Akademik

Operasi tolak dua nombor

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Shakil binti Basri dan Khamsila binti Saffie

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.0 Operasi Tolak 4.2 Menolak Sebarang Dua Nombor
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menolak sebarang dua nombor dengan menggunakan bahan maujud iaitu gula-gula yang diberikan oleh guru.
Objektif: 
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat menolak sebarang dua nombor dengan menggunakan bahan yang disediakan oleh guru iaitu gula-gula, power point dan lembaran kerja.
Kemahiran Sedia Ada: 
1. Pelajar telah mengenal nombor 1 hingga 10 2. Pelajar boleh mengira dan menyebut nombor 1 hingga 10 dengan betul
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Pelajar kenal nilai nombor pertama. 2. Pelajar kenal nilai nombor kedua. 3. Pelajar tahu menggunakan konsep tolak.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Power point 2. gula-gula 3. Bekas gula-gula 4. lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid mengingat kembali kemahiran membilang nombor 1-10 melalui cerita sang kancil dan buaya (rujuk fail cerita sang kancil dan buaya)
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan bahawa dalam cerita sepuluh budak hitam jumlah budak hitam semakin berkurang (menolak).

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru memberikan murid seorang satu bekas (rujuk video 1) 2.Guru memberikan murid 10 biji gula-gula setiap seorang (rujuk video 2) 3.Guru memasukkan gula-gula ke dalam bekas(rujuk video 3) 4.Guru meminta murid memasukkan gula-gula ke dalam bekas seperti yang dilakukan oleh guru (rujuk video 3) 5.Guru meminta murid untuk menyebut seorang suatu nombor (rujuk video 4) 6.Murid menyebut nombor dan guru mengeluarkan coklat dari bekas (rujuk video 5) 7.Kemudian guru mengira baki gula-gula yang tinggal setelah guru mengeluarkan gula-gula mengikut nombor yang diberi oleh pelajar (rujuk video 6) 8.Murid melakukan perkara seperti guru (rujuk video 7&8) 9.Guru menyebut nombor dan meminta semua pelajar mengeluarkan gula-gula mengikut nombor yang diberi oleh guru 10.Guru menyebut nombor dan meminta semua pelajar mengeluarkan gula-gula mengikut nombor yang diberi oleh guru. Kemudian semua pelajar mengira bersama-sama baki yang tinggal di dalam bekas mereka. 11.Guru mengulang langkah yang sama dengan cara penilaian individu. 12.Setiap seorang murid diberi nombor dan guru meminta murid tersebut mengeluarkan gula-gula dari bekas mengikut nombor yang disebut oleh guru dan murid mengira baki yang tinggal dalam bakul setelah mengeluarkan sejumlah gula-gula.
Langkah Kedua
1.Guru meminta pelajar mencari pasangan. 2.Guru meminta pasangan pelajar untuk mengulangi aktiviti ini bersama pasangan masing-masing.
Langkah Ketiga
1.Guru memainkan powerpoint interaktif tentang operasi tolak yang disediakan oleh guru. 2.Guru meminta pelajar menjawab soalan yang disediakan oleh guru dengan powerpoint interaktif. 3.Murid menjawab secara beramai-ramai 4.Murid menjawab secara individu

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Guru memberikan lembaran kerja kepada murid 2.Guru menerangkan 1 contoh berdasarkan lembaran kerja yang diberi 3.Murid menyelesaikan lembaran kerja sendiri
Latihan Kendiri
1.Guru memberikan lembaran kerja kepada murid 2.Murid menyelesaikan lembaran kerja sendiri

Penutup Pengajaran

Guru mengajak pelajar menyertai permainan jual beli dan dalam permainan ini pelajar dibahagikan kepada 2 watak iaitu pembeli dan penjual. Apabila pelajar yang menjadi pembeli membeli barangan yang dijual oleh pelajar yang menjadi penjual, guru akan mengarahkan pelajar yang menjadi penjual untuk mengira baki barangan yang tinggal. Kemudiannya pelajar yang menjadi pembeli akan bertukar watak dengan pelajar yang menjadi penjual dan permainan ini akan berlanjutan sehingga kesemua pelajar sudah memahami konsep tolak tersebut.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru membawa pelajar ke koperasi sekolah dan membeli barangan di koperasi tersebut untuk mengaplikasikan konsep tolak tersebut.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1136 kali

Operasi tambah

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Siti Sarah Binti Sahlan dan Yusniyanti Binti Yunos .

