Membeli dengan Strategi Ringgit Seterusnya

Membeli Dengan Menggunakan Strategi Ringgit Seterusnya

 Membeli benda dengan menggunakan wang merupakan satu kemahiran hidup yang perlu dipelajari oleh muird berkeperluan khas. Untuk murid yang mempunyai masalah mengira wang terutamanya duit syiling, satu strategi membeli yang lebih ringkas boleh diajarkan kepada mereka. Strategi tersebut dinamakan strategi Ringgit Seterusnya. Strategi ini terdiri daripada langkah-langkah di bawah yang boleh diajarkan kepada murid:

 

  1. Ajar murid untuk melihat harga benda. Contohnya: RM3.45
  2. Minta murid bertanyakan diri: Apakah ringgit yang ditunjukkan? Jawapan: RM3.00
  3. Seterusnya minta murid bertanyakan diri: Terdapat sen tak? Jawapan: Ada/ Tiada
  4. Murid membuat keputusan:

       Kalau ADA sen, perlu tambah seringgit.

                  Murid membilang keluar tTIGA keping RM1 

                  Kemudian tambahkan satu lagi keping RM1 untuk diberikan kepada pekedai.

 

         Kalau TIADA sen, tidak perlu tambah seringgit

                  Murid membilang keluar TIGA keping RM1  untuk diberikan kepada pekedai

   

Tambahan ringgit seterusnya adalah untuk menggantikan nilai sen RM 0.45. Dengan cara ini, murid akan berasa lebih yakin untuk membuat pembelian. Selain itu, mereka juga kurang akan ditipu semasa membuat pembelian.

Seorang guru pendidikan khas yang mengajar di sekolah menengah telah mencuba strategi ini dengan muridnya. Berdasarkan beliau , 'murid menyatakan bahawa kaedah ini lebih mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk membayar. Keresahan mereka sama ada nilai wang yang dikira adalah betul atau tidak juga berkurang. Mereka juga berasa kurang tertekan apabila membuat pembelian'.

 

Dibaca 4602 kali