Mengguna Repositori

Repositori ePKhas mengandungi pelbagai ciri-ciri untuk menggalakkan perkongsian sumber pengajaran dan ide antara pendidik. Terdapat enam jenis sumber e-pengajaran dan pembelajaran dalam ePkhas iaitu

  • rancangan pengajaran berasaskan digital
  • objek pembelajaran multimedia
  • bahan cetakan Flash
  • galeri gambar
  • buku cerita multimedia
  • artikel berasaskan digital.

Keenam-enam sumber ini boleh digunakan secara berasingan sebagai item individu ataupun boleh digunakan secara bergabungan.

Mendaftar sebagai ahli:

Pengguna yang tidak mendaftar sebagai ahli hanya boleh tengok tetapi tidak boleh muat turun sumber. Pengguna yang mendaftar sebagai ahli biasa boleh membaca, pratonton dan muatturun sumber pengajaran. Untuk mendaftar menjadi ahli biasa, klik pada butang 'Jadi Ahli'.

Isikan borang permohonan yang disediakan dan klik untuk hantar borang.  Keahlian biasa adalah serta-merta. Anda boleh log masuk dengan menggunakan password yang telah anda isikan. 

 

 Memohon untuk naiktaraf menjadi Penyumbang:

Ahli biasa yang dinaiktaraf untuk menjadi ahli penyumbang boleh menggunakan templat Rancangan Mengajar Harian yang disediakan untuk membina rancangan mengajar sendiri. Penyumbang juga boleh muat naik sumber pengajaran multimedia dengan menggunakan enjin muat naik yang disediakan. Untuk menjadi penyumbang, ahli biasa perlu memohon kepada pentadbir ePKhas dengan klik 'sunting maklumat peribadi' di akaun peribadi dan pilih 'permohonan naiktaraf'.

Satu emel akan dihantar ke emel anda untuk memaklumkan status permohonan anda.