Galeri Gambar ePKhas

Galeri Gambar ePKhas-Lee

oleh Dr Lee Lay Wah

Murid berkeperluan khas biasanya perlu sokongan gambar untuk memahami sesuatu yang hendak dipelajari. Kerap kali maklumat daripada gambar atau visual lebih senang ditangkap oleh murid bermasalah pembelajaran berbanding dengan hanya maklumat lisan. Murid autisme biasanya memerlukan sokongan gambar untuk memahami sesuatu perkara.  Penerangan lisan ditambah dengan sokongan gambar merupakan kaedah yang sesuai untuk mengajar murid bermasalah pembelajaran.

Gambar di Internet biasanya gambar dari luar negara dan mungkin tidak sesuai untuk murid kita sebab gambar-gambar tersebut tidak mencerminkan budaya tempatan. Di samping itu, gambar yang biasa tidak mempunyai murid berkeperluan khas, seolah-olah murid berkeperluan khas tidak wujud dalam komuniti kita. Gambar-gambar di ePKhas cuba menginklusifkan murid berkeperluan khas.

Satu Galeri Gambar telah dibina di ePKhas supaya guru pendidikan khas rantau ini boleh muat turun dan menggunakan gambar-gambar tersebut sebagai bahan pembelajaran di kelas. Gambar-gambar disediakan dalam dua format, iaitu hitam-putih dan berwarna supaya nilainya sebagai bahan pengajaran bertambah.

Contoh gambar yang boleh dimuat turun daripada Galeri Gambar ePKhas.

 

Langkah-langkah dalam Rancangan Pengajaran di ePKhas biasanya disokong oleh gambar statik ataupun gambar dalam multimedia.

 

 

Dibaca 5150 kali