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.4 Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah 3.7 Membina Cerita : 3.7.1 Ayat Matematik daripada cerita
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Melengkapkan ayat matematik hasil tambah dua digit dalam lingkungan 10-20
Objektif: 
Menjawab 7 daripada 10 ayat matematik dengan hasil tambah 10-20 dengan betul daripada lebaran kerja
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar boleh menambah dua digit dengan hasil tambah 15 hingga 20 dalam bentuk lazim
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1)Guru bercerita tentang “Si Ulat dan Buku”( 2)Guru bersoal jawab tentang cerita “Si Ulat dan Buku” 3)Guru bersama-sama murid menyelesaikan masalah matematik berdasarkan cerita tersebut dalam bentuk lazim 4)Guru membimbing pelajar menyelesaikan ayat matematik di dalam cerita 5)Pelajar menyelesaikan masalah ayat matematik di dalam cerita di dalam kumpulan 6)Bermain dengan permainan “Pengembaraan Monyet Sakti ” berunsurkan konsep dam ular
Bahan Bantu Mengajar: 
Power point, kad gambar, buku cerita ‘Si Ulat dan Buku’, “Pengembaraan Monyet Sakti” berunsurkan konsep dam ular.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1)Guru bercerita tentang ‘Si Ulat dan Buku’.
2)Guru bersoal jawab tentang membaca dan menyoal pelajar dengan soalan “Berapakah jumlah buku yang Si Ulat ada?. Baiklah kita akan selesaikan masalah Si Ulat

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1)Guru meminta jika ada pelajar yang dapat menyelesaikan masalah matematik tadi. 2)Guru mengeluarkan semua maklumat yang terdapat di dalam cerita tersebut. “ Ayah si Ulat menghadiahkan 5 buah buku” “Cikgu memberi 6 buah buku kepada si ulat” “Berapakah jumlah buku yang si Ulat ada? Murid memberi jawapan “11”
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1)Guru membentuk ayat matematik daripada cerita ‘Si Ulat dan Buku” dan menyelesaikan jawapannya. 2)Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar mengenai melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah berdasarkan cerita.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru mengubah maklumat di dalam power point berdasarkan cerita yang sama dengan hasil tambah 15-20 2. Guru menunjukkan maklumat-maklumat penting di dalam ayat tersebut dan menyuruh pelajar membentuk ayat matematik terlebih dahulu dan kemudian tukar kepada ayat lazim bagi hasil tambah yang melibatkan mengumpul semula.Guru meminta murid menyelesaikan masalah matematik dalam bentuk lazim tadi. 3. Guru mengisi jawapan yang diperolehi dari hasil tambah bentuk lazim ke ruang kosong dalam ayat matematik tadi.
Langkah Kedua
1.Guru memberi latihan dalam kumpulan 2.Guru memberi setiap kumpulan dengan satu cerita lain yang berlainan. (rujuk lampiran latihan kumpulan). 3.Pelajar bersama-sama menyelesaikan masalah matematik dan mengisi tempat kosong dengan nilai hasil tambah dari cerita. 4.Guru memberi bimbingan dari semasa ke semasa.
Langkah Ketiga
1.Bermain “pengembaraan Monyet Sakti” (rujuk Dam interaktif dan Dam Monyet) 2.Bermain dalam kumpulan dua atau tiga ahli. 3.Pelajar perlu menyelesaikan masalah matematik bagi setiap “check point” untuk maju. 4.Guru memerhati aktiviti pelajar

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid semasa bermain permainan “Pengembaraan Adi”
Latihan Kendiri
Murid menyelesaikan masalah matematik di dalam lembaran kerja. (rujuk lembaran kerja individu)
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 698 kali

Pendekatan Pengajaran Pelajar disleksia

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Azreen Effendy Mohamad dan Muhammad Afiq Darduri

