Pendidikan Seni

Teknik Gosokan (Membuat Kad Ucapan).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. 2.0 Membuat corak dan rekaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menghasilkan kad ucapan (Hari raya, Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Krismas, Kad Hari Guru, Kad Hari Ibu dan Bapa) yang kreatif.
Objektif: 
Di akhir pelajaran,murid dapat; 1. Menyedari bahawa di sekeliling mereka ada pelbagai permukaan iaitu permukaan kasar, permukaan licin, permukaan kesat dan sebagainya. 2. Meningkatkan kawalan psikomotor murid dalam kegiatan mengosok, memotong dan menampal. 3. Menghasilkan kad ucapan yang ditampal dengan lakaran teknik gosokan yang menarik.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat atau menghantar kad ucapan kepada ibu, bapa, guru dan kawan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menyediakan kertas lukisan dan warna. 2. Guru menunjukkan teknik mengosok dengan menggunakan pensil warna. 3. Murid mengosok dengan menggunakan pensil warna. 4. Murid rasakan dengan sentuhan lakaran gosokan (murid rabun). 5. Menguntingkan bentuk-bentuk kegemaran dengan bantuan guru (murid rabun). 6. Guru menyediakan kad ucapan yang kosong dari manila kad. 7. Murid dengan bentuan guru menampalkan lakaran gosokan yang digunting bagi menghiasi kad. 8. Guru meletakkan gam dan murid melekatkannya. 9. Murid menulis nama (murid rabun gunakan tulisan braille) dan hiasi kad.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad manila, kertas lukisan, gam, gunting, pensil warna, duit syiling, pensil dan pemadam.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan beberapa contoh kad ucapan yang digunakan semasa perayaan tertentu dan berbincang dengan murid tentang kegunaan kad tersebut.

2. Murid mendengar penjelasan guru dan melihat dengan teliti contoh kad yang diedarkan oleh guru.

3. Murid menceritakan serba sedikit tentang kad raya yang pernah dihantar kepada kawan.

4. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas melihat contoh-contoh kad ucapan, guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang kad ucapan yang dilihat dan dirasakan dengan sentuhan itu.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat dan merasa dengan sentuhan contoh guru iaitu, kad ucapan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara menghasilkannya. 2. Murid mendengar dengan teliti arahan guru. 3. Guru mengedarkan bahan-bahan untuk membuat teknik gosokan bagi menghasilkan lakaran yang menarik. 4. Guru menunjukkan contoh teknik gosokan yang dihasilkan oleh guru dan murid melihatnya. 5. Guru menunjukkan kepada murid cara menghasilkan gosokan dengan pensil warna dengan memegang tangan murid. 6. Guru meminta murid meletakkan kertas lukisan atas permukaan yang kasar dan membuat teknik gosokan menggunakan pensil warna. 7. Pensil warna digosokkan kanan ke kiri secara selaras supaya lakaran teknik gosokan terbentuk. 8. Murid membuat teknik gosokan dengan bantuan guru.
Langkah Kedua
1. Teknik gosokan yang dihasilkan oleh murid di atas kertas lukisan akan dilukis dengan bentuk-bentuk kegemaran murid di atas gosokan tersebut dengan bantuan guru. 2. Guru membantu murid melukis beberapa bentuk mengikut kad ucapan yang hendak dihasilkan oleh murid. 3. Guru membantu murid mengguntingkan bentuk-bentuk tersebut (murid rabun). 4. Guru menyediakan kad ucapan dan kad manila untuk murid menampalkan bentuk-bentuk tersebut. 5. Murid menampal dengan meletakkan gam terlebih dahulu sedikit demi sedikit sambil diperhatikan oleh guru.
Langkah Ketiga
1. Guru meminta murid menghasilkan sekeping kad ucapan yang menarik. 2. Guru menunjukkan contoh kad ucapan yang dihasilkan olehnya. 3. Murid menghasilkan kad ucapan perayaan atau kad hari guru, ibu bapa dan sebagainya dengan menampalkan bentuk-bentuk teknik gosokan. 4. Guru meminta murid menulis perkataan dalam kad ucapan. Murid rabun dan buta menggunakan tulisan braille.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik psikomotor halus iaitu tangan atas tangan membimbing membuat teknik gosokan. 2. Guru memegang tangan murid dan menunjukkan cara yang betul untuk mengosok dari kanan ke kiri secara berlahan-lahan. 3. Guru juga menunjukkan cara memegang pensil warna dengan betul sebelum membuat teknik gosokan supaya lakaran gosokan dapat dilihat dengan jelas dengan sentuhan (murid rabun).
Latihan Kendiri
Murid dapat membuat teknik gosokan dan menghasilkan kad ucapan yang kreatif dengan sendiri.

