Menengah Tahap 1

KASIH SAYANG

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
ELIZHA DAN NOR ASHIKIN

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Analisis tugasan: 1. Murid melihat video pendek berkenaan hidupan yang terdiri daripada haiwan dan tumbuhan. 2. Murid memberi maklum balas berdasarkan video dengan mengaitkannya dengan pelajaran yang lalu. 3. Murid diterangkan oleh guru tentang tajuk pengajaran pada hari berkenaan. 4. Murid menonton cerita pendek (powerpoint interaktif) 5. Murid bersoal jawab dengan guru dan rakan-rakan. 6. Murid dibimbing melakukan tugasan melalui powerpoint. 7. Murid diminta melengkapkan lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Permulaan Pengajaran (5 minit)
1. Set Induksi:
Murid melihat rakaman tentang hidupan seperti haiwan dan tumbuhan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
2.Perkaitan dengan pelajaran lalu: Guru meminta murid mengimbas kembali isi pelajaran yang lalu berkaitan dengan jenis-jenis hidupan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
3.Memperkenalkan pengajaran: Guru menerangkan bahawa hari ini murid akan mempelajari tentang konsep kasih sayang terhadap haiwan dan tumbuhan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Memodel (10 minit) Murid menonton cerita berkonsep kasih sayang terhadap haiwan melalui powerpoint interaktif. Video diulang dan serentak dengan tayangan powerpoint, murid dibimbing untuk mengingat kembali urutan cerita yang dipaparkan.
Langkah Kedua
2. Membimbing (10 minit) i) Murid dibimbing untuk menyusun gambar peristiwa mengikut urutan cerita dengan mengklik pada gambar. (slide ke-16). ii) Murid dibimbing untuk memadankan keperluan alatan atau bahan untuk kemandirian spesis haiwan atau tumbuhan dengan mengklik pada objek. (slide ke-18 hingga slide ke-20). iii) Murid dibimbing untuk mengisi tempat kosong dengan memilih frasa ayat yang telah disenaraikan atau mengeja sendiri. (slide ke-21).
Langkah Ketiga
3. Mencuba (10 minit) Murid dinilai dengan menggunakan lembaran kerja yang disediakan oleh guru. Pada masa ini proses pemudaran dilaksanakan.

Penutup Pengajaran

Penutup (5 minit) Kumpulan aras sederhana Kumpulan aras rendah Seorang murid akan diminta membaca kembali hasil kerjanya di hadapan kelas melalui lembaran kerja yang telah lengkap dengan jawapan. Murid terpilih akan membantu menampal kad gambar secara bergilir pada papan putih mengikut jawapan yang telah dilengkapkan oleh murid aras sederhana

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru akan memilih masa yang sesuai untuk memberikan murid pengalaman menyentuh dan berinteraksi dengan hidupan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 471 kali

Sikap Berjimat Cermat

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Noor Azlia Bt Abdul Rahman dan Saidatul Aini Bt Jubaidi

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
14.1 Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian 14.2.1 Kepentingan sikap sederhana
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Amalan berjimat cermat membawa keuntungan.
Objektif: 
1) Murid dapat menyatakan secara lisan kepentingan mengamalkan sikap berjimat cermat/amalan sederhana dalam kehidupan. 2) Murid dapat menyenaraikan cara menjimatkan wang, air dan pelbagai lagi dalam kehidupan. 3) Murid dapat mengamalkan sikap berjimat cermat dan sederhana dalam kehidupan seharian.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah tahu membezakan sikap yang baik dan buruk.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menunjukkan video tentang amalan berjimat cermat dan bersederhana dalam kehidupan. 2. Memperkenalkan contoh-contoh amalan berjimat cermat di dalam kehidupan. 3. Menyatakan kesan sikap berjimat cermat dalam kehidupan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Video multimedia, gambar situasi, power point dan lembaran kerja.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Peneguhan positif seperti tepukan kepada murid yang berjaya menjawab soalan.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menunjukkan 1 gambar tentang kehidupan seharian yang berkaitan dengan amalan berjimat cermat dan sikap bersederhana.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid menyenaraikan sikap baik dan buruk berdasarkan video dalam set induksi.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru memperkenalkan contoh-contoh sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian. 2. Contohnya -Berjimat cermat dalam keewangan -Berjimat cermat dalam menggunakan air -Berjimat cermat dalam menggunakan wang 3. Guru menerangkan tentang setiap contoh amalan-amalan berjimat cermat.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru menyatakan cara berjimat cermat dalam kehidupan seharian. Contohnya : 1) Amalan berjimat cermat dalam kewangan melalui • amalan menabung 2) Amalan berjimat cermat dalam menggunakan air • Menutup paip air ketika tidak digunakan contohnya ketika memberus gigi. 3) Amalan berjimat cermat dalam menggunakan elektrik • Menutup kipas dan lampu ketika keluar dari bilik.
Langkah Kedua
Guru memberitahu kepentingan amalan berjimat cermat melalui penggunaan video. Kepentingan berjimat cermat 1) Dalam penggunaan wang • Untuk menjamin masa depan 2) Dalam penggunaan air • Supaya tidak membazir air 3) Dalam penggunaan elektrik • Supaya tidak membazir elektrik
Langkah Ketiga
1) Guru menguji kefahaman murid dengan latihan yang telah disediakan. 2) Guru meminta murid membuat padanan gambar yang betul. 3) Guru meminta murid memilih gambar yang menunjukkan amalan berjimat cermat yang betul. 4) Guru meminta murid menjawab soalan kefahaman mengenai tajuk pelajaran dan soalan mengenai cerita yang telah disampaikan iaitu “Berjimat cermat mendatangkan keuntungan”.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid menyelesaikan latihan satu persatu untuk mengukuhkan kefahaman mereka.
Latihan Kendiri
Apabila murid telah berjaya menjawab semua soalan dalam uji minda pertama, latihan lanjutan akan diberikan sebagai kerja rumah.