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Bulatan dan bahagian bulatan
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Untuk memperkenalkan bulatan dan bahagian bulatan kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar lebih lagi mengenai bulatan secara mendalam.
Objektif: 
Membina atau melukis bahagian bulatan. Menerangkan dan mengenalpasti bulatan dan bahagian bulatan apabila disoal guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar sudak tahu dan mengenal mengenai corak dan bentuk.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menunjukkan pizza kepada pelajar 2. Guru bertanyakan bentuk pizza 3. Guru bertanya bentuk-bentuk lain pula yang dipelajari sebelum ini 4. Guru bertanya adakah pelajar boleh melukis bulatan 5. Guru dan pelajar berbincang mengenai bulatan 6. Guru memberikan definisi bulatan 7. Guru mengambil tiang dan mengikat benang pada tiang 8. Guru menyuruh pelajar memegang benang dengan tegang dan pusing mengelilingi tiang 9. Guru mengikat benang baru yang sama saiz sebelum ini dan mengikat pada tiang 10. Guru menyuruh pelajar ambil benang baru dan berdiri antara kedua-dua lilitan tanpa melintasi titik tengah 11. Guru menyuruh pelajar mendemonstrasikan semula.
Bahan Bantu Mengajar: 
Pizza, rotan, pembaris, benang dan tali.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru akan bertanya pada pelajar secara umum mengenai bulatan :
1) Mengingat semula pembelajaran lepas mengenai bentuk dan corak
2) Menyuruh pelajar menerangkan tentang bulatan
3) Menyuruh pelajar melukis bentuk bulatan
4) Menyoal pelajar mengenai bulatan secara umum.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Untuk memperkenalkan bulatan dan bahagian bulatan kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar lebih lagi mengenai bulatan secara mendalam.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1) Guru bertanyakan siapa yang menyukai pizza 2) Guru memberitahu bahawa pizza adalah berbentuk bulat 3) Guru menerangkan mengenai definisi bulatan 4) Guru menulis di papan hitam bahagian-bahagian bulatan yang ingin diperkenalkan iaitu lilitan, titik tengah, jejari, diameter dan perentas.
Langkah Kedua
1)Guru memberitahu pada pelajar sekeliling pizza di panggil lilitan. 2)Guru melukis bulatan pada papan hitam dan kembali pada lukisan yang telah dilukis untuk membuat arah pada bulatan sambil memandang pelajar dan bertanya pada pelajar ‘ini dipanggil apa’ 3)Guru bertanya pada pelajar sambil menunjukkan pizza dimana pusat pizza selepas dipotong. 4)Guru pergi dari seorang ke seorang pelajar supaya pelajar dapat menunjukkan pusat pizza dan guru dapat memberitahu pelajar jika pelajar gagal menjawab. 5)Guru memberitahu bahawa pusat pizza itulah di panggil titik tengah pada bulatan 6)Guru mengambil bahagian pizza yang telah dipotong dan menyuruh pelajar mengambil pembaris untuk mengukur sisi pizza tersebut. 7)Guru mengambil bahagian lain dan menyuruh pelajar lain pula untuk mengukur 8)Guru bertanya pada pelajar samaada sama panjang atau tidak sisi slice pizza. 9)Guru memberitahu itulah jejari. 10)Guru memberitahu apa-apa garisan yang menghubungkan dari pusat ke lilitan dipanggil jejari.
Langkah Ketiga
1)Guru meletakkan tiang ditengah kelas dan memberitahu pelajar tiang ini mewakili titik tengah bulatan 2)Guru memanggil seorang pelajar dan memberikan benang yang telah diikat pada tiang 3)Guru menyuruh pelajar berjalan itik mengeliling tiang dengan memastikan benang berada dalam keadaan tegang sambil meleretkan kapur pada lantai kelas 4)Selepas siap bentuk bulatan, guru memanggil pelajar lain untuk memegang benang juga 5)Guru menyuruh pelajar saling bertentang mata dengan memastikan bahawa mereka memijak lilitan bulatan 6)Guru menyuruh pelajar lain pula melakukan adegan sama 7)Guru memberitahu bahawa benang yang tegang tersebut dipanggil diameter 8)Guru menerangkan bahawa diameter adalah garisan lurus dari lilitan ke lilitan yang lain dengan melalui titik tengah. 9)Manakala perentas adalah garisan lurus dari lilitan ke lilitan tanpa melalui titik tengah.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1)Guru memberikan alat-alat iaitu lidi, benang, pensel, pembaris dan sehelai kertas. 2)Guru meminta pelajar membentuk bulatan menggunakan alat-alat yang telah di berikan. 3)Berdasarkan lukisan tersebut, guru menyuruh pelajar menerangkan bahagian-bahagian di dalam bulatan.

