Kognitif

JENIS SAYUR-SAYURAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NURUL HUSNA DAN SYAKIRAH

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Jenis sayur-sayuran
Objektif: 
Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran, setiap murid dapat: 1) Menamakan jenis sayur-sayuran 2) Membezakan jenis sayur-sayuran daun dan sayur buah
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat sayur-sayuran
Bahan Bantu Mengajar: 
Video, Kad Gambar, Slide Power Point, Sampul Surat, lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru memaparkan cerita mengenai sayur-sayuran yang bertajuk Lobak Merah yang Nakal
2. Kemudiannya, guru bertanyakan sayur-sayuran yang terdapat di dalam cerita tersebut.

1.Murid-murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru memasukkan gambar sayur-sayuran ke dalam sampul. 2. Guru meminta seorang murid untuk ke hadapan kelas dan memilih satu sampul yang disediakan 3. Guru menyuruh murid membuka sampul dan menyebut nama sayur tersebut. 4. Guru meminta murid-murid lain untuk menyebut bersama-sama guru. 5. Guru meminta murid  menampal kad gambar di hadapan kelas mengikut kad perkataan yang ditampal dihadapan. 1. Murid mengambil sampul surat yang diletakkan diatas meja dan membukanya. 2.Murid menyebut nama sayuran yang mereka dapat mengikut pengetahuan murid sambil dibimbing oleh guru. 3. Murid lain mengikut sebutan bersama-sama kemudian menampal kad gambar di hadapan kelas berdasarkan kad perkataan.
Langkah Kedua
1.Guru memaparkan video mengenai sayuran yang bertajuk Jenis-Sayur-Sayuran”   kepada murid-murid. 2. Guru menunjukkan slide yang menunjukkan sayur-sayuran jenis daun dan sayur jenis buah pada power point sambil menunjukkan bahan maujud kepada murid sambil meletakkan sayur ke dalam dua bekas yang berbeza. 2.Guru meminta murid menjawab soalan pada power point seorang demi seorang. 1.Murid menjawab soalan pada slide power point. 2. Murid bekerjasama antara satu sama lain membezakan dua kumpulan jenis sayur-sayuran.
Langkah Ketiga
1.Guru meletakkan selonggok sayur-sayuran di hadapan kelas dan membahagikan murid kepada dua kumpulan. 2. Guru meminta setiap kumpulan 1 membahagikan selonggok sayur kepada sayur jenis daun dan jenis buah dengan meletakkan di dalam bekas yang berlainan. 3. Kumpulan 2 akan membezakan dengan memasukkan kad gambar ke dalam poket kertas manila di hadapan kelas. 4. Kemudian, murid akan bertukar aktiviti setelah masing-masing selesai menyiapkan tugasan. 5. Guru meminta murid menyebut semula sayur jenis buah dan sayur jenis daun.

Penutup Pengajaran

1.Guru menyediakan lembaran kerja dan meminta murid menyesuaikan gambar dengan jenis sayuran. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan guru.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1914 kali

PEKERJAAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NURUL AINIE DAN CH'NG PEI HUAN

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Menulis Ayat Pendek: Pekerjaan
Objektif: 
B3 DL 15. Recognise different types of occupation B3 DB 15. Recognise and read word. B3 DL15 1. At the end of class, student should be able to identify various occupation: Policewoman Bus driver Doctor Soldier Technician Swimmer Dentist Fireman B3 DB15 E1. At the end of class student should be able to reads word of occupation. B3 DB15 E2. At the end of class, student should be able to read simple phrases of occupation. I am ___________ I work in police station A good bus driver I work in hospital A strong soldier I can repair things I love to swim A kind dentist A brave fireman
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid tahu pelbagai jenis pekerjaan. Murid boleh membaca tetapi tidak lancar
Bahan Bantu Mengajar: 
Audio sebutan dan bacaan perkataan, video persekitaran pekerjaan, Powerpoint interaktif dan lembaran kerja.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi ganjaran positif seperti pujian/bintang pada  lembaran kerja, sebatang pensel sekiranya murid berjaya membaca ayat pendek. Ambil giliran,

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru bertanya apakah pekerjaan ibu bapa murid?
2. Guru bertanya kepada murid pelbagai jenis pekerjaan yang diketahui dan ciri-ciri mereka.

1. Murid menjawab pertanyaan guru
2. Murid memberikan jawapan pelbagai jenis pekerjaan dan ciri-ciri mereka.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan bahawa hari ini murid akan dibimbing membaca ayat pendek berkaitan pekerjaan.</p> Murid mendengar penerangan guru.</p>

