Rendah Tahap 1

Personal detail

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nur Hafiqa bt Sabarani dan Zuita Hazwani bt Mohd Hasim

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Pupils should be able to: 2.1 state his/her own personal details 2.1.1 Self awareness 2.1.2 Awareness of self and others 2.1.3 Personal details
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Today's lesson is to teach pupils to recognize themselves and others (in context of Classroom)
Objektif: 
At the end of learning, pupils are able to: 1)recognize and differentiate self and others in classroom 2)states his/her name and state their classmates names 3)states and write his/her personal detail correctly
Kemahiran Sedia Ada: 
pupils are able to write and know their classmate randomly
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1) Pupils can recognize their personal detail and others (in classroom) 2) Pupils can write their personal detail 3) Pupils can state their personal detail
Bahan Bantu Mengajar: 
Mirror, power point, worksheet

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Teacher starts lesson by introducing the character of Muhammad and Ai Ling in multimedia power point

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
By using mirror, teacher asks all the pupils to stand in front of it and recognize each of their friends.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Teacher continue showing the dialogue between Muhammad and Ai Ling about their personal detail (name, age, gender, place of live)

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Teacher starts by introduce his/her self in front of the pupil: "Ok children, today i want to introduce my self like Muhammad and Ai Ling" "My name is....." (name) "I am..... years old"(age) "I am a....." (gender) "I live at....." (place of live) -Teacher explains to pupil why they must know how to introduce themselves
Langkah Kedua
-Teacher asks each of pupil to stand in front of class and introduce their name, gender, age and place of live, like his/her doing just now -Teacher guides and help them if needed
Langkah Ketiga
-Teacher asks pupil to fill their personal detail in the screen -Their friend read it loudly, guided by teacher

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
-Teacher play game with pupil -They choose and click one of the boxes in the screen, and answer the question about their personal detail
Latihan Kendiri
-Teacher use the worksheet -pupils fill their personal detail that provided in the worksheet

Penutup Pengajaran

Teacher calling up pupil nickname and they must state their full name. Who state their name correctly will get a present

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pupil learnt to introduce their self to their friend at school and to their parent at home. They also have self awareness about their personal details
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 344 kali

Gabungan Dua Operasi “+” dan “-” dari nombor 1 hingga 9

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Saidatana Alawiah bt Jamaludin dan Siti Jamilah bt Mohamed

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
(5) Gabungan Dua Operasi: Membolehkan murid 5.1 Membina cerita 5.1.1 Pembinaan ayat matematik daripada cerita. 5.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan dua operasi 5.2.2 Operasi tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat menyelesaikan gabungan dua operasi iaitu tambah ( + ) dan tolak ( - ) dengan betul.
Objektif: 
1.Apabila diberi lembaran kerja, murid dapat menjawab enam soalan yang diberikan dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul (dengan bimbingan guru) 2.Apabila diberi soalan POP MATH, murid dapat menjawab dua soalan yang diberi dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul. (tanpa bimbingan guru)
Kemahiran Sedia Ada: 
1.Murid mengenal nombor 1 hingga 9 2.Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tambah “ + ” 3.Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tolak “ - “  
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Mengenal nombor 1 hingga 9 Menyelesaikan operasi tambah “+” Menyelesaikan operasi tolak “ - ”. Memahami konsep gabungan dua operasi iaitu operasi “+” dan “ - ” Menyelesaikan operasi tambah dahulu kemudian operasi tolak. Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor dengan bimbingan guru. Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor tanpa bimbingan guru
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad Dot Nombor, Sampul surat, lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menggunakan kaedah bercerita untuk menarik minat pelajar sebelum pengajaran gabungan dua operasi.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Bagi mengingati operasi tambah , apabila guru memberi lagi 2 bintang kepada Awie kerana menjawab soalan guru dengan betul. Operasi tambah tersebut dalam ayat matematik adalah 5+2=7 Bagi operasi tolak pula, murid mengingatinya apabila bilangan bintang Awie dikurangkan kerana mengganggu rakan-rakannya. Operasi tolak tersebut dalam bentuk matematik adalah 7-3=4
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Melalui cerita Bintang Awie , guru memberi satu persoalan kepada pelajar ( bagaimana nak menyelesaikan sekiranya diberi 5+2-3?)

