Pendidikan Seni

Teknik Cetakan (Cetakan Dari Ibu Jari).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. 2.0 Membuat corak dan rekaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menghasilkan corak cetakan yang kreatif menggunakan ibu jari membentuk burung.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Menyedari ibu jari juga boleh digunakan sebagai bahan seni untuk menghasilkan corak. 2. Melalui cetakan juga dapat meningkatkan koordinasi tangan dan mata semasa mencetak. 3. Menghasilkan corak berulang melalui teknik cetakan dengan menggunakan warna kegemaran serta kebersihan semasa menjalankan aktiviti.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat corak-corak seperti corak batik serta pernah membuat cetakan sebelum ini.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menyediakan kertas lukisan dan warna. 2. Guru meletakkan warna pada setiap ibu jari murid. 3. Murid mencetakkan pada kertas lukisan menggunakan ibu jari yang disapukan warna. 4. Mencetak ikut kegemaran murid. 5. Guru membimbing murid dalam mencetak. 6. Selepas selesai mencetak murid mengeringkannya. 7. Melukis di atas cetakan ibu jari membentuk burung dengan melukis mata, kaki dan ekor. 8. Cetakan ibu jari membentuk burung secara kreatif.
Bahan Bantu Mengajar: 
Warna air (poster colour), kertas lukisan, alat pembancuh, berus, ibu jari dan pensil warna.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menerangkan tentang tajuk yang akan dipelajari iaitu cetakan.

2. Guru menceritakan serba sedikit tentang cetakan, iaitu boleh mengecap daripada bahan semulajadi dan barangan terbuang. Contoh Rubber stamp, daun dan cop-cop.

3. Murid mendengar penerangan guru dan melihat contoh yang ditunjukkan oleh guru.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas melihat contoh bahan-bahan yang boleh digunakan untuk cetakan, guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang bahan-bahan yang dilihat dan dirasakan dengan sentuhan oleh murid.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat dan merasa dengan sentuhan contoh guru iaitu, cop-cop dan "Rupper stamp".

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara menghasilkan cetakan daripada ibu jari. 2. Guru menyediakan bahan yang diperlukan untuk membuat cetakan iaitu kertas lukisan dan warna kegemaran murid. 3. Guru menunjukkan cara membuat cetakan atas kertas lukisan menggunakan warna poster. 4. Guru menunjukkan contoh cetakan ibu jari yang siap kepada murid dan meminta murid mencetak sepertinya. 5. Murid membuat cetakan di atas kertas lukisan dengan bantuan guru setelah menerima bahan-bahan yang diperlukan.
Langkah Kedua
1. Guru membantu murid seorang demi seorang untuk menghasilkan cetakan. 2. Guru membantu murid rabun dengan menyapukan warna ke ibu jari murid bagi memudahkan murid rabun mencetak (langkah ini untuk murid rabun yang sukar untuk mengenali warna). 3. Murid membentuk pelbagai corak bebas dengan bimbingan guru dengan menggunakan warna kegemaran mereka.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan contoh yang disiapkan oleh guru kepada murid, iaitu cara-cara hendak melukis di atas cetakan membentuk bentuk burung. 2. Guru meminta murid melukiskannya dengan bantuan guru. 3. Murid melihat bagaimana guru melukis bentuk burung di atas cetakan ibu jari dan murid melukis dengan sendiri.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik psikomotor halus iaitu tangan atas tangan membimbing murid untuk mencetak menggunakan ibu jari. 2. Murid dapat mencetak berulang kali apabila ditunjuk ajar oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru menilai hasil kerja murid. 2. Guru memuji hasil kerja semua murid dan murid rasa gembira.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dengan penghasilan cetakan ibu jari, murid dapat mengetahui ibu jari boleh digunakan untuk mencetak membentuk corak yang kreatif.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 12756 kali

Alat Perhiasan (Mahkota).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 1. 3.0 Membentuk dan membuat binaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menghasilkan mahkota yang kreatif.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Meningkatkan kreativiti. 2. Meningkatkan psikomotor halus dengan mengait, mewarna dan menampal. 3. Merasa seronok menghasilkan mahkota yang kreatif.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat topi dan gambar mahkota raja.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menerangkan tentang mahkota. 2. Guru mengedarkan kad manila yang dilakarkan dengan mahkota. 3. Murid menerima lakaran mahkota. 4. Guru menebuk lubang di sekeliling lakaran mahkota yang berbentuk bergigi. 5. Guru memberikan benang yang siap diikat dengan jarum. 6. Murid menjahit ke lubang mahkota yang bergigi. 5. Guru memberikan labuci warna warni kepada setiap murid. 6. Murid menerima labuci. 7. Meletakkan atau menyapukan gam di atas mahkota. 7. Melekatkan labuci satu demi satu sehingga selesai. 8. Menghiasi mahkota dengan kreatif. 9. Selepas selesai menghiasi guru membantu menstaplerkan membentuk mahkota.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad manila, gam, benang, gunting, pensil, kertas warna, jarum plastik, labuci dan "Stapler".
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Pujian diberikan kepada murid ynag kreatif.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan topi dan menanyakan tentang kegunaan topi dan mahkota kepada murid. Murid menjawab pertanyaan guru.

