Model Pengajaran ePKhas-Lee

oleh Dr. Lee Lay Wah.

MODEL PENGAJARAN ePKhas-Lee (Hak Milik © 2007 ePKhas) menggabungkan elemen pengajaran terus dengan elemen multimedia untuk menghasilkan rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid berkeperluan khas. Pengajaran berasaskan Model Pengajaran ePKhas-Lee menggunakan templat Rancangan Pengajaran ePKhas-Lee (RPH ePKhas-Lee) untuk membuat perancangan (Lee, Mei 2009). RPH ePKhas terdiri daripada tujuh peringkat dan peringkat pengajaran ini disokong secara semantik dan secara pedagogi oleh sumber pembelajaran multimedia yang berkaitan (Lee, Mac 2009). Strategi pengajaran ePKhas iaitu strategi ModelBimbingCuba  digunakan untuk mengajarkan kemahiran/pengetahuan kepada murid berkeperluan khas.

Model Pengajaran ePKhas-Lee ini dibina berasaskan kepada teori pengajaran , teori psikologi murid berkeperluan khas, teori pembelajaran multimedia serta hasil kajian empirikal yang terbukti berkesan.

 

 

Rujukan:

Lee Lay Wah. (Mac, 2009). Sumber pembelajaran digital ePKhas. Dari laman web: http://epkhas.ses.usm.my/content/sumber-pembelajaran-digital-epkhas

Lee Lay Wah. (Mei, 2009). Rancangan pengajaran harian ePKhas. Dari laman web: http://epkhas.ses.usm.my/content/model-pengajran-epkhas

 

Dibaca 4835 kali