Kemahiran Hidup

Terrarium Pokok Kaktus

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis:
NOR FAZLINA BINTI OTHMAN

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran:

1. Guru menayangkan video kartun “Upin dan Ipin” berkebun.
2. Guru mengaitkan lagu dengan topik pelajaran.
3. Murid bersoal jawab dengan guru.

Objektif:

Pada akhir pengajaran , murid akan dapat :
i. Menyebut sekurang-kurangnya 3 daripada 4 nama peralatan  berkebun yang ditunjukkan oleh guru.
ii. Melakukan amali menanam pokok hiasan di dalam bekas terrarium.

Kemahiran Sedia Ada:

Murid  pernah melihat alatan  berkebun di rumah.

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:

1. Guru memperkenalkan jenis alatan berkebun kepada murid.
2. Murid menyebut nama alatan satu persatu.
3. Murid  melihat dan memegang  alatan.
4. Murid menampalkan kad bergambar mengikut arahan guru.

Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1049 kali
Gambar Naik Bas

menaiki bas

powerpoint ini menolong guru untuk ... terdapat ......

Mengenal haiwan Peliharaan

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis:
Siti Nur Salwani Alwi / Abdul Halim Mohd Nasa

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran:
Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Haiwan Peliharaan dan Haiwan Liar
Objektif:
1. Diberi empat gambar haiwan peliharaan dan haiwan liar, murid dapat mengkategorikan gambar kepada dua kategori iaitu haiwan peliharaan dan haiwan liar serta dapat mengenal pasti sekurang-kurangnya seekor haiwan peliharaan dan seekor haiwan liar. 2. Apabila ditunjuk empat gambar haiwan, murid dapat menyebut nama haiwan tersebut dengan 90 peratus ketepatan. 3. apabila diminta oleh guru untuk membunyikan bunyi haiwan, 5 daripada 6 murid dapat membunyikan bunyi haiwan dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada:
Pelajar telah melawat zoo dan diberi pendedahan mengenai haiwan yang berada di zoo.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Murid diminta oleh guru untuk bercerita mengenai haiwan peliharaan yang ada dirumah. 2. Tiga orang murid dibimbing untuk membunyikan bunyi haiwan peliharaan yang terdapat dirumah. 3. Tiga orang murid lain dibimbing untuk membunyikan bunyi haiwan liar yang terdapat di zoo yang pernah dilawati sebelum ini. 4. Guru melekatkan semula secara rawak gambar haiwan peliharaan dan murid sebut nama haiwan peliharaan pada gambar tersebut. 5. Guru melekatkan semula secara rawak gambar haiwan liar dan murid sebut nama haiwan liar pada gambar tersebut. 6. Murid pilih kad perkataan haiwan dan padankan dengan gambar. 7. Murid pilih gambar dan mengkategorikan kepada dua, haiwan peliharaan dan haiwan liar.
Bahan Bantu Mengajar:
kad perkataan, kad gambar, carta

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi:

Murid diminta oleh guru untuk bercerita mengenai haiwan peliharaan yang ada dirumah.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Tiga orang murid dibimbing untuk membunyikan bunyi haiwan peliharaan yang terdapat dirumah. 2. Guru meminta murid-murid yang lain meneka nama haiwan peliharaan yang dibunyikan oleh tiga orang rakan mereka itu. 3. Tiga orang murid lain dibimbing untuk membunyikan bunyi haiwan liar yang terdapat di zoo yang pernah dilawati sebelum ini. 4. Guru meminta murid-murid yang lain meneka nama haiwan liar yang dibunyikan oleh tiga orang rakan mereka itu.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memperkenalkan pelajaran hari ini adalah mengenai jenis-jenis haiwan peliharaan dan haiwan liar sambil guru menunjukkan lagi beberapa keping gambar haiwan yang lain seperti arnab, kura-kura, harimau, beruang dan lain-lain.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan satu persatu mengenai gambar dan kad perkataan haiwan peliharaan dan haiwan liar yang telah dilekatkan pada carta. 2. Kemudian, guru sebut dan minta semua murid mengikut guru menyebut nama haiwan pada setiap gambar tadi hingga gambar terakhir. 3. Seterusnya, guru membimbing murid mengulang nama setiap haiwan itu sambil guru menunjukkan pada carta, gambar dan kad perkataan setiap haiwan tersebut.
Langkah Kedua
1. Guru menanggalkan semua gambar dan kad perkataan yang telah dilekat pada carta tadi. 2. Guru membahagikan carta kepada dua iaitu ruang untuk haiwan peliharaan dan ruang untuk haiwan liar. 3. Kemudian, secara rawak guru meletakkan kembali satu persatu gambar haiwan peliharaan pada carta dan minta pelajar menyebutkan nama haiwan yang terdapat pada gambar tersebut. 4. Guru mengulangi langkah 1 dan langkah 2 untuk haiwan liar.
Langkah Ketiga
1. Guru minta seorang demi seorang pelajar datang ke hadapan untuk memilih kad perkataan dan padankan dengan gambar haiwan yang telah dilekatkan pada carta tadi. 2. Guru mengulangi langkah tersebut hingga kad perkataan terakhir.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru membimbing setiap murid membunyikan setiap haiwan peliharaan dan haiwan liar yang dipelajari hari ini. 2. Murid yang dapat membunyikan bunyi haiwan dengan baik akan diberikan ganjaran.
Latihan Kendiri
1. Bagi mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap topik yang diajarkan, guru menanggalkan semua gambar dan kad perkataan dalam carta. 2. Kemudian, minta seorang demi seorang murid datang ke hadapan dan pilih satu gambar haiwan dan kad perkataan yang sama untuk nama haiwan itu lalu lekatkan semula pada carta pada ruang yang betul(haiwan peliharaan dan haiwan liar).

Penutup Pengajaran

1. Guru meminta semua murid menyebut nama haiwan peliharaan dan haiwan liar pada gambar yang ditunjukkan oleh guru hinggalah gambar yang terakhir. 2. Guru merumuskan pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid akan dapat mengenali dan membezakan jenis-jenis haiwan yang ada di sekeliling mereka.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1898 kali