Pendidikan Seni

Papan Tanda Hiasan.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nor Sa’adah Binti Mohamed Masri.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan tertentu. 4.2.1 Kraf tangan menggunakan bahan semula jadi.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini berkaitan dengan membuat papan tanda hiasan.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, murid dapat membuat papan tanda hiasan sendiri dna mengenal peralatan serta bahan yang dihias.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah boleh menggunakan alatan seni lukis.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
- guru perkenal alatan dan bahan yang diperlukan. - ambil kertas warna yang telah siap di print dengan perkataan tertentu. Contohnya, "Selamat Datang". b) Guntingkan kertas warna mengikut tepi tulisan mengikut kreativiti murid. c) Ambil kertas keras. Kemudian, lekatkan kertas warna di atas kertas keras. d) Hiaskan kertas keras dengan kulit kayu manis, bunga lawang, daun, kulit kerang dan pot pouri. e) Selepas itu, gamkan bahan-bahan tadi menggunakan gam UHU. f) Buat lubang di bahagian atas papan tanda. Masukkan riben sebagai tali penggantung. g) Akhirnya, papan tanda siap dihasilkan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kertas keras, kertas warna (ditaip dengan perkataan tertentu), gam UHU, kulit kerang, kulit kayu manis, bunga lawang, pot pouri, riben dan daun.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Pujian dan galakkan kepada murid supaya lebih berkreatif.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menyoal murid perkataan "Apa yang tergantung di hadapan pintu itu?". Murid menjawab, perkataan "Welcome".

2. Guru menyuruh murid mengambil papan tanda, perkataan "welcome" dan menggantungkannya di dalam kelas.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menunjukkan contoh papan tanda yang akan dibuat oleh murid. Murid melihat dan memberikan perhatian. 2. Guru minta murid tunjuk apakah papan tanda lagi yang ada dalam kelas ini?? 3. Murid menunjukkan "selamat datang, daput dan tandas".
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
-Memperkenalkan alatan. 1. Guru memperkenalkan alatan untuk membuat papan tanda hiasan. 2. Guru menyebut nama alatan satu persatu dan diikuti oleh murid. 3. Guru menunjukkan peralatan dan minta murid meneka nama alatan. 4. Guru menyoal murid nama alatan dengan menyuruh murid mengambil barang yang disebutkan oleh guru. 5. Murid mengambil peralatan yang disebutkan oleh guru sambil menyebutkan nama peralatan tersebut.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Demonstrasi membuat papan tanda hiasan. 1. Guru memberikan murid peralatan untuk membuat papan tanda hiasan. 2. Guru menunjukkan satu persatu cara-cara membuat papan tanda hiasan iaitu; a) Ambil kertas warna yang telah siap di print dengan perkataan tertentu. Contohnya, "Selamat Datang". b) Guntingkan kertas warna mengikut tepi tulisan mengikut kreativiti murid. c) Ambil kertas keras. Kemudian, lekatkan kertas warna di atas kertas keras. d) Hiaskan kertas keras dengan kulit kayu manis, bunga lawang, daun, kulit kerang dan pot pouri. e) Selepas itu, gamkan bahan-bahan tadi menggunakan gam UHU. f) Buat lubang di bahagian atas papan tanda. Masukkan riben sebagai tali penggantung. g) Akhirnya, papan tanda siap dihasilkan.
Langkah Kedua
-Membimbing murid membuat papan tanda hiasan. 1. Guru menyoal murid, "Adakah kamu mahu membuat papan tanda hiasan seperti cikgu?". Murid menjawab, "Ya". 2. Guru memberikan murid peralatan membuat papan tanda hiasan. Guru membimbing murid membuat papan tanda hiasan satu persatu. 3. Murid membuat papan tanda hiasan mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru iaitu; a) Ambil kertas warna yang telah siap di print dengan perkataan tertentu. Contohnya, "Selamat Datang". b) Guntingkan kertas warna mengikut tepi tulisan mengikut kreativiti murid. c) Ambil kertas keras. Kemudian, lekatkan kertas warna di atas kertas keras. d) Hiaskan kertas keras dengan kulit kayu manis, bunga lawang, daun, kulit kerang dan pot pouri. e) Selepas itu, gamkan bahan-bahan tadi menggunakan gam UHU. f) Buat lubang di bahagian atas papan tanda. Masukkan riben sebagai tali penggantung. g) Akhirnya, papan tanda siap dihasilkan. 4. Guru memastikan murid menjaga keselamatan sewaktu membuat papan tanda hiasan. 5. Guru memastikan setiap murid menyiapkan papan tanda masing-masing sehingga selesai.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Sila rujuk langkah dua.
Latihan Kendiri
Sila rujuk langkah satu.

