Pendidikan Seni

Ini gambar cara-cara utuk membuat origami rama-rama

Rama-rama

gambar ini menunjukkan langkah-langkah untuk membuat origami rama-rama. Disediakan oleh Khadijah Awaf.

Tikar Anyaman

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Khadijah Awaf

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4. Mengenal Kraf Tangan 4.1 Mengenal kraf 4.1.1 Kraf Tradisional
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pengajaran hari ini tentang mengajar pelajar cara-cara membuat tikar anyaman daripada kertas.
Objektif: 
1. Pelajar dapat memotong kertas warna secara menjalur untuk membuat anyaman. 2. Pelajar dapat menganyam kertas-kertas warna dengan kertas lukisan yang telah dipotong menjalur.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar boleh menggunting kertas dan menganyam.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Gunting kertas warna secara menjalur. 2. Gunting kertas lukisan juga cara menjalur. 3. Anyam kertas warna tadi ke atas kertas lukisan secara berselang-selang. 4. Kemaskan hujung setiap anyaman tersebut.
Bahan Bantu Mengajar: 
a. Kertas lukisan. b. Kertas pelbagai warna. c. Gunting. d. Gam.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru mempamerkan tikar anyaman yang di perbuat daripada kertas dan menyoal pelajar sama ada mereka pernah melihat objek yang sedang di pegang guru.

2. Guru menyoal lagi sama ada pelajar tahu nama objek tersebut dan cara-cara membuatnya.

3. Pelajar memberikan jawapan mereka.

4. Guru menerangkan objek itu adalah tikar anyaman yang di perbuat daripada kertas pelbagai warna menggunakan kaedah anyaman tertentu.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru menerangkan kepada pelajar untuk menghasilkan tikar anyaman itu, kertas pelbagai warna perlu di gunting dulu mengikut saiz yang sesuai dan menggunakan kaedah anyaman tertentu.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan beberapa contoh anyaman seperti ketupat anyaman, tali anyaman dan bakul anyaman. 2. Pelajaran kali ini guru akan mengajar tikar anyaman, yang di perbuat daripada kertas seperti tikar anyaman yang di tunjukkan guru pada awal pengajaran tadi.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menguji tahap intelek pelajar dengan menanyakan soalan yang memerlukan pelajar berfikir iaitu; a. Guru meminta pelajar menyatakan langkah yang diperlukan untuk menghasilkan anyaman kertas. b. Guru bertanya kepada pelajar bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat tikar anyaman kertas ini. 2. Guru juga meminta seorang pelajar untuk menuliskan bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat anyaman kertas ini. 3. Kemudian guru menerangkan bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat tikar anyaman kertas ini berdasarkan jawapan murid supaya murid rasa di hargai. 4. Guru menerangkan tentang langkah-langkah yang diperlukan untuk menghasilkan tikar anyaman tersebut adalah; a. Pelajar perlu membuat garisan secara menjalur pada kertas lukisan dan kertas warna bagi memudahkan mereka dalam kerja-kerja memotong. b. Pelajar perlu memotong kertas pelbagai warna secara menjalur. c. Pelajar perlu memotong kertas lukisan juga secara menjalur. d. Guru menunjukkan cara-cara menganyam kertas tersebut. e. Guru menunjukkan cara menampak kertas tersebut agar tidak tercabut.
Langkah Kedua
Guru menerangkan mengenai langkah-langkah yang diperlukan untuk menghasilkan tikar anyaman tersebut ialah; a. Pelajar perlu membuat garisan secara menjalur pada kertas lukisan dan kertas warna bagi memudahkan mereka dalam kerja-kerja memotong. b. Pelajar perlu memotong kertas pelbagai warna secara menjalur untuk mendapatkan sekeping kertas yang panjang serta nipis. c. Pelajar perlu memotong kertas lukisan juga secara menjalur tetapi kertas lukisan itu tidak perlu dipotong sehingga putus. d. Guru menunjukkan cara-cara menganyam kertas warna ke atas kertas lukisan supaya anyaman itu teratur dan nampak kemas.
Langkah Ketiga
Pelajar melakukan aktiviti sambil di pantau oleh guru. 1. Pelajar membuat garisan secara menjalur pada kertas lukisan dan kertas pelbagai warna bagi memudahkan mereka dalam kerja-kerja menggunting. 2. Pelajar menggunting kertas pelbagai warna secara menjalur untuk mendapatkan sekeping kertas yang panjang serta nipis. 3. Pelajar memotong kertas lukisan juga secara menjalur tetapi kertas lukisan itu tidak perlu dipotong sehingga putus. 4. Pelajar mula menganyam kertas warna ke atas kertas lukisan. 5. Setelah habis menganyam semua kertas pelbagai warna ke atas kertas lukisan, pelajar mengemaskan setiap jalur kertas warna agar nampak tersusun dan kelihatan kemas. 6. Bagi memastikan kertas-kertas warna tadi tidak tertanggal pelajar boleh meletakkan gam pada hujung kertas warna yang telah siap tadi.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menunjukkan cara-cara menganyam kertas tersebut. 2. Guru menunjukkan cara menampak kertas tersebut agar tidak tercabut. 3. Guru menunjukkan cara-cara menganyam kertas warna ke atas kertas lukisan supaya anyaman itu teratur dan nampak kemas.
Latihan Kendiri
1. Pelajar membuat garisan secara menjalur pada kertas lukisan dan kertas pelbagai warna. 2. Pelajar menggunting kertas pelbagai warna dan kertas lukisan secara menjalur. 3. Pelajar menganyam kertas warna ke atas kertas lukisan. 4. Pelajar mengemaskan setiap jalur kertas warna selepas habis menganyam. 5. Pelajar meletakkan gam pada hujung kertas warna yang telah siap. 6. Guru meminta murid mencari maklumat tentang anyaman di dalam internet dan meminta murid membuat penerangan tentang proses untuk menghasilkan anyaman mengkuang. Guru memberikan laman web yang boleh di layari oleh pelajar iaitu, http://myartless.blogspot.com/2008_11_01_archive.html.

