Masalah Pembelajaran

Operasi Tambah - Ayat Matemetik ke Bentuk Lazim.

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Siti Sarah Binti Sahlan dan Yusniyanti Binti Yunos

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.4 Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah 3.7.1 Ayat Matematik daripada cerita
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menyelesaikan ayat matematik hasil tambah dua digit dalam lingkungan 10-20
Objektif: 
Di akhir pengajaran, di harap murid dapat: -Menjawab 7 daripada 10 ayat matematik dengan hasil tambah 10-20 dengan betul daripada lebaran kerja. -menukarkan ayat matematik ke dalam bentuk lazim dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar boleh menambah dua digit dengan hasil tambah 15 hingga 20 dalam bentuk lazim.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Guru bercerita tentang “Si Ulat dan Buku” 2.Membaca ayat matematik yang di kehendaki. Contohnya, Si ulat mempunyai 5 buah buku dan ayahnya pula memberi 6 buah buku lagi." 3.Menukar ayat matematik ke dalam bentuk lazim. Keluarkan nombor 5 dan simbol tambah(+) serta 6. Kirakan jumlah tersebut dalam bentuk lazim. 3.Gunakan pembilang untuk memastikan jawapan yang diperolehi. 4. Diulangi dengan latihan pengukuhan dan latih tubi lagi.
Bahan Bantu Mengajar: 
Power point, kad gambar, buku cerita ‘Si Ulat dan Buku’, “Pengembaraan Monyet Sakti” berunsurkan konsep dam ular.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru bercerita tentang ‘Si Ulat dan Buku’.
2.Guru bersoal jawab berkaitan cerita tersebut dengan menyoal “Berapakah jumlah buku yang Si Ulat ada?. Baiklah kita akan selesaikan masalah Si Ulat.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Pada kelas lepas kita telah pelajari tentang konsep tambah ayat matematik dalam bentuk lazim yang mudah.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Pengajaran hari ini berkaitan penyelesaian masalah dalam bentuk ayat matematik ke dalam bentuk lazim. Guru menulis seperti: “ Ayah si Ulat menghadiahkan 5 buah buku” “Cikgu memberi 6 buah buku kepada si ulat” “Berapakah jumlah buku yang si Ulat ada? 2.Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar mengenai melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah berdasarkan cerita.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru meminta jika ada pelajar yang dapat menyelesaikan masalah matematik tadi. 2.Guru mengeluarkan semua maklumat yang terdapat di dalam cerita tersebut. “ Ayah si Ulat menghadiahkan 5 buah buku” “Cikgu memberi 6 buah buku kepada si ulat” “Berapakah jumlah buku yang si Ulat ada? 3. Guru melakonkan watak di dalam cerita si Ulat dan buku sambil membuat menukarkannya di dalam bentuk lazim. Murid memberi jawapan “11” 4.Guru menunjukkan maklumat-maklumat penting di dalam ayat tersebut dan menulisnya di papan putih (modeling).
Langkah Kedua
1.Guru menyuruh pelajar mengeluarkan ayat matematik terlebih dahulu dan kemudian tukar kepada ayat lazim bagi hasil tambah yang melibatkan mengumpul semula.Guru meminta murid menyelesaikan masalah matematik dalam bentuk lazim tadi. 2.Guru mengisi jawapan yang diperolehi dari hasil tambah bentuk lazim ke ruang kosong dalam ayat matematik tadi.
Langkah Ketiga
1.Guru memberi latihan dalam kumpulan 2.Guru memberi setiap kumpulan dengan satu cerita lain yang berlainan. (rujuk lampiran latihan kumpulan). 3.Pelajar bersama-sama menyelesaikan masalah matematik dan mengisi tempat kosong dengan nilai hasil tambah dari cerita. 4.Guru memberi bimbingan dari semasa ke semasa.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid semasa bermain permainan “Pengembaraan Adi”
Latihan Kendiri
Murid menyelesaikan masalah matematik di dalam lembaran kerja. (rujuk lembaran kerja individu)

Penutup Pengajaran

1. Guru merumuskan pengajaran hari ini. 2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan bagaimana untuk menukarkan ayat matematik ke dalam bentuk lazim dengan mengumpul semula tidak melebihi 20.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid digalakkan bermain dam ular untuk mengukuhkan konsep tambah.
Objek: 
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5924 kali

