Masalah Pembelajaran

Tingkah Laku

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nurul Aisyah Binti Kasim & Norhafiza Binti Mohd Kamarulzaman

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.0 Menjaga keselamatan dan kehormatan diri. 2.2 Mengamalkan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal tingkah laku yang diterima oleh masyarakat dan tidak.
Objektif: 
Di akhir pengajaran, murid dapat 1. Mengenalpasti tingkah laku yang diterima oleh masyarakat berdasarkankan gambar dan powerpoint. 2. Membezakan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat dan sebaliknya berdasarkan gambar dan soal jawab.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid telah didedahkan dengan tingkah laku dan menegah tingkahlaku yang kurang baik semasa di dalam kelas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Mengenal pasti tingkah laku yang diterima oleh masyarakat berdasarkan gambar yang ditunjukkan. 2. Membezakan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat dan sebaliknya. 3. Membuat demonstrasi tingkah laku yang diterima oleh masyarakat. 4. Mengaplikasi tingkah laku sesuai yang diterima oleh masyarakat di dalam kelas. 5. Mengamalkan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Video, gambar, lembaran kerja, slide power point.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Peneguhan positif diberikan kepada murid yang bekerjasama.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru menunjukkan beberapa gambar tingkahlaku baik dan tidak baik kepada murid.
2.Guru bertanya kepada murid tentang gambar tersebut.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru mengingatkan kembali tingkah laku baik yang selalu dilakukan di kelas.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru menunjukkan beberapa gambar berkaitan tingkahlaku baik dan tidak baik kepada murid. Contohnya tidak beratur, membuang sampah merata-rata, membantu orang dalam kesusahan. 2. Guru bertanya kepada murid tingkah laku yang ditunjukkan dalam gambar tersebut. Contoh soalan ialah: • Apakah tingkah laku yang ditunjukkan? • Adakah tingkah laku yang ditunjukkan baik atau tidak baik? 4. Murid menjawab soalan guru dan memuji semua murid pandai. 5. Guru memperkenalkan isi pelajaran hari ini yang bertajuk “Tingkahlaku yang diterima oleh masyarakat”.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menjelaskan tingkah laku baik dan tidak baik serta kenapa perlu melakukannya. 2. Guru bertanya kepada setiap murid contoh tingkahlaku baik yang biasa dilakukan sama ada di kelas atau di rumah. 3. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru. 4. Guru memberi pujian kepada murid. 6. Guru menyatakan bahawa hari ini akan belajar membezakan tingkah laku baik dan tidak baik.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan video berkaitan tingkahlaku yang diterima oleh masyarakat • Beratur • Membuang sampah di tempat yang betul • Membantu orang dalam kesusahan 2. Guru bertanya secara rawak kepada murid tentang video yang telah ditayangkan. Contoh soalan • Apakah tingkahlaku yang sedang dilakukan di dalam video ini? • Adakah tingkahlaku tersebut baik atau tidak baik? • Mengapa perlu melakukan tingkahlaku yang baik? 3. Murid memberi respon terhadap soalan guru. 4. Guru memberi pujian. 5. Guru berbincang bersama murid beberapa contoh lain berkaitan tingkahlaku yang dipelajari hari ini, kemudian menulis di papan putih. Contohnya • Beratur untuk membeli makanan di kantin, menaiki van sekolah dan semasa perhimpunan pagi. • Membuang sampah di dalam bakul sampah di dalam kelas. 6. Guru menyebut contoh tingkahlaku yang ditulis dan meminta murid mengulanginya. 7. Murid mengulang semula apa yang disebut oleh guru. Objek Pembelajaran: Video dalam power point.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan contoh gambar tingkah laku baik dan tidak baik (rujuk power point). 2. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh guru dalam slide power point.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Latihan multimedia dalam power point. • Murid memadankan gambar dengan tingkah laku yang betul. • Murid mengisi tempat kosong dengan ayat yang sesuai. • Murid mengenal pasti tingkah laku mengikut kumpulan.
Latihan Kendiri
1. Guru memberi lembaran kerja kepada setiap murid. 2. Guru meminta murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi. 3. Guru memastikan semua murid menyiapkan lembaran kerja. 4. Guru membimbing murid yang lemah. 5. Selepas murid menyiapkan tugasan, guru membincangkan jawapan bersama murid.