Penutup Pengajaran

1. Pelajar bersama guru berbincang mengenai pengajaran hari ini. 2. Guru meminta pelajar menunjukkan hasil kerja masing-masing. 3. Guru memberi pujian kepada semua pelajar kerana dapat menghasilkan tikar anyaman sendiri.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pelajar boleh menghasilkan barangan kraftangan lain menggunakan teknik anyaman tertentu.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 27755 kali

Teknik Tampalan ( Membuat Kambing Biri-biri Kapas)

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Murid-murid (rabun atau buta) dapat menggunakan psikomotor halus dengan berkesan untuk mencarik-carikkan kapas dan membuat teknik tampalan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat mencarik-carikkan kapas dan menampalkannya di atas gambar seekor kambing biri-biri yang dilukis sendiri atau disediakan oleh guru,(lakaran dasar disediakan bagi murid rabun).
Objektif: 
1. Di akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan psikomotor halus dengan mencarik-carikkan, mewarna dan menampal serta merasakan dengan sentuhan (rabun dan buta). 2. Dapat menghasilkan kambing biri-biri yang menarik dari tampalan kapas.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah mendengar mengenai haiwan biri-biri.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Guru menerangkan langkah demi langkah bagi memudahkan murid faham dengan lebih terperinci apa yang sepatutnya hendak dilakukan. 1. Guru menyediakan lakaran kambing biri-biri (rabun). 2. Guru melekatkan dengan benang warna di sekeliling gambar tersebut. Gambarajah timbul memudahkan murid masalah penglihatan (buta) untuk mengenali lakaran dengan jelas apabila di sentuh atau di lihat. (atau menggunakan perisian TGD ) 3. Murid mencarik-carikkan kapas dengan kecil. 4. Meletak gam di atas lakaran kambing biri-biri. 5. Menampalkan sedikit demi sedikit dengan bantuan guru sehingga selesai. 6. Mewarnakan muka dan kaki. (pelajar buta memerlukan bimbingan guru)
Bahan Bantu Mengajar: 
Kertas lukisan, pensil, pemadam, benang warna, gam, kapas dan pensil warna.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meminta murid menyebut nama beberapa ekor binatang liar dan jinak.

