Sukatan Pelajaran:
3.0 Mereka dan membuat binaan
3.1 Menghasilkan binaan mengikut kreativiti
3.1.4 Teknik membentuk (seni)
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
- Murid akan belajar cara-cara membuat origami burung bangau.
Objektif:
Di akhir pembelajaran :
- Murid dapat mempelajari teknik melipat kertas untuk membuat origami burung bangau.
- Murid dapat membina kemahiran motor halus mereka.
- Murid dapat juga boleh menyusun kedudukan burung dengan menggantungkan menggunakan tali.
Kemahiran Sedia Ada:
Murid pernah melihat origami
- Murid pernah lihat burung bangau dan haiwan- haiwan lain.
- Murid mempunyai kemahiran motor halus dan teknik melipat kertas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Guru memperkenalkan bahan-bahan untuk membuat origami.
2. Murid melipat kertas dengan cara yang tertentu menjadi origami burung bangau.
3. Murid menebuk lubang pada origami untuk menggantungkannya.
Bahan Bantu Mengajar:
- Power point
- Lembaran kerja
- Kertas A4 berwarna
- Gunting
- Tali
- Magik pen
- Penebuk lubang
Sokongan Tingkah Laku Positif:
Peneguhan positif seperti tepukan kepada murid yang berjaya membuat origami dengan baik dan cantik.