Penutup Pengajaran

1. Guru menyuruh murid menggantung hasil kerja mereka di hadapan kelas. Semua papan tanda buatan murid dipamerkan di hadapan kelas. 2. Guru menyoal murid, "Papan tanda siapa yang paling cantik?". Murid menjawab nama salah seorang rakan mereka. 3. Guru memberikan ganjaran kepada murid yang membuat papan tanda paling cantik. 4. Guru merumuskan isi pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat membuat papan tanda sendiri dan digantung di rumah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 6967 kali

Capan Menggunakan Putik Kapas.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nor Sa’adah Binti Mohamed Masri

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.1.2 Mereka corak secara terancang.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini berkaitan dengan membuat capan menggunakan putik kapas.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat; 1. Mengenal alatan untuk membuat aktiviti mencapan. 2. Menyambungkan titik untuk membentuk gambar. 3. Menghasilkan corak capan menggunakan putik kapas.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah boleh menggunakan alatan seni lukis.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Mempekenalkan alatan. 2. Menyambungkan titik-titik untuk membentuk gambar. 3. Mencapan menggunakan putik kapas.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kertas lukisan yang mengandungi gambar buah-buahan yang dilukis dengan titik-titik, warna air, putik kapas, kotak berisi buah-buahan dan lukisan capan yang telah siap.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan kotak kepada murid. Guru meletakkan beberapa biji buah-buahan yang berlainan jenis di dalam kotak.

2. Guru menyuruh murid merasa isi kandungan kotak. Guru menyuruh murid meneka apa yang mereka rasa.

3. Murid merasa dan kemudian meneka isi kandungan kotak.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menunjukkan isi kotak iaitu buah-buahan. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai buah dalam kotak. 2. Guru menyoal dengan soalan-soalan berikut; a) "Ini buah apa?". b) "Apa warna buah ini?". c) "Bagaimana bentuknya?." d) "Apa rasanya?". 3. Murid memberikan jawapan terhadap soalan guru.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan gambar buah-buahan. 2. Satu gambar yang tidak berwarna dan satu lagi gambar berwarna dengan menggunakan kaedah capan (menggunakan putik kapas). 3. Murid melihat gambar yang ditunjukkan dan memberikan perhatian. 4. Guru menyoal murid tentang perbezaan gambar dan menyuruh murid membandingkan gambar mana yang lebih cantik. 5. Murid menyatakan perbezaan gambar iaitu gambar pertama tidak berwarna dan gambar kedua berwarna. 6. Kemudian, murid membuat penilaian ke atas kedua-dua gambar. 7. Guru menyatakan pelajaran hari ini iaitu membuat capan menggunakan putik kapas. 8. Guru menunjukkan sekali lagi gambar buah-buahan yang berwarna tadi.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Memperkenalkan alatan. 1. Guru menunjukkan alatan yang akan digunakan untuk membuat capan. Guru menyuruh murid menyebut nama alatan yang ditunjukkan oleh guru. 2. Murid melihat alatan yang ditunjukkan. Murid menyebut nama alatan yang ditunjukkan oleh guru. 3. Guru menyuruh murid mengambil mana-mana alatan dan menyebutkan nama alatan tersebut. 4. Guru memastikan murid mengenal nama alatan.
Langkah Kedua
-Menyambungkan titik untuk menghasilkan gambar. 1. Guru memberikan gambar buah-buahan kepada murid. Gambar tersebut telah dilukis dalam bentuk titik-titik. 2. Guru menyuruh murid menyambungkan titik-titik tersebut untuk membentuk gambar buah-buahan. 3. Setiap murid mendapat sehelai gambar buah-buahan. Murid meyambungkan titik membentuk gambar buah-buahan. 4. Guru memastikan murid menyambungkan semua titik. Guru membimbing murid membuat aktiviti.
Langkah Ketiga
-Mencapan menggunakan putik kapas. 1. Guru memberikan setiap murid peralatan yang akan digunakan untuk membuat aktiviti capan. 2. Setiap murid mendapat warna air dan putik kapas. 3. Guru menunjukkan cara mencapan menggunakan putik kapas. 4. Kemudian, guru menyuruh murid mencapan menggunakan putik kapas. 5. Guru memastikan murid menggunakan warna yang betul bagi buah-buahan tersebut. 6. Murid memberi perhatian terhadap tunjuk ajar guru. Murid membuat aktiviti mencapan dengan bimbingan guru. 7. Guru memastikan murid menggunakan ruang kertas sepenuhnya untuk membuat capan. 8. Guru membimbing murid membuat aktiviti. 9. Guru memastikan setiap murid menyiapkan lukisan mereka.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Sila rujuk langkah dua nombor empat dan langkah tiga nombor lapan di atas.
Latihan Kendiri
Sila rujuk langkah satu nombor satu, dua dan nombor tiga di atas.

