Adaptif

Cara Membuka dan Memakai Pakaian.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Pentadbiran ePKhas

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.3 Membuka dan memakai pakaian tanpa bantuan. 1.3.3. Prosedur memakai pakaian. -Pakaian berbutang .
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid akan di latih untuk memakai pakaian yang berbutang dengan betul.
Objektif: 
Membolehkan murid memakai pakaian berbutang dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Tahu kegunaan pakaian asas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Letakan baju di atas meja, hadapan baju menghadap ke atas. 2. Capai baju dengan kedua tangan di kolar baju. 3. Palingkan baju menghadap pemakai. 4. Masukkan tangan kanan menyilang ke lubang lengan baju. 5. Kemudian, masukkan tangan kiri pula. 6. Rapatkan butang dengan lubangnya. 7. Masukkan butang ke lubang baju menggunakan kedua-dua jari tangan. 8. Setelah siap, tarik ke bawah supaya kemas.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gambar dan pakaian sebenar serta kad imbasan.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Tayangkan video murid sedang memakai pakaian yang berbutang. Murid atau guru beri komen apa masalah yang di hadapi oleh murid.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Mengingat kembali pakaian asas.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Jelaskan apa yang akan di pelajari iaitu belajar cara memakai baju yang berbutang.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Sediakan gambar bagi setiap langkah di bawah. Tunjukkan gambar sebelum murid melakukan aktiviti dalam langkah-langkah berikut; 1. Ambil baju sekolah lengan pendek. Buka butangnya dan hamparkan di atas meja, kolar baju berhampiran dengan tepi meja dan hampir dengan model yang akan digunakan. 2. Tanya murid apa langkah seterusnya, dan bandingkan jawapan dengan gambar. 3. Bantu model secara lisan atau fizikal membongkok untuk mengambil bajunya. 4. Tanya di mana perlu baju dipegang. Bandingkan jawapan murid dengan gambar seterusnya. 5. Beri peneguhan sekiranya jawapan dapat di terima. Format ini diteruskan hingga akhir aktiviti.
Langkah Kedua
Murid mengikuti langkah-langkah berdasarkan gambar yang di berikan serta melalui bimbingan guru. 1. Pegang baju di kolar dengan dengan kedua-dua belah tangan, hadapan baju bertentangan dengan badan. 2. Lepaskan pegangan di kolar sebelah kanan dan masukan tangan kanan ke lengan baju sebelah kiri. Masukkan tangan hingga sampai ke hujung serta tarik baju ke atas bahu kanan. 3. Tangan kanan pegang baju sebelah hadapan sambil itu masukkan tangan kiri ke lubang baju sebelah kiri. 4. Masukan tangan kiri hingga sampai ke hujung. Tarik lengan baju rapat ke atas bahu kiri dengan tangan kanan. 5. Gunakan kedua belah tangan untuk merapatkan butang dengan lubangnya. 6. Butangkan baju menggunakan kedua-dua tangan. 7. Setelah siap, tarik baju ke bawah supaya nampak kemas.
Langkah Ketiga
1. Setiap murid disediakan dengan satu set siri gambar aktiviti ‘memakai baju berbutang’. 2. Murid susun di atas meja mengikut urutan yang betul. Guru atau rakan murid boleh memeriksa untuk memastikan susunan yang di buat adalah betul. 3. Jika murid membuat kesilapan, minta jelaskan mengapa disusun begitu. Terima jika sesuai dan betulkan jika perlu.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid semasa mengikuti langkah-langkah memakai baju yang berbutang berdasarkan gambar yang di beri.
Latihan Kendiri
Membuat latihan amali berpandukan carta gambar aktivit memakai baju yang berbutang. Tumpuan diberi kepada kemahiran membutang baju dan penggunaan motor halus.

