik mewakili puluh. 5. Guru menerangkan konsep nilai tempat puluh dan sa kepada murid. 6. Murid mengumpul sekumpulan kayu chopstik tadi dan membilang sambil menyebut. 7. Aktiviti diulang bagi nombor lain.
Langkah Kedua
Guru menampal bentuk-bentuk berikut di papan tulis dan menegaskan kepada murid;
Langkah Ketiga
1. Kemudian murid dibimbing membina semula nombor di atas papan tulis. 2. Guru mengisikan mana-mana dua petak dan murid melengkapkannya.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid dibimbing membina semula nombor di atas papan tulis.
Latihan Kendiri
Guru memberi lembaran kerja berkaitan pengajaran.

Penutup Pengajaran

Guru merumuskan pengajaran dan bersoal jawab dengan murid berkaitan pembelajaran pada hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Aktiviti latih tubi berkaitan pengajaran.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5022 kali

Rancangan Pengajaran Harian ( Gabungan Dua Operasi “+” dan “-“ dari nombor 1 hingga 9).

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Saidatana Alawiah BInti Jamaludin, Siti Jamilah bt Mohamed

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
(5) Gabungan Dua Operasi: Membolehkan murid 5.1 Membina cerita 5.1.1 Pembinaan ayat matematik daripada cerita. 5.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan dua operasi 5.2.1 Operasi tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat menyelesaikan gabungan dua operasi iaitu tambah ( + ) dan tolak ( - ) dengan betul.
Objektif: 
1) Apabila diberi lembaran kerja, murid dapat menjawab enam soalan yang diberikan dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul (dengan bimbingan guru) 2) Apabila diberi soalan POP MATH, murid dapat menjawab dua soalan yang diberi dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul. (tanpa bimbingan guru)
Kemahiran Sedia Ada: 
i) Murid mengenal nombor 1 hingga 9 ii) Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tambah “ + ” iii) Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tolak “ - “
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
(1) Mengenal nombor 1 hingga 9 (2) Menyelesaikan operasi tambah “+” (3) Menyelesaikan operasi tolak “ - ”. (4) Memahami konsep gabungan dua operasi iaitu operasi “+” dan “ - ” (5) Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor dengan bimbingan guru. (6) Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor tanpa bimbingan guru
Bahan Bantu Mengajar: 
Radio, Kad Dot Nombor, Sampul surat, lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

- Guru memutarkan lagu nombor kepada murid-murid
- Guru dan murid menyanyi bersama-sama.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
- Guru memberi dua soalan operasi tambah iaitu seperti 2+4 dan 3+7. - Guru memberi dua soalan operasi tolak mudah kepada pelajar untuk jawab iaitu seperti 8-3 dan 5-1.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1) Guru menggunakan symbol ‘₊’ dan ‘₋’ berdialog: ‘+’: hei..saya lebih besar daripada awak. ‘-’: walaupun saya kecil,saya mahu berkawan dengan awak. Begitulah yang membentuk operasi gabungan dua operasi ‘+’ dan ‘-’. 2) Guru memberikan contoh soalan gabungan dua operasi seperti: 1. 5+2-3= 2. 6+3+1-4= Jalan penyelesaian: 1. 5+2=7 7-3=4 Jawapan: 4 2. 6+3=9 9+1=10 10-4=6 Jawapan: 6

