Sukatan Pelajaran:
11.0 Sikap Belas Kasihan
11.1 Mengamal sikap belas kasihan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Isi pelajaran hari ini adalah mengenal dan memahami nilai murni iaitu belas kasihan serta perkaitan antara kedua-duanya.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:
1. Murid dapat mengenal konsep nilai murni iaitu belas kasihan melalui tayangan video dan lembaran kerja.
2. Murid dapat menjelaskan konsep yang dipelajari semasa soal jawab.
3. Murid dapat membezakan nilai belas kasihan atau tidak dalam setiap tindakan dengan tepat.
Kemahiran Sedia Ada:
• Murid sudah boleh membaca petikan dengan baik
• Murid pernah mengaplikasikan tingkah laku belas kasihan dalam kehidupan.
• Murid sudah dapat mengenal antara manusia dan haiwan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Menyaksikan 'slide show' ‘Belas Kasihan Terhadap Haiwan’.
2. Menonton tayangan video belas kasihan terhadap haiwan.
3. Seterusnya menyaksikan tayangan video ringkas belas kasihan terhadap manusia.
4. Aktiviti pengukuhan kendiri:
• Murid mencuba permainan multimedia interaktif yang disediakan oleh guru.
5. Aktiviti bersama rakan sebaya (mengikut lembaran kerja yang disediakan oleh guru)
• Mengisi tempat kosong berdasarkan cerita yang ditunjukkan.
• Memadankan gambar dengan penyataan yang betul.
• Menyusun semula petikan cerita ‘Belas Kasihan Terhadap Haiwan’.
6. Guru menjelaskan dan mengaitkan semua aktiviti di atas merujuk kepada objektif pengajaran dalam masa yang sama menjelaskan tingkah laku tersebut menggunakan contoh yang lain (cara lain untuk belas kasihan kepada bintang, manusia dan tumbuhan)
Misalnya: belas kasihan = simpati
Bahan Bantu Mengajar:
1. Power Point (Kisah Teladan dan video ringkas)
2. Lembaran kerja
3. Kad Gambar