Masalah Pembelajaran

JENIS PENGANGKUTAN DAN KENDERAAN

Penulis: 
MIMISYAKILA AZURIN DAN MONA SYAHIRAH

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Jenis pengangkutan dan kenderaan
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Membezakan jenis-jenis pengangkutan
Objektif: 
i. Memadankan kenderaan mengikut jenis-jenisnya ii. Menyebut jenis-jenis kenderaan yang terdapat di darat, udara dan laut iii. Membezakan jenis-jenis kenderaan berdasarkan gambar iv. Menulis perkataan berdasarkan gambar kenderaan
Kemahiran Sedia Ada: 
Mengenal dan menggunakan kenderaan
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
i. Perkataan yang berkaitandenganjenis-jenispengangkutan :kenderaandarat, kenderaan udara, kenderaan di laut, bas, basikal, motor, kapalterbang, helikopter, kereta, keretapi, feri, kapal dan lori ii. Perbezaan klasifikasi kenderaan ata upengangkutan 1) Jeniskenderaan di darat – basikal, motosikal, kereta, bas, lori, keretaapi 2) Jeniskenderaan di laut–feri, kapal 3) Jeniskenderaan di udara – helikopter, kapalterbang
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad gambar, video kenderaan, Power point interaktif, lembaran kerja, audio nama kenderaan.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi ganjaran positif seperti pujian dan token ekonomi apabila murid menumpukan perhatian dan menjawab soalan yang ditanya.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. SetInduksi :
Murid melihat tayangan video mengenai jenis-jenis pengangkutan yang sering digunakan oleh manusia.
2. Perkaitandenganpelajaran yang lalu :
Guru meminta murid-murid menyebut kenderaan apa yang sering mereka naiki.
3. Memperkenalkanpengajaran :
Guru memberi penerangan mengenai tajuk yang akan dipelajari iaitu mengenai jenis-jenis pengangkutan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Memodel (10 minit) a) Murid menonton tayangan powerpoint interaktif mengenai cerita “Mina balik kampung”. b) Seterusnya guru menyuruh murid-murid menyebut kenderaan yang Mina nampak semasa dalam perjalanan balik kampung. c) Guru memberi penerangan mengenai ketiga-tiga jenis pengangkutan iaitu pengangkutan darat, pengangkutan laut dan pengangkutan udara serta kenderaan yang terlibat.
Langkah Kedua
Membimbing (10 minit) a) Guru menyuruh murid mengulang apa yang telah diterangkan mengenai jenis pengangkutan dan kenderaan yang terlibat dengan bantuan kad gambar kenderaan (contohnya guru menunjuk gambar kenderaan dan juga gambar jalan raya). b) Murid disoal berdasarkan aktiviti dan soalan yang terdapat dalam slide powerpoint dan pujian akan diberikan jika murid dapat menjawab dengan betul.
Langkah Ketiga
Mencuba (10 minit) Kefahaman murid dinilai berdasarkan lembaran kerja yang diberi oleh guru yang merangkumi tiga latihan iaitu isi tempat kosong dengan menggunakan huruf yang sesuai, memadankan, dan mengklasifikasikan jenis kenderaan.

Penutup Pengajaran

a) Guru menyuruh murid mengambil kad-kad gambar dalam kotak tertutup dan membuat kumpulan berdasarkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat pada kad gambar tersebut. b) Guru membuat rumusan pengajaran berdasarkan tajuk yang diajar iaitu jenis pengangkutan dan kenderaan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru memilih masa yang sesuai untuk membawamurid-murid meninjau kenderaan yang berada di sekitar sekolah
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1206 kali

EMOSI

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
SITI ARYIANA DAN NUR SUHADA