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
- Guru memberi satu persoalan kepada pelajar ( bagaimana nak menyelesaikan sekiranya diberi 5-1+3=? ) - Guru akan menerangkan gabungan dua operasi kepada pelajar. - Guru akan menunjukkan cara untuk menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor bagi memudahkan murid faham.
Langkah Kedua
1) Guru mengedar lembaran kerja kepada para pelajar 1. 5+6-2= A. 9 B. 8 C. 7 D. 6 2. 7+4-2= A. 8 B. 7 C. 9 D. 6 3. 4-3+4+1= A. 3 B. 4 C. 5 D. 6 4. 9+1-7+3= A. 7 B. 6 C. 1 D. 2 5. 8-5+6-7= A. 1 B. 3 C. 2 D. 4 6. 6+4+2-8= A. 4 B. 1 C. 3 D. 6 2) Murid akan diberi 6 soalan dan menyelesaikan dengan menggunakan kad dot nombor 3) Guru memberi masa kepada pelajar untuk menyiapkan soalan. 4) Guru membimbing dan memerhati pelajar.
Langkah Ketiga
- Guru mengadakan POP MATH iaitu guru meminta murid untuk memilih satu daripada lima sampul surat berwarna. Setiap sampul surat itu terdapat dua soalan gabungan dua operasi. - Murid diminta untuk menyelesaikan soalan tersebut dengan menggunakan kad dot nombor dengan bimbingan guru. - Sekiranya betul guru akan memberi ganjaran kepada pemenang.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
- Guru memecahkan murid kepada tiga kumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada dua orang murid. - Kemudian guru memberi lembaran kerja kepada murid dan murid diminta untuk berbincang dan menyelesaikan soalan tersebut dengan rakan kumpulan. - Penyelesaian soalan tersebut hendaklah menggunakan kad dot nombor
Latihan Kendiri
Guru memberi lembaran kerja untuk disiapkan di rumah. 1. 9-2-4-1= 2. 8-2-2-2= 3. 5+9+3+1= 4. 2+7+8+5= 5. 4+3+2-1= 6. 5+4-1+1= 7. 6+7+1-8= 8. 2+6+3+5-9= 9. 9+2+3+8-9= 10. 9-6+4+3+2=

Penutup Pengajaran

- Guru dan pelajar berbincang jawapan latihan kendiri - Guru membetulkan jawapan pelajar(jika salah). - Guru menyuruh pelajar membuat pembetulan(jika salah).

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
- Guru memberikan soalan berbentuk penyelesaian masalah: 1. Sebatang pensil beharga RM 0.60 di kedai buku sekolah. Tetapi, harga pensil tersebut telah jatuh kepada RM 0.30 pada hari semalam dan pada hari ini harga pensil tersebut telah bertambah sebanyak RM 0.40 daripada harga pensil semalam. Berapakah harga pensil tersebut hari ini? 2. Dalam satu balang terdapat empat biji guli. Ahmad telah menambah enam biji guli lagi ke dalam balang. Tetapi hanya empat biji guli tersebut yang bewarna merah dan selebihnya bewarna warni. Berapakah guli yang bewarna warni?
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4379 kali

Operasi Menolak Sebarang Dua Nombor

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Khamsila & Shakila

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.0 Operasi Tolak 4.2 Menolak Sebarang Dua Nombor
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menolak sebarang dua nombor dengan menggunakan bahan maujud iaitu coklak yang diberikan oleh guru.
Objektif: 
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat menolak sebarang dua nombor dengan menggunakan bahan yang disediakan oleh guru iaitu coklat, power point dan lembaran kerja.
Kemahiran Sedia Ada: 
1. Pelajar telah mengenal nombor 1 hingga 10 2 Pelajar boleh mengira dan menyebut nombor 1 hingga 10 dengan betul
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menyanyi lagu 10 budak hitam dan dilihat oleh pelajar. 2. Guru dan pelajar menyanyi lagu 10 budak hitam bersama-sama. 3. Pelajar menyanyi lagu 10 budak hitam tanpa bimbingan guru. 4. Guru memberikan pelajar seorang 1 bakul. 5. Guru memberikan pelajar 10 biji coklat setiap seorang. 6. Guru menunjukkan demostrasi memasukkan kesemu coklat ke dlam bakul. 7. Pelajar memasukkan coklat ke dalam bakul dengan bimbingan guru. 8. Guru menunjukkan demostrasi mengeluarkan coklat dari bakul mengikut bilangan yang disebut. 9. Guru mengarahkan pelajar mengira baki coklat di dalam bakul bersama-sama. 10. Guru mengarahkan pelajar mengeluarkan coklat dari bakul masing-masing mengikut bilangan yang disebut oleh guru. 11. Pelajar mengira baki coklat yang tinggal dalam bakul. 12. Guru membuat pengukuhan dengan meminta pelajar mengulangi tingkahlaku yang sama dengan menggunakan nombor yang lain. 13. Pelajar menyelesaikan operasi tolak dua nombor menggunakan power point yang disediakan. 14. Pelajar menjawab soalan matematik operasi tolak dua nombor pada lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
Bahan Bantu Mengajar: 
1.Power point 2. gula-gula 3. Bekas 4. lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru memainkan mendengarkan murid lagu 10 budak hitam.
2. Pelajar mendengar lagu tersebut.
3. Guru menyanyikan lagu tersebut tanpa iringan muzik.
4. Murid menyanyi lagu 10 budak hitam tanpa muzik dengan bimbingan guru.
5. Murid menyanyi sendiri dengan guru meminta seorang yang boleh memimpin kelas untuk memimpin lagu tersebut.
6. Guru meminta murid membilang nombor 1 hingga 10.
7. Guru bersoal jawab dengan pelajar. ”Apa yang terjadi kepada 10 budak hitam”.
8. Guru membimbing jawapan murid. Budak hitam berku....