Personal details

PowerPoint Presentation

Today's lesson is to teach pupils to recognize themselves and others (in context of Classroom)

Personal details

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nur Hafiqa bt Sabarani dan Zuita Hazwani bt Mohd Hasim

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.1 state his/her own personal details 2.1.1 Self awareness 2.1.2 Awareness of self and others 2.1.3 Personal details
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Today's lesson is to teach pupils to recognize themselves and others (in context of Classroom)
Objektif: 
At the end of the lesson, pupils are able to: 1)recognize and differentiate self and others in classroom 2)state their names and state their classmates' names 3)state and write their personal detail correctly
Kemahiran Sedia Ada: 
Pupils are able to write. Pupils know their classmate randomly
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1) Pupils can recognize their personal details 2) Pupils can state their personal details 3) Pupils can write their personal details 4) Pupils can recognise their classmates.
Bahan Bantu Mengajar: 
Mirror, power point, worksheet

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Teacher starts the lesson by introducing the characters of Muhammad and Ai Ling in the multimedia power point

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
By using a mirror, teacher asks all the pupils to stand in front of it and recognize each of their friends.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Teacher continue showing the dialogue between Muhammad and Ai Ling and their personal detail (name, age, gender, living place)

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Teacher starts by introducing himself/herself in front of the pupil: "Ok children, today I want to introduce myself like what Muhammad and Ai Ling did" "My name is....." (name) "I am..... years old"(age) "I am a....." (gender) "I live at....." (living place) -Teacher explains to pupils why they must know how to introduce themselves
Langkah Kedua
-Teacher asks each pupil to stand in front of the class and introduce their name, gender, age and place of living. -Teacher guides and help them if needed
Langkah Ketiga
-Teacher asks pupil to fill their personal details on the multimedia screen -Their friends read alouf loud what they had written, guided by teacher

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
-Teacher plays a game with the pupils. -They choose and click one of the boxes on the screen, and answer questions about their personal details.
Latihan Kendiri
-Teacher distributes worksheet. -pupils fill their personal details in the worksheet

Penutup Pengajaran

Teacher calls up pupils' nickname and they must state their full name. Whoever states their name correctly will get a present

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pupil practices how to introduce themselves to their friends at school to their parents at home. They also have self awareness about their personal details.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 365 kali

PENGGUNAAN ALAT DAN TEKNOLOGI DALAM MATEMATIK

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Mohamad Musa Eden

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
15.1: Menggunakan alat dan teknologi dalam matematik. 15.1.2: kalkulator. 3.2: Menambah sebarang dua nombor / operasi tambah asas.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal dan menggunakan kalkulator dalam operasi tambah adalah merupakan isi pelajaran hari ini.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran di harap murid dapat: 1. menyatakan simbol dan nombor yang terdapat pada kalkulator. 2. menekan nombor dan simbol pada kalkulator yang disebut oleh guru. 3. menggunakan kalkulator untuk menyelesaikan operasi tambah asas. 4. Dapat menjawab 8 daripada 10 soalan operasi tambah dengan menggunakan kalkulator.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid telah : 1. mengenali nombor. 2. mengenali simbol (+) dan (=). 3. belajar operasi tambah asas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid diminta untuk menjawab teka-teki. 2. Murid diperdengarkan dengan lagu nombor (little fingers). 3. Murid diminta menamakan benda berdasarkan gambar yang ditunjukkan. 4. murid diberitahu tentang pelajaran hari itu. 5. Murid diminta untuk menyebut nama benda-benda berdasarkan gambar yang ditunjukkan. 6. Murid diminta melabelkan gambar dengan bimbingan guru. 7. Guru membuat demontrasi mengira dengan menggunakan kalkulator. 8. Murid dibimbing untuk mengira dengan kalkulator. 9. Murid diminta untuk mengira dengan kalkulator dengan bimbingan 10. Murid membuat pengiraan dengan menggunakan bahan maujud. 11. Guru mengedarkan lambaran kerja. 12. Murid diminta untuk menyiapkan lambaran kerja tersebut.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. power point interaktif. 2. kad gambar 3. lembaran kerja 4. bahan maujud (kalkulator).