Penutup Pengajaran

1. Guru menyuruh murid menghantar hasil lukisan masing-masing. Guru menyuruh murid melekatkan hasil lukisan mereka di papan putih. 2. Murid menghantar hasil lukisan masing-masing. Murid melekatkan hasil lukisan mereka di papan putih. 3. Guru menyoal kelas, "Hasil lukisan siapa yang paling cantik?". Murid menilai hasil lukisan rakan mereka. 4. Guru menilai hasil kerja murid. Guru memberikan pujian kepada semua murid yang menghasilkan lukisan. 5. Guru memberikan ganjaran kepada murid yang menghasilkan lukisan paling cantik. 6. Guru merumuskan isi pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat membuat aktiviti capan yang lain menggunakan putik kapas.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 12263 kali

Bingkai Gambar.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nor Sa'adah Binti Mohamed Masri.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan. 4.2.1 Kraf tangan menggunakan bahan semula jadi.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran ini adalah membuat bingkai gambar.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat; 1. Membuat bingkai gambar masing-masing. 2. Menghias bingkai gambar masing-masing mengikut kreativiti mereka menggunakan bahan semulajadi. 3. Memasukkan gambar murid ke dalam bingkai gambar.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat bingkai gambar.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Memperkenalkan alatan. 2. Membuat bingkai gambar. 3. Menghias bingkai gambar. 4. Memasukkan gambar ke dalam bingkai gambar.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kertas keras berbentuk gambar. 2. Gam UHU. 3. Gunting. 4. Plastik. 5. Riben. 6. Tali. 7. "Double-sided". 8. Hiasan (kulit kerang, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga kering dan kacang hijau).

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menunjukkan bingkai gambar di dalam kelas. Guru menyoal murid cantik atau tidak bingkai gambar tersebut. Murid menjawab pandangan mereka tentang bingkai gambar.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menunjukkan beberapa keping gambar kepada murid. Gambar tersebut adalah gambar setiap murid dalam kelas inovasi. 2. Guru menyoal, "Gambar siapa?" sambil menunjukkan gambar kepada murid. Murid menjawab gambar yang ditunjukkan oleh guru.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menyatakan bahawa setiap murid ada gambar. Murid melihat gambar masing-masing. 2. Guru menyoal murid di mana hendak meletakkan gambar. Murid menjawab di dalam album gambar atau bingkai gambar. 3. Guru menyatakan pelajaran hari ini iaitu membuat bingkai gambar. Guru menunjukkan bingkai gambar yang telah siap. 4. Guru menyatakan foto murid akan dimasukkan dalam bingkai gambar yang akan dihasilkan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Memperkenalkan alatan 1. Guru menunjukkan alatan yang akan digunakan untuk membuat bingkai gambar. Murid melihat alatan. 2. Guru menyebut nama alatan satu persatu. Murid mengikut guru menyebut nama alatan. 3. Guru menyebut nama alatan dan minta murid tunjuk alatan. 4. Kemudian, guru menunjuk alatan dan minta murid sebut nama alatan tersebut. 5. Guru membimbing murid membuat aktiviti.
Langkah Kedua
A) Membuat bingkai gambar 1. Guru menunjukkan kertas keras berbentuk hati kepada murid. Guru memberikan setiap murid dua keping kertas keras berbentuk hati. 2. Kemudian, guru memberikan plastik untuk bingkai gambar. Guru menyuruh murid melekatkan plastik pada salah satu kertas berbentuk hati tadi. 3. Murid melekatkan plastik pada kertas berbentuk hati dengan bimbingan guru. 4. Guru menyuruh murid mencantumkan kedua-dua kertas berbentuk hati tersebut. 5. Murid mencantumkannya dengan bimbingan guru. 6. Siaplah peringkat pertama bingkai gambar. B) Menghias bingkai gambar. 1. Guru menyuruh murid menghias bingkai gambar. Setiap murid mendapat barang hiasan untuk menghias bingkai. 2. Guru membimbing murid menghias bingkai. Murid menghias bingkai mengikut kreativiti masing-masing. 3. Guru menunjukkan contoh bingkai yang telah siap. 4. Guru membimbing murid meletakkan riben sebagai alat penggantung pada bahagian atas bingkai. 5. Murid meletakkan riben pada bingkai gambar mereka yang telah siap supaya boleh digantung.
Langkah Ketiga
-Memasukkan gambar ke dalam bingkai gambar. 1. Guru membimbing murid mengukur gambar untuk dimasukkan ke dalam bingkai gambar. 2. Murid mengukur kesesuaian saiz gambar dengan bingkai. 3. Guru menyuruh murid memotong gambar dengan saiz yang telah diukur tadi. 4. Murid memotong gambar dengan bimbingan guru. 5. Guru menyuruh murid memasukkan gambar ke dalam bingkai masing-masing. 6. Murid memasukkan gambar mereka ke dalam bingkai gambar yang telah disiapkan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Rujuk pada langkah satu, langkah dua dan langkah tiga di atas.
Latihan Kendiri
Rujuk pada langkah tiga nombor tiga di atas.