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Emosi
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat menulis dan melakonkan emosi yang diajar oleh guru.
Objektif: 
Kumpulan aras sederhana Di akhir pembelajaran, murid dapat : i- Murid dapat melakonkan semula emosi marah, sedih dan gembira di hadapan kelas. ii- Murid dapat menulis 3 ayat pendek berdasarkan emosi marah, sedih dan gembira. Di akhir pembelajaran, murid dapat: i- Murid dapat memadankan gambar emosi berdasarkan kad gambar. ii- Murid dapat menyusun ayat pendek mengenai emosi marah, sedih dan gembira.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid tahu akan reaksi muka atau emosi dalam kehidupan seharian.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Analisis Tugasan i- Sebuah cerita Si Kacang kehilangan Ibunya” yang mempunyai perkataan atau emosi marah, sedih dan gembira ketika cerita itu. ii- Ayat mudah cerita Si Kacang Kehilangan Ibunya. a) Si kacang sudah besar dan ibunya membenarkan si kacang bermain dengan rakannya. b) Si Kacang sangat gembira kerana diberi kebebasan oleh ibunya. c) Si kacang mula lupa diri dan selalu pulang lewat ke rumah kerana seronok bermain. Si kacang sering dimarahi oleh ibunya hingga menyebabkab dia marah akan ibunya. d) Ibu si kacang sakit tetapi si kacang tidak mempedulikan ibunya. e) Akhirnya, ibu si kacang jatuh sakit dan mati. Si kacang sangat sedih akan kehilangan ibunya.
Bahan Bantu Mengajar: 
Alat Bantu Mengajar: Video, powerpoint, kad gambar, lembaran kerja.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi ganjaran positif seperti bintang, memuji murid jika mereka memberi tumpuan di dalam kelas.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Set Induksi (5 minit)
Murid mendengar  dan menonton video yang ditunjukkan oleh guru.

2. Perkaitan dengan pengajaran lalu
Guru meminta murid mengimbas kembali pelajaran lalu mengenai adab dan tatasusila.

3. Memperkenalkan Pelajaran
Guru menerangkan bahawa murid akan dibimbing oleh guru untuk menulis ayat mengenai emosi yang diajar oleh guru.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Memodel (10 minit) Guru menceritakan sebuah cerita mengenai Si Kacang yang kehilangan ibunya; sambil melakonkan emosi marah, sedih dan gembira ketika bercerita. Guru meminta murid mendengar dengan penuh perhatian dan mengenal pasti emosi yang dilakonkan oleh guru.
Langkah Kedua
2. Membimbing (10 minit) Guru melakukan mimik muka emosi sedih,gembira dan marah. Guru meminta murid melakukan semula mimik muka emosi sedih, gembira dan marah di hadapan kelas. i- Membezakan aktiviti mengikut aras kumpulan: Guru menayangkan powerpoint dan melekatkan kad gambar emosi di papan putih sesuai dengan aras kanak-kanak. Aras rendah Aras sederhana - Murid dibimbing oleh guru untuk memadankan gambar emosi marah, sedih dan gembira di papan putih. - Murid dibimbing oleh guru untuk mengklik pada powerpoint berdasarkan gambar emosi dengan frasa ayat mudah.
Langkah Ketiga
3. Mencuba (10 minit) i- Murid dinilai berdasarkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Guru akan membimbing apabila bantuan diperlukan. Aras rendah Aras sederhana - murid diminta untuk menyusun    ayat pendek berkaitan emosi marah,sedih, dan juga gembira. -`murid diminta untuk menulis 3 ayat pendek mengenai emosi marah,sedih dan juga gembira. Murid boleh merujuk kepada powerpoint yang disediakan.

Penutup Pengajaran

Penutup (5 minit) Aktiviti berikut akan diulang jika ada masa. Aras rendah Aras sederhana - semasa murid aras sederhana membaca, murid aras rendah akan menampal ayat yangdisusun pada papan putih. - seorang murid diminta untuk membaca ayat yang ditulisnya.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru akan memilih masa yang sesuai untuk murid melakonkan semula cerita mengenai “ Si Kacang yang kehilangan Ibunya” sambil membuat mimik muka sedih, gembira dan marah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1720 kali

HIDUPAN LAUT

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NURUL SYAHIRAH DAN NOR SYAMIMI

Perancangan Sebelum Pengajaran

Objektif: 
Objektif jangka panjang : 1) Murid dapat mengenal suku kata KV+ KV berdasarkan cerita Che Ta dan Che So 2) Murid dapat membina ayat mudah berdasarkan cerita Che Ta dan Che So Objektif jangka pendek : 1) Murid dapat menamakan dan menyebut hidupan laut dengan betul berdasarkan cerita Che ta dan Che So 2) Murid dapat memadankan dan hidupan laut dan hidupan darat dengan betul berdasarkan cerita Che ta dan Che So
Bahan Bantu Mengajar: 
Video, kad gambar dan lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meneunjukkan tayangan video cerita yang bertajuk Che Ta dan Che So
2. Guru melakukan sesi soal jawab