Penutup Pengajaran

1)Memotong pizza / kek yang berbentuk bulatan. 2)Guru meminta pelajar meletakkan lilin di tengah-tengah bulatan iaitu titik pusat. 3)Guru meminta pelajar memotong pizza / kek mengikut bahagian-bahagian dalam bulatan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1088 kali

Personal Detail

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Pupils should be able to: 2.1 state his/her own personal details 2.1.1 Self awareness 2.1.2 Awareness of self and others 2.1.3 Personal details
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Today's lesson is to teach pupils to recognize themselves and others (in context of Classroom)
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 417 kali

Membina Kumpulan dan ahli berdasarkan ayat matematik

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Rosli bin Ismail

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Sekolah Rendah dan Menengah,Jabatan Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia. 6.1 Menyatakan operasi darab dalam bahasa harian. 6.1.2 Kenal pasti kumpulan dan ahli.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menukarkan ayat matematik kepada bentuk rajah yang melibatkan kumpulan dan ahli.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat: 1.Mengasingkan antara nombor yang mewakili kumpulan dan mewakili ahli. 2.Membina rajah berdasarkan ayat matematik. 3.Menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar sudah kenal ayat matematik dan boleh menulis ayat matematik.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Memperkenalkan ayat matematik. 2.Menyebut ayat matematik yang ditunjukkan. 3.Menyusun bilangan ahli. 4.Mengenalpasti bilangan kumpulan berdasarkan bilangan ahli. 5.Melukis kumpulan dan melukiskan ahli sama banyak dalam setiap kumpulan. 6.Mengira semua ahli dalam kumpulan dan menulis jawapan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad ayat matematik,kad simbol,pembilang,belon

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru panggil 4 pelajar kehadapan. Guru berikan belon setiap orang 2 biji.
2.Guru menyoal pelajar berapa biji belon tiap-tiap orang dapat.
3.Guru terangkan bahawa 4 orang pelajar itu sebagai kumpulan dan 2 biji belon sebagai ahli kumpulan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1.Guru menunjukkan kad ayat matematik kemudian minta tiap-tiap pelajar menyebutnya. 2.Guru menyebut ayat matematik contoh:3X4 kemudian menyuruh pelajar menulis di papan tulis.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru menunjukkan satu contoh ayat matematik kemudian ditukarkan kepada bentuk rajah. 2.Guru terangkan bahawa hari ini pelajar akan belajar menukarkan ayat matematik operasi darab kepada rajah.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru tunjukkan ayat matematik operasi darab.Contoh 6X2= 2.Guru minta seorang pelajar menyebut ayat tersebut. 3.Guru minta pelajar mengira apakah jawapannya. 4.Guru menyuruh seorang menulis jawapan pada papan tulis.
Langkah Kedua
1.Guru melekatkan kad ayat matematik operasi darab pada papan tulis. 3X6 = 2.Guru minta seorang pelajar menyebut ayat tersebut. 3.Guru mengarahkan 2 orang pelajar menyusun magnet ikut bilangan ahli pada papan tulis. 4.Kemudian guru menyuruh 2 orang pelajar membuat bulatan pada kumpulan magnet yang disusun. 5.Guru menyoal pelajar terdapat berapa kumpulan dan berapa bilangan ahli bagi setiap kumpulan.
Langkah Ketiga
1.Guru tunjukkan kad ayat matematik 4X5= dan lekatkan pada papan tulis. 2.Guru menyuruh seorang pelajar membuat bulatan yang sepatutnya untuk mewakili kumpulan berdasarkan ayat matematik. 3.Kemudian guru menyuruh seorang demi seorang pelajar untuk melekatkan magnet dalam kumpulan sebagai ahli hingga lengkap. 4.Guru menyuruh seorang pelajar mengira semua ahli dalam kumpulan pada papan tulis. 5.Guru minta seorang pelajar lain menulis jawapan yang disebut pada ayat matematik.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Guru membantu dan membimbing pelajar menentukan kumpulan dan ahli kumpulan. 2.Guru membimbing pelajar meletakkan atau melukis ahli dalam setiap kumpulan agar semua ahli adalah sama banyak. 3.Guru memberi bimbingan kepada pelajar mencari jawapan dengan mengira semua ahli dalam kumpulan.
Latihan Kendiri
Guru memberikan lembaran kerja 1, 2, 3 dan 4 kepada pelajar. Lembaran tersebut diedarkan secara berperingkat-peringkat iaitu dari mudah ke susah.