2. Guru meminta murid menyebut nama binatang ternakan.

3. Guru menunjukkan gambar pembesaran beberapa ekor binatang jinak. Contoh kucing dan biri-biri. Guru
juga menerangkan secara lisan gambar-gambar tersebut.

4. Murid melihat gambar dan menjawab.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru menanyakan kembali nama-nama binatang jinak dan liar yang murid kenali. (sesi soalan jawab secara lisan berlaku).
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat atau menyentuh contoh hasil kambing biri-biri yang di tunjukkan oleh guru. 2. Guru menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh murid.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan contoh kambing biri-biri yang siap ditampal kapas. Murid rabun menyentuh contoh tampalan kambing biri-biri daripada kapas yang dipegang oleh guru. Murid buta mengenali contoh secara sentuhan. 2. Guru menyediakan bahan-bahan yang di perlukan oleh murid. 3. Guru menceritakan tentang tampalan. Murid mendengar penerangan guru.
Langkah Kedua
1. Guru membantu murid (rabun) melukis gambar kambing biri-biri. 2. Guru membantu murid (rabun) dengan melekatkan benang di sekeliling lakaran gambar kambing biri- biri. Untuk murid buta, gambarajah timbul di sediakan. 3. Guru melekatkannya supaya murid (rabun) senang mengenali rupa bentuk kambing biri-biri. Untuk murid buta, guru membimbing mereka menyentuh bentuk kambing biri-biri di atas gambarajah timbul.
Langkah Ketiga
1. Guru menyuruh murid menyentuh kapas dan mencarik-carikkan kapas menjadi kecil. Guru menunjukkan caranya dengan kaedah tangan guru di atas tangan pelajar. 2. Guru menunjukkan cara menampal kapas ke atas lakaran gambar. 3. Guru membimbing pelajar rabun dan buta dengan kaedah yang sama pandu lekatkan di atas kertas lukisan kambing biri-biri. 4. Murid-murid menampal kapas di atas lakaran badan biri-biri untuk di jadikan bulu biri-biri. (tanpa bantuan) 5. Setelah siap guru meminta murid mengeringkannya. 6. Setelah siap guru meminta murid merasakan dengan sentuhan, bentuk dan badan biri-biri yang sudah siap di tampal dengan kapas. 7. Guru meminta murid (rabun) mewarnakan muka dan kaki kambing biri-biri dengan di bantu oleh guru.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik psikomotor halus iaitu tangan atas tangan membimbing bagaimana hendak mencarik-carikkan kapas kepada cebisan yang kecil (rujuk langkah-langkah di atas). 2. Guru membimbing murid dengan menunjukkan cara memegang supaya mereka memegang pensil warna dengan betul dan mewarnakannya.
Latihan Kendiri
Murid dapat mencarik-carikkan dan menampal dengan sendiri apabila di tunjukajar oleh guru walaupun memerlukan masa.

Penutup Pengajaran

1. Guru melakukan sesi penghargaan hasil murid. 2. Murid sama-sama melihat dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan lain. 3. Hasil kerja mereka dihargai dan dilekatkan di sudut seni.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dengan penghasilan teknik tampalan kapas ,murid dapat membezakan permukaan yang kasar, licin, lembut dan sebagainya. Ini menyenangkan murid rabun atau buta dari segi sentuhan sesuatu bahan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5300 kali

Bingkai Gambar

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nor Sa'adah Binti Mohamed Masri

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan. 4.2.1 Kraf tangan menggunakan bahan semula jadi.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran ini adalah membuat bingkai gambar.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Membuat bingkai gambar masing-masing. 2. Menghias bingkai gambar masing-masing mengikut kreativiti mereka menggunakan bahan semulajadi. 3. Memasukkan gambar murid ke dalam bingkai gambar.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat bingkai gambar.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Memperkenalkan alatan. 2. Membuat bingkai gambar. 3. Menghias bingkai gambar. 4. Memasukkan gambar ke dalam bingkai gambar.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kertas keras berbentuk gambar 2. Gam UHU 3. Gunting 4. Plastik 5. Reben 6. Tali 7. "Double-sided" 8. Hiasan (kulit kerang, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga kering dan kacang hijau).