1. Murid menonton tayangan video cerita  yang bertajuk Che Ta dan Che So
2. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru

Penyampaian Isi Pelajaran

Langkah Kedua
1. Guru mengarahkan murid membuat 3 kumpulan 2. Guru mengagihkan bahan maujud iaitu hidupan laut dan darat kepada setiap kumpulan 3. Guru menunjukkan kad gambar pelbagai hidupan di papan putih 4. Guru mengarahkan murid memadankan kad gambar pelbagai hidupan di tempat yang sesuai 1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan 2. Murid (kumpulan) mendapat bahan maujud iaitu hidupan laut dan darat 3. Murid melihat kad gambar pelbagai hidupan di papan putih 4. Murid memadankan kad gambar pelbagai hidupan di tempat yang sesuai
Langkah Ketiga
1. Guru memberi lembaran kerja 2. Guru membuat kesimpulan pengajaran 1. Murid menyiapkan lembaran yang diberi

Penutup Pengajaran

1. Guru memberi lembaran kerja 2. Guru membuat kesimpulan pengajaran 1. Murid menyiapkan lembaran yang diberi
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1747 kali

JENIS SAYUR-SAYURAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NURUL HUSNA DAN SYAKIRAH

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Jenis sayur-sayuran
Objektif: 
Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran, setiap murid dapat: 1) Menamakan jenis sayur-sayuran 2) Membezakan jenis sayur-sayuran daun dan sayur buah
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat sayur-sayuran
Bahan Bantu Mengajar: 
Video, Kad Gambar, Slide Power Point, Sampul Surat, lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru memaparkan cerita mengenai sayur-sayuran yang bertajuk Lobak Merah yang Nakal
2. Kemudiannya, guru bertanyakan sayur-sayuran yang terdapat di dalam cerita tersebut.

1.Murid-murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru memasukkan gambar sayur-sayuran ke dalam sampul. 2. Guru meminta seorang murid untuk ke hadapan kelas dan memilih satu sampul yang disediakan 3. Guru menyuruh murid membuka sampul dan menyebut nama sayur tersebut. 4. Guru meminta murid-murid lain untuk menyebut bersama-sama guru. 5. Guru meminta murid  menampal kad gambar di hadapan kelas mengikut kad perkataan yang ditampal dihadapan. 1. Murid mengambil sampul surat yang diletakkan diatas meja dan membukanya. 2.Murid menyebut nama sayuran yang mereka dapat mengikut pengetahuan murid sambil dibimbing oleh guru. 3. Murid lain mengikut sebutan bersama-sama kemudian menampal kad gambar di hadapan kelas berdasarkan kad perkataan.
Langkah Kedua
1.Guru memaparkan video mengenai sayuran yang bertajuk Jenis-Sayur-Sayuran”   kepada murid-murid. 2. Guru menunjukkan slide yang menunjukkan sayur-sayuran jenis daun dan sayur jenis buah pada power point sambil menunjukkan bahan maujud kepada murid sambil meletakkan sayur ke dalam dua bekas yang berbeza. 2.Guru meminta murid menjawab soalan pada power point seorang demi seorang. 1.Murid menjawab soalan pada slide power point. 2. Murid bekerjasama antara satu sama lain membezakan dua kumpulan jenis sayur-sayuran.
Langkah Ketiga
1.Guru meletakkan selonggok sayur-sayuran di hadapan kelas dan membahagikan murid kepada dua kumpulan. 2. Guru meminta setiap kumpulan 1 membahagikan selonggok sayur kepada sayur jenis daun dan jenis buah dengan meletakkan di dalam bekas yang berlainan. 3. Kumpulan 2 akan membezakan dengan memasukkan kad gambar ke dalam poket kertas manila di hadapan kelas. 4. Kemudian, murid akan bertukar aktiviti setelah masing-masing selesai menyiapkan tugasan. 5. Guru meminta murid menyebut semula sayur jenis buah dan sayur jenis daun.