Penutup Pengajaran

Guru menyoal pelajar dan mengulang tentang apa yang baru dipelajari.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pelajar boleh mengagihkan benda seperti buah atau gula-gula kepada rakan dan saudara mereka.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1122 kali

Melengkapkan bilangan ahli setiap kumpulan berdasarkan ayat matematik

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Rosli bin Ismail

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Sukatan Pelajaran Pendidikan khas Sekolah Rendah dan Menengah,Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. 6.1 Menyatakan operasi darab dalam bahasa harian. 6.1.2 Kenal pasti kumpulan dan ahli
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menulis bilangan ahli yang betul bagi setiap kumpulan berdasarkan ayat matematik.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat 1.Menyebut bilangan ahli bagi setiap kumpulan berdasarkan ayat matematik. 2.Menulis bilangan ahli bagi setiap kumpulan berdasarkan ayat matematik. 3.Menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar biasa membahagikan benda-benda sama banyak kepada rakan mereka.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Perkenalkan ahli dan kumpulan. 2.Mengira bilangan kumpulan. 3.Letakkan ahli sama banyak dalam setiap kumpulan. 4.Mengira bilangan semua ahli dalam kumpulan 5.Lihat semula ayat matematik samada bilangan ahli dan kumpulan adalah betul. 6.Menulis semua bilangan ahli yang dikira pada petak jawapan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Alatan yang digunakan ialah pembilang,kad nombor,kad simbol,biji guli.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru menyebut satu ayat matematik.Contoh 2X3= .
2.Guru minta pelajar mencari jawapan.
3.Guru tanya pelajar berapa kumpulan yang mesti kita lukis.
4.Guru minta seorang pelajar melukiskan ahli pada kumpulan pertama.
5.Guru minta pelajar lain melukis ahli pada kumpulan seterusnya.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1.Guru lekatkan satu contoh ayat matematik. Contoh 3X4= 2.Guru tunjukkan setiap nombor dalam ayat matematik akan mewakili kumpulan dan ahli. 3.Guru tunjukkan 3 sebagai ahli dan 4 sebagai kumpulan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru memberitahu pelajar bahawa samada ayat matematik atau rajah boleh ditukar antara satu sama lain. 2.Guru menjelaskan kepada pelajar hari ini kita akan menentukan bilangan ahli bagi setiap kumpulan berdasarkan ayat matematik.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru memberikan kad ayat matematik kepada setiap pelajar. 2.Guru menyuruh tiap-tiap pelajar menyebut ayat matematik tersebut. 3.Guru minta pelajar tentukan bilangan kumpulan berdasarkan ayat matematik yang diberikan. 4.Guru minta tiap-tiap pelajar tentukan dan sebut bilangan ahli yang betul berdasarkan ayat matematik yang diberikan.
Langkah Kedua
1.Guru menyuruh pelajar melukiskan bilangan ahli dalam setiap kumpulan. 2.Guru menyuruh setiap pelajar mengira semua bilangan ahli dalam kumpulan. 3.Guru minta setiap pelajar menyebut jumlah ahli yang terdapat dalam semua kumpulan.
Langkah Ketiga
1.Guru meminta setiap pelajar melihat sekali lagi kumpulan dan ahli yang dilukis agar sama dengan ayat matematik. 2.Guru minta setiap pelajar menyebut bilangan ahli dan kumpulan yang telah dilukis. 3.Sekali lagi setiap pelajar mengira jumlah ahli dan tuliskan dalam petak jawapan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Guru bantu pelajar menentukan kumpulan dan ahli. 2.Guru bimbing pelajar melukis bilangan kumpulan dan ahli. 3.Guru bimbing pelajar cara mendapatkan jawapan dan menulis ayat matematik lengkap.
Latihan Kendiri
Guru memberikan lembaran kerja 1,2 dan 3 kepada pelajar. Lembaran tersebut diedarkan secara berperingkat-peringkat iaitu dari mudah ke susah.

Penutup Pengajaran

1.Guru mengulang semula dengan soal jawab dan membuat rumusan pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pelajar boleh membahagikan sesuatu barang sama banyak kepada rakan atau orang lain.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 727 kali