Penutup Pengajaran

1. Guru menyuruh murid menggantung bingkai gambar masing-masing. 2. Guru menilai bingkai gambar yang paling cantik dan menarik. 3. Murid yang menghasilkan bingkai gambar yang cantik mendapat ganjaran daripada guru. 4. Guru merumuskan isi pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh membuat bingkai gambar sendiri.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3475 kali

Beg Hadiah.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nor Sa'adah Binti Mohamed Masri.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan tertentu. 4.2.3 Mereka cipta kraf tangan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini adalah menghias beg hadiah.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran dengan bimbingan guru, murid dapat; - mengenal dna mengecam peralatan yang digunakan. - Menghias beg hadiah masing-masing.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat beg kertas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Mengenal alatan membuat beg hadiah. 2. Guru sebut dan tunjuk peralatan. 3. Guru sebut dan murid tunjuk peralatan. 4. Guru tunjuk beg hadiah yang telah siap di hias. 5. Muirid menghias beg hadiah.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kertas keras, pembalut hadiah, "double-tape", riben, bahan terbuang, gunting, pisau dan gam.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menyoal murid beberapa soalan mengenai hadiah iaitu;

a) "Siapa yang pernah dapat hadiah?".

b) "Apa hadiah yang kamu dapat?".

c) "Siapa yang pernah beri hadiah pada orang lain?".

d) "Apa yang kamu beri?".

e) "Bagaimana kamu beri hadiah tersebut?. Adakah kamu balut hadiah atau kamu masukkan hadiah ke dalam beg hadiah?".

2. Murid menjawap soalan guru.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menunjukkan beg kertas dan menyoal murid, "Apa yang cikgu pegang?". 2. Murid menjawab, "Beg kertas".
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan beg hadiah yang akan dipelajari. 2. Guru menyoal murid dengan soalan-soalan berikut; a) "Kamu pernah tengok ini?". b) "Ini apa?". c) "Apa kegunaannya?". 3. Murid menjawab dengan bimbingan guru. 4. Guru menerangkan serba sedikit kegunaan beg hadiah. 5. Guru menyatakan bahawa pada hari ini murid akan diajar membuat beg hadiah.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Memperkenalkan alatan untuk membuat beg hadiah. 1. Guru menunjukkan satu persatu alatan yang akan digunakan untuk membuat beg hadiah. Murid melihat alatan yang ditunjukkan. 2. Guru menyebut nama alatan sambil mengangkat alatan yang disebutkan. Murid mengikut guru menyebut nama alatan. 3. Guru tunjukkan alatan dan minta murid sebut. Kemudian, guru sebut alatan dan minta murid tunjuk. Murid menunjukkan alatan yang disebutkan oleh guru.
Langkah Kedua
-Menghias beg hadiah. 1. Guru menunjukkan beg hadiah yang telah siap dihias. Murid melihat beg hadiah yang ditunjukkan. 2. Guru menyuruh murid menghias beg hadiah mereka mengikut kreativiti masing-masing. Guru membimbing murid menghias.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid menghias beg hadiah.
Latihan Kendiri
Murid menunjukkan alatan yang disebutkan oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru memastikan setiap murid berjaya menyiapkan beg hadiah masing-masing. 2. Guru menilai hasil kerja murid. Murid yang menghias beg hadiah paling cantik dan menarik mendapat ganjaran daripada guru. 3. Guru memuji murid atas usaha dan kesabaran mereka menyiapkan beg hadiah. 4. Guru merumuskan pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh menghias beg hadiah sendiri.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4154 kali