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Guru akan menerangkan gabungan dua operasi kepada pelajar. Guru akan menunjukkan cara untuk menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor bagi memudahkan murid faham. Guru menerangkan konsep tambah, konsep tolak, dan gabungan dua operasi 1: Tambah menyebabkan bilangan yang semakin meningkat 2: Tolak menyebabkan bilangan yang semakin berkurang. 3: Gabungan dua operasi menyebabkan peningkatan dan pengurangan.
Langkah Kedua
Dengan menggunakan kad dot nombor,guru menerangkan bagaimana melakukan gabungan dua operasi tambah dahulu. Contoh: 5+2-3= Jalan penyelesaian: 1-Guru mengambil sekeping kad dot nombor yang mempunyai 5 dot bewarna kuning. 2-Guru menambah sekeping lagi kad dot nombor yang mempunyai 2 dot bewarna kuning di sebelah kanan kad dot nombor pertama. 3-Guru mengira bilangan dot bewarna kuning tersebut keseluruhanya bernilai 7 dot bewarna kuning. 4-Kemudian,guru menutup 3 dot bewarna kuning dengan dot bewarna putih bermula dari sebelah kiri kad dot nombor pertama. 5-Guru mengira semula bilangan dot bewarna kuning yang tinggal iaitu 4 dot.
Langkah Ketiga
1.Guru mengedar lembaran kerja kepada para pelajar. 2.Lembaran kerja yang diberikan terdiri daripada 6 soalan yang menyelesaikan operasi tambah dahulu kemudian operasi tolak. 3.Guru memberi masa kepada pelajar untuk menyiapkan soalan. 4.Guru membimbing dan memerhati pelajar

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru mengadakan POP MATH iaitu guru meminta murid untuk memilih satu daripada lima sampul surat berwarna. Setiap sampul surat itu terdapat dua soalan gabungan dua operasi. Penyelesaian soalan tersebut hendaklah menggunakan kad dot nombor ( Rujuk Power Point Pop Math)
Latihan Kendiri
Guru memberi lembaran kerja untuk disiapkan di rumah. ( Rujuk Lampiran 3 )

Penutup Pengajaran

Guru dan pelajar berbincang jawapan latihan kendiri Guru membetulkan jawapan pelajar(jika salah). Guru menyuruh pelajar membuat pembetulan(jika salah).

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dalam satu balang terdapat empat biji guli. Ahmad telah menambah enam biji guli lagi ke dalam balang. Kemudian adiknya mengambil 2 biji guli Ahmad. Berapakah bilangan guli yang ada dalam balang tersebut sekarang?
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 655 kali