Penutup Pengajaran

Guru meminta murid menyusun gambar mengikut urutan aktiviti. Beri peneguhan kepada murid yang dapat menyusunnya dengan tepat dan cepat.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Membutang pakaian dari jenis yang lain. Contohnya, baju kemeja biasa.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4867 kali

Cara membuka dan memakai pakaian tanpa butang dan zip.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Pentadbiran ePKhas

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.3 Membuka dan memakai pakaian tanpa bantuan. 1.3.2. Prosedur membuka pakaian. -Pakaian tanpa butang dan zip.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengajar murid membuka dan memakai pakaian tanpa butang dan zip dengan betul.
Objektif: 
Membolehkan murid membuka dan memakai pakaian tanpa butang dan zip dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Tahu kegunaan pakaian asas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid berdiri tegak. 2. Tangan hulur ke hadapan. 3. Masukan kedua-dua tangan ke dalam lengan baju. 4. Angkat tangan ke atas. 5. Turunkan kedua tangan ke sisi secara perlahan. Masukkan kepala ke dalam baju dan keluar semua melalui leher baju. 6. Pegang bahagian bawah hujung baju, kiri dan kanan dan tarik ke bawah paras pinggang. 7. Kemaskan pakaian.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gambar dan pakaian sebenar (T-Shirt, pull-over) dan kad perkataan.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Murid di kehendaki mengasingkan pakaian mengikut kumpulannya;
a. Pakaian berbutang.
b. Berzip.
c. Tanpa butang dan zip.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Mengingat kembali pakaian asas.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Jelaskan apa yang akan di pelajari iaitu belajar cara membuka baju tanpa butang dan zip.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Murid berlakon sebagai model. 2. Pakaikan model dengan baju tanpa butang dan zip (baju T-shirt berbentuk leher bulat). 3. Model berdiri tegak di hadapan kelas. 4. Guru berdiri di hadapan murid. 5. Bantu masukkan tangan murid ke dalam lengan baju. 6. Angkat tangan murid ke atas supaya lubang kepala baju di atas kepala. 7. Perlahan-lahan turunkan tangan murid ke sisi dan pastikan kepala masuk ke dalam baju dan keluar semula melalui lubang leher di baju. 8. Suruh murid tarik baju ke paras pinggang menggunakan kedua-dua belah tangan dengan memegang pada bahagian bawah baju.
Langkah Kedua
1. Lakukan beberapa kali dengan murid yang berlainan sebelum ke semua murid melakukannya serentak. 2. Beri pujian atau peneguhan setiap kali murid dapat melakukan aktiviti dengan sempurna dan kemas.
Langkah Ketiga
Pudarkan bimbingan secara fizikal dan jika perlu gantikan dengan cara sedikit sentuhan sahaja.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Menggunakan kaedah ‘scafolding’, bermula dengan memberi bantuan secara fizikal dengan ketara dan beransur di pudarkan dan di gantikan dengan arahan lisan sahaja. Akhir sekali, segala bantuan di tiadakan, murid lakukan sendiri.
Latihan Kendiri
1. Guna komputer; a. Pilih dari gambar yang di sediakan. b. Susun mengikut urutan langkah-langkah memakai baju tanpa zip atau butang dengan betul. c. Komputer akan memberi respon kepada susunan yang betul (dapat peneguhan atau markah). 2. Setiap murid guna komputer secara individu.

Penutup Pengajaran

1. Mengadakan pertandingan memilih murid yang dapat membuka baju dengan pantas. 2. Bincang tentang respon murid dengan soalan yang di beri.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Memakai jenis pakaian yang lain.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2226 kali

Jenis-jenis pakaian.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
En Sarib Selamat