Penutup Pengajaran

1. Peneguhan berbentuk pujian dan ganjaran diberikan kepada setiap murid. 2. Guru merumuskan isi pelajaran yang diajar pada hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1.Murid boleh mengamalkan tingkah laku yang dipelajari dalam kehidupan seharian. 2. Guru menyuruh pelajar menyenaraikan tingkah laku yang diperhatikan semasa di rumah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2929 kali

Warna Asas dan Sekunder

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nurul Syafiqah Binti Ahmad dan Wananisra Masamae

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.5.1 Warna-warna Asas (biru,merah,kuning) 1.5.2 Warna-warna Sekunder (ungu,jingga,hijau)
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menamakan warna-warna asas dan warna-warna sekunder.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1)Diberi satu gambar yang mengandungi warna-warna asas dan warna-warna sekunder, murid dapat memadankan warna-warna tersebut dengan kad perkataan dengan tepat. 2)Apabila ditunjukkan warna-warna asas dan sekunder, murid dapat menyatakan warna-warna tersebut dengan 90 peratus ketepatan. 3)Apabila ditunjukkan warna-warna asas dan sekunder, murid dapat membezakan warna-warna asas dan sekunder tanpa sebarang kesilapan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat warna-warna asas dan sekunder yang ingin dipelajari dipersekitaran mereka.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1) Sebutkan warna asas 2) Sebutkan warna sekunder 3) Kenal ejaan kad perkataan warna asas 4) Padankan warna-warna asas dengan ejaan kad perkataan warna asas 5) Kenal ejaan kad perkataan warna sekunder 6) Padankan warna-warna sekunder dengan ejaan kad perkataan warna sekunder 7) Bezakan warna-warna asas dengan warna-warna sekunder
Bahan Bantu Mengajar: 
1) Power point 2) Lembaran kerja 3) Video

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1) Guru menyanyikan lagu bertajuk ‘Warna’ dengan memfokuskan pada warna-warna asas dan warna-warna sekunder yang akan dipelajari.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid menyebut kembali warna-warna yang pernah dilihat dipersekitaran mereka. Contohnya: “Apakah warna daun?”, “Apakah warna langit?” dan sebagainya.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1) Guru memperkenalkan kepada murid-murid 3 warna asas dan 3 warna sekunder iaitu: Warna-warna asas : merah,biru,kuning Warna-warna sekunder : hijau, ungu, jingga 2) Ketika warna-warna asas dan sekunder disebutkan, guru menunjukkan contoh-contoh objek yang terdiri daripada warna-warna tersebut - Hati : merah - Bulan : kuning - Awan : biru

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Langkah 1: 1) Guru menerangkan kepada murid bahawa warna terbahagi kepada warna asas dan warna sekunder 2) Guru memberitahu murid, warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu: - Biru - Merah - Kuning 3) Guru menyuruh pelajar nyatakan contoh-contoh lain yang mempunyai warna asas satu persatu. - biru : laut, nila, - merah : darah, gincu - kuning : garisan jalan, itik 4) Guru menjelaskan kepada murid warna sekunder juga terdapat 3 warna iaitu: - Jingga - Hijau - Ungu 5) Guru menyuruh pelajar nyatakan contoh-contoh lain atau objek yang berdekatan yang mempunyai warna sekunder satu persatu. - jingga : buah oren, betik - hijau : pokok, rumput, sayur, timun - ungu : baju
Langkah Kedua
1) Guru membaca cerita pendek yang berkaitan dengan warna iaitu bertajuk ‘Anak Itik Yang Gembira’ kepada murid. 2) Guru meminta murid menyebut warna-warna asas dan warna-warna sekunder yang terdapat di dalam watak cerita tersebut. 3) Guru meminta murid menjawab soalan yang diberikan berdasarkan teks yang telah dibacakan.
Langkah Ketiga
1) Guru menyediakan latihan pengukuhan yang berkaitan dengan warna-warna asas dan warna-warna sekunder kepada murid. 2) Guru meminta murid memadankan kad perkataan dengan objek yang mengandungi warna-warna asas dan warna-warna sekunder. 3) Guru meminta murid menyebut warna-warna asas dan warna-warna sekunder yang telah dipadankan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2) Lembaran kerja diasingkan mengikut tajuk yang telah diajar oleh guru: - Warna asas - Warna sekunder - Bezakan warna asas dan warna sekunder
Latihan Kendiri

Penutup Pengajaran

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai tajuk hari ini iaitu warna-warna asas dan warna-warna sekunder.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh bermain-main dengan warna asas dan sekunder dengan mencampurkan dua warna untuk melihat hasil dengan menggunakan pensel warna atau krayon.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 6938 kali