Menyumbang Sumber

Anda boleh menyumbang dua jenis sumber:

  • Rancangan Pengajaran Harian
  • Objek pembelajaran multimedia

BUAT SUMBANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN:

Untuk menyumbang rancangan pengajaran harian, klik 'Buat sumbangan Rancangan Mengajar' di Akaun Peribadi anda. Anda boleh memilih untuk membina rancangan pengajaran harian yang baru, menyunting draf rancangan pengajaran harian yang sudah disimpan atau menghantar rancangan pengajaran yang siap ke pentadbir ePKhas untuk diluluskan.

Membina Rancangan Pengajaran:
Rancangan pengajaran harian terdiri daripada lima bahagian utama (dengan sub langkah) iaitu:

  • Deskripsi Pelajaran
  • Perancangan sebelum pengajaran
  • Permulaan pengajaran
  • Isi Pelajaran
  • Penutup Pengajaran
  • Latihan Generalisasi/Aplikasi kepada kehidupan seharian

Isikan kandungan rancangan pengajaran mengikut kotak-kotak yang disediakan. Untuk setiap langkah bahagian Isi Pelajaran, anda boleh mencadangkan langkah alternatif. Untuk setiap langkah, anda digalakkan mencadangkan objek pembelajaran multimedia untuk menyokong langkah pengajaran tersebut. Anda perlu muat naik objek pembelajaran multimedia tersebut terlebih dahulu di bahagian 'Buat sumbangan objek pembelajaran'. Seterusnya untuk menggabungkan objek pembelajaran multimedia kepada rancangan pengajaran anda, taipkan tajuk objek pembelajaran yang anda ingin memilih ke dalam ruangan di templat rancangan pengajaran. Objek pembelajaran dengan tajuk tersebut akan dipaparkan.  Anda boleh simpan rancangan pengajaran anda sebagai draf dan sambung pembinaan/penyuntingan pada masa yang lain. Anda juga boleh pratonton rancangan pengajaran anda.

Sunting Rancangan Pengajaran
Anda boleh sunting rancangan pengajaran anda yang sudah disimpan. Selepas menyunting, anda boleh simpan rancangan pengajaran.

Hantar Rancangan Pengajaran
Bila sudah siap dibina, anda boleh hantar rancangan pengajaran anda kepada pentadbir ePKhas dengan memilih 'Hantar draf rancangan mengajar'.

Seterusnya, anda perlu pilih menu 'Alir Kerja' dan klik butang 'Untuk Terbitan' untuk menghantarkan rancangan pengajaran tersebut kepada pihak pentadbir ePKhas. Pentadbir ePKhas akan menilai perancangan anda dan membuat keputusan untuk menerima atau menolaknya. Anda akan dimaklumkan keputusan melalui emel atau pada mukasurat akaun peribadi anda.

BUAT SUMBANGAN OBJEK PEMBELAJARAN:

Bina objek pembelajaran
ePKhas tidak mempunyai perisian untuk membina objek pembelajaran multimedia. Anda perlu bina objek pembelajaran tersebut secara berasingan di dalam perisian lain terlebih dahulu.  Objek pembelajaran multimedia yang boleh dimuat naik ke ePKhas adalah objek :

  • Microsoft Powerpoint  (extension ppt)
  • Flash animation (extention swf, flv)
  • grafik (extension jpg, png, gif)
  • video (extension mov, mpeg, mpg)
  • audio (extension mp3)

Untuk muat naik objek pembelajaran multimedia, pilih 'Bina objek pembelajaran.' Semasa proses muat naik, anda perlu mengisi maklumat mengenai objek pembelajaran multimedia tersebut. Maklumat yang wajib diisikan ditandakan dengan *.  Anda digalakkan untuk mengisi seberapa banyak maklumat mengenai objek tersebut.

Anda juga perlu menyiapkan satu fail imej bersaiz sekurang-kurangnya 250x250 piksel untuk setiap objek pembelajaran anda (kecuali objek audio) sebagai gambar untuk memperkenalkan objek anda.

Seterusnya, muat naik fail objek pembelajaran multimedia beserta dengan fail imej untuk objek tersebut.

Sunting objek pembelajaran multimedia
Anda boleh sunting objek pembelajaran multimedia anda yang sudah disimpan. Selepas menyunting, anda boleh simpan objek pembelajaran multimedia tersebut.

Hantar objek pembelajaran multimedia
Bila objek pembelajaran multimedia sudah dimuat naik, anda perlu hantar objek pembelajaran multimedia anda untuk diterbitkan oleh pentadbir ePKhas. Pilih menu 'Alir Kerja' dan klik butang 'Untuk Terbitan' untuk menghantarkan rancangan pengajaran tersebut kepada pihak pentadbir ePKhas. Pentadbir ePKhas akan menilai objek anda dan membuat keputusan untuk menerima atau menolaknya. Anda akan dimaklumkan keputusan melalui emel atau pada mukasurat akaun peribadi anda.