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru mengemukakan teka teki.
“dalam sampul ini terdapat beberapa gambar. Ambil sekeping gambar dan nyatakan jawapan awak”.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru dan murid menyanyikan lagu nombor (Little Fingers)
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid. 2. Guru menerangkan bahawa pelajaran pada hari itu adalah berkenaan dengan penggunaan kalkulator dalam operasi tambah asas.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Langkah 1 1. Guru mempamerkan kad gambar di hadapan. 2. Murid diminta untuk menamakan benda-benda/ komponen yang terdapat pada kalkulator. 3. Murid diminta untuk melabelkan komponen tadi. 4. Guru menerangkan bahawa kita boleh mengira (operasi tambah) dengan menggunakan kalkulator.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan cara mengira (operasi tambah) dengan menggunakan kalkulator. 2. Murid diminta menekan nombor dan simbol yang disebut oleh guru. Contoh: 3 + 6 = **(rujuk power point interaktif) 3. Guru mengedarkan kalkulator kepada pelajar.(bahan Maujud) 4. Murid diminta membuat latihan yang dipamerkan dihadapan dengan bimbingan guru. **(rujuk power point interaktif)

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Latihan 1 1. Guru mengedarkan lambaran kerja. 2. murid diminta melekatkan nombor pada kalkulator. (Gunting dan Tampal) Latihan dengan bimbingan 1. melekatkan nombor dan simbol pada gambar kalkulator 2. melabelkan gambar 3. menggunakan kalkulator. Latihan 2 1. Guru mengedarkan lembaran kerja 2. Murid diminta untuk melabelkan gambar dengan perkataan. Latihan 3 1. Guru mengedarkan lembaran kerja. 2. Murid diminta untuk menyelesaikan operasi tambah dengan menggunakan kalkulator.
Latihan Kendiri
Kerja rumah diberikan kepada murid yang telah menyelesaikan tugasan di dalam kelas dan telah pun dapat menggunakan kalkulator dengan cara yang betul.

Penutup Pengajaran

1. Guru dan murid bersoal jawab mengenai pelajaran hari itu.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Murid boleh cuba mengira resit pembelian dengan menggunakan kalkulator. 2. Murid boleh mengira perbelanjaan satu hari yang telah disenaraikan dengan menggunakan kalkulator.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 6589 kali

Personal detail

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nur Hafiqa bt Sabarani dan Zuita Hazwani bt Mohd Hasim

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Pupils should be able to: 2.1 state his/her own personal details 2.1.1 Self awareness 2.1.2 Awareness of self and others 2.1.3 Personal details
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Today's lesson is to teach pupils to recognize themselves and others (in context of Classroom)
Objektif: 
At the end of learning, pupils are able to: 1)recognize and differentiate self and others in classroom 2)states his/her name and state their classmates names 3)states and write his/her personal detail correctly
Kemahiran Sedia Ada: 
pupils are able to write and know their classmate randomly
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1) Pupils can recognize their personal detail and others (in classroom) 2) Pupils can write their personal detail 3) Pupils can state their personal detail
Bahan Bantu Mengajar: 
Mirror, power point, worksheet

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Teacher starts lesson by introducing the character of Muhammad and Ai Ling in multimedia power point

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
By using mirror, teacher asks all the pupils to stand in front of it and recognize each of their friends.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Teacher continue showing the dialogue between Muhammad and Ai Ling about their personal detail (name, age, gender, place of live)

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Teacher starts by introduce his/her self in front of the pupil: "Ok children, today i want to introduce my self like Muhammad and Ai Ling" "My name is....." (name) "I am..... years old"(age) "I am a....." (gender) "I live at....." (place of live) -Teacher explains to pupil why they must know how to introduce themselves
Langkah Kedua
-Teacher asks each of pupil to stand in front of class and introduce their name, gender, age and place of live, like his/her doing just now -Teacher guides and help them if needed
Langkah Ketiga
-Teacher asks pupil to fill their personal detail in the screen -Their friend read it loudly, guided by teacher

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
-Teacher play game with pupil -They choose and click one of the boxes in the screen, and answer the question about their personal detail
Latihan Kendiri
-Teacher use the worksheet -pupils fill their personal detail that provided in the worksheet

Penutup Pengajaran

Teacher calling up pupil nickname and they must state their full name. Who state their name correctly will get a present

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pupil learnt to introduce their self to their friend at school and to their parent at home. They also have self awareness about their personal details
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 324 kali