Origami Sepasu Bunga.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.1 Mengenal kraf. 4.2.3 Mereka cipta kraf tangan
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Membuat origami "Sepasu bunga".
Objektif: 
a) Dapat melatih koordinasi tangan murid. b) Murid dapat membuat origami sepasu bunga dengan tepat tanpa bantuan guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh mengira, menggam, melipat, kenal bentuk, kenal warna dan kenal bahagian-bahagian tumbuhan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
a) Lipat dua kertas warna kuning tadi menjadi bentuk segi tiga. b) Lipat bucu sebelah kanan segi tiga ke kiri.(gamkan bucu) c) Lipat bucu sebelah kiri segi tiga ke kanan lalu menidih bucu sebelah kanan tadi.(gamkan bucu) d) Lipat pula bucu atas segi tiga ke bawah lalu di selitkan terus ke dalam bucu sebelah kiri.(gamkan bucu) Untuk daun: a) Buka lipatan bentuk berlian tadi. b) Lipat dan sama ratakan bucu atas sebelah kanan lalu gamkan. c) Lipat dan sama ratakan juga bucu atas sebelah kiri lalu gamkan. d) Origami daun telah siap. Untuk batang: Lipat dua kertas hijau bentuk segi empat tidak sama lalu gamkan di dalamnya.
Bahan Bantu Mengajar: 
a) Gam. b) Contoh origami "Sepasu bunga" yang telah siap. c) Kertas warna-warni berbentuk segi empat sama. d) Kertas warna hijau lipat dua bentuk berlian. e) Kertas warna hijau berbentuk segi empat sama tidak sama.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menyoal murid tentang bunga yang mereka suka.

Guru boleh bertanya kepada murid soalan-soalan berikut;

a) "Siapa rajin tolong mak siram bunga?".

b) "Siapa ada bunga sendiri?".

c) "Bunga kamu warna apa?

d) "Apa warna daun?".

e) "Batang bunga dengan daun bunga sama warna ke?

Guru dan murid menyanyikan lagu "Air Pasang pagi surut pukul 5.. Nyonya bangun pagi siram pokok bunga..(dan seterusnya)"