Menulis ayat matematik berdasarkan gambar kumpulan dan ahli

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Rosli bin Ismail

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah,Jabatan Pendidikan Khas,Malaysia. 6.1 Menyatakan operasi darab dalam bahasa harian. 6.1.2 Kenal pasti kumpulan dan ahli.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal konsep asas darab iaitu daripada gambar ditukarkan kepada ayat matematik.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat: 1.Menyebut bilangan ahli dan kumpulan berdasarkan gambar. 2.Menentukan bilangan ahli dan kumpulan dalam bentuk angka. 3.Menulis ayat matematik berdasarkan gambar. 4.Menjawab 4 soalan betul daripada 5 soalan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar boleh mengira nombor hingga 100 dan boleh menambah nombor.Pelajar sudah mengenali ayat matematik sifir.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Tunjukkan rajah atau gambar kepada pelajar. 2.Menyuruh pelajar mengira bilangan item dalam rajah tersebut. 3.Mengenalpasti bilangan ahli dan bilangan kumpulan rajah tersebut. 4.Menyebut bilangan kumpulan dan bilangan ahli. 5.Membulatkan kumpulan yang dikenalpasti dan mengira ahli setiap kumpulan. 6.Menulis ayat matematik berdasarkan kumpulan dan ahli.
Bahan Bantu Mengajar: 
1.Penggunaan kad gambar,kad nombor, kad ayat matematik. 2.Bahan mengajar yang digunakan ialah pembilang seperti batang ais krim,lidi,dan juga batu kecil.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru menyusun 2 kumpulan magnet pada 'white board'.
2.Guru menyoal pelajar berapa bilangan kumpulan yang telah ditunjukkan pada 'white board',kemudian guru menyuruh seorang pelajar mengira bilangan setiap ahli.
3.Guru menyuruh pelajar meletakkan nombor sebagai mewakili kumpulan dan ahli berserta simbol darab.Contoh 5X2=

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1.Guru melekatkan ayat matematik. Contoh: 2X4= 2.Guru lekatkan kad gambar yang dibahagikan secara kumpulan. 3.Guru tunjukkan kad nombor tambah berulang.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru memberitahu pelajar bahawa konsep darab ialah darab bilangan kumpulan dan ahli. 2.Guru memberitahu pelajar hari ini pelajar akan belajar menukarkan rajah kepada ayat matematik darab.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru menunjukkan satu gambar yang disusun mengikut kumpulan. 2.Guru menyuruh pelajar mengira semua bilangan item yang ada dalam rajah. 3.Guru menyuruh menyebut bilangan kumpulan dan ahli tiap-tiap orang. 4.Guru menyuruh pelajar lekatkan nombor untuk kumpulan dan ahli.
Langkah Kedua
1.Guru menunjukkan pula rajah lain. 2.Guru minta pelajar membuat bulatan pada kumpulan. 3.Guru minta pelajar lain pula membilang ahli bagi setiap kumpulan. 4.Guru minta pelajar lain pula menyebut ayat matematik bagi rajah tersebut. 5.Guru minta seorang pelajar melekat ayat matematik pada papan tulis. 5.
Langkah Ketiga
1.Guru tunjukkan satu rajah lain. 2.Guru meminta pelajar menyebut bilangan kumpulan dan ahli. 3.Guru meminta pelajar melekatkan nombor dan simbol darab supaya menjadi ayat matematik yang lengkap. 4.Guru menyuruh pelajar menyebut ayat matematik bagi tiap-tiap orang.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Guru membimbing pelajar menentukan kumpulan dan ahli. 2.Guru membimbing dan membantu pelajar melengkapkan ayat matematik.
Latihan Kendiri
Guru memberikan lembaran kerja 1, 2, 3 dan 4 kepada pelajar. Lembaran tersebut diedarkan secara berperingkat-peringkat iaitu dari mudah ke susah.

Penutup Pengajaran

1. Guru mengulang tentang apa yang telah dipelajari dengan menyoal pelajar secara lisan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pelajar boleh membentuk kumpulan dalam permainan atau menyusun barang di rumah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1175 kali

Urutan Nombor

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Rosli bin Ismail

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Sukatan Pelajaran Matematik Pendidikan Khas Sekolah Menengah dan Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia. 6.1 Menyatakan operasi darab dalam bahasa harian. 6.1.1 Pengertian darab dalam proses tambah berulang.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menambah nombor secara berulang mengikut selang tertentu.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajan pelajar dapat: 1.Menyebut turutan nombor dengan betul. 2.Menulis turutan nombor dengan betul. 3.Menjawab dengan betul 4 daripada 5 soalan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar boleh mengira nombor dan menambah nombor.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Perkenalkan nombor-nombor 2.Menyebut nombor-nombor tersebut. 3.Menyusun nombor-nombor ikut urutan 4.Menyusun nombor-nombor ikut selang tertentu.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad nombor,kad gambar,kad perbagai saiz

