Sukatan Pelajaran:
2.3.7 Mencantumkan kad cantuman mengikut gambar.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Menampal dan mencantumkan kad gambar.
Objektif:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
1. Meningkatkan kreativiti.
2. Melakukan pergerakan motor halus.
3. Mencantumkan kad gambar.
Kemahiran Sedia Ada:
1. Murid boleh memegang objek.
2. Kenal warna.
3. Kenal haiwan peliharaan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Guru memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Murid dikehendaki mencantumkan kad-kad membentuk binatang yang telah dilihat pada awal kelas.(kucing)
3. Diulangi mencantum untuk membentuk arnab dan ikan.
4. Selesai mencantum, kad-kad akan di gam pada kertas.
Bahan Bantu Mengajar:
Kad cantuman gambar ikan, gambar binatang, gam dan kertas.