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.3 Membuka dan memakai pakaian tanpa bantuan. 1.3.1. Jenis-jenis pakaian-pakaian asas, pakaian mengikut jantina dan pakaian mengikut bangsa.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid belajar untuk membezakan jenis-jenis pakaian dan menamakan pakaian yang dilihat.
Objektif: 
1. Dapat membezakan jenis-jenis pakaian. 2. Dapat menamakan pakaian yang dilihat.
Kemahiran Sedia Ada: 
Tahu kegunaan pakaian asas
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid membandingkan perbezaan pakaian yang di pakai. 2. Murid menyebut semula nama pakaian secara kelas atau individu selepas guru. 3. Guru sebut nama pakaian, murid tunjukkan gambar atau pakaian sebenar. 4. Guru tunjuk jenis pakaian murid sebut nama pakaian tersebut. 5. Bersoal jawab mengenai kegunaan pakaian yang di lihat dan di sebut. 6. Menggunakan kad imbasan yang di sediakan melabel pakaian yang ada. 7. Murid di minta asingkan pakaian mengikut jantina. 8. Susun ikut cara pemakaiannya. 9. Sebut dan label pakaian yang berkenaan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gambar dan pakaian sebenar serta kad perkataan.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menunjukkan beberapa jenis pakaian sebenar kepada murid.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Membanding beza apa yang dilihat dengan pengalaman lalu.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru perkenalkan pelajaran iaitu jenis-jenis pakaian di kawasan persekitaran.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menamakan jenis-jenis pakaian asas seperti baju, seluar, kain, kemeja, stoking, tali pinggang dan kasut. Guru menggunakan bahan sebenar atau kad gambar. 2. Murid menyebut semula nama pakaian secara kelas atau individu selepas guru. 3. Guru sebut nama pakaian, murid tunjukkan gambar atau pakaian sebenar. 4. Guru tunjuk jenis pakaian murid sebut nama pakaian tersebut. 5. Guru bersoal jawab mengenai kegunaan pakaian yang di lihat dan di sebut. Contohnya, kasut – kaki. 6. Menggunakan kad imbasan yang di sediakan melabel pakaian yang ada.
Langkah Kedua
1. Letakkan semua jenis pakaian asas di atas meja. Contohnya, stokin, kasut, seluar, baju kurung, kemeja dan lain-lain. 2. Murid di minta asingkan pakaian mengikut jantina. 3. Susun ikut cara pemakaiannya. Baju di sebelah atas dan kasut paling bawah. 4. Sebut dan label pakaian yang berkenaan. Contohnya, baju kurung dan kasut. 5. Lakukan aktiviti secara kumpulan dan kemudiannya secara individu.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Latih tubi iaitu menamakan jenis pakaian dan fungsinya. Jika perlu murid diberi ‘pembayang’(clue) dengan menyebut perkataan permulaannya.
Latihan Kendiri
1. Menggunakan lembaran kerja: Pilih pakaian mengikut jantina. 2. Isikan ruang di sebelah kiri dengan jenis pakaian orang lelaki dan di sebelah kanan bagi orang perempuan. Labelkan setiap pakaian.

Penutup Pengajaran

1. Lekatkan kad gambar mengenai jenis-jenis pakaian asas di papan tulis. Murid dan guru ulangkaji secara lisan fungsinya. 2. Galakkan murid menyediakan buku skrap mengenai jenis-jenis pakaian. 3. Suruh juga murid bersedia dengan pakaian yang sesuai bagi menyambut parti hari jadi kawan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Memilih pakaian mengikut situasi.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 15787 kali

Adab Sebelum Makan dan Selepas Makan.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Pentadbiran ePKhas

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.2.3. Adab sebelum makan dan selepas makan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Belajar cara adab sebelum makan dan selepas makan dengan betul.
Objektif: 
1. Dapat mengamalkan cara makan yang betul. 2. Peka tentang peraturan makan mengikut budaya tempatan. 3. Mengikut tata tertib cara makan yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Berkeupayaan makan tanpa bantuan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Membasuh tangan cara yang betul. 2. Duduk dengan cermat di meja makan. 3. Baca doa sebelum makan. 4. Makan dengan senyap sama ada menggunakan tangan, sudu dan garpu. 5. Ambil makanan yang hampir terlebih dahulu. 6. Habiskan makanan dalam pingan sendiri. 7. Basuh tangan selepas selesai makan. 8. Cuci pinggan atau mangkuk yang digunakan. 9. Susun semula di tempat yang di khaskan 10. Kemas semula meja dan kerusi.
Bahan Bantu Mengajar: 
Pinggan, mangkuk, piring, sudu, garfu, gelas, kad perkataan, kad gambar dan lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menggunakan ‘power-point’ mempamerkan gambar-gambar yang berkaitan pelbagai cara makan.