Pengurusan Kehidupan iaitu dalam Komponen Keselamatan Diri

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.Menyebut nama tempat yang memudaratkan diri dalam gambar. 2.Menyebut nama benda yang membahayakan diri dalam gambar. 3.Mengenal atau menentukan situasi, tempat yang memudaratkan diri. 4.Mengenalpasti benda-benda yang membahayakan diri sendiri
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenalpasti situasi, tempat yang memudaratkan diri dan benda-benda yang membahayakan diri sendiri.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat: 1.Menyebut sekurang-kurangnya 2 tempat daripada 4 tempat yang memudaratkan diri. 2.Menyebut sekurang-kurangnya 2 benda daripada 4 benda yang membahayakan diri. 3.Mengenalpasti tempat atau benda-benda sama ada selamat atau tidak kepada diri sendiri.
Kemahiran Sedia Ada: 
1.Murid mengetahui tempat-tempat yang berada di persekitaran mereka. 2.Murid pernah melihat benda-benda yang berada di persekitaran mereka.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Guru menunjukkan gambar tempat-tempat yang membahayakan diri. 2.Guru bercerita mengenai tempat-tempat yang membahayakan diri melalui gambar. Contohnya bahagian dapur, apa alatan yang membahayakan dan kenapa alatan tersebut membahayakan. 3.Guru juga menunjukkan alatan yang tidak membahayakan yang ada di dapur.
Bahan Bantu Mengajar: 
1.Kad gambar 2.Komputer riba 3.Power point dan 4.Lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Murid ditunjukkan kad gambar tempat-tempat yang berada di persekitarannya.
2.Guru dan pelajar bersoal jawab.
3.Guru memperdengarkan kepada murid lagu “lapan budak nakal”.
4.Guru bersama-sama murid menyanyikan lagu tersebut diiringi muzik.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1.Guru meminta murid menyebut tempat atau benda-benda yang membahayakan diri. 2.Guru menyatakan perkataan tersebut adalah sama dengan pembelajaran pada hari sebelumnya iaitu tempat atau benda-benda yang membahayakan diri.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Guru menunjukkan gambar dapur. 2.Murid menyebut perkataan dapur. 3.Guru menyatakan perkataan dapur adalah daripada suku kata ‘da’ dan ‘pur’. Maka, pelajaran pada hari ini ialah berkenaan tempat yang memudaratkan diri sendiri. 4.Seterusnya,diikuti dengan bilik air,tangga, dan jalan raya mengikut sepertimana langkah di atas.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru menunjukkan gambar tempat-tempat yang membahayakan diri. 2.Guru bercerita mengenai tempat-tempat yang membahayakan diri melalui gambar. 3.Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar.
Langkah Kedua
1.Murid ditunjukkan tempat atau benda-benda yang membahayakan diri dengan menggunakan power point. 2.Murid perlu memadankan tempat atau benda-benda yang membahayakan diri berdasarkan gambar yang diberikan. 3.Selain itu, murid diberikan lembaran kerja untuk melihat sejauh mana kefahaman murid.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Murid ditunjuk cara untuk melakukan aktiviti memadankan gambar tempat dan benda yang membahayakan diri sendiri. 2.Murid dikehendaki menulis semula perkataan yang diperoleh itu di dalam lembaran kerja.
Latihan Kendiri
Murid yang dapat selesaikan dua daripada empat gambar yang ditunjukkan iaitu tempat dan benda-benda yang membahayakan diri sendiri dengan betul, lembaran kerja untuk kerja rumah akan diberikan.

Penutup Pengajaran

1.Guru menyatakan bahawa banyak lagi contoh yang boleh diberikan. 2. Guru meminta murid memberikan contoh lain bagi tempat dan benda yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1.Murid boleh cuba kenalpasti tempat-tempat yang boleh memudaratkan diri. 2.Murid boleh cuba kenalpasti benda-benda yang membahayakan diri di rumah mahupun di sekolah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 649 kali

