Menyediakan Lembaran Kerja untuk Mengajar Urutan Nombor/Abjad

oleh Dr Lee Lay Wah

Anda boleh menggunakan Bahan Cetakan Flash bertajuk Urutan Nombor/Abjad untuk menyediakan satu siri lembaran kerja. Lembaran kerja yang disediakan boleh direka mengikut keperluan murid. Contohnya, untuk murid yang hendak mempelajari urutan nombor 11 hingga 15. Guru boleh menyediakan lembaran kerja tersebut secara ansur maju.

Untuk menyediakan lembaran kerja , guru hanya perlu isikan nombor permulaan dan membuat pilihan mengenai cara paparan. Dengan cara ini, guru dapat menghasilkan lembaran kerja yang hampir tidak terhad. Kelebihan menggunakan Bahan Cetakan Flash untuk menghasilkan lembaran kerja berbanding dengan lembaran kerja dari buku adalah lembaran kerja Cetakan Flash ini boleh diubahsuai mengikut keperluan murid secara individu.

Contohnya seperti di bawah:

Contoh lembaran kerja urutan nombor

 Seterusnya, guru hanya perlu mencetak lembaran kerja tersebut untuk digunakan di dalam kelas.

Dibaca 7793 kali