Masalah Pembelajaran

Membina dan membaca suku kata

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Junaidi Bin Adol, Azmi Bin Hj. Abdullah.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.0 Membaca 4.1 Membina dan membaca suku kata
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
1. Murid membina tiga daripada lima suku kata. 2. Murid membaca tiga daripada lima suku kata.
Objektif: 
Di akhir pengajaran ini murid dapat: 1. Membina tiga daripada lima suku kata dan perkataan dengan bimbingan guru. 2. Membaca tiga daripada lima suku kata dan perkataan dengan bimbingan guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid telah mengenal huruf a hingga z.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menyebut huruf-huruf yang di perolehi daripada belon yang di pecahkan. 2. Memilih satu kad huruf konsonan dan satu lagi kad huruf vokal. 3. Murid di bimbing oleh guru untuk membina suku kata konsonan + vokal (K+V). 4. Menyebut suku kata yang ditunjukkan secara berulang-ulang. 5. Mencantum dua suku kata kosonan vokal + kosonan vokal (KV+KV) untuk membentuk perkataan.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Belon. 2. Kad huruf vokal dan konsonan. 3. Kad bergambar. 4. Lembaran kerja. 5. Kotak. 6. Gula-gula.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru membawa lima belon berbagai warna yang telah di tiup.

2. Di dalam belon tersebut mengandungi kad-kad huruf vokal.

3. Lima orang murid dipanggil ke hadapan dan mengambil belon tersebut.

4. Murid di minta memecahkan belon tersebut secara bebas.

5. Setelah belon pecah, murid di minta mengambil kad-kad huruf berkenaan dan melekatkannya di papan
tulis.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid-murid menyebut huruf-huruf yang diperolehi daripada belon yang dipecahkan tadi.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan kepada murid-murid pelajaran hari ini adalah membina dan membaca tiga daripada lima suku kata.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Murid ditunjukkan dua kotak yang mengandungi kad-kad huruf vokal dan konsonan secara berasingan. 2. Murid diminta datang ke hadapan kelas untuk memilih satu kad huruf konsonan dan satu lagi kad huruf vokal. 3. Huruf yang di pilih di lekatkan di papan tulis. 4. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai huruf yang di lekatkan. 5. Murid di bimbing oleh guru untuk membina suku kata kosonan+vokal (K+V). 6. Murid di bimbing untuk menyebut suku kata tersebut. 7. Aktiviti ini di lakukan berulang kali dengan menggunakan huruf yang berlainan.
Langkah Kedua
1. Murid di tunjukkan beberapa suku kata di papan tulis. 2. Murid di bimbing untuk menyebut suku kata yang di tunjukkan secara berulang-ulang. 3. Guru mempamerkan beberapa kad bergambar di papan tulis. 4. Murid dan guru bersoal jawab tentang gambar yang di lihat. 5. Berdasarkan gambar tersebut, murid di bimbing untuk mencantum dua suku kata kosonan vokal + kosonan vokal(KV+KV) untuk membentuk perkataan. 6. Kemudian murid di bimbing untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut.
Langkah Ketiga
1. Guru menampal kad suku kata di papan tulis. 2. Murid di minta membina perkataan daripada suku kata gambar. 3. Kemudian, murid di minta menyebut perkataan tersebut.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Murid dibimbing oleh guru untuk membina suku kata konsonan + vokal (K+V). 2. Murid di bimbing untuk menyebut suku kata tersebut. 3. Aktiviti ini di lakukan berulang kali dengan menggunakan huruf yang berlainan. 4. Murid di bimbing untuk menyebut suku kata yang di tunjukkan secara berulang-ulang. 5. Berdasarkan gambar, murid di bimbing untuk mencantum dua suku kata kosonan vokal + kosonan vokal (KV+KV) untuk membentuk perkataan. 6. Kemudian murid di bimbing untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut. 7. Guru membimbing murid untuk menyiapkan tugasan yang di berikan.
Latihan Kendiri
Murid di minta membina perkataan daripada suku kata gambar. Kemudian, murid di minta menyebut perkataan tersebut.

Penutup Pengajaran

1. Murid di minta untuk mengangkat tangan untuk menyebut suku kata atau perkataan berdasarkan kad yang di tunjukkan oleh guru. 2. Guru akan memberi sebiji gula-gula dan pujian kepada murid yang dapat menyebut suku kata atau perkataan yang di tunjukkan dengan betul. 3. Kemudian, semua murid menyebut suku kata atau perkataan tersebut.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Membolehkan murid membaca perkataan-perkataan pendek.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 13955 kali

Beg Hadiah

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nor Sa'adah Binti Mohamed Masri

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan tertentu. 4.2.3 Mereka cipta kraf tangan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini adalah membuat beg hadiah
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, dengan bimbingan guru murid dapat membuat beg hadiah masing-masing. Murid juga dapat menghias beg hadiah masing-masing.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat beg kertas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Mengenal alatan membuat beg hadiah. 2. Membuat beg hadiah. 3. Menghias beg hadiah.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kertas keras, pembelut hadiah, "double-tape", reben, bahan terbuang, Gunting, pisau dan gam.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menyoal murid beberapa soalan tentang hadiah;
1. Siapa yang pernah dapat hadiah?.
2. Apa hadiah yang kamu dapat?.
3. Siapa yang pernah beri hadiah pada orang lain?.
4. Apa yang kamu beri.
5. Bagaimana kamu beri hadiah tersebut ?. Adakah kamu balut hadiah atau kamu masukkan hadiah ke dalam beg hadiah?.