Penutup Pengajaran

1. Guru menilai hasil kerja murid. 2. Murid sama-sama melihat dan merasakan dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan lain. 3. Guru memuji hasil kerja semua murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Dengan penghasilan teknik gosokan, murid dapat membezakan permukaan licin, kasar dan kesat. 2. Melalui penghasilan kad ucapan sendiri, murid dapat mengetahui kad ucapan boleh dibuat sendiri dan dihantar kepada sesiapa sahaja dengan menggunakan kos yang rendah. 3. Murid juga mengetahui kepentingan menghantar kad ucapan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 24629 kali
Gambar kad ucapan "Selamat Hari Deepavali".

Kad Ucapan.

Kad ucapan dengan menggunakan teknik gosokan.

Plak Hiasan Dinding.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. 3.0 Membentuk dan membuat binaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menghasilkan plak perhiasan dinding daripada penyepit baju.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Menyedari bahan seperti penyepit baju boleh dijadikan bahan perhiasan. 2. Meningkatkan koordinasi motor halus semasa menyusun dan melekat hiasan. 3. Mengamalkan sikap bekerjasama dengan cermat dan bersih semasa menjalankan aktiviti.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat perhiasan dinding di rumah, di sekolah dan di asrama.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menyediakan bahan yang diperlukan seperti kadboard, penyepit baju dan gam. 2. Guru menunjukkan cara menggunakan bahan ini untuk menghasilkan perhiasan. 3. Melekatkan penyepit baju ikut susunan di atas kadboard menggunakan gam. 4. Guru membantu murid menyusun dengan teratur. 5. Apabila siap, dilekat dengan kemas dan dikeringkan. 6. Buat perhiasan dengan meletakkan gambar sendiri atau bunga di tengah plak perhiasan sebelum digantung.
Bahan Bantu Mengajar: 
Penyepit baju (kayu), gam UHU, kadboard, gunting, pensil, gambar, "double tape" dan tisu.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menerangkan tentang tajuk yang akan dipelajari iaitu perhiasan dinding.

2. Murid mendengar penerangan guru.

3. Guru menanyakan rumah siapa ada perhiasan dinding dan murid menjawab pertanyaan guru.

4. Guru menceritakan serba sedikit tentang hiasan dinding dengan menunjukkan contoh hiasan.

5. Murid melihat contoh yang ditunjukkan oleh guru.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas murid melihat contoh perhiasan, guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang barang perhiasan yang pernah dilihat sebelum ini.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat dan merasa dengan sentuhan contoh guru iaitu, barang-barang perhiasan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara menghasilkan plak perhiasan dinding dengan menggunakan kadboard dan penyepit baju (kayu). 2. Guru bertanya sama ada di rumah ada perhiasan dinding atau tidak. 3. Guru menceritakan serba sedikit tentang hiasan dinding dengan menunjukkan contoh hiasan.
Langkah Kedua
1. Guru membantu murid menyediakan kadboard yang siap digunting bagi murid rabun dan buta supaya murid tidak menghadapi masalah dari segi memotong kad. 2. Murid menerima kadboard yang siap digunting. 3. Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan seperti penyepit baju dan gam UHU. 4. Guru menunjukkan contoh plak yang telah siap. 5. Guru menunjukkan cara membuat plak hiasan di atas kadboard dan murid melihat contoh plak dengan sentuhan (murid rabun). 6. Guru menunjukkan cara melekatkan penyepit baju di atas kadboard. 7. Guru meletakkan gam UHU dan melekatkan penyepit baju satu demi satu ikut susunan. 8. Murid membuat plak hiasan dengan meletakkan gam dan melekatkan penyepit baju dengan bimbingan guru (membentuk matahari).
Langkah Ketiga
1. Guru menyediakan gambar setiap murid untuk dilekatkan pada plak perhiasan. 2. Murid menerima gambar masing-masing dan melekatkan di tengah-tengah plak perhiasan bagi mencantikkannya. 3. Guru membantu setiap murid melekatkan gambar masing-masing bagi mencantikan plak perhiasan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru menggunakan teknik psikomotor halus iaitu tangan atas tangan bagi membimbing murid melekatkan penyepit baju ikut susunan.
Latihan Kendiri
Murid melekatkan dengan sendiri apabila ditunjukajar oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru menilai hasil kerja murid. 2. Murid sama-sama melihat dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan lain. 3. Guru merumuskan isi pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Murid dapat mencipta perhiasan sendiri bagi menghiasi rumah, bilik, sekolah dan sebagainya dengan kos yang rendah. 2. Murid juga sedar barang perhiasan boleh dihasilkan melalui barang terbuang.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 6141 kali

