Pendidikan Seni

Gambar cop daun

Cop Daun

Gambar daun yang digunakan untuk membuat cop daun.

Copan (cop daun)

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Khadijah Awaf

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2. Membuat corak dan rekaan 2.1 Mereka corak 2.1.1 Secara bebas 2.1.1 Secara terancang
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pengajaran hari ini bertujuan mendedahkan pelajar tentang teknik mencorak menggunakan kaedah cop berasaskan bahan yang berada di sekeliling kita iaitu daun.
Objektif: 
i. Pada akhir pengajaran, murid dapat meletakkan warna air pada daun dan mengecop daun tersebut ke atas kertas yang di sediakan dengan bimbingan guru. ii. Pada akhir pengajaran, murid boleh menghasilkan corak cop mengikut idea masing-masing dengan bimbingan guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh mengenal warna dan menampal.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
a. Kumpul daun yang mempunyai urat yang timbul. b. Meletakkan warna air ke atas daun. c. Melekapkan 'cop' daun yang telah di sapu dengan warna air ke atas kertas lukisan. d. Menyusun daun yang ingin di cop supaya menjadi corak yang kreatif. e. Menghias corak tersebut dengan membuat bingkai pada kelilingnya agar kelihatan lebih menarik.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kertas lukisan 2. Daun 3. Warna air 4. Berus lukisan

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meminta murid- murid beratur di hadapan bilik darjah mereka.

2. Guru menerangkan kepada murid-murid bahawa mereka akan di bawa berjalan di sekeliling kawasan
taman sekolah dan perlu mematuhi peraturan yang telah di tetapkan semasa berada di luar bilik
darjah.

3. Murid-murid perlu berjalan dan menghayati tentang tumbuhan yang ada di kawasan taman sekolah.

4. Murid-murid perlu mencari tiga nama tumbuhan yang terdapat di taman tersebut, jenis tumbuhan dan
warna tumbuhan tersebut.

5. Murid perlu mendapatkan tiga helai daun yang mempunyai urat yang timbul.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru bertanya kepada murid warna daun yang masih hidup dan warna daun yang telah gugur dari dahannya.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu murid bahawa mereka akan membuat corak cop daun untuk pelajaran hari ini dan guru juga menunjukkan contoh corak cop daun yang telah siap.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
a. Setelah kembali ke dalam kelas, guru bersoal jawab bersama dengan murid tentang aktiviti yang telah mereka lakukan tadi. b. Guru meminta murid menceritakan hasil yang telah mereka dapat semasa berjalan di sekeliling kawasan sekolah. c. Guru menerangkan tentang kepentingan tumbuhan hijau kepada manusia.
Langkah Kedua
a. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan bagi memudahkan pembahagian barangan keperluan. b. Guru menerangkan tentang keselamatan penggunaan alatan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di jalankan. c. Guru mengedarkan bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat cop daun. d. Guru menerangkan apa yang perlu dilakukan sewaktu menghasilkan corak menggunakan cop daun. e. Guru menunjukkan bahan-bahan untuk membuat cop daun; i. Kertas lukisan. ii. Warna air. iii. Berus lukisan. iv. Guru menyediakan bekas yang berisi warna air.
Langkah Ketiga
a. Guru menunjukkan cara-cara untuk meletakkan warna air ke atas daun yang telah mereka kumpulkan. b. Guru menunjukkan cara-cara meletakkan daun yang telah di letakkan warna tadi di atas kertas lukisan. c. Guru membuat corak daripada cop tersebut. d. Setelah guru menunjukkan cara-cara membuat corak daripada cop daun, guru meminta murid-murid melakukan melakukan perkara yang sama iaitu; i. Murid menyediakan bekas yang berisi warna air. ii. Murid meletakkan warna air di atas daun. iii. Murid meletakkan daun yang telah di letakkan warna di atas kertas lukisan mengikut kreativiti masing-masing. e. Murid membuat corak daripada cop tersebut; i. Guru meminta murid menghias corak yang telah di buat tadi dengan melukis bingkai supaya nampak lebih kemas. ii. Guru memantau murid membuat hiasan dengan betul dan menarik.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menunjukkan cara-cara meletakkan warna air ke atas daun. 2. Guru menunjukkan cara-cara meletakkan daun yang di warna tadi di atas kertas lukisan.
Latihan Kendiri
1. Murid menyediakan bekas yang berisi warna air. 2. Murid meletakkan warna air di atas daun. 3. Murid meletakkan daun berwarna ke atas kertas lukisan mengikut kreativiti masing-masing.