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menayangkan video jenis-jenis pekerjaan 2. Guru bertanya apakah pekerjaan yang terdapat dalam video? 3. Guru menayangkan semula video pekerjaan. 1. Murid menonton video jenis-jenis pekerjaan. 2. Murid menjawab pertanyaan guru. 3. Murid menonton video.
Langkah Kedua
1. Guru membimbing murid membaca dan menyebut perkataan pekerjaan-pekerjaan dalam slaid Powerpoint. 2. Guru bimbing murin bermain aktiviti interaktif dalam Powerpoint Hide and seek game 3. Guru membimbing murid membaca ayat-ayat pendek dalam slaid Powerpoint. 1. Murid membaca dan menyebut perkataan pekerjaan-pekerjaan dalam slaid Powerpoint. 2. Murid bermain permaian interaktif. 3.Murid membaca ayat-ayat pendek dalam slaid Powerpoint.
Langkah Ketiga
1. Guru menayangkan aktiviti interaktif dalam power point : Choose the correct answer 2. Guru menggalakkan murid mencuba untuk mengisi tempat kosong pada ayat pendek dalam Powerpoint ;Fill in the blank 3. Guru mengedarkan ayat pendek berkaitan pekerjaan kepada murid 1. Murid memadankan jawapan dalam Powerpoint. 2. Murid memadankan pilihan jawapan ke tempat kosong yang disediakan dalam slaid Powerpoint.

Penutup Pengajaran

1. Guru memilih murid secara rawak untuk membacakan ayat pendek dalam kertas edaran yang diberikan. 2. Guru menayangkan aktiviti interaktif dalam talian The memory game 1. Murid yang dipilih membaca ayat pendek. 2. Murid bermain aktiviti dalam talian

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Main peranan berkaitan pekerjaan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1236 kali

BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NUR ADILAH DAN NADIA SHAFIEE

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Mengenal bahan yang boleh dikitar semula
Objektif: 
Di akhir pembelajaran, murid dapat : i) Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul ii) Memadankan gambar bahan yang boleh dikitar semula
Kemahiran Sedia Ada: 
i) Murid mengenal apa itu sampah ii) Murid mempunyai pengalaman membuang sampah
Bahan Bantu Mengajar: 
Power Point interaktif, video bahan yang boleh dikitar semula, lembaran kerja
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi peneguhan positif seperti pujian dan token apabila murid memberi perhatian dalam kelas dan berjaya menjawab soalan dengan betul

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

i)Guru menayangkan power point interaktif kepada murid
ii)Murid menonton power point interaktif yang ditunjukkan oleh guru

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
i)Guru bertanya kepada murid tentang nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif ii)Guru menerangkan nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif i)Murid menyatakan nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif ii)Murid memberi perhatian semasa guru mengajar
Langkah Kedua
i)Guru menayangkan video bahan yang boleh dikitar semula ii)Guru menerangkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula i)Murid menonton video bahan yang boleh dikitar semula ii)Murid mendengar penerangan&nbsp; daripada guru
Langkah Ketiga
i)Guru menyuruh murid menjawab lembaran kerja ii) Guru memberikan token kepada murid jika dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul</p> i)Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh guru ii) Murid mendapat token daripada guru jika berjaya menjawab soalan dengan tepat

Penutup Pengajaran

i)Guru membuat rumusan tentang bahan yang boleh dikitar semula i)Murid mendengar rumusan daripada guru
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1287 kali

MENGENAL WARNA-WARNA ASAS

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
ELMI FARHANIS DAN NATASHA NADIA

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1) Guru membawa murid ke padang.
2) Guru memberitahu murid bahawa topik pengajaran adalah mengenai warna asas.
3) Guru memaklumkan murid warna- warna asas adalah merah, biru, kuning dan hijau.
4) Guru mengarahkan murid untuk melihat persekitaran dan menyatakan warna- warna yang ada.
5) Guru memfokuskan kepada warna- warna asas.
6) Guru menanyakan soalan kepada murid perihal warna langit ( biru), rumput (hijau), pakaian sukan murid (kuning) dan pakaian guru (merah).

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1) Guru menyediakan kotak warna yang mengandungi warna- warna asas. 2) Guru mengarahkan murid untuk mengambil kad warna. 3) Guru meminta murid untuk duduk dalam kumpulan berdasarkan kad warna yang mereka dapat. 4) Guru menyebut satu warna dan kumpulan yang mewakili warna tersebut akan mengangkat kad warna mereka. 5) Guru akan mengulangi warna sehingga selesai keempat- empat warna disebut. 6) Guru mengarahkan murid untuk bertukar kad warna dengan kumpulan. 7) Guru mengulangi langkah 10 dan 11, sehingga semua kumpulan memperoleh keempat- empat kad warna di dalam kumpulan mereka.
Langkah Kedua
1) Guru memberi lembaran kerja kepada murid. 2) Guru meminta murid untuk memadankan warna. 3) Guru memberitahu murid untuk memadankan warna yang sama pada aktiviti pertama. 4) Guru meminta murid untuk memadankan warna dengan objek pada aktiviti kedua.
Langkah Ketiga
1) Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. 2) Guru meminta murid untuk mewarna gambar mengikut nombor 1- 4. 3) Setiap nombor diwakili oleh 1 warna. 4) Guru mengarahkan murid untuk mewarna nombor 1 dahulu yang mewakili warna biru. 5) Selesai mewarna nombor 1, guru meminta murid untuk mewarna nombor 2 sehingga 4 yang mewakili warna hijau, kuning dan merah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1226 kali

PEKERJAAN

Recognise different types of occupation