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid mengingat kembali kemahiran membilang nombor 1-10 melalui cerita sang kancil dan buaya.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan bahawa dalam cerita sepuluh budak hitam, bilangan budak hitam semakin berkurang (menolak).

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru memberikan murid seorang satu bekas. 2. Guru memberikan murid 10 biji gula-gula setiap seorang. 3. Guru memasukkan gula-gula ke dalam bekas. 4. Guru meminta murid memasukkan gula-gula ke dalam bekas seperti yang dilakukan oleh guru. 5. Guru meminta murid untuk menyebut seorang suatu nombor. 6. Murid menyebut nombor dan guru mengeluarkan coklat dari bekas. Kemudian guru mengira baki gula-gula yang tinggal setelah guru mengeluarkan gula-gula mengikut nombor yang diberi oleh pelajar. 7. Murid melakukan perkara seperti guru. 8. Guru menyebut nombor dan meminta semua pelajar mengeluarkan gula-gula mengikut nombor yang diberi oleh guru. Kemudian semua pelajar mengira bersama-sama baki yang tinggal di dalam bekas mereka. 9. Guru mengulang langkah yang sama dengan cara penilaian individu. 10. Setiap seorang murid diberi nombor dan guru meminta murid tersebut mengeluarkan gula-gula dari bekas mengikut nombor yang disebut oleh guru dan murid mengira baki yang tinggal dalam bakul setelah mengeluarkan sejumlah gula-gula.
Langkah Kedua
1. guru meminta pelajar mencari pasangan. (1 pelajar 2 org) 2. guru meminta pasangan pelajar untuk mengulangi aktiviti ini bersama pasangan masing-masing. yang dibuat. 3. guru meminta sekiranya pelajar yang memainkan peranan sebagai memberi nombor akan memberikan gula-gulanya kepada pelajar yang menjadi pengeluar dan pengira gula-gula tersebut.
Langkah Ketiga
1. Guru memainkan powerpoint interaktif tentang operasi tolak yang disediakan oleh guru. 2. guru meminta pelajar menjawab soalan yang disediakan oleh guru dengan powerpoint interaktif. 3. Murid menjawab secara beramai-ramai 4. Murid menjawab secara individu.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. guru memberikan lembaran kerja kepada murid 2. guru menerangkan 1 contoh berdasarkan lembaran kerja yang diberi 3. murid menyelesaikan lembaran kerja sendiri
Latihan Kendiri
Guru memberikan murid lembaran kerja untuk menjawab soalan tolak yang terdapat di dalam lembaran tersebut.

Penutup Pengajaran

Guru mengajak pelajar menyertai permainan jual beli dan dalam permainan ini pelajar dibahagikan kepada 2 watak iaitu pembeli dan penjual. Apabila pelajar yang menjadi pembeli membeli barangan yang dijual oleh pelajar yang menjadi penjual, guru akan mengarahkan pelajar yang menjadi penjual untuk mengira baki barangan yang tinggal. Kemudiannya pelajar yang menjadi pembeli akan bertukar watak dengan pelajar yang menjadi penjual dan permainan ini akan berlanjutan sehingga kesemua pelajar sudah memahami konsep tolak tersebut.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru membawa pelajar ke koperasi sekolah dan membeli barangan di koperasi tersebut untuk mengaplikasikan konsep tolak tersebut.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2391 kali