Kemahiran Menulis Karangan

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Mohd Yaakup bin Mohd Sabri dan Azuan Jasmin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Deskripsi pelajaran hari ini Menulis karangan pendek
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menulis satu karangan pendek berdasarkan gambar yang diberikan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh membaca dan memahami jalan cerita pendek.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Murid mendengar dan melihat gambar cerita yang ditayangkan. 2.Murid menjawab soalan yang diberikan berdasarkan tayangan gambar tersebut. 3.Murid mengeluarkan idea sendiri berdasarkan gambar yang ditujukkan. 4.Murid menulis karangan pendek berdasarkan gambar yang diberikan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Power point.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menyangkan tayangan gambar ikan emas, ayam dan burung.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Mengingat gambaran seekor ikan, gambar ayam dan burung.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru menayangkan cerita pendek yang bertajuk “ikan emas” 2.Guru menceritakan kembali cerita tersebut 3.Murid dibimbing untuk menceritakan kembali cerita tersebut
Langkah Kedua
1.Dengan bantuan guru, murid melengkapkan cerita tersebut berdasarkan gambar. 2.Murid diminta untuk menulis karangan di atas lembaran kerja 1. 3.Murid diminta membaca semula karangan yang dihasilkan.
Langkah Ketiga
1.Guru menayangkan cerita pendek kedua. 2.Guru mengarahkan murid menceritakan semula cerita tersebut berdasarkan gambar. 3.Guru meminta murid memberikan idea berdasarkan gambar. 4.Murid membuat karangan cerita pendek berdasarkan idea mereka sendiri mengikut urutan gambar.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Guru membimbing murid membuat karangan berdasarkan gambar yang diberikan (lembaran Kerja 3). 2.Latihan kendiri: 3.Murid menulis karangan pendek.

Penutup Pengajaran

Guru menayangkan semula cerita ayam, ikan dan burung.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid diminta untuk membuat karangan pendek berdasarkan haiwan peliharan sendiri di rumah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 619 kali

Operasi tolak dua nombor

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Shakil binti Basri dan Khamsila binti Saffie

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.0 Operasi Tolak 4.2 Menolak Sebarang Dua Nombor
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menolak sebarang dua nombor dengan menggunakan bahan maujud iaitu gula-gula yang diberikan oleh guru.
Objektif: 
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat menolak sebarang dua nombor dengan menggunakan bahan yang disediakan oleh guru iaitu gula-gula, power point dan lembaran kerja.
Kemahiran Sedia Ada: 
1. Pelajar telah mengenal nombor 1 hingga 10 2. Pelajar boleh mengira dan menyebut nombor 1 hingga 10 dengan betul
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Pelajar kenal nilai nombor pertama. 2. Pelajar kenal nilai nombor kedua. 3. Pelajar tahu menggunakan konsep tolak.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Power point 2. gula-gula 3. Bekas gula-gula 4. lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid mengingat kembali kemahiran membilang nombor 1-10 melalui cerita sang kancil dan buaya (rujuk fail cerita sang kancil dan buaya)
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan bahawa dalam cerita sepuluh budak hitam jumlah budak hitam semakin berkurang (menolak).

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru memberikan murid seorang satu bekas (rujuk video 1) 2.Guru memberikan murid 10 biji gula-gula setiap seorang (rujuk video 2) 3.Guru memasukkan gula-gula ke dalam bekas(rujuk video 3) 4.Guru meminta murid memasukkan gula-gula ke dalam bekas seperti yang dilakukan oleh guru (rujuk video 3) 5.Guru meminta murid untuk menyebut seorang suatu nombor (rujuk video 4) 6.Murid menyebut nombor dan guru mengeluarkan coklat dari bekas (rujuk video 5) 7.Kemudian guru mengira baki gula-gula yang tinggal setelah guru mengeluarkan gula-gula mengikut nombor yang diberi oleh pelajar (rujuk video 6) 8.Murid melakukan perkara seperti guru (rujuk video 7&8) 9.Guru menyebut nombor dan meminta semua pelajar mengeluarkan gula-gula mengikut nombor yang diberi oleh guru 10.Guru menyebut nombor dan meminta semua pelajar mengeluarkan gula-gula mengikut nombor yang diberi oleh guru. Kemudian semua pelajar mengira bersama-sama baki yang tinggal di dalam bekas mereka. 11.Guru mengulang langkah yang sama dengan cara penilaian individu. 12.Setiap seorang murid diberi nombor dan guru meminta murid tersebut mengeluarkan gula-gula dari bekas mengikut nombor yang disebut oleh guru dan murid mengira baki yang tinggal dalam bakul setelah mengeluarkan sejumlah gula-gula.
Langkah Kedua
1.Guru meminta pelajar mencari pasangan. 2.Guru meminta pasangan pelajar untuk mengulangi aktiviti ini bersama pasangan masing-masing.
Langkah Ketiga
1.Guru memainkan powerpoint interaktif tentang operasi tolak yang disediakan oleh guru. 2.Guru meminta pelajar menjawab soalan yang disediakan oleh guru dengan powerpoint interaktif. 3.Murid menjawab secara beramai-ramai 4.Murid menjawab secara individu

