Pengurusan Diri

Menjaga Kebersihan Diri

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Siti Aslisah Willei dan Hasnawiyah Yakkub

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.4 Membersihkan Bahagian Anggota Badan
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pengajaran hari ini adalah penerapan amalan harian yang mengutamakan kebersihan.
Objektif: 
Di akhir pengajaran, murid dapat : 1) Menamakan amalan kebersihan harian. 2) Menentukan kepentingan menjaga kebersihan diri.
Kemahiran Sedia Ada: 
Bersiap ke sekolah dengan bantuan ibu bapa.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1) Mengenal amalan-amalan kebersihan diri. –Menggosok Gigi –Cuci Muka –Mandi –Pakai Baju –Sikat Rambut 2) Menamakan kepentingan dan amalan menjaga kebersihan diri. 3) Memilih dan memadankan gambar amalan kebersihan diri yang betul.
Bahan Bantu Mengajar: 
Video multimedia. Powerpoint.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1) Guru menunjukkan video sambil menyanyikan lagu ”Badan Bersih dan Sihat”.
2) Guru meminta murid menyanyikan lagu bersama-sama guru.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Bertanya tentang perkara yang dilakukan oleh murid untuk bersiap ke sekolah. Memperkenalkan pelajaran hari ini kepada murid : Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar mengenal, menamakan dan membanding beza kepentingan dan amalan menjaga kebersihan diri.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1) Guru menyuruh pelajar melakukan aksi-aksi membersihkan diri berdasarkan video yang dipaparkan. 2) Guru meminta murid menyebut bersama-sama guru aktiviti-aktiviti kebersihan yang dilakukan.
Langkah Kedua
1) Guru menyebut dan menunjukkan gambar kartun bagi amalan-amalan kebersihan diri. 2) Guru meminta murid menyebut bersama-sama guru. 3) Murid menyebut amalan-amalan kebersihan diri.
Langkah Ketiga
1) Guru menyebut kepentingan menjaga kebersihan diri. 2) Guru meminta murid menyebut kepentingan amalan kebersihan diri. 3) Murid mendengar dan menyebut kepentingan amalan menjaga kebersihan diri.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid membuat latihan dengan bimbingan guru (Rujuk Multimedia PowerPoint) Latihan 1 (Padanan Gambar dengan gambar ). Latihan 2 (Pilih gambar yang betul). Latihan 3 (Pilihan Jawapan yang betul).
Latihan Kendiri
Murid menyelesaikan latihan di dalam lembaran kerja tanpa bantuan guru. (Rujuk Multimedia PowerPoint)

Penutup Pengajaran

1) Guru meminta murid bersama-sama menyanyi lagu sekali lagi. 2) Murid menyanyi lagu bersama guru.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Permainan multimedia (Rujuk Multimedia PowerPoint).
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 8175 kali

Anggota badan

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.1.1 Anggota badan
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini mengenai kebersihan dan kesihatan iaitu mengenal dan mengecam setiap bahagian anggota badan dan menamakan alat penjagaan diri dan fungsinya.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Menyebut dan melabel anggota badan dengan betul. 2. Menamakan alat penjagaan diri dengan betul. 3. Memadankan bahagian anggota badan dengan alat penjagaan diri dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah menggunakan alat penjagaan diri di rumah.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Bersoal jawab tentang anggota badan yang dilihat dan disebut. 2. Murid melabel anggota badan dengan kad perkataan. 3. Guru memperkenal dan menamakan alat penjagaan diri serta fungsinya. 4. Murid melabel gambar alat penjagaan diri dengan menggunakan kad perkataan. 5. Murid membuat padanan alat penjagaan diri dengan bahagian-bahagian badan.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kad perkataan 2. Carta gambar anggota badan (rambut, telinga, mulut, hidung, tangan, mata, leher dan kaki). 3. Alat penjagaan diri (syampu rambut, sabun, sikat, tuala, minyak rambut dan lain-lain). 4. Rakaman video.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1) Guru memanggil seorang murid/model ke hadapan kelas.
2) Guru menanyakan bahagian anggota badan yang ada pada dirinya.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1) Guru menyoal murid mengenai peralatan penjagaan diri yang biasa digunakan di rumah. 2) Guru menunjukkan alat penjagaan diri yang boleh digunakan untuk membersihkan bahagian anggota badan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan carta gambar anggota badan budak lelaki/perempuan. 2. Guru menyatakan bahawa murid juga mempunyai anggota badan yang sama seperti di dalam gambar tersebut. 3. Guru menjelaskan setiap bahagian anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan alat penjagaan diri yang sesuai. 4. Guru menyatakan isi pelajaran iaitu mengenal anggota badan serta alat penjagaan dirinya.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1) Guru menayangkan video mengenai memperkenalkan bahagian anggota badan manusia.
Langkah Kedua
1) Guru menyebut dan menamakan bahagian anggota badan. Guru menggunakan carta gambar budak lelaki/perempuan. 2) Guru memanggil seorang murid ke hadapan untuk menunjukkan bahagian anggota badannya kepada murid lain. 3) Guru menyuruh murid seorang demi seorang menunjukkan bahagian anggota badan yang disebutkan oleh guru. 4) Guru meminta murid melabel anggota badan dengan menggunakan kad perkataan. 5) Guru dan murid bersoal jawab tentang fungsi setiap anggota badan seperti mata untuk melihat, tangan untuk menulis dan lain-lain. 6) Guru mengadakan aktiviti simulasi dalam situasi.
Langkah Ketiga
1) Guru menunjuk dan memperkenalkan alat penjagaan diri dan fungsinya. 2) Guru meminta murid menamakan alat penjagaan diri yang ditunjukkan. 3) Guru meminta murid melabel gambar alat penjagaan diri dengan menggunakan kad perkataan. 4) Latihan memadankan fungsi alat penjagaan diri dengan bahagian anggota badan. 5) Guru dan murid menyanyikan lagu ‘Bangun Pagi’ sambil melakukan gerakan membersihkan diri.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Lembaran kerja tersebut mengandungi arahan menama dan melabel anggota badan dan memadankan alat penjagaan diri dengan bahagian-bahagian anggota badan. 2) Guru membimbing murid membuat lembaran kerja.
Latihan Kendiri
1) Menggunakan lembaran kerja: melabel anggota badan dengan kad perkataan dan memadankan alat penjagaan diri dengan bahagian-bahagian badan.