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru tunjukkan sebuah kotak yang berisi kad dengan pelbagai saiz.Minta pelajar teka apakah benda yang ada dalam kotak tersebut.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1.Guru tunjukkan kad nombor 1 hingga 10. 2.Minta semua pelajar menyebut nombor-nombor tersebut
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru meminta pelajar membilang nombor ikut urutan iaitu dari hingga 10.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Langkah Pertama 1.Guru memberikan kad pelbagai saiz kepada pelajar. 2.Minta pelajar susun kad tadi bermula saiz kecil hingga besar sekali. 3.Guru meletakkan kad nombor 1 hingga 10 dan suruh pelajar seorang demi seorang menyusun kad tadi tadi ikut turutan yang betul.
Langkah Kedua
1.Guru tunjukkan kad nombor 2 kemudian 4. 2.Minta seorang pelajar sebutkan nombor seterusnya. 3.Minta murid lain menyebut nombor seterusnya seorang demi seorang. 4.Minta pelajar menambah dua setiap kali cari nombor seterusnya. 5.Guru membantu dan membimbing menambah untuk nombor seterusnya.
Langkah Ketiga
1.Guru tunjukkan nombor 3 kemudian 6 dan minta pelajar sebut secara beramai-ramai. 2.Guru menyoal pelajar nombor apa seterusnya. 3.Guru lekatkan nombor 3 diikuti 6,minta pelajar pilih nombor seterusnya selepas 6. 4.Guru menyuruh pelajar lekatkan nombor yang dipilih oleh pelajar pada papan tulis. 5.Guru bimbing pelajar dengan menambah guna pembilang untuk cari nombor seterusnya. 6.Guru ulangi aktiviti ini dengan turutan nombor 4,5 dan 6 hingga dapat jawapan. 7.Guru sekali lagi bimbing pelajar menambah guna pembilang untuk dapat jawapan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Guru bimbing pelajar menggunakan pembilang untuk mencari nombor turutan seterusnya. 2.Guru menyebut berulangkali agar pelajar faham mencari nombor berikutnya.
Latihan Kendiri
1.Lembaran kerja.

Penutup Pengajaran

Guru merumuskan pelajaran pada hari ini. Guru bersoaljawab dengan pelajar tentang apa yang baru dipelajari.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pelajar boleh mengira barang-barang mereka samada di rumah atau di sekolah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1060 kali

Tambah Nombor Berulang

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Rosli Ismail

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Sukatan pelajaran Matematik Pendidikan Khas Sekolah Rendah dan Menengah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. 6.1 Menyatakan operasi darab dalam bahasa harian. 6.1.1 Pengertian darab dalam proses tambah berulang.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Memperkenalkan kepada pelajar asas darab dengan kemahiran menambah nombor berulang dengan berdasarkan ayat matematik mudah.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat 1.Menulis nombor yang ditambah secara berulang dengan betul. 2.Menulis bilangan ahli dan kumpulan. 3.Menjawab 4 soalan betul daripada 5 soalan.
Kemahiran Sedia Ada: 
1.Pelajar boleh membilang nombor ikut urutan. 2.Pelajar boleh menambah nombor bulat.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Menyebut ayat matematik dengan betul. 2.Menyebut terdapat berapa bilangan kumpulan. 3.Mengenalpasti bilangan ahli bagi setiap kumpulan. 4.Menulis nombor yang betul sebagai ahli dalam kumpulan yang disediakan.
Bahan Bantu Mengajar: 
1.Pembilang maujud seperti batang ais krim,lidi dan dan guli