2. Murid di kehendaki meneka jenis makan yang dimakan berdasarkan gambar yang dilihat.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Mengingat kembali jenis-jenis makanan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan dengan aktiviti pengajaran seterusnya.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjuk cara-cara makan yang betul mengikut analisis tugasan yang di sediakan iaitu basuh tangan, makan hinggalah menyusun semula kerusi meja. 2. Murid memerhatikan aksi guru. 3. Murid melakukan aktiviti tersebut dengan bantuan guru secara fizikal atau lisan.
Langkah Kedua
Aktiviti bermain. 1. Setiap murid di beri sepiring pinggan yang mengandungi makanan. Mereka di minta melakonkan cara makan mengikut pengalaman mereka. 2. Guru tayangkan melalui LCD tata tertib makan yang betul mengikut urutan. Setiap gambar di sertakan dengan ayat-ayat yang memberi keterangan mengenainya. 3. Murid dan guru membanding beza dengan aktiviti yang telah di lakukan oleh murid sebelumnya. 4. Kenal pasti tingkah laku yang salah, yang tidak di lakukan.
Langkah Ketiga
1. Tayangkan semula LCD dan minta murid lakonkan seperti contoh yang di beri. 2. Murid melakukannya secara individu. 3. Murid melakukannya secara berkumpulan. 4. Bantuan secara fizikal di pudarkan sekiranya murid mencapai tahap kemahiran yang memuaskan. 5. Beri pujian atau ganjaran jika murid dapat melakukannya dengan baik.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Bimbingan secara “scaffolding”, bantuan dari guru pada peringkat awal, dan di tiadakan selepas murid tidak memerlukannya.
Latihan Kendiri
Lembaran kerja: 1. Suaikan gambar dengan ayat yang menerangkan tentang aktiviti yang terdapat di dalam gambar. Contohnya: a. Pilih dan suaikan gambar dengan labelnya. i. Gambar 1: Duduk di atas kerusi dengan cermat. ii. Gambar 2: Basuh tangan hingga bersih.

Penutup Pengajaran

Guru dan murid bincang mengenai kepentingan menjaga adab sebelum dan selepas makan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Mengamalkan cara makan yang di pelajari di rumah dan sebagainya.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 9295 kali

Cara Makan yang Betul.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Pentadbiran ePKhas

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.2 Mengamalkan cara makan yang betul. 1.2.2. Cara makan (menggunakan tangan).
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Cara makan yang betul.
Objektif: 
Di akhir pembelajaran, murid dapat mengamalkan cara makan yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Dapat menggunakan motor halus
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Basuh tangan. 2. Duduk tegak di atas kerusi di depan meja makan. 3. Guna tangan sebelah kanan mengambil nasi di dalam pingan di atas meja dan suap ke mulut. 4. Ulang hingga nasi habis.
Bahan Bantu Mengajar: 
Pinggan, mangkuk, piring, kad perkataan, kad gambar dan lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru dan murid menyediakan meja makan.

2. Guru bertanya kepada murid apa yang patut ada di atas meja makan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Mengingat kembali peralatan yang digunakan di meja makan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Pelajaran hari ini adalah cara makan menggunakan tangan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Bawa murid ke meja makan. 2. Letakkan murid di atas kerusi berdepan dengan meja makan. Pastikan ketinggian meja dan kerusi sesuai dengan murid supaya dapat duduk dengan selesa. 3. Letakkan pinggan yang mengandungi makanan di depan murid. 4. Guru berdiri di belakang murid. 5. Tangan kanan guru pegang belakang tangan kanan murid, pandu murid mengambil makanan di pinggan dan suapkan dengan cermat ke mulut murid. 6. Suruh murid kunyah secara perlahan-lahan makanan. 7. Puji murid jika dapat melakukan dengan baik.
Langkah Kedua
1. Ulang semula langkah 4 dan langkah 5 sekiranya murid sudah menelan makanan. 2. Rehat sebentar setelah melakukan 4 atau 5 suapan. 3. Ulang langkah di atas sehingga makanan dalam pinggan habis. 4. Latihan di ulang beberapa kali untuk mendapatkan kemahiran. Bantuan secara fizikal di pudarkan secara perlahan dan di gantikan secara lisan sahaja.
Langkah Ketiga
1. Murid di tunjukkan gambar jenis-jenis makanan. 2. Murid diminta mengasingkan gambar makanan yang perlu guna garfu dan sudu. Contohnya, mee, laksa, bihun, rojak dan sebagainya. 3. Tanya murid apa makanan yang perlu suap dengan tangan sahaja. 4. Tunjuk cara menyuap nasi. Murid tiru aksi guru. 5. Suruh murid lakonkan orang sedang makan. 6. Guru atau murid beri pandangan tentang lakonan murid. Jika setuju atau tidak setuju, jelaskan mengapa. 7. Murid lakonkan sendiri cara yang betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Bimbingan secara “scaffolding”, bantuan dari guru pada peringkat awal dan di tiadakan selepas murid tidak memerlukannya.
Latihan Kendiri
Gunakan multimedia. -Murid di minta menyusun gambar mengikut urutan cara makan yang betul. Komputer akan membuat respon kepada susunan yang betul atau salah. Peneguhan sosial atau markah akan di beri sekiranya murid dapat menyiapkan susunan yang betul.