Penutup Pengajaran

1) Guru menunjukkan carta gambar anggota badan budak lelaki/perempuan sambil diperhatikan oleh murid. 2) Guru meminta murid menamakan setiap bahagian anggota badan yang ditunjuk oleh guru. 3) Guru menayangkan tayangan video 4) Guru merumuskan pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan: Untuk pelajaran seterusnya, guru melakukan aktiviti simulasi cara membersihkan bahagian anggota badan dengan betul dengan meminta murid membawa sendiri peralatan penjagaan diri ke sekolah untuk melakukan latihan amali.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3023 kali

Komponen Keselamatan Diri

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Wan Nur Adli Bin Tengah @ Wan Ngah dan Zawiah Binti Halias

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.Menyebut nama tempat yang memudaratkan diri dalam gambar. 2.Menyebut nama benda yang membahayakan diri dalam gambar. 3.Mengenal atau menentukan situasi, tempat yang memudaratkan diri. 4.Mengenalpasti benda-benda yang membahayakan diri sendiri
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenalpasti situasi, tempat yang memudaratkan diri dan benda-benda yang membahayakan diri sendiri.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat: 1.Menyebut sekurang-kurangnya 2 tempat daripada 4 tempat yang memudaratkan diri. 2.Menyebut sekurang-kurangnya 2 benda daripada 4 benda yang membahayakan diri. 3.Mengenalpasti tempat atau benda-benda sama ada selamat atau tidak kepada diri sendiri
Kemahiran Sedia Ada: 
1.Murid mengetahui tempat-tempat yang berada di persekitaran mereka. 2.Murid pernah melihat benda-benda yang berada di persekitaran mereka.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Guru menunjukkan gambar tempat-tempat yang membahayakan diri. 2.Guru bercerita mengenai tempat-tempat yang membahayakan diri melalui gambar. Contohnya bahagian dapur, apa alatan yang membahayakan dan kenapa alatan tersebut membahayakan. 3.Guru juga menunjukkan alatan yang tidak membahayakan yang ada di dapur.
Bahan Bantu Mengajar: 
1.Kad gambar 2.Komputer riba 3.Power point dan 4.Lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Murid ditunjukkan kad gambar tempat-tempat yang berada di persekitarannya.
Guru dan pelajar bersoal jawab.
Guru memperdengarkan kepada murid lagu “lapan budak nakal”.
Guru bersama-sama murid menyanyikan lagu tersebut diiringi muzik.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1.Guru meminta murid menyebut tempat atau benda-benda yang membahayakan diri. 2.Guru menyatakan perkataan tersebut adalah sama dengan pembelajaran pada hari sebelumnya iaitu tempat atau benda-benda yang membahayakan diri
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru menunjukkan gambar dapur. 2.Murid menyebut perkataan dapur. 3.Guru menyatakan perkataan dapur adalah daripada suku kata ‘da’ dan ‘pur’. Maka, pelajaran pada hari ini ialah berkenaan tempat yang memudaratkan diri sendiri. 4.Seterusnya,diikuti dengan bilik air,tangga, dan jalan raya mengikut sepertimana langkah di atas.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru menunjukkan gambar tempat-tempat yang membahayakan diri. 2.Guru bercerita mengenai tempat-tempat yang membahayakan diri melalui gambar. 3.Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar.
Langkah Kedua
1.Murid ditunjukkan tempat atau benda-benda yang membahayakan diri dengan menggunakan power point. 2.Murid perlu memadankan tempat atau benda-benda yang membahayakan diri berdasarkan gambar yang diberikan. 3.Selain itu, murid diberikan lembaran kerja untuk melihat sejauh mana kefahaman murid.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Murid ditunjuk cara untuk melakukan aktiviti memadankan gambar tempat dan benda yang membahayakan diri sendiri. 2.Murid dikehendaki menulis semula perkataan yang diperoleh itu di dalam lembaran kerja.
Latihan Kendiri
Murid yang dapat selesaikan dua daripada empat gambar yang ditunjukkan iaitu tempat dan benda-benda yang membahayakan diri sendiri dengan betul, lembaran kerja untuk kerja rumah akan diberikan.