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru mengingatkan murid semula, "Minggu lepas kamu belajar bentuk". 2. Kemudian, guru menunjukkan satu persatu kertas warna hijau lipat dua bentuk berlian dan bentuk segi empat tidak serta kertas warna-warni berbentuk segi empat sama kepada murid sambil bertanya soalan berikut; a) "Ini bentuk apa?". b) "Apa warna kertas ini?".
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru mengaitkan perbualan dengan tajuk pelajaran hari ini. 2. Guru memberitahu murid pelajaran hari ini ialah membuat origami "Sepasu bunga" sambil guru menunjukkan origami "Sepasu bunga" yang telah siap. 3. Guru memberitahu lagi, murid akan membuat origami "Sepasu bunga" sama seperti contoh yang telah guru tunjukkan tadi. 4. Guru perkenalkan bahan-bahan untuk membuat origami "Sepasu bunga". 5. Kemudian, guru mengedarkan bahan-bahan tersebut kepada setiap pelajar.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru memberitahu murid kertas warna kuning berbentuk segi empat sama akan dibentuk menjadi pasu bunga. Guru meminta setiap murid menunjukkan kertas warna kuning masing-masing. 2. Guru menunjukkan terlebih dahulu langkah-langkah membuat origami pasu bunga sambil mengarahkan murid mengikuti setiap langkah guru iaitu; a) Lipat dua kertas warna kuning tadi menjadi bentuk segi tiga. b) Lipat bucu sebelah kanan segi tiga ke kiri. c) Lipat bucu sebelah kiri segi tiga ke kanan lalu menidih bucu sebelah kanan tadi. d) Lipat pula bucu atas segi tiga ke bawah lalu di selitkan terus ke dalam bucu sebelah kiri. e) Origami pasu bunga telah siap. 3. Guru membantu murid yang masih tidak faham (bantuan dipudarkan apabila guru melihat murid telah mula faham pengajaran yang disampaikan).
Langkah Kedua
1. Guru meminta setiap murid menunjukkan kertas warna hijau lipat dua bentuk berlian dan bentuk segi empat tidak sama. 2. Guru memberitahu murid kertas warna hijau lipat dua bentuk berlian akan dibentuk menjadi daun bunga, manakala kertas warna hijau bentuk segi empat tidak sama akan dibentuk menjadi batang bunga. 3. Guru demontrasikan dahulu langkah-langkah membuat origami daun bunga sambil murid mengikuti setiap langkah guru iaitu; a) Buka lipatan bentuk berlian tadi. b) Lipat dan sama ratakan bucu atas sebelah kanan lalu gamkan. c) Lipat dan sama ratakan juga bucu atas sebelah kiri lalu gamkan. d) Origami daun telah siap. 4. Seterusnya, membuat origami batang bunga iaitu; a) Guru mengarahkan murid untuk melipat dua kertas hijau bentuk segi empat tidak sama lalu gamkan di dalamnya mengikut cara yang guru tunjukkan di hadapan. b) Origami batang bunga telah siap. 5. Guru membimbing murid yang masih sukar menguasai pengajaran yang disampaikan.
Langkah Ketiga
1. Guru memberitahu kertas warna-warni segi empat sama yang lain akan dibentuk menjadi bunga. 2. Murid boleh memilih kertas warna-warni yang mereka suka untuk dibentuk menjadi origami bunga. 3. Guru demontrasikan dahulu langkah-langkah membuat origami bunga sambil murid mengikuti setiap langkah guru iaitu; a) Lipat dua kertas warna berbentuk segi empat sama tadi menjadi bentuk segi tiga. b) Lipat tengah bucu sebelah kanan segi tiga ke kiri lalu gamkan di belakangnya. c) Lipat juga tengah bucu sebelah kiri lalu gamkan di belakangnya. d) Origami bunga sudah siap. 4. Bimbingan secara lisan dan fizikal diberikan kepada murid yang lemah (apabila murid itu telah boleh menguasai, guru berhentikan bimbingan).

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing atau membantu secara lisan dan fizikal murid yang masih lemah, dan masih tidak dapat mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Latihan Kendiri
Murid membuat sendiri origami "Sepasu bunga" daripada langkah pertama hingga langkah yang terakhir berdasarkan langkah-langkah demontrasi guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru menyuruh pelajar melekatkan batang bunga menggunakan gam pada daun bunga seperti yang guru tunjukkan di hadapan. 2. Kemudian, guru menunjukkan pula cara melekatkan daun pada pasunya. 3. Guru menunjukkan pula cara melekatkan bunga pada batangnya sambil mengarahkan murid mengikut semua demontrasi yang guru tunjukkan. 4. Guru memberikan pujian kerana murid dapat mengikuti pengajaran guru dengan baik sehingga berjaya menghasilkan origami "Sepasu bunga". 5. Guru membenarkan murid menyimpan origami masing-masing.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat mengetahui tumbuhan juga boleh diadaptasikan menjadi kraf tangan yang cantik.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4901 kali

Bingkai gambar Hiasan

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan tertentu. 4.2.3 Mereka cipta kraf tangan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Membuat bingkai gambar.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh membuat bingkai gambar sendiri dan menghiasnya mengikut kreativiti masing-masing.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh menggam, menggunting, mengikat tali dan kenal warna.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
a) Guru memperkenalkan bahan-bahan untuk membuat bingkai gambar. b) Melekat gambar. c) Menghias gambar mengikut kreativiti masing-masing. d) Menebuk lubang di bahagian tengah atas gambar. e) Mengikat tali riben pada bingkai gambar.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gambar, gunting, kertas tebal bersaiz 15 cm x 20 cm, gam 'UHU', tali riben yang telah siap dipotong, penebuk lubang, bahan hiasan iaitu origami bintang, bunga plastik dan kulit kayu manis.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan beberapa contoh bingkai gambar yang berada di pasaran sambil bertanya, "Apa ini dan apa kegunaannya?".