Penutup Pengajaran

Guru dan murid bincang mengenai kepentingan cara makan yang betul.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat makan pelbagai jenis makanan yang berlainan dengan cara yang betul.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 7424 kali

Cara Makan yang Betul.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Pentadbiran ePKhas

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.2 Mengamalkan cara makan yang betul.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Cara makan-menggunakan tangan.
Objektif: 
Dapat mengamalkan cara makan yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Dapat menggunakan motor halus tangan dan jari-jemari dengan baik.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Basuh tangan 2. Duduk tegak di atas kerusi di depan meja makan 3. Guna tangan sebelah kanan mengambil nasi di dalam pingan di atas meja dan suap ke mulut. 4. Ulang hingga nasi habis.
Bahan Bantu Mengajar: 
Pinggan, mangkuk, piring, kad perkataan, kad gambar, lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menyediakan meja makan.
Guru bertanya kepada murid "apa yang patut ada di atas meja makan".

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Mengingat kembali peralatan yang digunakan di meja makan
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Pelajaran hari ini adalah berkaitan cara-cara makan dengan menggunakan tangan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Alternatif 1: 1. Bawa murid ke meja makan 2. Letakan murid di atas kerusi berdepan dengan meja makan. Pastikan ketinggian meja dan kerusi sesuai dengan murid supaya dapat duduk dengan selesa. 3. Letakkan pingan yang mengandungi makanan di depan murid 4. Guru berdiri di belakang murid. 5. Tangan kanan guru pegang belakang tangan kanan murid, pandu murid mengambil makanan di pingan dan suapkan dengan cermat ke mulut murid. 6. Suruh murid kunyah secara perlahan-lahan makanan. 7. Puji murid jika dapat melakukan dengan baik. 8. Ulang semula langkah 4 da 5 sekiranya murid sudah menelan makanan. 9. Rehat sebentar setelah melakukan 4 atau 5 suap. 10. Ulang langkah di atas sehingga makanan dalam pinggan habis. 11. Latihan diulang beberapa kali untuk mendapatkan kemahirn. Bantuan secara fizikal dipudarkan secara perlahan dan digantikan secara lisan sahaja.
Langkah Kedua
Alternatif 2: • Murid ditunjukkan gambar jenis-jenis makanan. • Murid diminta mengasingkan gambar makanan yang perlu guna garfu dan sudu. Contoh: mee, laksa, bihun, rojak dsb. • Tanya murid apa makanan yang perlu suap dengan tangan sahaja. • Tunjuk cara menyuap nasi. Murid tiru aksi guru. • Suruh murid lakonkan orang sedang makan. • Guru / murid beri pandangan tentang lakonan murid. Jika setuju /tidak setuju jelaskan mengapa. • Murid lakonkan sendiri cara yang betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Alternatif 1: Bimbingan secara “scaffolding”, bantuan dari guru pada peringkat awal, dan ditiadakan selepas murid tidak memerlukannya.
Latihan Kendiri
Alternatif 1: Gunakan mutimedia. Murid diminta menyusun gambar mengikut urutan cara makan yang betul. Komputer akan membuat respon kepada susunan yang betul atau salah. Peneguhan sosial/markah akan diberi sekiranya murid dapat menyiapkan susunan yang betul.

