Rendah Tahap 1

JIMAT CERMAT

Sikap sederhana atau jimat cermat dalam kehidupan seharian

SIKAP BELAS KASIHAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis:
SYAFIKAH YAHYA DAN HABIBAH TALIB

Perancangan Sebelum Pengajaran

Objektif:

Objektif  Am    : 11.1 Membolehkan murid mengamal sikap belas kasihan.
Objektif Khas : Murid dapat menyebut amalan belas kasihan  yang pernah dilakukan dalam kehidupan seharian.
: Murid dapat memain peranan berpandukan video sikap belas kasihan menolong orang tua.

Kemahiran Sedia Ada:

Murid pernah melalui pengalaman membantu  ibu bapa,
ahli keluarga dan  rakan-rakan.
: Murid pernah melalui pengalaman membantu guru untuk membersihkan kawasan bangunan kelas.

Bahan Bantu Mengajar:

Lagu, video, slide pada power point dan puzzle (lembran kerja).

Sokongan Tingkah Laku Positif:

Guru memberi ganjaran positif seperti pujian apabila murid dapat menjawab soalan dengan tepat.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi:

Permulaan Pengajaran (7 minit)
1. Set Induksi :
Guru memaparkan lagu “Tolong Kami Bantu Kami” nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramli.
Murid mendengar lagu tersebut bersama-sama.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid menyebut amalan belas kasihan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan pengajaran hari ini iaitu mengenai amalan sikap belas kasihan dalam kehidupan seharian.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Memodel (18 minit) Murid menonton video amalan belas kasihan. Video tersebut diulang sebanyak 2 kali. Selepas itu, murid diminta memain peranan perbuatan belas kasihan di dalam video tersebut.
Langkah Kedua
2. Membimbing (10 minit) Guru membimbing murid menanda gambar yang betul mengikut urutan cerita.
Langkah Ketiga
3. Mencuba (20 minit) I. Murid cuba mengisi tempat kosong ayat mudah dengan memilih daripada senarai perkataan yang diberikan. II. Murid diminta membantu rakan dalam kesusahan. (Contohnya, murid melakonkan perwatakan seorang rakan yang mengalami masalah untuk pergi ke kantin akibat ketidakupayaan yang dialami dan salah seorang rakan cuba memain peranan membantu dengan menolak kerusi roda rakan tersebut untuk ke kantin). III. Guru menyediakan satu puzzle dan diletak di atas lantai kelas. Murid diminta menyusun satu puzzle mengenai “seorang budak membantu nenek yang cedera di tepi jalan raya”.

Penutup Pengajaran

• Generalisasi I. Guru membuat rumusan tentang perlunya amalan belas kasihan dalam kehidupan seharian.(Penegasan kepada nilai belas kasihan dan membantu orang lain yang perlu murid-murid amalkan bermula pada hari tersebut dan sehinggalah seterusnya).  Guru meminta murid memberi contoh cara yang mana mereka akan gunakan untuk menolong seseorang selepas pembelajaran hari ini selesai.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 9 kali