Gabungan Dua Operasi “+” dan “-” dari nombor 1 hingga 9

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Saidatana Alawiah bt Jamaludin dan Siti Jamilah bt Mohamed

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
(5) Gabungan Dua Operasi: Membolehkan murid 5.1 Membina cerita 5.1.1 Pembinaan ayat matematik daripada cerita. 5.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan dua operasi 5.2.2 Operasi tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat menyelesaikan gabungan dua operasi iaitu tambah ( + ) dan tolak ( - ) dengan betul.
Objektif: 
1.Apabila diberi lembaran kerja, murid dapat menjawab enam soalan yang diberikan dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul (dengan bimbingan guru) 2.Apabila diberi soalan POP MATH, murid dapat menjawab dua soalan yang diberi dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul. (tanpa bimbingan guru)
Kemahiran Sedia Ada: 
1.Murid mengenal nombor 1 hingga 9 2.Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tambah “ + ” 3.Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tolak “ - “  
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Mengenal nombor 1 hingga 9 Menyelesaikan operasi tambah “+” Menyelesaikan operasi tolak “ - ”. Memahami konsep gabungan dua operasi iaitu operasi “+” dan “ - ” Menyelesaikan operasi tambah dahulu kemudian operasi tolak. Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor dengan bimbingan guru. Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor tanpa bimbingan guru
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad Dot Nombor, Sampul surat, lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menggunakan kaedah bercerita untuk menarik minat pelajar sebelum pengajaran gabungan dua operasi.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Bagi mengingati operasi tambah , apabila guru memberi lagi 2 bintang kepada Awie kerana menjawab soalan guru dengan betul. Operasi tambah tersebut dalam ayat matematik adalah 5+2=7 Bagi operasi tolak pula, murid mengingatinya apabila bilangan bintang Awie dikurangkan kerana mengganggu rakan-rakannya. Operasi tolak tersebut dalam bentuk matematik adalah 7-3=4
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Melalui cerita Bintang Awie , guru memberi satu persoalan kepada pelajar ( bagaimana nak menyelesaikan sekiranya diberi 5+2-3?)

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Guru akan menerangkan gabungan dua operasi kepada pelajar. Guru akan menunjukkan cara untuk menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor bagi memudahkan murid faham. Guru menerangkan konsep tambah, konsep tolak, dan gabungan dua operasi 1: Tambah menyebabkan bilangan yang semakin meningkat 2: Tolak menyebabkan bilangan yang semakin berkurang. 3: Gabungan dua operasi menyebabkan peningkatan dan pengurangan.
Langkah Kedua
Dengan menggunakan kad dot nombor,guru menerangkan bagaimana melakukan gabungan dua operasi tambah dahulu. Contoh: 5+2-3= Jalan penyelesaian: 1-Guru mengambil sekeping kad dot nombor yang mempunyai 5 dot bewarna kuning. 2-Guru menambah sekeping lagi kad dot nombor yang mempunyai 2 dot bewarna kuning di sebelah kanan kad dot nombor pertama. 3-Guru mengira bilangan dot bewarna kuning tersebut keseluruhanya bernilai 7 dot bewarna kuning. 4-Kemudian,guru menutup 3 dot bewarna kuning dengan dot bewarna putih bermula dari sebelah kiri kad dot nombor pertama. 5-Guru mengira semula bilangan dot bewarna kuning yang tinggal iaitu 4 dot.
Langkah Ketiga
1.Guru mengedar lembaran kerja kepada para pelajar. 2.Lembaran kerja yang diberikan terdiri daripada 6 soalan yang menyelesaikan operasi tambah dahulu kemudian operasi tolak. 3.Guru memberi masa kepada pelajar untuk menyiapkan soalan. 4.Guru membimbing dan memerhati pelajar

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru mengadakan POP MATH iaitu guru meminta murid untuk memilih satu daripada lima sampul surat berwarna. Setiap sampul surat itu terdapat dua soalan gabungan dua operasi. Penyelesaian soalan tersebut hendaklah menggunakan kad dot nombor ( Rujuk Power Point Pop Math)
Latihan Kendiri
Guru memberi lembaran kerja untuk disiapkan di rumah. ( Rujuk Lampiran 3 )

Penutup Pengajaran

Guru dan pelajar berbincang jawapan latihan kendiri Guru membetulkan jawapan pelajar(jika salah). Guru menyuruh pelajar membuat pembetulan(jika salah).