Tiupan warna dan kolaj (hidupan laut).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. 2.0 Membuat corak dan rekaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menghasilkan tiupan warna dan kolaj hidupan laut.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Menghasilkan kolaj hidupan laut yang kreatif. 2. Menyedari corak boleh dihasilkan melalui titisan dan tiupan warna air di atas permukaan kertas dalam pelbagai corak. 3. Mempelajari teknik meniup dengan menggunakan tenaga mereka sendiri. 4. Meningkatkan kawalan psikomotor murid dalam menampal.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid mengenali warna dan hidupan laut seperti sotong, ikan , udang, ketam dan sebagainya.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menerangkan tentang hidupan laut. 2. Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan seperti warna air, kertas lukisan dan penyedut minuman. 3. Murid menerima bahan-bahan yang diperlukan. 4. Guru menunjukkan cara membancuh warna dengan betul. 5. Murid memilih warna kegemaran dan membancuh dengan bimbingan guru. 6. Guru menunjukkan cara mengambil warna dan meletakkan pada kertas lukisan dan cara meniup dengan betul. 7. Murid ikut arahan guru meletakkan warna dan meniup dengan menggunakan tenaga mereka. 8. Melukis bentuk-bentuk hidupan laut dengan bantuan guru dan menguntingkannya. 9. Menampalkan bentuk-bentuk yang digunting mewujudkan kolaj hidupan laut.
Bahan Bantu Mengajar: 
Warna air, berus, bekas air, pembancuh warna, kertas lukisan, gunting, gam ,pensil, penyedut minuman dan kertas warna.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menerangkan tentang tiupan warna dan kolaj.

2. Murid mendengar penjelasan guru dengan teliti.

3. Guru menunjukkan contoh kolaj hidupan laut dan murid melihat contoh atau model hidupan laut.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas murid melihat contoh tiupan warna dan kolaj hidupan laut, guru bersoal jawab pula dengan murid-murid tentang hidupan laut.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat dan merasa dengan sentuhan contoh guru iaitu, tiupan warna.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan dan cara-cara untuk menghasilkannya. 2. Guru menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat lukisan dan mengedarkan kepada murid. 3. Guru menerangkan tentang bahan-bahan yang digunakan. 4. Murid (murid rabun) melihat dan merasakan dengan sentuhan bahan-bahan yang disediakan oleh guru.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan cara meniup warna atas kertas menggunakan penyedut minuman dan menerangkan setiap langkah dengan jelas dan terang. 2. Murid mendengar arahan guru. 3. Murid melakukan dengan bimbingan guru. 4. Murid menggunakan beberapa warna untuk menghasilkan tiupan warna yang menarik. 5. Murid meletakkan warna di atas kertas lukisan dan meniup dengan kuat menggunakan penyedut minuman untuk membentuk tiupan.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan cara-cara melukis hidupan laut dengan menyediakan dasar kepada murid. 2. Murid akan melukis dengan menggunakan contoh-contoh dasar yang disediakan. 3. Guru menunjukkan cara-cara mengunting bentuk-bentuk hidupan laut yang telah dilukis (murid rabun). 4. Guru juga menunjukkan cara-cara menampal bentuk-bentuk hidupan laut (sotong,ikan dan kuda laut) yang siap dilukis. 5. Murid menampal dengan bantuan guru membentuk hidupan di dasar laut melalui tiupan warna dan tampalan kolaj.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik psikomotor halus dengan memegang tangan murid untuk meletakkan warna di atas kertas lukisan dan meniup warna tersebut. 2. Guru membimbing murid dengan menunjukkan cara menampalkan bentuk-bentuk hidupan laut yang digunting.
Latihan Kendiri
Murid dapat meletakkan gam dan menampal bentuk-bentuk hidupan laut seperti sotong, ikan dan kuda laut dengan sendiri apabila ditunjukajar oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru menilai hasil kerja murid. 2. Murid sama-sama melihat dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan lain. 3. Guru memuji hasil kerja semua murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dengan penghasilan tiupan warna juga, murid boleh menghasilkan kolaj membentuk hidupan di dasar laut.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 12109 kali

