Rendah Tahap 2

Tatabahasa : Kiasan Perbandingan Semacam.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani A/P Ganason.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.3 Menyoal untuk mendapatkan maklumat. 5.2 Membaca dan memahami bandingan semacam dengan betul. 8.2 Menulis bagi melengkapkan ayat dengan bandingan semacam yang sesuai.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Memahami penggunaan kiasan perbandingan semacam dengan betul.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Mengecam perkara kiasan perbandingan semacam mengikut konteksnya, 2. Bersoal jawab tentang penggunaan kiasan perbandingan semacam. 3. Menulis bagi melengkapkan ayat dengan bandingan semacam yang sesuai dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid dapat membezakan kiasan perbandingan semacam dengan perumpamaan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menerangkan tentang perbandingan semacam. 2. Guru memberikan beberapa kad imbasan simpulan bahasa dan kiasan perbandingan semacam. Murid memilih ikut kategori. 3. Guru mengedarkan kad imbasan dan meminta murid mencantumkan kiasan perbandingan semacam. Murid mencantumkannya. 4. Guru memberikan lembaran kerja dan murid membuat aktiviti (lembaran kerja 1, lembaran kerja 2 dan lembaran kerja 3 sebagai kerja rumah). 5. Guru memberikan jawapan dan murid menyemak.
Bahan Bantu Mengajar: 
Lembaran kerja (dalam bentuk braille bagi buta), kad imbasan, kertas braille dan mesin braille.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru memberikan beberapa kad yang tertulis perumpamaan, simpulan bahasa dan kiasan perbandingan semacam (dalam Braille kepada murid buta).

2. Guru meminta murid memilih ikut kategori masing-masing.

3. Murid memilih simpulan bahasa, perumpamaan dan kiasan bandingan semacam ikut kategorinya.

4. Guru meminta murid membaca bandingan semacam yang tertulis di kad tersebut dan murid membaca.

5. Guru mengaitkan isi pelajaran hari ini.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru minta murid mencuba nyatakan apakah perkatan yang perumpamaan, dan semacam.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad imbasan perbandingan semacam kepada murid. 2. Guru menyatakan bahawa pembelajaran hari ini adalah berkaitan dengan perbandingan semacam.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru meminta murid mencantumkan kad imbasan perbandingan semacam yang yang diberikan. 2. Murid secara individu mencantumkan kad imbasan yang diberikan dengan betul. 3. Guru bersama murid membincangkan jawapan. 4. Guru meminta murid membaca dengan kuat kad imbasan mengikut susunan yang murid telah susun.
Langkah Kedua
1. Guru meminta murid membaca edaran lembaran kerja dan melengkapkan jawapan yang betul (lembaran kerja 1). 2. Murid mengisikan jawapan yang betul dan guru membantu murid memberikan jawapan yang betul.
Langkah Ketiga
1. Guru memberikan (lembaran kerja 2) dan meminta murid isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul berkaitan perbandingan semacam. 2. Setiap murid menerima lembaran kerja dan membuat latihan mengisikan tempat kosong dengan perbandingan semacam yang betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Murid ditunjuk cara untuk menjawab soalan melengkapkan perbandingan semacam dengan betul. 2. Murid menjawab soalan lembaran kerja.
Latihan Kendiri
Murid yang dapat selesaikan latihan 2 diberikan latihan 3 sebagai kerja rumah.

Penutup Pengajaran

1. Guru meminta murid tertentu ke hadapan dan bersoaljawab kembali tentang kiasan perbandingan semacam kepada kawan-kawan mereka. 2. Guru menggalakkan murid menggunakan kiasan perbandingan semacam.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat menggunakan kiasan perbandingan semacam dengan betul.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5252 kali