Wang

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Mohd Yaakup Bin Mohd Sabri dan Azuan Jasmin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, Bahagian Pendidikan Khas, Malaysia
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
8.1 Mengenal mata wang Malaysia
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: pelajar lemah 1. Membezakan duit syiling dan duit kertas dengan betul. pelajar sederhana 1. mengelaskan duit siling satu sen hingga 50sen mengikut saiz. 2. Mengelaskan duit kertas RM 1.00 hingga RM 100.00 pelajar tahap tinggi 1. Menamakan objek atau gambar yang terdapat pada permukaan wang syiling 1 sen hingga 50 sen sekurang-kurangnya 3 betul daripada wang yang di tunjukkan. 2. Menamakan gambar atau loga wang kertas RM1.00 hingga RM 100.00 sekurang-kurangnya 3 betul daripada kesemua wang kertas yang ditunjukkan. 3. Menamakan warna wang kertas RM 1.00 hingga RM 100.00 sekurang-kurangnya 3 betul daripada 6 soalan yang diberikan.
Kemahiran Sedia Ada: 
murid pernah menggunakan wang untuk membeli makanan di kantin sekolah.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menunjukkan wang kertas dan wang syiling. 2. Membanding bezakan ciri-ciri wang kertas dan wang syiling. 3. Menunjukkan wang syiling 1 sen hingga 50 sen satu persatu. 4. Menunjukkan wang kertas RM 1 hingga RM 100.00 satu persatu. 5. Menamakan logo atau gambar pada wang syiling 1 sen hingga 50 sen. 6. Menamakan logo atau gambar pasa wang kertas RM 1 hingga RM 100. 7. Menamakan warna wang kertas RM 1 hingga RM 100
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Wang syiling contoh atau wang mainan dan wang sebenar 1 sen hingga 50 sen. 2. Wang kertas contoh atau wang mainan dan wang sebenar RM 1 hingga RM 100.

Permulaan Pengajaran

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
guru menunjukkan makanan yang terdapat di kantin sekolah. contoh: gula-gula 5 sen kuih pau 10 sen air oren 50 sen nasi lemak RM 1 Guru memberitahu harga setiap barang tersebut dan mengaitkan dengan nilai mata wang.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan wang kertas dan wang syiling. 2. Guru memilih seorang pelajar secara rawak untuk menunjukkan wang kertas dan wang syiling. 3. Guru menunjukkan perbezaan wang syiling dan wang kertas. contoh: (bentuk duit syiling bulat - logam) (bentuk wang kertas 4 segi - kertas dan plastik)
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan wang syiling (1sen, 5sen, 10sen, 20sen, 50sen) satu persatu. 2. Guru meminta seorang pelajar menunjukkan syiling (1sen, 5sen, 10sen, 20sen, 50sen) satu persatu. 3. Guru meminta kesemua pelajar menunjukkan syiling (1sen, 5sen, 10sen, 20sen, 50sen) satu persatu. langkah 3 1. Guru menunjukkan wang kertas(RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100) satu persatu. 2. Guru meminta seorang pelajar menunjukkan menunjukkan wang kertas(RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100) satu persatu di hadapan kelas. 3. Guru meminta kesemua pelajar menunjukkan menunjukkan wang kertas(RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100) satu persatu.
Langkah Ketiga
Langkah 4. 1. Guru memperkenalkan logo dan gambar duit syiling kepada pelajar. 2. Guru meminta seorang pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada duit syiling di hadapan kelas. 3. Guru meminta kesemua pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada satiap duit syiling di hadapan kelas. langkah 5 1. Guru memperkenalkan logo dan gambar duit kertas kepada pelajar. 2. Guru meminta seorang pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada duit kertas di hadapan kelas. 3. Guru meminta kesemua pelajar menyebut setiap logo atau gambar yang terdapat pada satiap duit kertas di hadapan kelas. Langkah 6 1. Guru memperkenalkan warna yang terdapat pada setiap wang kertas. contoh: RM1 - warna biru RM2 - RM5 - hijau RM10 - merah RM50 - hijau biru RM100 - biru tua