Penutup Pengajaran

Guru memaparkan satu cerita teladan dan menyimpulkan pelajaran hari itu dengan sesi soal jawab.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh menyatakan kepentingan dan menyenaraikan kesan dari amalan berjimat cermat.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 9327 kali

Perhubungan dan Pengangkutan

Penulis: 
Noor Aslina Sulaiman dan Zulihi Mohamad

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.3.1 Tanggungjawab terhadap alat perhubungan dan pengangkutan 2.4.1 Penggunaan alat perhubungan dan pengangkutan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid akan mempelajari tentang cara penggunaan pengangkutan awam (bas) dan perhubungan awam (telefon) dengan betul.
Objektif: 
Pada akhir pengajaran; a) apabila ditunjukkan gambar, murid dapat membanding cara penggunaan pengangkutan dan perhubungan awam yang betul dan salah. b) apabila diberikan gambar bersiri, murid dapat menyusun atur cara menggunakan pengangkutan dan perhubungan awam dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid telah mengetahui jenis-jenis perhubungan dan pengangkutan awam dan persendirian serta kepentingannya pada pelajaran yang lalu.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
a) mengenal jenis pengangkutan dan perkhidmatan awam dan persendirian. b) membezakan antara perhubungan dan pengangkutan awam dan persendirian. c) memilih tingkah laku yang betul semasa menggunakan perhubungan dan pengangkutan. d) menyusun semula gambar bersiri penggunaan perhubungan dan pengangkutan dengan betul. e) Mengetahui cara menaiki bas. f) Mengetahui cara menggunakan telefon awam.
Bahan Bantu Mengajar: 
Rakaman video, rakaman audio, power point, lembaran kerja.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
ganjaran positif diberikan kepada murid yang terlibat.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

a) Murid mendengar rakaman audio yang diputar oleh guru.
b) Murid bersoal-jawab tentang rakaman
Contoh soalan:
1) Apakah bunyi yang kamu dengar?
2) Di mana kamu boleh dengar bunyi seperti ini?

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
a) Guru meminta murid mengimbas kembali isi pelajaran yang lalu (mengenal perhubungan dan pengangkutan)
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
a) Guru menerangkan tentang pembelajaran hari ini.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
(10 minit) Langkah 1: Power point- penerangan a) Murid menonton video cara penggunaan perkhidmatan awam (alat pengangkutan) b) Murid disoal berkaitan video. c) Murid menonton video cara penggunaan telefon awam (alat perhubungan) d) Murid disoal berkaitan video
Langkah Kedua
(10 minit) power point (interactive activity) Langkah 2: : Murid menggunakan power point a) Murid dengan bimbingan guru melakukan aktiviti 1, 2 dan 3. b) Guru membuat kesimpulan tentang aktiviti yang telah dilakukan.
Langkah Ketiga
(10 minit) Langkah 3: Penilaian a) Latihan kendiri dan bimbingan dari guru. (rujuk powerpoint) - Latihan 1 - Latihan 2 - Latihan 3 b) Latihan kendiri - Latihan (Aras 1) Sila tanda ( /) pada tingkah laku yang betul semasa menggunakan pengangkutan awam - Latihan (Aras 2) Sila gunting dan tampal mengikut susunan aturan semasa menggunakan telefon awam - Latihan (Aras 3) Sila tulis perkataan sesuai berdasarkan gambar diberi.

Penilaian

Latihan Kendiri
- Latihan (Aras 1) Sila tanda ( /) pada tingkah laku yang betul semasa menggunakan pengangkutan awam - Latihan (Aras 2) Sila gunting dan tampal mengikut susunan aturan semasa menggunakan telefon awam - Latihan (Aras 3) Sila tulis perkataan sesuai berdasarkan gambar diberi.

Penutup Pengajaran

Mari Menyanyi (5 minit) hello, hello kawan di sana, telefon diguna dan tanya berita, e-mel atau surat biasa, hubungi rakan di mana saja… ke sana sini guna kereta, kapal terbang dan bas boleh juga, LRT dan komuter tidak mencemar udara, guna pengangkutan awam, cara bijaksana…

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Lawatan ke stesen bas dan menggunakan perkhidmatan awam.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 7550 kali