Penutup Pengajaran

1.Guru menyediakan lembaran kerja dan meminta murid menyesuaikan gambar dengan jenis sayuran. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan guru.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2026 kali

PEKERJAAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NURUL AINIE DAN CH'NG PEI HUAN

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Menulis Ayat Pendek: Pekerjaan
Objektif: 
B3 DL 15. Recognise different types of occupation B3 DB 15. Recognise and read word. B3 DL15 1. At the end of class, student should be able to identify various occupation: Policewoman Bus driver Doctor Soldier Technician Swimmer Dentist Fireman B3 DB15 E1. At the end of class student should be able to reads word of occupation. B3 DB15 E2. At the end of class, student should be able to read simple phrases of occupation. I am ___________ I work in police station A good bus driver I work in hospital A strong soldier I can repair things I love to swim A kind dentist A brave fireman
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid tahu pelbagai jenis pekerjaan. Murid boleh membaca tetapi tidak lancar
Bahan Bantu Mengajar: 
Audio sebutan dan bacaan perkataan, video persekitaran pekerjaan, Powerpoint interaktif dan lembaran kerja.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi ganjaran positif seperti pujian/bintang pada  lembaran kerja, sebatang pensel sekiranya murid berjaya membaca ayat pendek. Ambil giliran,

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru bertanya apakah pekerjaan ibu bapa murid?
2. Guru bertanya kepada murid pelbagai jenis pekerjaan yang diketahui dan ciri-ciri mereka.

1. Murid menjawab pertanyaan guru
2. Murid memberikan jawapan pelbagai jenis pekerjaan dan ciri-ciri mereka.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan bahawa hari ini murid akan dibimbing membaca ayat pendek berkaitan pekerjaan.</p> Murid mendengar penerangan guru.</p>

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menayangkan video jenis-jenis pekerjaan 2. Guru bertanya apakah pekerjaan yang terdapat dalam video? 3. Guru menayangkan semula video pekerjaan. 1. Murid menonton video jenis-jenis pekerjaan. 2. Murid menjawab pertanyaan guru. 3. Murid menonton video.
Langkah Kedua
1. Guru membimbing murid membaca dan menyebut perkataan pekerjaan-pekerjaan dalam slaid Powerpoint. 2. Guru bimbing murin bermain aktiviti interaktif dalam Powerpoint Hide and seek game 3. Guru membimbing murid membaca ayat-ayat pendek dalam slaid Powerpoint. 1. Murid membaca dan menyebut perkataan pekerjaan-pekerjaan dalam slaid Powerpoint. 2. Murid bermain permaian interaktif. 3.Murid membaca ayat-ayat pendek dalam slaid Powerpoint.
Langkah Ketiga
1. Guru menayangkan aktiviti interaktif dalam power point : Choose the correct answer 2. Guru menggalakkan murid mencuba untuk mengisi tempat kosong pada ayat pendek dalam Powerpoint ;Fill in the blank 3. Guru mengedarkan ayat pendek berkaitan pekerjaan kepada murid 1. Murid memadankan jawapan dalam Powerpoint. 2. Murid memadankan pilihan jawapan ke tempat kosong yang disediakan dalam slaid Powerpoint.

Penutup Pengajaran

1. Guru memilih murid secara rawak untuk membacakan ayat pendek dalam kertas edaran yang diberikan. 2. Guru menayangkan aktiviti interaktif dalam talian The memory game 1. Murid yang dipilih membaca ayat pendek. 2. Murid bermain aktiviti dalam talian

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Main peranan berkaitan pekerjaan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1304 kali

BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NUR ADILAH DAN NADIA SHAFIEE

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Mengenal bahan yang boleh dikitar semula
Objektif: 
Di akhir pembelajaran, murid dapat : i) Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul ii) Memadankan gambar bahan yang boleh dikitar semula
Kemahiran Sedia Ada: 
i) Murid mengenal apa itu sampah ii) Murid mempunyai pengalaman membuang sampah
Bahan Bantu Mengajar: 
Power Point interaktif, video bahan yang boleh dikitar semula, lembaran kerja
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi peneguhan positif seperti pujian dan token apabila murid memberi perhatian dalam kelas dan berjaya menjawab soalan dengan betul

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

i)Guru menayangkan power point interaktif kepada murid
ii)Murid menonton power point interaktif yang ditunjukkan oleh guru