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
guru membantu pelajar mengasingkan wang kertas dan wang syiling ( pelajar lemah) guru membentu pelajar mengelaskan duit siling satu sen hingga 50sen mengikut saiz dan mengelaskan duit kertas RM 1.00 hingga RM 100.00 pelajar tahap tinggi guru membantu pelajar menamakan objek atau gambar yang terdapat pada permukaan wang syiling 1 sen hingga 50 sen dan pada setiap wang kertas.
Latihan Kendiri
lembaran kerja

Penutup Pengajaran

guru merumuskan pelajaran pada hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
murid tahu kegunaan wang dalam kehidupan seharian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 794 kali

Nilai wang.

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Annie Magaret a/p A Lourusamy & Bavani a/p Ganason.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
8.1 Mengenal mata wang malaysia. 8.2 Menentukan nilai wang. 8.8 Menyelesaikan masalah yang melibatkan nilai wang.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
1. Mengenal wang dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM 1, RM 2 DAN RM 5). 2. Menentukan nilai wang kertas dalam lingkungan RM 1 hingga RM 5.
Objektif: 
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengira dengan betul nilai wang dan memilih satu item yang sama harga dengan nilai wang yang diberikan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid dapat mengenal dan mengira duit syiling.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru bersoal jawab dengan murid. 2. Guru meminta murid mengeluarkan satu barang dari beg misteri dan menamakanya. 3. Menyebut dan mengira nilai wang. 4. Aktiviti main peranan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Power point, poster iklan, kad gambar, wang ringgit asal dan bercetak, tag harga, balang dan contoh barangan harian.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti harian mereka.

2. Guru mengeluarkan beg misteri yang mengandungi barangan.

3. Guru meminta murid mengeluarkan satu barang dari beg misteri dan menamakannya.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru mengeluarkan wang syiling RM 0.10 sebanyak sepuluh keping. 2. Guru meminta murid mengira beramai-ramai apabila guru menjatuhkan duit syiling itu ke dalam balang. 3. Guru meminta murid memberitahu nilai semua duit syiling RM 0.10 yang murid telah kira apabila guru menjatuhkan semua duit syiling itu ke dalam balang tadi.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan sekeping wang ringgit RM 1, RM 2 dan RM 5. 2. Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar mengenai nilai wang ringit RM 1, RM 2 dan RM 5 tersebut.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan sekeping wang ringgit RM 1 dan menyebut nilai wang berkenaan. 2. Guru memberikan wang sebenar RM 1 kepada murid untuk disentuh dan dipegang. 3. Guru sebut semula nilai wang RM 1 dan minta murid ikut sebutan guru. 4. Guru memberi wang asal RM 2 kepada murid untuk disentuh dan dipegang. 5. Kemudian, guru mengarahkan murid mengikut guru menyebut nilai wang RM 2. 6. Guru ulang dengan menggunakan RM 1 sebanyak lima keping untuk menunjukkan nilai RM 5 seterusnya menyebut nilai RM 5.
Langkah Kedua
1. Guru mengadakan permainan jual beli. 2. Guru membawa murid ke sudut yang menyediakan permainan jual beli dan minta murid memilih barang dan membeli dengan nilai wang di tangan masing-masing. 3. Guru akan memainkan peranan sebagai penjual. 4. Guru membantu murid semasa aktiviti jual beli.
Langkah Ketiga
1. Guru mengarahkan murid untuk meletak nilai wang yang betul pada barangan yang diiklankan dalam poster. 2. Guru meminta murid untuk menulis nilai wang di sebelah wang ringgit sebenar yang diletakkan di papan tulis.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid semasa bermain permainan aktiviti jual beli.
Latihan Kendiri
Murid bermain permainan membeli barangan harian berdasarkan nilai wang masing-masing yang telah diberikan oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru memberikan ganjaran pada murid yang dapat membeli barangan dengan nilai wang yang betul yang ada pada mereka semasa aktiviti permainan jual beli tadi. 2. Guru merumuskan pembelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid tahu nilai wang dan seterusnya dapat menggunakan nilai wang itu dengan betul semasa membuat urusan jual beli.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4503 kali