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menunjukkan bingkai gambar di dalam kelas. Guru menyoal murid cantik atau tidak bingkai gambar tersebut. Murid menjawab pandangan mereka tentang bingkai gambar.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menunjukkan beberapa keping gambar kepada murid. Gambar tersebut adalah gambar setiap murid dalam kelas inovasi. 2. Guru menyoal gambar siapa sambil menunjukkan gambar kepada murid. Murid menjawab gambar yang ditunjukkan oleh guru.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menyatakan bahawa setiap murid ada gambar. Murid melihat gambar masing-masing. 2. Guru menyoal murid di mana hendak meletakkan gambar. Murid menjawab di dalam album gambar atau bingkai gambar. 3. Guru menyatakan pelajaran hari ini iaitu membuat bingkai gambar.Guru menunjukkan bingkai gambar yang telah siap. 4. Guru menyatakan foto murid akan dimasukkan dalam bingkai gambar yang akan dihasilkan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Memperkenalkan alatan 1. Guru menunjukkan alatan yang akan digunakan untuk membuat bingkai gambar. Murid melihat alatan. 2. Guru menyebut nama alatan satu persatu. Murid mengikut guru menyebut nama alatan. 3. Gunu menyebut nama alatan dan minta murid tunjuk alatan. Kemudian, guru menunjuk alatan dan minta murid sebut nama alatan tersebut. Guru membimbing murid membuat aktiviti.

Penutup Pengajaran

Guru menyuruh murid menggantung bingkai gambar masing-masing. Guru menilai bingkai gambar yang paling cantik dan menarik. Murid yang menghasilkan bingkai gambar yang cantik mendapat ganjaran daripada guru. Guru merumuskan isi pelajaran.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 785 kali

Corak Batik Ulangan

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Khadijah Awaf

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4. Mengenal kraftangan 4.1 Mengenal kraf 4.1.1 Kraf tradisional
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajar akan di ajar untuk menghasilkan batik ulangan.
Objektif: 
Pada akhir pengajaran murid dapat menyurih gambar abstrak ke atas kertas lukisan untuk membuat corak ulangan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid mempunyai kemahiran melukis garisan mengikut garisan yang telah di sediakan dan kenal warna.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Melukis kotak yang sama saiz di atas kertas lukisan. 2. Melukis satu objek di atas sekeping kertas yang mempunyai saiz seperti kotak yang dilukis pada kertas lukisan. 3. Melukiskan satu garisan melengkung di setiap penjuru di atas kertas yang telah di lukis objek. 4. Menyurih gambar ke dalam kotak yang telah tersedia. 5. Menyurih pada semua kotak supaya mendapat corak yang berulang-ulang. 6. Mengikut semua garisan yang ada pada lukisan dengan warna lilin. 7. Mewarnakan barangan major dahulu dengan warna yang sesuai. 8. Mewarnakan satu bahagian corak dengan warna lain. 9. Mewarnakan bahagian corak yang lain sehingga habis corak ulangan tersebut.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kertas lukisan. 2. Kertas surih. 3. Warna air. 4. Lukisan. 5. Pembaris. 6. Pemadam.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meminta murid menunjukkan corak batik yang berada di dalam kelas.