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru tunjukkan kad simbol darab (X).Guru minta pelajar sebut simbol yang ditunjukkan.
2.Guru tunjuk pula kad simbol tambah,minta pelajar sebut,kemudian kad simbol darab dan minta pelajar sebut.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1.Guru menunjuk nombor dan menyebut secara beramai-ramai. 2.Guru tunjukkan ayat matematik tambah serta jawapannya.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru menerangkan kepada pelajar ayat matematik darab. 2.Guru jelaskan bahawa pada hari ini pelajar akan pelajari darab iaitu melibatkan ahli dan kumpulan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru tunjukkan satu ayat matematik darab.Contoh: 3X4= 2.Guru minta pelajar sebut ayat tersebut seorang demi seorang. 3.Guru jelaskan kepada pelajar masing-masing mewakili ahli dan kumpulan.
Langkah Kedua
1.Guru tunjukkan ayat matematik darab yang pelbagai situasi.Contoh 3X4=,4X3=, 2X5=,5X2=. 2.Guru tunjukkan satu ayat matematik untuk dijelaskan.Contoh 2X5= 3.Guru jelaskan kepada pelajar bahawa 2 itu mewakili ahli dan 5 sebagai kumpulan.
Langkah Ketiga
1.Guru tunjukkan kad ayat matematik yang lain pula.Contoh 3X4= 2.Guru menyuruh pelajar menyebut ayat tersebut seorang demi seorang. 3.Guru menyuruh tiap-tiap pelajar membahagikan ahli dan kumpulan bagi ayat matematik yang ditunjukkan. 4.Guru memeriksa tugasan yang diberikan samada betul atau salah. 5.Guru memuji pelajar yang dapat membuat dengan betul. 6.Guru memberi bimbingan pelajar yang memberi jawapan yang salah.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Guru membimbing pelajar untuk menentukan bilangan ahli dan kumpulan berdasarkan ayat matematik. 2.Guru membimbing pelajar meletakkan bilangan ahli yang sama banyak dalam setiap kumpulan. 3.Guru membimbing dan membantu pelajar menulis nombor berulang iaitu nombor yang sama.
Latihan Kendiri
Guru mengedarkan lembaran kerja.

Penutup Pengajaran

Guru bersoaljawab sekali lagi sebagai ulangan supaya pelajar dapat mengingat konsep asas darab yang baru dipelajari.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid tahu pengasingan barang-barang mengikut bilangan yang dijual di kedai atau pasaraya.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1050 kali

Parts of the body

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Latifah Ahmad & Siti Shara bt Dollah

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
7.1 Identify parts of the body. 7.1.1 Parts of the body.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Today's lesson is to identify and name the parts of the body.
Objektif: 
At the end of the lesson plan, 1. Pupils should be able to name 4 out of 6 parts of body when teacher shown the pictures of body parts. 2. Pupils should be able to read the names of 5 parts of body. 3. Pupils should be able to match words to the correct picture.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pupils know the parts of the body in spoken format.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Teacher shows the picture and pupils recognize the parts of the body. 2. Pupils can point to the correct parts of the body when asked. 3. Pupils can say the names of parts of the body. 4. Pupils can read words of parts of the body. 5. Pupils can match picture to picture parts of the body. 6. Pupils can match words to picture parts of the body. 7. Pupils can fill in the text of parts of the body.
Bahan Bantu Mengajar: 
PowerPoint slides of parts of the body and worksheets.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Praise students for effort.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Sing a song ‘I Love My Body’
2. Teacher plays and sings the song first, pupils pay attention.
3. Teacher and pupils sing a song together.
(please refer to slide 4 in parts of the body power point)

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Pupils looks at their friend’s body and name parts of the body they know orally.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Teacher says, "Today, we will learn to name the parts of the body."

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Identify and name parts of body 1. Teacher says the name of parts of body as she points to the picture.(Refer to slide 6,7,8 and 9 in parts of body power point) 2. Teacher asks a pupil to come to the front of the class. 3. Teacher points and asks pupil the name of parts of body. 4. Teacher guides pupils to say the name of parts of the body.
Langkah Kedua
Recognize and read words 1. Teacher shows and reads words on parts of the body. 2. Teacher and pupils read together. 3. Teacher asks pupils to read words on parts of body as she points to the name of the picture simultaneously. 4. Teacher guides pupils to read words of parts of the body.
Langkah Ketiga
a) Match picture to picture 1. Teacher matches one picture with another similar picture. 2. Teacher asks pupils to match the same picture with correct pictures. b) Word with picture 1. Teacher matches one word with one picture. 2. Teacher asks pupils to match the word to the correct pictures. c) Fill in the blank 1. Teacher fills in one word in the text. 2. Teacher guides pupils to fill in the word in the text

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Teacher guides pupils to say the name of parts of the body. 2. Teacher guides pupils to recognize and read words.
Latihan Kendiri
1. Teacher asks pupils to match the picture to the correct picture. 2. Teacher asks pupils to match word to the correct pictures. 3. Teacher asks pupils to fill the correct word in the text.

Penutup Pengajaran

Teacher and pupils sing a song again and summarize the lesson with the pupils.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Play and match the puzzle parts of the body.

Rujukan

Rujukan: 
Lee Lay Wah. (Mei, 2009). Strategi Pengajaran ePKhas: Model, Bimbing, Cuba. Dari laman web: http://epkhas.ses.usm.my/content/strategi-pengajaran-epkhas
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5246 kali