Oleh siteadmin, 23 Mei 2009
oleh Dr. Lee Lay Wah
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ePKhas-Lee
Pengajaran yang berkesan bermula dengan perancangan dan reka bentuk pengajaran yang baik. Rancangan Pengajaran Harian ePKhas-Lee (Hakmilik © 2007 ePKhas) dibina untuk tujuan menolong guru pendidikan khas membuat perancangan proses pengajaran-pembelajaran seharian mereka. RPH ePKhas-Lee distrukturkan kepada ENAM peringkat.
1. Maklumat Awal Pelajaran
- Bidang
- Jenis Ketidakupayaan
- Peringkat Pendidikan
- Aras
- Domain
2. Perancangan Sebelum Pengajaran
Enam perkara perlu dikenalpasti dan ditentukan terlebih dahulu sebelum merancang langkah-langkah dalam proses pengajaran-pembelajaran. Perkara tersebut adalah:
- Sukatan Pelajaran
- Deskripsi Pelajaran Hari Ini
- Objektif Pelajaran
- Kemahiran Sedia Ada
- Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran
- Bahan Bantu Mengajar
- Sokongan Tingkah Laku Positif
3. Permulaan Pengajaran
Tiga langkah digunakan untuk memulakan sesuatu pengajaran dalam kelas iaitu:
- Set induksi
- Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
- Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
4. Penyampaian Isi Pelajaran
Strategi pengajaran ePKhas-Lee disyorkan untuk menyampaikan isi pelajaran. Strategi ini terdiri daripada TIGA langkah yang utama iaitu Model, Bimbing dan Cuba (ModelBimbingCuba ePKhas-Lee 2007). (Lee, Mei 2009).
- Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid (Model)
- Penilaian berterusan: Latihan dengan Bimbingan (Bimbing)
- Penilaian: Latihan Kendiri (Cuba)
5. Penutup Pengajaran
6. Aktiviti Lanjutan
Aktiviti lanjutan kepada pelajaran mungkin boleh merangkumi:
- Aktivti Generalisasi
- Aktiviti Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian
- Pelajaran Lanjutan
Templat RPH ePKhas-Lee © telahpun dibina dalam ePKhas untuk tujuan menolong guru membina Rancangan Pengajaran Pelajaran Harian mereka. Anda boleh menggunakan templat apabila anda daftar sebagai ahli penyumbang ePKhas.
![]()
Rujukan: Lee Lay Wah. (Mei, 2009). Strategi Pengajaran ePKhas: Model, Bimbing, Cuba. Dari laman web: http://epkhas.ses.usm.my/content/strategi-pengajaran-epkhas