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dalam satu balang terdapat empat biji guli. Ahmad telah menambah enam biji guli lagi ke dalam balang. Kemudian adiknya mengambil 2 biji guli Ahmad. Berapakah bilangan guli yang ada dalam balang tersebut sekarang?
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 627 kali

Pengurusan Kehidupan iaitu dalam Komponen Keselamatan Diri

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.Menyebut nama tempat yang memudaratkan diri dalam gambar. 2.Menyebut nama benda yang membahayakan diri dalam gambar. 3.Mengenal atau menentukan situasi, tempat yang memudaratkan diri. 4.Mengenalpasti benda-benda yang membahayakan diri sendiri
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenalpasti situasi, tempat yang memudaratkan diri dan benda-benda yang membahayakan diri sendiri.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat: 1.Menyebut sekurang-kurangnya 2 tempat daripada 4 tempat yang memudaratkan diri. 2.Menyebut sekurang-kurangnya 2 benda daripada 4 benda yang membahayakan diri. 3.Mengenalpasti tempat atau benda-benda sama ada selamat atau tidak kepada diri sendiri.
Kemahiran Sedia Ada: 
1.Murid mengetahui tempat-tempat yang berada di persekitaran mereka. 2.Murid pernah melihat benda-benda yang berada di persekitaran mereka.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Guru menunjukkan gambar tempat-tempat yang membahayakan diri. 2.Guru bercerita mengenai tempat-tempat yang membahayakan diri melalui gambar. Contohnya bahagian dapur, apa alatan yang membahayakan dan kenapa alatan tersebut membahayakan. 3.Guru juga menunjukkan alatan yang tidak membahayakan yang ada di dapur.
Bahan Bantu Mengajar: 
1.Kad gambar 2.Komputer riba 3.Power point dan 4.Lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Murid ditunjukkan kad gambar tempat-tempat yang berada di persekitarannya.
2.Guru dan pelajar bersoal jawab.
3.Guru memperdengarkan kepada murid lagu “lapan budak nakal”.
4.Guru bersama-sama murid menyanyikan lagu tersebut diiringi muzik.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1.Guru meminta murid menyebut tempat atau benda-benda yang membahayakan diri. 2.Guru menyatakan perkataan tersebut adalah sama dengan pembelajaran pada hari sebelumnya iaitu tempat atau benda-benda yang membahayakan diri.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru menunjukkan gambar dapur. 2.Murid menyebut perkataan dapur. 3.Guru menyatakan perkataan dapur adalah daripada suku kata ‘da’ dan ‘pur’. Maka, pelajaran pada hari ini ialah berkenaan tempat yang memudaratkan diri sendiri. 4.Seterusnya,diikuti dengan bilik air,tangga, dan jalan raya mengikut sepertimana langkah di atas.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru menunjukkan gambar tempat-tempat yang membahayakan diri. 2.Guru bercerita mengenai tempat-tempat yang membahayakan diri melalui gambar. 3.Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar.
Langkah Kedua
1.Murid ditunjukkan tempat atau benda-benda yang membahayakan diri dengan menggunakan power point. 2.Murid perlu memadankan tempat atau benda-benda yang membahayakan diri berdasarkan gambar yang diberikan. 3.Selain itu, murid diberikan lembaran kerja untuk melihat sejauh mana kefahaman murid.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Murid ditunjuk cara untuk melakukan aktiviti memadankan gambar tempat dan benda yang membahayakan diri sendiri. 2.Murid dikehendaki menulis semula perkataan yang diperoleh itu di dalam lembaran kerja.
Latihan Kendiri
Murid yang dapat selesaikan dua daripada empat gambar yang ditunjukkan iaitu tempat dan benda-benda yang membahayakan diri sendiri dengan betul, lembaran kerja untuk kerja rumah akan diberikan.

Penutup Pengajaran

1.Guru menyatakan bahawa banyak lagi contoh yang boleh diberikan. 2. Guru meminta murid memberikan contoh lain bagi tempat dan benda yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1.Murid boleh cuba kenalpasti tempat-tempat yang boleh memudaratkan diri. 2.Murid boleh cuba kenalpasti benda-benda yang membahayakan diri di rumah mahupun di sekolah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 620 kali