Pendidikan Jasmani

Lontar peluru

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nur Azimah Ahmad

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.4.4 Olahraga padang (Lontar peluru)
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pengajaran dan pembelajaran hari ini adalah mengenai teknik asas dalam acara melontar peluru.
Objektif: 
Di akhir pengajaran murid dapat : 1.4 mengenal permainan dan memainkannya mengikut peraturan. (melakukan teknik asas lontar peluru)
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah boleh bergerak dan berlari secara bebas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Fasa pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada : a) Pegangan peluru b) Lakuan sedia c) Lungsuran d) Kilasan badan e) Lontaran f) Pulihan
Bahan Bantu Mengajar: 
Peluru, skitel, papan panahan lontar peluru.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru mengarahkan semua murid agar berkumpul dan membentuk satu bulatan besar. Seorang murid diminta tampil ke hadapan untuk mengetuai aktiviti regangan dalam kumpulan.

dalam menggunakan kiraan 1-8 aktiviti regangan bermula dari atas ke bawah. (kepala ke kaki)

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru bersoal jawab dengan murid untuk mencetuskan idea mereka. Guru meminta murid-murid menyatakan seberapa banyak acara balapan yang di terdapat dalam bidang sukan. Contoh-contohnya ialah acara lmpat jauh, lompat tinggi, melontar peluru, merejam lembing dan lain-lain.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
guru meletakkan peluru yang akan digunakan untuk belajar teknik melontar peluru pada hari ini. Setiap murid diberikan peluang untuk memegang peluru tersebut.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolakan yang kencang. 2. Melontar dari kedudukan berdiri.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru mengarahkan murid-murid untuk mengulangi alternatif-alternatif di atas. Setiap alternatif di ulangi mengikut keperluan.
Latihan Kendiri
1. Murid hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan. 2. Peluru mestilah melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. 3. Murid dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan besi atau papan penahan. 4. Murid boleh menghentikan percubaan melontar yang telah dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang baru. Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan. 5. Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam garis sektor. 6. Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan melalui bahagian belakang bulatan.

Penutup Pengajaran

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil untuk melakukan lontaran. Wakil yang dapat melakukan lontaran paling jauh akan menyumbangkan 1 markah kepada kumpulannya. aktiviti ini diulangi beberapa kali dan kumpulan yang mengumpul markah tertinggi adalah pemenangnya.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dapat memberikan peluang untuk murid menonjolkan potensi mereka dalam acara lontar peluru.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3244 kali

Lompat jauh

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nur Azimah Ahmad

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.4.4 Olahraga padang (Lompat jauh / Long jump)
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pengajaran dan pembelajaran hari ini adalah mengenai teknik asas dalam lompat jauh.
Objektif: 
Di akhir pengajaran murid dapat : 1.4 mengenal permainan dan memainkannya mengikut peraturan. (melakukan teknik asas lompat jauh)
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah boleh dan pernah melakukan lompatan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Lompat jauh mempunyai 4 fasa : a) Fasa penujuan – lari menuju ke papan lonjak. b) Fasa lonjakan – melompat dari papan. c) Fasa layangan – badan berada di udara. d) Fasa pendaratan – sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat.
Bahan Bantu Mengajar: 
Skitel/kon , tali skipping, gelung rotan.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru mengarahkan semua murid agar berkumpul dan membentuk bulatan. Seorang murid diminta tampil ke hadapan untuk mengetuai aktiviti regangan dalam kumpulan.

Aktiviti regangan bermula dari atas ke bawah. (kepala ke kaki)

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Semua murid berada dalam satu bulatan yang besar. Guru meminta semua murid melompat kehadapan sejauh yang mungkin. Di ulangi beberapa kali mengikut kesesuaian.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru membawa semua murid menuju ke tapak lompat jauh. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai aktiviti yang hendak dipelajari pada hari ini. Murid yang pertama dapat memberitahu apa yang akan dipelajari hari ini diberikan tepukan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Guru memberikan penerangan kepada murid-murid mengenai teknik dalam lompat jauh mempunyai 4 fasa : a) Fasa penujuan – lari menuju ke papan lonjak. b) Fasa lonjakan – melompat dari papan. c) Fasa layangan – badan berada di udara. d) Fasa pendaratan – sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Sebelum mula latihan lompat jauh murid digalakkan untuk mencuba beberapa aktiviti melompat untuk menentukan kaki kiri atau kaki kanan yang lebih selesa digunakan untuk melompat. Latihan lompat ketingting antara dua tempat dan melepasi halangan.
Latihan Kendiri
Melakukan latihan demi latihan ansur maju untuk teknik asas lompat jauh.

Penutup Pengajaran

Guru mengarahkan murid supaya berkumpul. Murid membentuk bulatan dan melakukan cooling down secara berkumpulan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru memberikan peluang kepada murid-murid untuk melakukan lompatan sejauh yang boleh agar murid lebih berkeyakinan untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan lebih berjaya.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2708 kali