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Guru memberikan lembaran kerja kepada murid 2.Guru menerangkan 1 contoh berdasarkan lembaran kerja yang diberi 3.Murid menyelesaikan lembaran kerja sendiri
Latihan Kendiri
1.Guru memberikan lembaran kerja kepada murid 2.Murid menyelesaikan lembaran kerja sendiri

Penutup Pengajaran

Guru mengajak pelajar menyertai permainan jual beli dan dalam permainan ini pelajar dibahagikan kepada 2 watak iaitu pembeli dan penjual. Apabila pelajar yang menjadi pembeli membeli barangan yang dijual oleh pelajar yang menjadi penjual, guru akan mengarahkan pelajar yang menjadi penjual untuk mengira baki barangan yang tinggal. Kemudiannya pelajar yang menjadi pembeli akan bertukar watak dengan pelajar yang menjadi penjual dan permainan ini akan berlanjutan sehingga kesemua pelajar sudah memahami konsep tolak tersebut.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru membawa pelajar ke koperasi sekolah dan membeli barangan di koperasi tersebut untuk mengaplikasikan konsep tolak tersebut.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 973 kali

Operasi tambah

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Siti Sarah Binti Sahlan dan Yusniyanti Binti Yunos .

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.4 Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah 3.7 Membina Cerita : 3.7.1 Ayat Matematik daripada cerita
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Melengkapkan ayat matematik hasil tambah dua digit dalam lingkungan 10-20
Objektif: 
Menjawab 7 daripada 10 ayat matematik dengan hasil tambah 10-20 dengan betul daripada lebaran kerja
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar boleh menambah dua digit dengan hasil tambah 15 hingga 20 dalam bentuk lazim
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1)Guru bercerita tentang “Si Ulat dan Buku”( 2)Guru bersoal jawab tentang cerita “Si Ulat dan Buku” 3)Guru bersama-sama murid menyelesaikan masalah matematik berdasarkan cerita tersebut dalam bentuk lazim 4)Guru membimbing pelajar menyelesaikan ayat matematik di dalam cerita 5)Pelajar menyelesaikan masalah ayat matematik di dalam cerita di dalam kumpulan 6)Bermain dengan permainan “Pengembaraan Monyet Sakti ” berunsurkan konsep dam ular
Bahan Bantu Mengajar: 
Power point, kad gambar, buku cerita ‘Si Ulat dan Buku’, “Pengembaraan Monyet Sakti” berunsurkan konsep dam ular.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1)Guru bercerita tentang ‘Si Ulat dan Buku’.
2)Guru bersoal jawab tentang membaca dan menyoal pelajar dengan soalan “Berapakah jumlah buku yang Si Ulat ada?. Baiklah kita akan selesaikan masalah Si Ulat

