Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran yang dirujuk dalam ePKhas termasuk Sukatan Pelajaran Masalah Pembelajaran  serta Sukatan Pelajaran aliran perdana, iaitu KBSM dan KBSR.  Sumber pembelajaran multimedia ePKhas untuk murid bermasalah pembelajaran dibina dengan merujuk kepada Sukatan Pelajaran Masalah Pembelajaran (Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia).  Sumber pembelajaran untuk murid masalah penglihatan dan masalah pendengaran pula dibina dengan merujuk kepada sukatan pelajaran KBSM dan KBSR. Tajuk/unit sukatan pelajaran ditulis dalam setiap Rancangan Pengajaran Harian ePKhas untuk membantu guru mencari sumber untuk unit-unit tertentu. Di samping itu, tujuannya adalah untuk memberikan gambaran kepada guru bagaimana unit-unit dalam sukatan pelajaran boleh diterjemahkan ke bentuk Rancangan Pengajaran Harian.

 

 

Dibaca 11329 kali