Pendidikan Moral

Kasih Sayang

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Sf. Monadillah Bt Bachok dan Zaimah Bt Ismail

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
8.0 Sikap kasih sayang 8.1 Mengamalkan sikap kasih sayang. 8.1.1 Sikap kasih saynag dalam kehidupan seharian.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Isi pelajaran hari ini adalah sikap saling sayang-menyayangi antara manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran murid akan dapat : 1. Menyatakan jenis kasih sayang yang terdapat dalam gambar 2. Membandingkan kasih sayang yang terdapat dalam video yang ditunjukkan. 3. Mendemonstrasikan kasih sayang yang dipertontonkan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid mengenali manusia, benda hidup dan bukan hidup seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid menonton video kasih sayang terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan. 2. Murid mendengar penerangan guru tentang video-video tersebut. 3. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru secara lisan berdasarkan video yang ditunjukkan. 4. Murid mencatatkan jenis kasih sayang di atas kertas. 5. Murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru. 6. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru secara lisan berdasarkan gambar yang ditunjukkan 7. Murid membezakan setiap gambar mengikut jenis kasih sayang. 8. Murid melakokan salah satu jenis kasih sayang yang diajar. 9. Murid memberitahu jenis kasih sayang yang dilakonkan.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Video 2. Gambar 3. Power Point 4. Flash kad

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

- Guru menyanyikan lagu.
- Guru menyanyi bersama murid

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid menamakan orang yang mereka sayangi, binatang dan tumbuhan yang disayangi.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar tentang sayang yang terbahagi kepada 3 jenis iaitu sayang kepada manusia, sayang kepada haiwan dan sayang kepada tumbuhan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan video kasih sayang terhadap manusia, haiwan dan juga tumbuhan. 2. Guru menerangkan tentang video-video tersebut. 3. Guru meminta murid menjawab soalan secara lisan berdasarkan video yang ditunjukkan. 4. Guru meminta murid mencatatkan maklumat yang diperolehi.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan gambar untuk setiap jenis kasih sayang. 2. Guru menyoal murid seperti: a. Apakah jenis-jenis kasih sayang yang terdapat dalam gambar? b. Berapa jenis kasih sayang yang telah diterangkan? 3. Guru meminta murid menjawab soalan secara lisan. 4. Guru meminta murid memadankan gambar dengan ‘flash card’ yang disediakan. 5. Guru meminta murid memberikan contoh cara-cara lain meluahkan dan menunjukkan kasih sayang terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan. 6. Guru meminta murid membaca contoh-contoh yang telah disenaraikan.
Langkah Ketiga
1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. 2. Guru meminta murid melakonkan satu contoh kasih sayang. 3. Guru meminta murid menerangkan jenis kasih sayang yang dilakonkan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid membezakan jenis kasih sayang yang terdapat di dalam gambar dan lakonan video.
Latihan Kendiri
Apabila murid telah berjaya membezakan jenis kasih sayang, mereka diminta untuk melakonkan contoh-contoh kasih sayang.

Penutup Pengajaran

Guru dan murid bersoal jawab mengenai pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat mengaplikasikan sifat sayang-menyayangi dalam kehidupan seharian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2363 kali

Kasih Sayang

Penerokaan sikap kasih sayang sesama manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Sikap Kasih Sayang Dalam Kehidupan Seharian.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Sf. Monadillah Bt Bachok dan Zaimah Bt Ismail

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Sukatan Pelajaran : 8.0 Sikap kasih sayang 8.1 Mengamalkan sikap kasih sayang. 8.1.1 Sikap kasih sayang dalam kehidupan seharian.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Isi pelajaran hari ini adalah sikap saling sayang-menyayangi antara manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran murid akan dapat : 1. Menyatakan jenis kasih sayang yang terdapat dalam gambar 2. Menyatakan 3 cara daripada 5 cara menyatakan atau menunjukkan kasih sayang terhadap manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. 3. Mendemonstrasikan kasih sayang yang dipertontonkan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid mengenali manusia, benda hidup dan bukan hidup seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Analisis Tugasan : 1. Murid menonton video kasih sayang terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan. 2. Murid mendengar penerangan guru tentang video-video tersebut. 3. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru secara lisan berdasarkan video yang telah ditunjukkan. 4. Murid mencatatkan jenis kasih sayang di atas kertas yang telah dinyatakan oleh guru. 5. Murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru. 6. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru secara lisan berdasarkan gambar yang ditunjukkan 7. Murid melabelkan jenis kasih sayang mengikut gambar yang ditunjukkan oleh guru. 8. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang cara-cara menunjukkan kasih sayang terhadap manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. 9. Murid melakonkan salah satu jenis kasih sayang yang telah dipelajari. 10. Murid memberitahu jenis kasih sayang yang dilakonkan.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Video 2. Gambar 3. Power Point 4. Flash kad
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Kaedah peneguhan positif seperti pujian atau bintang pada kad