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1)Guru meminta jika ada pelajar yang dapat menyelesaikan masalah matematik tadi. 2)Guru mengeluarkan semua maklumat yang terdapat di dalam cerita tersebut. “ Ayah si Ulat menghadiahkan 5 buah buku” “Cikgu memberi 6 buah buku kepada si ulat” “Berapakah jumlah buku yang si Ulat ada? Murid memberi jawapan “11”
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1)Guru membentuk ayat matematik daripada cerita ‘Si Ulat dan Buku” dan menyelesaikan jawapannya. 2)Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar mengenai melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah berdasarkan cerita.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru mengubah maklumat di dalam power point berdasarkan cerita yang sama dengan hasil tambah 15-20 2. Guru menunjukkan maklumat-maklumat penting di dalam ayat tersebut dan menyuruh pelajar membentuk ayat matematik terlebih dahulu dan kemudian tukar kepada ayat lazim bagi hasil tambah yang melibatkan mengumpul semula.Guru meminta murid menyelesaikan masalah matematik dalam bentuk lazim tadi. 3. Guru mengisi jawapan yang diperolehi dari hasil tambah bentuk lazim ke ruang kosong dalam ayat matematik tadi.
Langkah Kedua
1.Guru memberi latihan dalam kumpulan 2.Guru memberi setiap kumpulan dengan satu cerita lain yang berlainan. (rujuk lampiran latihan kumpulan). 3.Pelajar bersama-sama menyelesaikan masalah matematik dan mengisi tempat kosong dengan nilai hasil tambah dari cerita. 4.Guru memberi bimbingan dari semasa ke semasa.
Langkah Ketiga
1.Bermain “pengembaraan Monyet Sakti” (rujuk Dam interaktif dan Dam Monyet) 2.Bermain dalam kumpulan dua atau tiga ahli. 3.Pelajar perlu menyelesaikan masalah matematik bagi setiap “check point” untuk maju. 4.Guru memerhati aktiviti pelajar

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid semasa bermain permainan “Pengembaraan Adi”
Latihan Kendiri
Murid menyelesaikan masalah matematik di dalam lembaran kerja. (rujuk lembaran kerja individu)
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 623 kali

Mari Belajar Jawi

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Azreen Effendy Mohammad & Khairunnisa Mokhtar

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Pendidikan Islam > Akademik
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mari belajar jawi dari segi huruf vokal & hijaiyah
Objektif: 
1. Murid dapat membezakan bunyi setiap huruf vokal 2. Murid dapat membunyikan huruf vokal dengan betul 3. Murid dapat menggunakan huruf vokal yang betul dalam membaca, menulis dan mengeja
Kemahiran Sedia Ada: 
1. Murid telah mengenal dan dapat membunyikan semua huruf hijaiyah dari Alif hingga Ya 2. Murid dapat membuat persamaan bunyi antara huruf hijaiyah jawi dan juga huruf rumi
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Membunyikan huruf vokal rumi 2. Penerangan persamaan antara huruf vokal rumi dan jawi 3. Membunyikan huruf vokal rumi dan jawi 4. Aktiviti pengukuhan dan pengayaan
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Power point 2. Paparan slaid lagu kanak-kanak 3. Lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Bacaan doa sebelum belajar

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Pelajar diminta menyambung titik-titik huruf mengikut urutan supaya dapat menghasilkan gambar yang menarik. Kemudian warnakan gambar.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan kepada murid huruf vokal dalam jawi Nota: Rujuk slaid 4-7

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Menerangkan persamaan bunyi antara vokal jawi dan vokal rumi 1. Guru tunjuk dan sebut vokal jawi. 2. Guru tunjuk vokal rumi murid sebut bunyi. 3. Guru terangkan persamaan bunyi vokal dengan huruf jawi dan huruf rumi Nota: Rujuk slaid 8-23
Langkah Kedua
Membunyikan huruf dengan padanan vokal yang sesuai 1. Guru tunjuk dan bunyikan huruf vokal jawi serta minta pelajar ikut 2. Aktiviti 1 diulang beberapa kali sehingga pelajar benar-benar mahir mengenal dan dapat membunyikan huruf vokal tersebut Nota: Rujuk slaid 8-16

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Latihan pengukuhan 1. Guru tunjuk vokal rumi dan gambar 2. Kemudian minta pelajar tunjuk vokal jawi beserta sebutan Nota: Rujuk slaid 17-23
Latihan Kendiri
Warnakan huruf vokal

Penutup Pengajaran

Guru menyanyi bersama pelajar
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 35362 kali