Penutup Pengajaran

i. Guru meminta murid-murid menerangkan aktiviti pengajaran yang telah mereka pelajari tadi. ii. Murid menyebutkan semua langkah yang telah mereka pelajari. iii. Murid juga menceritakan pengalaman mereka ketika mengutip daun-daun pada awal pengajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh mencetak sesuatu untuk di jadikan perhiasan ataupun hiasan pada pakaian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2569 kali

Frame Bunga Matahari

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Khadijah Awaf

Perancangan Sebelum Pengajaran

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pengajaran pada hari ini adalah untuk mengajar pelajar cara-cara membuat frame gambar seperti bentuk matahari. Idea pengajaran ini boleh diperolehi di laman web http://alkisah-aj.blogspot.com/2008/11/mari-membuat-kraftangan.html
Objektif: 
i. Pada akhir pengajaran murid dapat melipat kertas mengikut arahan yang diberikan. ii. Pada akhir pengajaran murid dapat menampal kertas yang telah dilipat ke atas kertas yang telah dipotong bulat seperti kuih donat dengan panduan guru supaya ia berbentuk seperti matahari.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar pernah membuat lipatan origami.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
i. Potong kertas berbentuk empat segi sama berukuran 5cm x 5cm ii. Lipat kertas menjadi segi tiga tepat iii. Potong kertas keras menjadi bulat seperti 'kuih donat' iv. Tampalkan kertas yang telah dilipat tadi ke atas kertas keras yang telah dipotong bulat seperti kuih donat. v.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 841 kali

Batik Lilin

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Khadijah Awaf

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4. Mengenal Kraf Tangan 4.1 Mengenal kraf 4.1.1 Kraf Tradisional
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pengajaran hari ini adalah memberikan gambaran kepada pelajar bagaimana untuk menghasilkan corak batik lilin.
Objektif: 
1. Pada akhir pengajaran, pelajar dapat mencorak kertas lukisan dengan menggunakan lilin dengan pengawasan guru. 2. Pada akhir pengajaran, pelajar dapat mewarna kertas lukisan tersebut dengan warna air dengan pengawasan guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
1. Pelajar pernah menggunakan warna air. 2. Pelajar pernah melihat lilin dan tahu fungsi lilin.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Melukis atau menconteng kertas lukisan dengan lilin . 2. Mewarnakan kertas yang telah di lukiskan dengan menggunakan warna air.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kertas lukisan. 2. Lilin. 3. Warna air.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan lilin kepada murid dan menyoal murid nama benda yang sedang di pegang oleh guru.

2. Guru juga bertanya kepada murid tentang kegunaan lilin.

3. Murid memberikan jawapan kepada soalan guru.

4. Guru menunjukkan sekeping kertas lukisan yang telah di lukis dengan lilin. Kemudian, guru bertanya kepada murid apa yang mereka nampak pada kertas lukisan berkenaan.

5. Murid tidak nampak apa-apa pada kertas tersebut.

6. Kemudian, guru menuangkan air yang berwarna ke atas kertas lukisan tadi dan barulah murid dapat nampak corak yang terbentuk pada kertas tersebut.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru memberitahu murid lilin berwarna putih dan apabila kertas berwarna putih di lukis dengan lilin, maka murid tidak akan dapat melihat apa-apa pada kertas.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu murid hari ini mereka akan menghasilkan corak batik lilin menggunakan warna air dengan teknik basah atas basah seperti yang di lakukan guru di awal pengajaran tadi.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru mengedarkan sebatang lilin kepada setiap muird bersama-sama sekeping kertas lukisan. 2. Guru minta murid melakar apa-apa sahaja yang murid suka. bagi murid yang lemah, mereka hanya menconteng dengan bebas di atas kertas lukisan yang disediakan.
Langkah Kedua
1. Apabila selesai, murid dibekalkan dengan pelbagai warna. 2. Murid boleh memilih warna kesukaan untuk diwarnakan. 3. Guru menunjukkan satu contoh di hadapan semua murid. 4. Murid dikehendaki mewarna sendiri pada kertas mereka.
Langkah Ketiga
1. Guru meminta muir dynagtelah siap untuk menjemurkan lukisan supaya kering dengan baik. 2. Hasil lukisan murid-murid di nilai bersama-sama. 3. Guru memuji muri dyang kreatif dalam penghasilan batik ini.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menunjukkan cara mewarnakan kertas lukisan menggunakan warna air. 2. Guru membimbing murid yang menghadapi kesukaran.
Latihan Kendiri
1. Murid menconteng kertas lukisan menggunakan lilin. 2. Murid mewarnakan kertas lukisan menggunakan warna air mengikut kretiviti masing-masing.

Penutup Pengajaran

1. Guru dan murid mengimbas kembali apa yang telah mereka lakukan pada pengajaran hari ini. 2. Guru menyuruh murid memberikan tepukan kepada diri sendiri kerana berjaya menghasilkan corak batik dengan mencorakkannya mengikut kreativiti masing-masing.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid telah dapat mengenali corak batik lilin dan cara menghasilkan corak batik lilin.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3296 kali
Inilah langkah-langkah membuat origami bunga

Origami Bunga

Gambar ini menunjukkan langkah-langkah untuk membuat origami bunga. Disediakan oleh Khadijah Awaf

inilah gambar langkah-langkah membuat origami bunga. Ini adalah daunnya.

Origami daun

Gambar ini menunjukkan langkah-langkah untuk membuat origami bunga. Ini adalah daunnya. Disediakan oleh Khadijah Awaf

Ini adalah langkah membuat origami bunga

Bunga

Gambar ini menunjukkan langkah-langkah untuk membuat origami bunga. Disediakan oleh Khadijah Awaf

ini gambar cara-cara membuat origami rama-rama

Origami rama-rama

Gambar ini menunjukkan langkah-langkah untuk membuat origami rama-rama. Disediakan oleh Khadijah Awaf.