Murid menjawab;
1. Murid yang pernah mendapat hadiah mengangkat tangan.
2. Murid menjawab hadiah apa yang mereka pernah dapat.
3. Murid yang pernah memberi hadiah mengangkat tangan.
4. Coklat, alat tulis.
5. Bungkus hadiah atau masukkan hadiah ke dalam kotak hadiah.

- Guru membimbing murid menjawab soalan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menunjukkan beg kertas dan menyoal murid, apa yang dipegang oleh guru. 2. Murid menjawab, beg kertas.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan beg hadiah yang akan dipelajari. 2. Guru menyoal murid. a) Kamu pernah tengok ini? b) Ini apa? c) Apa kegunaannya? 3. Murid menjawab dengan bimbingan guru. a) Pernah lihat atau tidak pernah lihat. b) Beg. c) Mengisi hadiah. 4. Guru menerangkan serba sedikit kegunaan beg hadiah. 5. Guru menyatakan bahawa pada hari ini murid akan diajar membuat beg hadiah.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Memperkenalkan alatan untuk membuat beg hadiah. 1. Guru menunjukkan satu persatu alatan yang akan digunakan untuk membuat beg hadiah. Murid melihat alatan yang ditunjukkan. 2. Guru menyebut nama alatan sambil mengangkat alatan yang disebutkan. Murid mengikut guru menyebut nama alatan. 3. Guru tunjukkan alatan dan minta murid sebut. Kemudian guru sebut alatan dan mintas murid tunjuk. Murid menunjukkan alatan yang disebutkan oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru memastikan setiap murid berjaya menyiapkan beg hadiah masing-masing. 2. Guru menilai hasil kerja murid. Murid yang menghias paling beg hadiah paling cantik dan menarik mendapat ganjaran daripada guru. 3. Guru memuji murid atas usaha dan kesabaran mereka menyiapkan beg hadiah. 4. Guru merumuskan pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh mengeneralisasikannya dalam kehidupan harian melalui melipat latihan yang ingin di tampal di dalam buku.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 333 kali

Some material can absobe water

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Khadijah Awaf

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
The lesson take KBSR syllabus standard 3 Unit 6 6.1 materials can absorp water.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Lesson today will be teach about thing can absobe water.
Objektif: 
By the end of lesson student should be able learn that some materials can absorb water
Kemahiran Sedia Ada: 
The students had mopped the floor before.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
* Dry the plate activity * Discussion about absorbtion * Doing the experiment
Bahan Bantu Mengajar: 
i. Water ii. Transparency container iii. Towel iv. Paper v. sponge vi. Cotton cloth vii. Plastic bag viii. Pebble etc...

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

* Teacher put the wet plate, paper, cotton cloth, plastic bag on the table.
* Teacher ask the student how to clean the wet plate to be dry plate
* Teacher ask for one student to show how to clean.
* Teacher asking the student to give opinion about the activity.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Student can explain about how to dried the floor.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
The lesson will be teach about some materials can absobe water.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
i. Teacher explains to all students about lesson today. • “ today we would like to learn about absorption” • “Do you know absorption?” ii. Teacher explains about the absorption to all students. iii. Teacher and student communicate about the absorption. Example, thing can absorb water or liquid.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Student answer the question in the work sheet. (the work sheet take from the book.. TOPIKAL CEMERLANG A SCIENCE writend by JJULIANA page 26 & 27)

Penutup Pengajaran

i. Teacher and student recall about the lesson today. ii. The conclusion is “the water level has gone down. The paper absorbs water.” iii. Another conclusion is “the water level remains the same. The pebble does not absorb water”

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Student can use the skill to routien activity at home by it self.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 293 kali

BINATANG LAUT

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.3 MEMBACA (MENAMBAH PERBENDAHARAAN)
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal Haiwan Laut
Objektif: 
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat i) Mendengar dan menyebut Perbendaharaan Kata tanpa bantuan guru ii) Menyalin perkataan yang disediakan oleh guru iii) Membina Ayat berpandukan perbendaharaan yang diberikan oleh guru
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid kenal Haiwan
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad gambar, kad perkataan, sampul surat

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Soal Jawab
-Guru meminta semua murid melihat gambar nelayan pergi ke laut

-Kemudian, guru menyoal gambar apakah itu dan siapakah yang terdapat di dalam gambar tersebut

-guru menyoal lagi
i) Kemanakah nelayan itu pergi
ii) Kamu kenalkah laut
iii) Luas tak laut, laut warna apa?
iV) Nelayan itu pegang apa?
v)

Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 281 kali
Lembaran kerja

Bunga kering

Contoh bunga kering yang dibuat oleh murid. Disediakan oleh Faizura bt. Mohammad Nayan.

Memasukkan makaroni ke dalam botol

Gambar ini menunjukkan aktiviti bagi membantu meningkatkan kemahiran motor halus serta koordinasi mata murid dengan melakukan aktiviti memasukkan makaroni ke dalam botol.

Membuat salad buah

Gambar ini menunjukkan cara bagaimana aktiviti bagi membuat salad buah.