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

- Guru menyanyikan lagu.
- Guru menyanyi bersama murid

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid menamakan orang yang mereka sayangi, binatang dan tumbuhan yang disayangi.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar tentang sayang yang terbahagi kepada 3 jenis iaitu sayang kepada manusia, sayang kepada haiwan dan sayang kepada tumbuhan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan video kasih sayang terhadap manusia, haiwan dan juga tumbuhan. 2. Guru menerangkan tentang video-video tersebut. 3. Guru meminta murid menjawab soalan secara lisan berdasarkan video yang ditunjukkan. 4. Guru meminta murid mencatatkan maklumat yang diperolehi.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan gambar untuk setiap jenis kasih sayang. 2. Guru menyoal murid seperti: a. Apakah jenis-jenis kasih sayang yang terdapat dalam gambar? b. Berapa jenis kasih sayang yang telah diterangkan? 3. Guru meminta murid menjawab soalan secara lisan. 4. Guru meminta murid memadankan gambar dengan ‘flash card’ yang disediakan. 5. Guru meminta murid memberikan contoh cara-cara lain meluahkan dan menunjukkan kasih sayang terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan. 6. Guru meminta murid membaca contoh-contoh yang telah disenaraikan.
Langkah Ketiga
1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. 2. Guru meminta murid melakonkan satu contoh kasih sayang. 3. Guru meminta murid menerangkan jenis kasih sayang yang dilakonkan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid membezakan jenis kasih sayang yang terdapat di dalam gambar dan lakonan video.
Latihan Kendiri
Apabila murid telah berjaya membezakan jenis kasih sayang, mereka diminta untuk melakonkan contoh-contoh kasih sayang.

Penutup Pengajaran

Guru dan murid bersoal jawab mengenai pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
- Murid dapat mengaplikasikan sifat sayang-menyayangi dalam kehidupan seharian. - Murid dapat menulis kad ucapan bersempena Hari Ibu dan Hari Bapa.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2783 kali
Gambar PowerPoint Kasih Sayang

Kasih Sayang

Mengisahkan perasaan kasih sayang akan manusia dan haiwan.

Pemakanan Seimbang

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
WaRNa GuRLS

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Pendidikan Moral
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Nilai-nilai murni : Pemakanan seimbang
Objektif: 
Objektif Umum : Mempunyai pengetahuan tentang klasifikasi makanan seimbang Objektif Khusus : (a) Membezakan jenis-jenis makanan mengikut kumpulan-kumpulan makanan seimbang dengan tidak seimbang (b) Menyenaraikan jenis makanan mengikut kumpulan makanan seimbang
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah makan pelbagai jenis makanan
Bahan Bantu Mengajar: 
Slide power point
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
-mengamalkan gaya hidup sihat -mendisiplinkan diri dengan memakan makanan seimbang

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Menunjukkan beberapa jenis makanan seimbang yang biasa dimakan

Guru ~ menunjuk setiap makanan yang dipaparkan di slaid

Murid ~ menyebut nama makanan tersebut

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru ~ menunjukkan setiap makanan yang dipaparkan di slaid Murid ~ menyebut nama makanan tersebut murid dapat mengingati semula makanan yang pernah dimakan
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Pengetahuan mengenai pemakanan seimbang mengenalpasti tahap pengetahuan murid

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1) penerangan tentang pemakanan seimbang 2) menerangkan sambil menunjukkan piramid makanan di slaid pendedahan awal tentang tajuk baru
Langkah Kedua
Guru ~ memberitahu tentang kesan dan akibat daripada setiap jenis makanan yang diambil memberitahu murid kesan pemakanan tersebut pada diri sendiri
Langkah Ketiga
memperkenalkan menu makanan seimbang memberitahu menu yang sepatutnya diambil

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Menguji Kefahaman murid setelah mengikuti pembelajaran hari ini mengetahui kefahaman murid
Latihan Kendiri
mengidentifikasikan antara makanan sihat dan tidak sihat **mengenalpasti 2 perbezaan jenis makanan tersebut

Penutup Pengajaran

menyanyikan lagu tentang pemakanan seimbang bersama murid **mengingati semula apa yang telah dipelajari pada hari ini

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
memaklumkan kepada murid untuk mengamalkan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian **mengetahui kesan dan akibat daripada amalan tersebut
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2790 kali

Sayang kepada haiwan

Cerita yang berkisahkan seorang budak yang nakal dan tidak menyayangi haiwan.