Penutup Pengajaran

1.Guru menyatakan bahawa banyak lagi contoh yang boleh diberikan. 2. Guru meminta murid memberikan contoh lain bagi tempat dan benda yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1.Murid boleh cuba kenalpasti tempat-tempat yang boleh memudaratkan diri. 2.Murid boleh cuba kenalpasti benda-benda yang membahayakan diri di rumah mahupun di sekolah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1127 kali

Pengurusan Kehidupan iaitu dalam Komponen Keselamatan Diri

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.Menyebut nama tempat yang memudaratkan diri dalam gambar. 2.Menyebut nama benda yang membahayakan diri dalam gambar. 3.Mengenal atau menentukan situasi, tempat yang memudaratkan diri. 4.Mengenalpasti benda-benda yang membahayakan diri sendiri
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenalpasti situasi, tempat yang memudaratkan diri dan benda-benda yang membahayakan diri sendiri.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat: 1.Menyebut sekurang-kurangnya 2 tempat daripada 4 tempat yang memudaratkan diri. 2.Menyebut sekurang-kurangnya 2 benda daripada 4 benda yang membahayakan diri. 3.Mengenalpasti tempat atau benda-benda sama ada selamat atau tidak kepada diri sendiri.
Kemahiran Sedia Ada: 
1.Murid mengetahui tempat-tempat yang berada di persekitaran mereka. 2.Murid pernah melihat benda-benda yang berada di persekitaran mereka.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Guru menunjukkan gambar tempat-tempat yang membahayakan diri. 2.Guru bercerita mengenai tempat-tempat yang membahayakan diri melalui gambar. Contohnya bahagian dapur, apa alatan yang membahayakan dan kenapa alatan tersebut membahayakan. 3.Guru juga menunjukkan alatan yang tidak membahayakan yang ada di dapur.
Bahan Bantu Mengajar: 
1.Kad gambar 2.Komputer riba 3.Power point dan 4.Lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Murid ditunjukkan kad gambar tempat-tempat yang berada di persekitarannya.
2.Guru dan pelajar bersoal jawab.
3.Guru memperdengarkan kepada murid lagu “lapan budak nakal”.
4.Guru bersama-sama murid menyanyikan lagu tersebut diiringi muzik.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1.Guru meminta murid menyebut tempat atau benda-benda yang membahayakan diri. 2.Guru menyatakan perkataan tersebut adalah sama dengan pembelajaran pada hari sebelumnya iaitu tempat atau benda-benda yang membahayakan diri.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru menunjukkan gambar dapur. 2.Murid menyebut perkataan dapur. 3.Guru menyatakan perkataan dapur adalah daripada suku kata ‘da’ dan ‘pur’. Maka, pelajaran pada hari ini ialah berkenaan tempat yang memudaratkan diri sendiri. 4.Seterusnya,diikuti dengan bilik air,tangga, dan jalan raya mengikut sepertimana langkah di atas.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru menunjukkan gambar tempat-tempat yang membahayakan diri. 2.Guru bercerita mengenai tempat-tempat yang membahayakan diri melalui gambar. 3.Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar.
Langkah Kedua
1.Murid ditunjukkan tempat atau benda-benda yang membahayakan diri dengan menggunakan power point. 2.Murid perlu memadankan tempat atau benda-benda yang membahayakan diri berdasarkan gambar yang diberikan. 3.Selain itu, murid diberikan lembaran kerja untuk melihat sejauh mana kefahaman murid.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Murid ditunjuk cara untuk melakukan aktiviti memadankan gambar tempat dan benda yang membahayakan diri sendiri. 2.Murid dikehendaki menulis semula perkataan yang diperoleh itu di dalam lembaran kerja.
Latihan Kendiri
Murid yang dapat selesaikan dua daripada empat gambar yang ditunjukkan iaitu tempat dan benda-benda yang membahayakan diri sendiri dengan betul, lembaran kerja untuk kerja rumah akan diberikan.

Penutup Pengajaran

1.Guru menyatakan bahawa banyak lagi contoh yang boleh diberikan. 2. Guru meminta murid memberikan contoh lain bagi tempat dan benda yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1.Murid boleh cuba kenalpasti tempat-tempat yang boleh memudaratkan diri. 2.Murid boleh cuba kenalpasti benda-benda yang membahayakan diri di rumah mahupun di sekolah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 621 kali