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
i)Guru bertanya kepada murid tentang nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif ii)Guru menerangkan nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif i)Murid menyatakan nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif ii)Murid memberi perhatian semasa guru mengajar
Langkah Kedua
i)Guru menayangkan video bahan yang boleh dikitar semula ii)Guru menerangkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula i)Murid menonton video bahan yang boleh dikitar semula ii)Murid mendengar penerangan&nbsp; daripada guru
Langkah Ketiga
i)Guru menyuruh murid menjawab lembaran kerja ii) Guru memberikan token kepada murid jika dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul</p> i)Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh guru ii) Murid mendapat token daripada guru jika berjaya menjawab soalan dengan tepat

Penutup Pengajaran

i)Guru membuat rumusan tentang bahan yang boleh dikitar semula i)Murid mendengar rumusan daripada guru
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1369 kali

JIMAT CERMAT

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NOR FALAHI DAN NOORINAH

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Jimat Cermat / Sikap sederhana
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
14.1.1 Sikap sederhana atau jimat cermat dalam kehidupan seharian 14.2.1 Kepentingan sikap sederhana
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat : (a) membezakan antara aktiviti jimat cermat dan membazir (b) memadankan gambar dengan perkataan yang menjelaskan tentang jimat cermat (c) menyatakan kepentingan mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan seharian.
Kemahiran Sedia Ada: 
Boleh membaca ayat-ayat pendek.
Bahan Bantu Mengajar: 
Video, Powerpoint dan lembaran kerja.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi peneguhan positif seperti pujian apabila murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan seharian
a) Menayang video mengenai jimat cermat.
b) Menyoal murid mengenai perkaitan video yang ditonton dengan topik pelajaran yang akan dipelajari.

a) Fokus menonton video yang ditayangkan.
b) Menjawab soalan guru.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
a) Menerangkan bahawa aktiviti hari ini adalah berlakon sambil belajar. b) Guru memberikan watak kepada setiap murid. c) Guru menerangkan peranan watak masing-masing. a) Mendengar penjelasan guru. b) Mencabut undi berkenaan watak masing-masing.
Langkah Kedua
a) Memainkan peranan sebagai pengarah dan memantau lakonan setiap murid. a) Melakonkan watak masing-masing.
Langkah Ketiga
a) Mengulas lakonan murid. b) Meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran . a) Mendengar ulasan guru. b) Memberi tumpuan terhadap sesi pembelajaran

Penutup Pengajaran

a) Mengedarkan lembaran kerja a) Membuat tugasan yang diberikan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru memastikan murid sentiasa menutup lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 800 kali

KEADILAN : PEMBAHAGIAN MAKANAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NG CHIN WERN DAN SAW BEE TY

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Keadilan dalam Pembahagian Makanan
Objektif: 
8.1.1 Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian dalam pembahagian makanan Di akhir pelajaran, murid dapat : a) Membezakan situasi adil dan tidak adil dengan memadankan kad perkataan adil dan tidak adil berdasarkan gambar yang ditunjukkan. b) Melakonkan situasi keadilan dalam pembahagian makanan.
Kemahiran Sedia Ada: 
a) Murid boleh membilang. b) Murid boleh membaca perkataan. c) Murid mengetahui konsep sama.
Bahan Bantu Mengajar: 
Video situasi keadilan dengan lagu Keadilan, kad perkataan, gambar situasi adil dan tidak adil, Powerpoint, lembaran kerja, makanan seperti gula-gula, coklat, dan sebagainya.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi token atau pujian apabila murid dapat menjawab soalan dan menumpukan perhatian dalam kelas.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Set Induksi :
Guru mengeluarkan token dan membahagikannya kepada bilangan yang sama dan tidak sama. Murid akan menjawab soalan dengan menyatakan ‘betul’ bagi bilangan yang sama dan salah bagi bilangan yang tidak sama.

2. Perkaitan dengan pelajaran yang lalu :
Guru meminta murid mengimbas kembali isi pelajaran yang lalu berkaitan dengan konsep sama.