Penutup Pengajaran

Guru dan murid bincang mengenai kepentingan cara makan yang betul.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Alternatif 1: Lakukan aktiviti di tempat yang lain.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1024 kali

Mengenal Peralatan yang digunakan untuk Makan.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Pentadbiran ePKhas

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.2 Mengamalkan cara makan yang betul. 1.2.1 Peralatan yang digunakan untuk makan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal dan mengecam peralatan yang digunakan untuk makan.
Objektif: 
Dapat mengecam alat yang di gunakan untuk makan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pernah menggunakan peralatan untuk makan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru memperkenalkan peralatan yang di gunakan untuk makan. Contohnya, pingan, mangkuk, sudu, garfu, gelas dan sebagainya. 2. Padankan gambar dengan objek sebenar. 3. Sebut peralatan yang di padankan dengan gambarnya. 4. Ulang dengan setiap peralatan yang lain satu persatu.
Bahan Bantu Mengajar: 
Pinggan, mangkuk, piring, sudu, garfu, gelas, kad perkataan, kad gambar dan lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Menggunakan power point, guru paparkan gambar orang sedang makan dan minum di dewan makan.

2. Guru tunjuk peralatan makan dan minum yang ada.

3. Murid di suruh menamakannya jika tahu.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Dapat mengenal pasti tempat khas untuk makan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menggaitkan set induksi dengan pelajaran yang akan di sampaikan hari ini.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru lekatkan kad perkataan peralatan untuk makan di papan tulis. 2. Setiap murid diberi 1 set gambar peralatan untuk makan. Murid lekatkan gambar di sebelahnya. 3. Beri peneguhan sekiranya murid dapat melakukannya dengan betul.
Langkah Kedua
1. Kemudian bawa murid ke bilik masakan. 2. Perkenal dan namakan alat yang digunakan untuk makan. 3. Murid membuat latihan menamakan atau melabel peralatan bersama guru secara kumpulan atau kelas dan di ikuti secara individu. 4. Beri latih-tubi. 5. Guru sebut perkatan murid ambil atau tunjuk alat yang di maksudkan. 6. Guru tunjuk peralatan untuk makan, murid namakannya. 7. Guru dan murid melabel peralatan menggunakan kad imbasan yang sesuai. Eja dan baca.
Langkah Ketiga
Membuat buku skrap. 1. Murid di beri beberapa gambar peralatan di rumah. 2. Pilih gambar peralatan untuk makan sahaja dan lekatkan di buku skrap. Di bawah setiap gambar, pilih label yang betul. Contohnya, dua pinggan, tiga piring, satu garfu dan lain-lain.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Latih tubi mengenal dan menamakan peralatan secara lisan dan bertulis. 2. Berdasarkan gambar, pilih ayat yang betul mengenai gambar. Contohnya; i. Ada sebuah pinggan di atas meja. ii. Ada dua biji gelas berisi air.
Latihan Kendiri
Memilih dan menampal perkataan dengan gambar yang betul. Contohnya, gambar dua pinggan – perkataan dua pinggan.

Penutup Pengajaran

Guru dan murid bincang tentang aktiviti dan hasil kerja murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Melihat peralatan dapur di kantin sekolah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 6480 kali

Adab Sebelum dan Selepas Minum.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Pentadbiran ePKhas

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.1 Mengamalkan cara minum yang betul.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Adab sebelum dan selepas minum.
Objektif: 
1. Murid dapat mengamalkan cara minum yang betul. 2. Kesedaran diri untuk bertata tertib ketika minum.
Kemahiran Sedia Ada: 
Dapat memegang benda menggunakan tangan atau jari.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Basuh tangan. 2. Duduk dengan cermat di atas kerusi di meja makan. 3. Tuang air ke dalam bekas minuman. 4. Pegang bekas minuman dengan betul. 5. Baca doa. 6. Minum dengan cermat dan senyap. 7. Basuh bekas minuman selepas minum. 8. Susun meja dan kerusi selepas digunakan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gelas, air minuman, kerusi, meja, kad imbasan, power point dan video.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Tayangkan gambar orang sedang berebut-rebut untuk minum.