2. Guru meminta murid menerangkan ciri-ciri batik yang di lihat di dalam kelas tadi.

3. Murid cuba untuk menerangkan ciri-ciri batik yang di lihat oleh mereka di dalam kelas.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid boleh memilih warna mengikut kesesuaian gambar.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menerangkan tentang jenis-jenis batik yang lazim terdapat di pasaran iaitu batik lukis, batik cop, batik skrin dan batik pelangi. 2. Guru menunjukkan contoh gambar-gambar corak batik yang mudah di dapati di pasaran kini. 3. Guru juga menunjukkan kain batik kepada murid bagi memberi pemahaman kepada mereka tentang jenis-jenis batik. 4. Guru menguji ingatan murid dengan menyuruh mereka menunjukkan jenis batik yang di sebut oleh guru berdasarkan gambar yang di tunjukkan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan pada murid bahawa hari ini mereka akan belajar membuat corak batik ulangan. 2. Guru menunjukkan contoh corak ulangan yang telah di buat. 3. Guru menerangkan cara-cara untuk menghasilkan corak ulangan tersebut ialah; a. Melukis kotak yang sama saiz di atas kertas lukisan. b. Melukis satu objek di atas sekeping kertas yang mempunyai saiz seperti kotak yang telah dilukis pada kertas lukisan tadi. c. Lukiskan satu garisan melengkung di setiap penjuru di atas kertas yang telah di lukis objek tadi. d. Surih gambar tadi ke dalam kotak yang telah tersedia. Surih pada semua kotak tadi supaya mendapat corak yang berulang-ulang.
Langkah Kedua
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Guru membancuhkan warna air pada setiap kumpulan. 3. Guru menerangkan cara untuk mewarna iaitu; a. Ikut semua garisan yang ada pada lukisan tersebut dengan warna lilin supaya apabila mewarna dengan warna air, warna air tersebut dapat dikawal. b. Warnakan barangan major dahulu dengan warna yang sesuai. c. Kemudian warnakan satu bahagian corak dengan warna lain. d. Seterusnya, warnakan bahagian corak yang lain sehingga habis corak ulangan tersebut.
Langkah Ketiga
1. Murid mula mewarna mengikut tunjuk ajar seperti yang di terangkan oleh guru tadi. 2. Murid mengikuti semua garisan yang ada pada lukisan tersebut dengan warna lilin, supaya apabila mewarna dengan warna air, warna air tersebut dapat dikawal. 3. Murid mewarnakan barangan major dahulu dengan warna yang sesuai. 4. Murid mewarnakan pula satu bahagian corak dengan warna lain. 5. Selepas itu, murid mewarnakan bahagian corak yang lain sehingga habis corak ulangan tersebut. 7. Guru mengawasi dan membantu murid mewarnakan corak tersebut.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru mengarahkan murid mewarna corak ulangan dan membantu murid mewarna corak ulangan tersebut.
Latihan Kendiri
Guru menguji ingatan murid dengan menyuruh mereka menunjukkan jenis batik yang di sebut oleh guru berdasarkan gambar yang di tunjukkan.

Penutup Pengajaran

Murid bersama guru mengimbas kembali aktiviti yang di lakukan oleh mereka untuk menghasilkan batik ulangan tadi.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Memberi peluang kepada murid untuk mencetuskan idea yang lebih kreatif.

Rujukan

Rujukan: 
http://myartless.blogspot.com/2008_11_01_archive.html
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 10804 kali

Membuat Origami Baju dan Seluar Kertas

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Afida binti Md Hussin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.1.3 Mereka dan membuat binaan terkawal.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Membuat Origami baju dan seluar.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Mmelipat kertas untuk origami baju dan seluar mengikut urutan. 2. Mengawal koordinasi mata dan tangan dengan baik.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid kenal baju dan seluar.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Langkah-langkah membuat origami baju ialah; a. Sekeping kertas lipat kepada dua bahagian. b. Buka lipatan. Lipat bahagian kanan dan kiri ke tengah lipatan. c. Lipatkan ke dalam pada bahagian atas. d. Bahagian atas di lipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri mengikut bucu bawah kanan dan kiri. e. Bahagian bawah di lipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri ikut bucu kanan dan kiri. f. Angkat bahagian bawah dan lipat ke bawah kolar baju. 2. Langkah-langkah membuat origami seluar seperti berikut; a. Sekeping kertas. b. Bahagian atas di lipatkan sedikit pada bahagian depan dan belakang. c. Lipatkan separuh pada bahagian kanan dan kiri. d. Pada bahagian kaki seluar, lipatkan sedikit pada sebelah kanan dan kiri. Gunting sedikit pada bahagian tengah seluar kemudian gamkan.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kertas warna saiz A4. 2. Gunting. 3. Gam. 4. Kertas lukisan. 5. Pensel. 6. Pemadam. 7. Pensel warna.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru keluarkan satu kotak yang di dalamnya berisi pakaian iaitu baju dan seluar.

2. Guru pergi mendekati murid seorang demi seorang dan meminta mereka memasukkan tangan ke dalam kotak dan sentuh barang di dalamnya.