Membentuk Mobail Ikan.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. 3.0 Membentuk dan membuat binaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menghasilkan mobail ikan yang kreatif.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang membuat mobail ikan. 2. Meningkatkan kemahiran kawalan tangan dan motor halus semasa menampal, memotong dan mengikat. 3. Memberi kefahaman kepada murid tentang kehidupan laut dan sikap tolong menolong semasa aktiviti dijalankan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah makan ikan dan memelihara ikan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menerangkan tentang hidupan di dasar laut. 2. Murid mendengar penerangan tentang hidupan di dasar laut. 3. Murid melihat contoh mobail ikan guru. 4. Guru mengedarkan bahan yang diperlukan. 5. Guru bercerita tentang mobail ikan. 6. Guru menunjukkan cara melukis bentuk ikan dengan menyediakan dasar kepada murid (rabun). 7. Murid melukis berpandukan dasar yang diberikan. 8. Murid mewarnakan bentuk ikan. 9. Guru membantu murid untuk mengunting dan menebuk lubang. 11. Guru menunjukkan cara mengikat dengan betul dengan penyangkut baju dan murid mengikut arahan guru. 12. Murid mengikat dengan kemas.
Bahan Bantu Mengajar: 
Ikan diperbuat daripada kadboard, pensil, pemadam, benang, gunting, "puncher", penyangkut baju dan kertas warna.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meminta murid menyebut nama beberapa jenis ikan dan dua jenis hidupan laut dan darat.

2. Murid melihat contoh mobail guru dan menjawab secara individu.

3. Guru menunjukkan contoh mobail ikan yang siap kepada murid dan menyuruh murid melihatnya.

4. Guru menceritakan tentang mobail.

5. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas melihat contoh mobial ikan, guru menyoal murid-murid tentang mobail yang pernah dilihat oleh mereka.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat dan merasa contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat dan merasa dengan sentuhan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara menghasilkan mobail ikan yang kreatif. 2. Guru menyediakan bahan-bahan yang diperlukan kepada murid dan menyebutnya satu persatu. 3. Guru menyediakan dasar berbentuk ikan kepada murid. 4. Setiap murid melihat dasar yang diberikan kepadanya. 5. Guru menyediakan beberapa contoh mobail selain mobail ikan. 6. Murid melihat mobail tersebut dengan sentuhan (murid rabun).
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan cara melukis gambar ikan dan murid melukis dengan bimbingan guru dengan menggunakan dasar yang diberikan. 2. Guru membantu murid dengan memotong dasar berbentuk ikan selepas dilukis. 3. Guru menunjukkan cara mewarnakan dasar ikan dengan betul dan murid mewarnakannya. 4. Guru menunjukkan cara menebuk lubang di atas ikan yang sudah siap dipotong dan dilekatkan dengan kertas warna atau diwarnakan. 5. Murid menebuk lubang dengan bantuan guru. 6. Guru meminta murid menjahitkan benang ke lubang yang ditebuk dan murid menjahitkannya dengan kemas mengikut arahan guru. 7. Guru membantu murid rabun teruk menjahit satu demi satu dengan memegang tangan mereka.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan cara mengikat ikan dengan cara betul menggunakan benang untuk menggantungkannya. 2. Murid mengikut arahan guru mengikat dengan benang melalui lubang yang disediakan. 3. Murid diminta mengikat ikan di penyangkut baju. 4. Guru meminta murid perhatikan imbangan mobail ikan dan murid memerhatikan imbangannya. 5. Hasil karya murid telah siap digantung.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik psikomotor halus iaitu tangan atas tangan untuk membimbing murid rabun menjahit di sekeliling lubang yang disediakankan. 2. Guru juga menggunakan teknik yang sama untuk mewarnakan.
Latihan Kendiri
Murid dapat menjahit, mengikat dan mewarna dengan sendiri apabila ditunjuk ajar oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru menilai hasil kerja murid. 2. Murid sama-sama melihat dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan lain. 3. Guru memuji hasil kerja semua murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dengan penghasilan mobail ikan, murid dapat melihat keseimbangan antara sesuatu objek dan dapat membentuk mobail untuk dijadikan perhiasan dalam bilik tidur, di sekolah dan sebagainya.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 8687 kali