2. Benarkan setiap murid memberikan jawapan masing-masing, kemudian barulah guru memberikan jawapannya.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru bertanya kepada murid warna tali riben, kulit kayu manis, bunga plastik dan warna-warna origami bintang.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan bingkai gambar yang telah siap dibuat oleh guru kepada murid. 2. Kemudian, guru menunjukkan pula gambar setiap murid yang belum mempunyai bingkai gambar. 3. Guru memberitahu murid pelajaran hari ini ialah membuat bingkai gambar dan menghiasnya mengikut kreativiti masing-masing, seperti contoh bingkai gambar yang guru tunjukkan tadi (gambar setiap murid digunakan untuk menarik lebih minat murid membuat bingkai gambar masing-masing).

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru memperkenalkan bahan-bahan untuk membuat bingkai gambar. 2. Guru meminta murid menyebut semula dengan kuat nama bahan-bahan membuat bingkai gambar yang guru perkenalkan tadi. 3. Guru mengedarkan bahan-bahan tersebut kepada setiap murid.
Langkah Kedua
1. Guru mengarahkan setiap murid melekatkan "double tape" di belakang gambar masing-masing seperti yang ditunjukkan guru (guru membantu murid yang masih lemah). 2. Kemudian, guru menunjukkan pula cara untuk melekatkan gambar tersebut di tengah-tengah kertas tebal dan mengarahkan murid membuat perkara yang sama. 3. Guru menunjukkan pula cara untuk menebuk lubang di bahagian tengah atas gambar menggunakan penebuk lubang. Seterusnya, guru mengarahkan murid melakukan perkara yang sama. 4. Selepas itu, guru mengarahkan murid menggunakan gam 'UHU' untuk melekatkan origami bintang, bunga plastik dan kulit kayu manis di sekeliling gambar mengikut kreativiti masing-masing.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan cara untuk memasukkan tali riben ke dalam lubang kertas tebal yang ditebuk tadi seterusnya mengikat tali riben tersebut. 2. Guru mengarahkan murid membuat perkara yang sama (guru membantu murid yang tidak boleh mengikat tali riben).

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membantu murid yang masih lemah.
Latihan Kendiri
Murid melakukan sendiri langkah-langkah membuat bingkai gambar selepas guru mendemontrasikannya.

Penutup Pengajaran

1. Guru meminta setiap murid menunjukkan gambar masing-masing yang telah siap dibuatkan bingkai gambar. 2. Guru memberikan peneguhan berbentuk pujian kepada semua murid kerana berjaya menghasilkan bingkai gambar yang cantik dan menghiasnya mengikut kreativiti masing-masing. 3. Guru membenarkan setiap murid menggantung bingkai gambar mereka di bahagian sudut Pendidikan Seni di dalam kelas.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid tahu gambar akan lebih cantik dilihat apabila dibingkaikan dan bingkai gambar boleh dibuat sendiri.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 14701 kali

Bekas Alatan Tulis.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Penyunting.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan tertentu. 4.2.3 Mereka cipta kraf tangan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Membuat bekas untuk alatan tulis.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh membuat bekas alat tulis sendiri.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh membaca, melipat, mengukur, menggam, menggunting, kenal warna dan kenal alatan tulis.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
-Guru memperkenalkan bahan-bahan untuk membuat bekas alat tulis. -Guru mendemontrasikan terlebih dahulu cara-cara membuat bekas alat tulis iaitu; a) Pertama, ukur 2 cm lebar di setiap hujung kertas tebal segi empat sama panjang dan garis memanjang. b) Kedua, susun empat keping kertas tebal segi empat sama panjang di atas meja. c) Lekatkan tape pelekat di tengah-tengah setiap kertas tebal tersebut sehingga di garisan yang dibuat tadi bagi membentuk menjadi kotak segi empat sama panjang. d) Kemudian, lipat garisan kertas tebal segi empat sama panjang yang telah digaris tadi. e) Akhir sekali, letakkan gam di atas lipatan tersebut dan lekatkan di tengah-tengah kertas tebal bersaiz segi empat sama. -guru minta murid lakukan dan membimbing murid yang lemah.
Bahan Bantu Mengajar: 
a) Gam. b) Gunting. c) Gam pelekat. d) "Double tape". e) pelekat kartun. f) Satu set siri gambar cara-cara membuat bekas alat tulis. g) Kertas kotak segi empat sama berwarna merah jambu. h) Empat keping kertas kotak segi empat sama panjang berwarna biru.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Pelekat kartun digunakan sebagai galakan kepada murid untuk membuat bekas alat tulis sendiri.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meletakkan bekas alat tulis yang dibungkus dalam plastik berwarna hitam di atas meja.