2. Guru bertanya kepada murid, "Siapa yang memakai mahkota?" dan murid menjawab, "Raja".

3. Guru bertanya lagi, "Apakah perbezaan topi dengan mahkota?".

4. Guru menunjukkan beberapa contoh mahkota raja, permaisuri dan ratu.

5. Murid melihat gambar yang ditunjukkan.

6. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas melihat contoh gambar mahkota, guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang kegunaan topi dan mahkota kepada raja.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat dan merasa dengan sentuhan contoh guru iaitu, mahkota.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara menghasilkan mahkota yang kreatif. 2. Guru menyediakan bahan yang diperlukan dan murid melihat bahan yang disediakan oleh guru. 3. Guru menyediakan jaluran kad manila yang sesuai mengikut saiz kepala murid yang siap diguntingkan kepada bentuk bergigi. 4. Guru menebuk lubang di sekeliling bentuk bergigi bagi memudahkan murid membuat perhiasan. 5. Murid mendengar dengan teliti arahan guru dan menerima bahan yang diperlukan.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan contoh mahkota yang siap dan murid melihat contoh mahkota yang siap. 2. Guru menunjukkan cara untuk menghiasi mahkota dengan benang warna. 3. Murid ikut arahan guru semasa menjahit benang di sekeliling lubang bentuk bergigi. 4. Guru membimbing murid rabun memasukkan benang ke lubang yang siap ditebuk dengan menggunakan jarum plastik yang siap diikat benang oleh guru.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan cara menghiasi mahkota dengan melekatkan labuci. 2. Guru membimbing murid untuk melekatkan labuci dengan meletakkan gam dan melekatkannya. 3. Murid dapat ikut arahan guru dengan baik. 4. Guru membimbing murid rabun dengan memegang tangan mereka. 5. Setelah siap, guru membantu murid untuk menyambungkan mahkota dengan menklipkannya mengikut saiz kepala murid.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik menggunakan psikomotor halus iaitu tangan atas tangan untuk membimbing memasukkan benang ke dalam lubang kad manila yang disediakan. 2. Guru membimbing murid dengan menunjukkan cara mengikat benang dengan cara yang betul dengan memegang tangan mereka. 3. Guru memegang tangan murid supaya mereka dapat memegang pensil warna dengan betul dan mewarna dengan betul. 4. Guru juga membimbing murid cara untuk melekatkan labuci dengan menggunakan gam.
Latihan Kendiri
1. Murid dapat memasukkan benang dengan sendiri apabila ditunjukajar oleh guru walaupun memerlukan masa. 2. Murid juga dapat melekatkan sendiri labuci dengan kemas.

Penutup Pengajaran

1. Guru menilai hasil kerja murid. 2. Murid sama-sama melihat dan memakai mahkota hasil kerja masing-masing di atas kepala. 3. Guru memuji hasil kerja murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dengan penghasilan mahkota sendiri, murid lebih mengenali tentang kegunaan mahkota yang dipakai oleh raja, permaisuri, ratu dan sebagainya.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5558 kali

Membuat Kolaj Buah Tembikai.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. 2.0 Membuat corak dan rekaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat menghasilkan kolaj buah tembikai yang kreatif.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Menghasilkan tampalan kolaj yang menarik. 2. Meningkatkan pengetahuan tentang kolaj. 3. Meningkatkan kemahiran psikomotor halus.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat dan memakan buah tembikai.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menerangkan tentang buah-buahan tempatan. 2. Guru mengedarkan lakaran gambar sebiji tembikai. 3. Murid menerima lakaran gambar buah tembikai. 4. Guru memberikan labuci warna warni kepada setiap murid. 5. Murid menerima labuci. 6. Meletakkan atau menyapukan gam di atas lakaran buah tembikai sedikit demi sedikit. 7. Melekatkan labuci satu demi satu sehingga selesai. 8. Membentuk buah tembikai daripada tampalan labuci.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad manila atau kertas lukisan, pensil, pemadam, gam, dan labuci.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meminta murid menyenaraikan nama beberapa buah tempatan dan murid menyenaraikan nama buah-buahan tempatan yang mereka tahu.

2. Guru mengedarkan kad imbasan gambar buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar negara.

3. Guru meminta murid menyebut nama buah tersebut sama ada buah tempatan atau buah-buahan luar negara.

4. Murid melihat dan merasa gambar buah lalu menjawab.

5. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas melihat contoh gambar buah-buahan dan buah sebenar, guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang buah-buah tempatan dan buah-buahan luar negara.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat atau merasa dengan sentuhan contoh guru iaitu, buah-buahan tempatan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara menghasilkan kolaj buah-buahan daripada labuci. 2. Guru menyediakan lakaran gambar buah tembikai, gam dan labuci. 3. Murid mendengar dengan teliti arahan guru dan menerima lakaran gambar, gam dan labuci. 4. Guru meminta murid meletakkan atau menyapukan gam dengan bimbingan guru pada lakaran gambar tersebut. Murid ikut arahan guru.
Langkah Kedua
1. Guru membantu murid dengan menunjukkan cara menampal labuci di atas lakaran tembikai yang disediakan. 2. Murid melekatkan labuci warna yang diberikan pada lakaran tembikai untuk membentuk kolaj. 3. Murid menampalkan satu persatu dengan kemas dan teratur supaya membentuk buah tembikai. 4. Guru membantu murid rabun teruk dengan memegang tangan dan menampalkan satu persatu.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik psikomotor halus iaitu tangan atas tangan untuk membimbing murid meletakkan gam di atas lakaran gambar buah tembikai. 2. Guru membimbing murid dengan menunjukkan cara menampalkan labuci dengan betul satu persatu ikut susunan dengan memegang tangan murid.
Latihan Kendiri
Murid dapat meletakkan gam dan menampal labuci dengan sendiri apabila ditunjukajar oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru menilai hasil kerja murid. 2. Murid melihat dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan yang lain. 3. Guru memuji hasil kerja murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dengan penghasilan kolaj buah-buahan tempatan ini, murid dapat mengetahui tentang buah-buahan tempatan dan khasiatnya serta kolaj buah tembikai ini boleh dijadikan perhiasan di rumah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 19603 kali