Menyediakan Lembaran Kerja untuk Mengajar Tulisan Tangan

oleh

Dr Lee Lay Wah

Guru boleh menggunakan Bahan Cetakan Flash Belajar Menulis untuk menyediakan lembaran kerja  tulisan tangan. Cetakan Flash Belajar Menulis direkabentuk supaya murid dapat belajar secara ansur maju. Guru boleh mula mengajar dengan tulisan bersaiz besar. Apabila murid sudah menguasai kemahiran menulis tulisan bersaiz besar, guru boleh menyediakan lembaran kerja tulisan bersaiz sederhana dan seterusnya lembaran kerja tulisan bersaiz kecil. Di samping saiz, lembaran kerja juga direkabentuk supaya bimbingan yang diberikan dipudarkan secara beransur-ansur. Murid mula menulis dengan templat tulisan cetakan hitam, diikuti dengan  templat tulisan bergaris, dan seterusnya templat tulisan pudar. Ini berasaskan prinsip pembelajaran 'prompts and fades' (bimbingan dan pudaran). Rujuk contoh rajah di bawah:

 

Di samping itu, guru juga boleh menyediakan lembaran kerja mengikut keperluan murid secara individu. Sebagai contoh, guru boleh sediakan lembaran kerja untuk mengajar murid menulis nama mereka, alamat mereka serta nombor telefon mereka. Rujuk contoh di bawah:

 

 

 

Kelebihan lembaran kerja ePKhas berbanding dengan lembaran kerja dari buku adalah lembaran kerja ePKhas boleh diubahsuai mengikut keperluan murid secara individu. 

Dibaca 15943 kali