2. Murid melihat dan memberi tumpuan kepada gambar yang di tayangkan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Berbual bersama murid tentang gambar, galakkan mereka memberikan pandangan tentang apa yang berlaku di dalam tayangan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Kaitkan dengan pelajaran yang akan di sampaikan. Contohnya, "Hari ini kita akan belajar tentang adab atau tata tertib ketika minum".

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Bawa murid ke stesen pengurusan diri. 2. Murid membasuh tangan di sinki. 3. Suruh murid duduk dengan cermat di atas kerusi di meja makan. 4. Tuangkan air ke dalam bekas minuman. 5. Baca doa bersama murid. 6. Murid disuruh memegang bekas minuman dengan betul. 7. Minum dengan cermat dan senyap. 8. Murid membasuh bekas minuman selepas minum. 9. Suruh susun meja dan kerusi selepas di gunakan. (Murid boleh lakukan secara berkumpulan atau individu).
Langkah Kedua
1. Murid melakukan aktiviti minum air mengikut pengalaman masing-masing. 2. Murid dan guru bincang atau beri pendapat tentang aktiviti yang di lakukan berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang di lakukan oleh murid.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru tunjuk cara atau model cara minum yang sesuai. 2. Murid memodel apa yang guru lakukan secara kumpulan atau individu. 3. Jika murid melakukan kesilapan bimbing secara lisan dan fizikal.
Latihan Kendiri
1. Menggunakan kad gambar berkaitan dengan cara atau adab minum (lebih kurang 20 keping gambar). 2. Asingkan kepada 3 kumpulan, 1. sesuai 2. tidak sesuai 3. tidak pasti. 3. Setiap kali murid meletakkan gambar pada kumpulan yang di pilih bincang mengapa ia menjadi pilihan. 4. Beri peneguhan sekiranya murid dapat melakukan dengan betul.

Penutup Pengajaran

1. Guru pamerkan hasil lembaran murid. Murid memilih kerja yang kemas. 2. Guru dan murid bincang tentang aktiviti yang dilakukan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Minum pada waktu yang berbeza; pagi, petang dan malam
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3046 kali

Mengamalkan cara minum yang betul menggunakan gelas.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Pentadbiran ePKhas

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.1 Mengamalkan cara minum yang betul. 1.1.2. Pelbagai cara minum – Minum menggunakan gelas
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid di ajar cara minum yang betul.
Objektif: 
Murid dapat mengamalkan cara minum yang betul dengan menggunakan gelas.
Kemahiran Sedia Ada: 
Dapat memegang benda menggunakan tangan atau jari.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Gunakan gelas yang saiznya bersesuaian dengan pelajar anda. 2. Isikan dengan air minuman di dalam gelas. 3. Letakkan gelas di atas meja. 4. Dudukkan murid di atas kerusi di depan meja. 5. Capai gelas dan bawa ke bibir mulut. 6. Tuang dan minum secara perlahan. 7. Letak semula gelas di atas meja.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gelas , air minuman, kerusi, meja dan kad gambar peralatan untuk minum.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Murid ditunjuk gambar alat–alat yang sering digunakan ketika makan. Contohnya, cawan, gelas, piring, mangkuk, sudu garfu, teko, jug dan lain-lain.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Berbual bersama murid tentang gambar, galakkan mereka menamakan peralatan yang ada.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Kaitkan dengan pelajaran yang akan di sampaikan. Contohnya, "Hari ini kita akan belajar tentang cara minum yang betul".

