Pendidikan Seni

Rama-rama (Putik Kapas)

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Tan Ai Luan

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.4 Menggunakan alatan seni lukis.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Penggunaan pelbagai media dan teknik untuk mewarna gambar dan membezakan warna dengan betul.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) Menggunakan pelbagai media dan teknik untuk mewarnakan gambar. 2) Mengenal dan membezakan warna dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah menghasilkan dan melakukan aktiviti mewarna dan melukis.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Melihat gambar. 2. Sesi soal jawab dan memperkenalkan bahan-bahan untuk mewarnakan gambar. 3. Guru menunjukkan cara mewarna menggunakan putik kapas. 4. Menghasilkan titik-titik warna menggunakan putik kapas secara individu.
Bahan Bantu Mengajar: 
Warna air, berus, putik kapas dan gambar rama-rama.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Beri pujian kepada murid yang bersabar dalam menitik warna menggunakan putik kapas.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan contoh gambar rama-rama yang telah siap diwarnakan dengan menggunakan putik kapas.

2. Guru bersoal jawab dengan murid iaitu;

i) "Adakah kamu pernah melihat rama-rama?".

ii) "Ada berapa warna pada gambar rama-rama ini?".

3. Murid diminta menunjukkan aksi rama-rama bertebang.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru mengarahkan beberapa orang murid membuat aksi rama-rama terbang di hadapan rakan-rakan yang lain.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menguji tahap intelek pelajar dengan menanyakan soalan yang memerlukan murid berfikir, iaitu; i) Guru bertanya kepada pelajar bahan yang digunakan untuk mewarnakan gambar rama-rama. Contohnya, pencil warna, krayon, berus atau putik kapas. ii) Guru meminta pelajar menyatakan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk menghasilkan lukisan tersebut. 2. Murid memberi jawapan masing-masing. 3. Kemudian, guru menerangkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan gambar rama-rama iaitu; i) Gambar rama-rama yang telah siap dilukis. ii) Warna air. iii) Berus lukisan. iv) Bekas yang berisi warna air. v) Putik kapas.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan cara-cara mewarna dengan menggunakan putik kapas seperti berikut; i) Masukkan putik kapas dalam warna air. ii) Membuat titik-titik warna dengan menggunakan putik kapas. iii) Membuat titik-titik dengan menyusun corak secara teliti dan kemas. 2. Guru memberi nasihat kepada murid bahawa kerja yang teliti dan kemas perlu kesabaran dan ketelitian dalam membuat sesuatu kerja.
Langkah Kedua
1. Guru memberikan sehelai gambar rama-rama kepada murid dan mengarahkan murid untuk memulakan aktiviti. 2. Guru membimbing pelajar melakukan aktiviti tersebut dengan memegang tangan murid supaya mereka dapat membuat titik-titik warna dengan cara yang betul. 3. Murid mewarnakan gambar rama-rama menggunakan putik kapas mengikut kreativiti masing-masing. 4. Guru memantau murid membuat gambar berwarna dengan betul dan menarik.
Langkah Ketiga
1. Murid menghasilkan dan mempamerkan hasil kerja masing-masing untuk sesi ulasan bersama guru. 2. Guru memberi pujian kepada semua pelajar kerana dapat mewarnakan gambar dengan teliti dan kemas.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid membuat titik-titik warna menggunakan kapas dengan cara yang betul pada gambar rama-rama.
Latihan Kendiri
Murid mewarnakan gambar rama-rama mengikut kreativiti masing-masing.

Penutup Pengajaran

Guru membuat rumusan tentang teknik dan kualiti produk yang telah dihasilkan oleh murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat mengetahui bahawa mewarna dapat dilakukan dengan pelbagai media dan teknik untuk mewarna gambar serta membezakan warna dengan betul.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4459 kali

Pakaian

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Tan Ai Luan

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.1 Menghasilkan binaan mengikut kreativiti.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Teknik membentuk pakaian secara lipatan dan binaan terancang (origami)
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) Menghasilkan binaan dan lipatan secara terkawal dengan menggunakan kertas. 2) Dapat membina kemahiran motor halus dengan pergerakan melipat mengikut contoh yang disediakan oleh guru. 3) Merangsang kreativiti murid.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh menghasilkan lipatan secara tidak terkawal.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
a) Sekeping kertas lipat kepada dua bahagian. b) Buka lipatan. Lipat bahagian kanan dan kiri ke tengah lipatan. c) Lipatan ke dalam pada bahagian atas. d) Bahagian atas dilipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri mengikut bucu bawah kanan dan kiri. e) Bahagian bawah dilipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri ikut bucu kanan dan kiri. f) Angkat bahagian bawah dan lipat ke bawah kolar baju. g) Mencorak baju mengikut kreativiti murid masing-masing.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kertas putih dan kertas warna.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan tayangan multimedia zaman dulu dan sekarang dari segi cara berpakaian seperti zaman orang batu, mumia dan cara berfesyen zaman sekarang.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
"Apakah jenis pakaian yang kamu tahu" soal guru kepada murid. Murid memberi jawapan kepada guru.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menyuruh seorang murid berdiri di hadapan untuk menjadi model. 2. Guru bertanya soalan kepada murid, "Apakah yang dipakai oleh Hamdan?" dan murid memberikan jawapan. 3. Seterusnya guru memberitahu murid bahawa hari ini mereka akan belajar membuat baju dengan menggunakan kertas.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan contoh lipatan baju yang telah siap dibina. 2. Kemudian, guru menjelaskan bahan yang digunakan untuk membuat lipatan iaitu sehelai kertas. 3. Guru menunjukkan cara membuat lipatan bagi menghasilkan baju. 4. Guru menunjukkan langkah demi langkah untuk menghasilkan lipatan baju.
Langkah Kedua
1. Guru memberikan sehelai kertas putih kepada murid dan mengarahkan murid untuk memulakan aktiviti. 2. Guru membimbing murid melakukan aktiviti tersebut dengan membuat bersama-sama murid langkah demi langkah. 3. Guru menerangkan analisis tugasan untuk membuat origami baju iaitu; a) Sekeping kertas lipat kepada dua bahagian. b) Buka lipatan. Lipat bahagian kanan dan kiri ke tengah lipatan. c) Lipatan ke dalam pada bahagian atas. d) Bahagian atas dilipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri mengikut bucu bawah kanan dan kiri. e) Bahagian bawah dilipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri ikut bucu kanan dan kiri. f) Angkat bahagian bawah dan lipat ke bawah kolar baju. 4. Selepas murid menguasai kemahiran tersebut, guru memberi kertas warna kepada murid untuk membuat lipatan secara individu.
Langkah Ketiga
1.Guru menunjukkan contoh baju yang telah siap. 2. Guru meminta murid mencorak baju mengikut kreativiti murid masing-masing. Contohnya seperti butang, poket dan sebagainya.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid langkah demi langkah untuk meratakan lipatan kertas membentuk baju.

Penutup Pengajaran

1. Guru meminta murid tunjukkan hasil yang telah siap. 2. Guru memberikan peneguhan berbentuk pujian kepada semua murid kerana dapat mengikuti pelajaran hari ini dengan baik dan meminta murid bertepuk tangan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh membuat pelbagai bentuk seperti seluar, kapal terbang dan lain-lain menggunakan cara-cara lipatan tertentu.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2603 kali