3. Memperkenalkan pengajaran :
Guru menerangkan bahawa konsep sama adalah keadilan dan murid akan dibimbing untuk melakukan sikap adil dalam pembahagian makanan dalam pengajaran hari ini.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Memodel (20 minit) Murid menonton video situasi keadilan yang diiringi dengan lagu &lsquo;keadilan&rsquo;. Murid dibimbing untuk membaca perkataan keadilan. Video akan diulangi dan murid akan diajar untuk menyanyi bersama-sama.
Langkah Kedua
Membimbing (20 minit) i) Guru menayangkan Powerpoint yang mengandungi situasi adil dan tidak adil untuk menerangkan tajuk keadilan. ii) Murid membezakan situasi adil dan tidak adil atas bimbingan guru. Murid akan dibimbing untuk memadankan kad perkataan adil atau tidak adil berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru. iii) Guru menayangkan Powerpoint interaktif yang mengandungi beberapa jenis aktiviti kepada murid. Murid dibimbing untuk menjawab semua soalan.
Langkah Ketiga
Mencuba (25 minit) i) Guru mengaturkan murid dalam berpasangan. Murid diminta untuk melakonkan situasi adil dengan makanan yang diberi. Semua murid akan melakonkan secara bergilir-gilir. Guru akan membimbing murid sekiranya diperlukan. ii) Murid akan dinilai dengan menggunakan lembaran kerja yang disediakan oleh guru.

Penutup Pengajaran

Guru menukarkan bilangan coklat dan menyuruh murid membahagikan bilangan coklat secara adil dengan lagu Keadilan Guru akan menulis lirik lagu di atas papan hitam dan mengosongkan bilangan coklat. Contoh : Saya ada coklat Saya kongsi dengan abang Abang ( ) coklat. Saya coklat. Lalalalalalalalalala Kami sangat gembira Inilah keadilan Inilah keadilan

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru boleh menggeneralisasikan pembahagian makanan secara adil pada waktu lain seperti waktu rehat dan sambutan hari jadi , serta menggeneralisasikan dengan orang lain seperti murid di kelas lain atau guru yang berlainan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 748 kali

7 LANGKAH MENCUCI TANGAN DENGAN BETUL

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
MOHAMMAD IQBAL DAN NURUL HAZWANI

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
i) Perkataan yang berkaitan dengan cara mencuci tangan: tekan, sabun, pili air, air, kain, tutup, buka. ii) Ayat mudah cara mencuci tangan 1. Basuh tangan dengan sabun. 2: Gosok tapak tangan. 3: Gosok semua jari dan celah jari. 4: Gosok kuku di tapak tangan. 5: Gosok belakang tangan. 6: Basuh tangan dengan air bersih. 7: Keringkan tangan dengan tuala bersih.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat: i) Mengisi tempat kosong dengan menggunakan ayat mudah mengenai cara mencuci tangan. ii) Menyebut dan menyusun ayat-ayat mudah tentang cara mencuci dengan betul. : Kumpulan aras rendah Di akhir pengajaran, murid dapat: i) memilih frasa yang betul berpandukan gambar. ii) memadankan gambar dengan nombor langkah yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
i) Tahu tentang kepentingan mencuci tangan ii) Tahu bila waktu yang memerlukan untuk mencuci tangan
Bahan Bantu Mengajar: 
video mencuci tangan, gambar bersiri mencuci tangan, kad frasa, power point interaktif, lembaran kerja
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi ganjaran positif seperti pujian/bintang pada kad, apabila murid dapat menumpu perhatian di dalam kelas dan menjawab soalan dengan betul

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Set induksi
i. Murid melihat sabun yang ditunjukkan oleh guru.
ii. Murid menghidu dan memegang sabun yang ditunjukkan oleh guru secara bergilir-gilir.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
2. Perkaitan dengan pengajaran yang lalu: i. Guru meminta murid mengimbas kembali isi pelajaran yang lalu berkaitan kepentingan menjaga kebersihan diri.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
3. Memperkenalkan pengajaran: i. Guru menerangkan bahawa hari ini murid akan dibimbing untuk menulis 7 langkah mencuci tangan dengan betul mengikut turutan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Memodel (10 minit) i. Murid menonton video 7 langkah mencuci tangan dengan betul. Video diulangi beberapa kali. ii. Murid mendengar penjelasan guru tentang keperluan mencuci tangan dengan betul dan juga akibat yang terjadi jika tidak mencuci tangan dengan betul.
Langkah Kedua
2. Membimbing&nbsp; (10 minit) i. Murid dibimbing memadankan kad frasa perkataan dengan gambar. (contoh: meletakkan ayat basuh tangan dengan sabun di bawah gambar pertama, dan seterusnya.) ii. Membezakan aktiviti mengikut aras kumpulan. Guru menunjukkan slaid Power Point interaktif yang mengandungi pelbagai aktiviti untuk kumpulan murid aras sederhana dan rendah. Kumpulan aras sederhana Kumpulan aras rendah Murid dibimbing untuk memilih frasa yang padan dengan gambar. Murid dibimbing untuk menyusun gambar mengikut urutan yang betul.
Langkah Ketiga
Mencuba (10 minit) Murid dinilai dengan menggunakan lembaran kerja yang disediakan. Guru membimbing jika perlu Kumpulan aras sederhana Kumpulan aras rendah i) Murid diminta untuk mengisi isi tempat kosong dengan mengeja atau memilih perkataan daripada senarai. Murid diminta untuk menyusun semula kad ayat mudah mengikut urutan yang betul dan menggamkannya ke dalam lembaran kerja.