3. Guru bertanya kepada murid apa yang mereka sentuh. Jikalau tidak dapat meneka, guru bagi pembayang seperti berikut;
a. Sejenis pakaian.

b. Kegunaannya untuk menutup tubuh badan kita.

c. Ba___,se_________.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Apakah jenis baju yang kamu suka? 2. Apakah jenis seluar yang kamu suka?
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru keluarkan origami baju dan seluar yang telah siap sambil memainkan cerita pendek antara dua orang (seperti puppet),kemudian guru perkenalkan pelajaran hari ini iaitu membuat origami baju dan seluar yang boleh dipakaikan kepada anak patung. 4. Guru meminta semua murid melihat dan mendengar dengan teliti bahan yang akan ditunjukkan oleh guru. 5. Guru perkenalkan alatan yang diperlukan iaitu kertas warna saiz A4, gunting, gam, kertas lukisan, pensel, pemadam dan pensel warna.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru meminta semua murid datang ke depan untuk mendengar guru menerangkan cara-cara membuat origami. Guru menerangkan sambil tunjuk cara membuat origami. 2. Murid diminta tumpukan perhatian. 3. Guru menunjukkan langkah-langkah membuat origami baju ialah; a. Sekeping kertas lipat kepada dua bahagian. b. Buka lipatan. Lipat bahagian kanan dan kiri ke tengah lipatan. c. Lipatkan ke dalam pada bahagian atas. d. Bahagian atas di lipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri mengikut bucu bawah kanan dan kiri. e. Bahagian bawah di lipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri ikut bucu kanan dan kiri. f. Angkat bahagian bawah dan lipat ke bawah kolar baju. 3. Pengulangan demi pengulangan di lakukan oleh guru supaya murid lebih faham. 4. Guru mengedarkan kertas warna untuk melipat kertas menjadi origami baju.
Langkah Kedua
1. Guru mengajar pula langkah-langkah membuat origami seluar seperti berikut; a. Sekeping kertas. b. Bahagian atas di lipatkan sedikit pada bahagian depan dan belakang. c. Lipatkan separuh pada bahagian kanan dan kiri. d. Pada bahagian kaki seluar, lipatkan sedikit pada sebelah kanan dan kiri. Gunting sedikit pada bahagian tengah seluar kemudian gamkan. 2. Guru mengedarkan kertas warna untuk di buat seluar dan murid memilih sendiri warna kesukaan mereka. 3. Guru mengarahkan murid bermula mengikut urutan langkah demi langkah seperti yang di tunjukkan guru tadi. 4. Sambil buat, guru membantu murid yang masih lemah.
Langkah Ketiga
1. Setelah siap origami baju dan origami seluar tadi, semua murid di berikan sekeping kertas lukisan. 2. Guru meminta murid menampal seluar di atas baju. 3. Kemudian, di tampalkan di atas kertas lukisan. 4. Murid di minta melukis muka, tangan, kaki, tali leher dan tali pinggang mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan contoh guru. 5. Guru memuji semua murid sebagai peneguhan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid membuat origami baju dan origami seluar mengikut urutan langkah demi langkah.
Latihan Kendiri
1. Guru meminta murid menampal seluar di atas baju. 2. Kemudian, tampalkan di atas kertas lukisan. 3. Murid di minta melukis muka, tangan, kaki, tali leher dan tali pinggang mengikut kreativiti masing-masing.

Penutup Pengajaran

1. Guru bertanya murid adakah mereka seronok membuat aktiviti ini. 2. Murid diminta mengangkat hasil kerja mereka dan menunjukkan kepada rakan-rakan. 3. Pujian diberikan kepada semua murid kerana berjaya menyiapkan origami baju dan seluar yang cantik.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru memberi peluang kepada murid menghasilkan origami mengikut kreativiti masing-masing dan melatih mereka mengenal pakaian dalam kehidupan seharian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 35019 kali
Contoh Penanda Buku

Penanda buku

Fail pdf ini mengandungi gambar contoh penanda buku, contoh penanda buku hasil kerja guru serta contoh penanda buku hasil kerja murid. Disediakan oleh Bavani a/p Ganason.