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Bawa murid–murid ke stesen pengurusan diri. 2. Gunakan gelas yang saiznya bersesuaian dengan pelajar anda. 3. Isikan dengan air minuman yang di gemari olehnya. 4. Dudukkan murid di atas kerusi dan di depan meja yang tingginya bersesuaian supaya mereka selesa. 5. Berdiri di belakang murid dan letakkan tangan murid pada gelas serta tangan guru di atas tangan murid sepanjang sesi. 6. Bawakan gelas ke mulut murid. 7. Condongkan gelas ke dalam mulut murid secara perlahan-lahan supaya murid dapat meminumnya sedikit demi sedikit. Hentikan minum jika tegukkan yang di lakukan murid memadai. 8. Letakkan semula gelas di atas meja. 9. Alihkan tangan guru dan tangan murid dari gelas. Puji murid kerana dapat melakukan aktiviti.
Langkah Kedua
Ulang langkah 5 hingga langkah 8 sehingga minuman di dalam gelas habis.
Langkah Ketiga
1. Gunakan gambar-gambar langkah demi langkah kanak-kanak (rakan sebaya) sedang minum. 2. Serakkan gambar di atas meja. 3. Murid di kehendaki menyusun atau melekat gambar-gambar tersebut di atas papan tulis di hadapan kelas mengikut urutan yang betul. 4. Guru pandu atau komen secara lisan jika murid mengambil gambar yang salah. Jelaskan gambar yang patut dipilih dan mengapa. 5. Lakukan hingga semua gambar disusun dengan betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Menyusun kad-kad gambar mengikut urutan. 2. Murid dibantu secara lisan jika perlu. 3. Murid diberi bimbingan secara lisan dan fizikal . 4. Murid lakukan sendiri aktiviti dan hanya dibantu sekiranya di perlukan (scafolding).
Latihan Kendiri
Menggunakan lembaran kerja, murid di minta menyusun dengan betul gambar langkah-langkah ketika minum air.

Penutup Pengajaran

1. Guru pamerkan hasil lembaran murid. Guru memilih kerja yang kemas. 2. Guru dan murid berbincang tentang hasil kerja murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Melakukan aktiviti di tempat yang berlainan, supaya kemahiran yang ada dapat diaplikasikan di mana-mana.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3974 kali

Mengenal Peralatan yang digunakan untuk Minum.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Pentadbiran ePKhas

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.1.1 Peralatan yang digunakan untuk minum
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menamakan peralatan untuk minum.
Objektif: 
1. Dapat mengenal peralatan minuman yang digunakan seperti cawan, gelas, mug, sudu. 2. Tahu fungsi dan kegunaan alatan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Dapat memegang benda menggunakan tangan atau jari.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menunjukkan gambar atau objek sebenar peralatan yang digunakan untuk minum. 2. Guru menamakan peralatan yang ditunjuk. 3. Murid diminta menamakan peralatan secara kumpulan dan individu. 4. Guru sebut nama peralatan dan murid tunjuk alatan tersebut. 5. Guru tunjuk peralatan, murid menamakan peralatan tersebut.
Bahan Bantu Mengajar: 
1.Kad gambar. 2.Bahan maujud seperti cawan,gelas, mug dan sudu. 3.Kad perkataan. 4.Lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru memaparkan gambar sekumpulan kanak-kanak sedang minum di kantin sekolah.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Berbual bersama murid tentang gambar. Murid menceritakan aktiviti yang dilihat daripada gambar.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru kaitkan dengan pelajaran yang akan di sampaikan. Contoh, hari ini kita akan belajar tentang peralatan untuk minum.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan gambar atau objek sebenar peralatan seperti gelas, cawan dan piring yang digunakan untuk minum. 2. Guru menamakan peralatan yang ditunjuk. Contoh, "ini cawan". Murid diminta mengulangnya. 3. Murid diminta menamakan semula peralatan secara kumpulan dan kemudian secara individu.
Langkah Kedua
1. Guru sebut nama peralatan, murid tunjuk dan pegang alatan yang di maksudkan. 2. Guru tunjuk peralatan, murid menamakan peralatan tersebut.
Langkah Ketiga
Guru dan murid melabel dan mewarna peralatan untuk minum.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Menggunakan kaedah pengajaran secara eksplisit dan latih tubi.
Latihan Kendiri
1. Menggunakan lembaran kerja, 2. Pilih gambar peralatan yang sesuai untuk minum. 3. Label dan warnakan.

Penutup Pengajaran

1. Guru pamerkan hasil lembaran murid. 2. Guru dan murid berbincang tentang hasil kerja murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dibawa ke kantin sekolah untuk melakukan aktiviti lanjutan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3129 kali