Penutup Pengajaran

Penutup (5 minit) Kumpulan aras sederhana Kumpulan aras rendah Seorang murid diminta untuk membaca kembali langkah mencuci tangan dengan betul. Semasa rakan sekelas sedang membaca, murid aras rendah diminta untuk menampal gambar di atas papan putih mengikut bacaan rakannya.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru memilih masa yang sesuai untuk menjalankan simulasi mencuci tangan seperti selepas berkebun atau sebelum dan selepas makan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5284 kali

MARI MENGENAL BUAH-BUAHAN

Penulis: 
MOHAMAD SYAKIRIN AIMAN DAN TENGKU AZNIZA

Perancangan Sebelum Pengajaran

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
1.0 Hubungan manusia dan masyarakat 1.5.3 Tumbuhan (Buah-buahan)
Objektif: 
Kumpulan aras sederhana (i) Menerangkan kepada guru nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita Epal yang sombong Kumpulan aras rendah (ii) Menyebut semula nama buah-buahan epal, durian, anggur, pisang, oren dan tembikai secara lisan (iii) Menyebut semula warna buah-buahan epal, durian, anggur, pisang dan oren (iv) Memadankan buah dengan warna yang betul
Kemahiran Sedia Ada: 
Pernah makan beberapa jenis buah-buahan

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Set Induksi
-Guru mengeluarkan sebiji epal dalam kotak ajaib dan menunjukkan kepada murid
-Guru meminta murid menyebut nama buah yang dipegang oleh guru secara beramai-ramai

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
2. Perkaitan dengan pelajaran yang lalu Guru bertanya kepada murid sama ada mereka pernah makan buat tersebut dan minta mereka memberitahu rasa buah yang pernah mereka makan
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
3. Memperkenalkan pengajaran -Guru memberitahu murid bahawa pada hari ini mereka akan melihat dan mendengar cerita Epal yang sombong -Setelah selesai dengan cerita Epal yang sombong, guru memberitahu murid bahawa kita tidak boleh bersikap sombong dengan orang lain.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Memodel -Murid menonton video buah-buahan -Guru menyanyi bersama &ndash; sama dengan murid(video diulang beberapa kali)
Langkah Kedua
2. Membimbing -Guru menggunakan power point interaktif yang mengandungi pelbagai aktiviti untuk murid -Guru bersama &ndash; sama dengan murid menjawab soalan kuiz yang disediakan dalam power point Kumpulan Aras Sederhana Kumpulan Aras Rendah Murid dibimbing dengan guru memberitahu nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita epal yang sombong Murid dibimbing untuk melakukan kuiz yang telah disediakan
Langkah Ketiga
3. Mencuba -Murid dinilai dengan menggunakan lembaran kerja yang disediakan. Guru membimbing apabila melihat murid tidak dapat melakukan sedemikian. Kumpulan Aras Sederhana Kumpulan Aras Rendah Murid diminta untuk menulis semula perkataan buah &ndash; buahan yang diberikan oleh guru Murid diminta untuk memadankan perkataan buah-buahan dengan gambar yang betul

Penutup Pengajaran

Guru membuka semula video buah-buahan dan minta murid menyanyi bersama-sama

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru memilih masa yang sesuai dengan membawa murid ke kedai buah-buahan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 985 kali