2. Guru meminta setiap murid merasa bungkusan plastik warna hitam itu secara bergilir-gilir.

3. Kemudian, guru meminta murid meneka benda yang terdapat dalam bungkusan tersebut. Guru memberikan pembayangnya berkaitan alatan tulis.

4. Guru membuka bungkusan plastik hitam selepas murid memberikan jawapan.

5. Guru bertanya kepada murid, "Ini apa"? sambil menunjukkan bekas alat tulis tersebut.

6. Guru bertanya lagi, "Apa kegunaannya?" sambil guru meletakkan alatan tulis di dalamnya.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid menyebut nama alatan tulis yang ditunjukkan oleh guru seperti pensil, pembaris, pen dan lain-lain.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru memberitahu kepada murid, "Hari ini kamu akan belajar membuat bekas alat tulis seperti yang cikgu buat", sambil guru menunjukkan bekas alat tulis yang dibungkus dalam plastik berwarna hitam tadi. 2. Guru menunjukkan pula pelekat kartun dan memberitahu murid, pelekat kartun itu akan diberikan kepada murid yang dapat membuat bekas alat tulis sendiri .

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan satu persatu bahan-bahan untuk membuat bekas alat tulis dan meminta murid bersama-sama menyebut nama bahan tersebut. 2. Apabila guru menunjukkan empat keping kertas tebal berbentuk segi empat sama dan sekeping kertas tebal segi empat sama panjang, guru boleh bertanya kepada murid jumlah setiap kertas tersebut dan warna kertas tebal itu. (Mengembangkan lagi minda murid untuk berfikir).
Langkah Kedua
Guru mendemontrasikan terlebih dahulu cara-cara membuat bekas alat tulis iaitu; a) Pertama, ukur 2 cm lebar di setiap hujung kertas tebal segi empat sama panjang dan garis memanjang. b) Kedua, susun empat keping kertas tebal segi empat sama panjang di atas meja. c) Lekatkan tape pelekat di tengah-tengah setiap kertas tebal tersebut sehingga di garisan yang dibuat tadi bagi membentuk menjadi kotak segi empat sama panjang. d) Kemudian, lipat garisan kertas tebal segi empat sama panjang yang telah digaris tadi. e) Akhir sekali, letakkan gam di atas lipatan tersebut dan lekatkan di tengah-tengah kertas tebal bersaiz segi empat sama.
Langkah Ketiga
1. Murid membuat bekas alat tulis sendiri berpandukan set siri gambar cara-cara membuat bekas alat tulis yang dibekalkan oleh guru. 2. Guru memerhatikan murid membuat bekas alat tulis sendiri sambil membimbing secara lisan dan fizikal bagi murid yang lemah (bimbingan diberhentikan apabila murid sudah boleh membuat sendiri).

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid yang masih lemah secara lisan dan fizikal.
Latihan Kendiri
Murid membuat bekas alat tulis sendiri berpandukan set siri gambar cara-cara membuat bekas alat tulis.

Penutup Pengajaran

1. Guru meminta murid menunjukkan bekas alat tulis masing-masing. 2. Guru mengarahkan murid meletakkan alat tulis masing-masing yang berselerak di atas meja ke dalam bekas alat tulis yang telah mereka hasilkan. 3. Guru memberikan ganjaran sticker kartun seperti yang guru janjikan kepada murid yang berjaya menghasilkan bekas alat tulis sendiri. 4. Guru mengarahkan murid melekat sticker kartun itu pada bekas alat tulis tersebut. 5. Sebagai peneguhan, guru membenarkan murid menyimpan bekas alat tulis masing-masing.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid tahu mengemas alat tulisan mereka dan tahu kegunaan sesuatu benda yang mereka hasilkan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 19463 kali