Diterbitkan 7 LANGKAH MENCUCI TANGAN DENGAN BETUL

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
MOHAMMAD IQBAL DAN NURUL HAZWANI

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
i) Perkataan yang berkaitan dengan cara mencuci tangan: tekan, sabun, pili air, air, kain, tutup, buka. ii) Ayat mudah cara mencuci tangan 1. Basuh tangan dengan sabun. 2: Gosok tapak tangan. 3: Gosok semua jari dan celah jari. 4: Gosok kuku di tapak tangan. 5: Gosok belakang tangan. 6: Basuh tangan dengan air bersih. 7: Keringkan tangan dengan tuala bersih.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat: i) Mengisi tempat kosong dengan menggunakan ayat mudah mengenai cara mencuci tangan. ii) Menyebut dan menyusun ayat-ayat mudah tentang cara mencuci dengan betul. : Kumpulan aras rendah Di akhir pengajaran, murid dapat: i) memilih frasa yang betul berpandukan gambar. ii) memadankan gambar dengan nombor langkah yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
i) Tahu tentang kepentingan mencuci tangan ii) Tahu bila waktu yang memerlukan untuk mencuci tangan
Bahan Bantu Mengajar: 
video mencuci tangan, gambar bersiri mencuci tangan, kad frasa, power point interaktif, lembaran kerja
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi ganjaran positif seperti pujian/bintang pada kad, apabila murid dapat menumpu perhatian di dalam kelas dan menjawab soalan dengan betul

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Set induksi
i. Murid melihat sabun yang ditunjukkan oleh guru.
ii. Murid menghidu dan memegang sabun yang ditunjukkan oleh guru secara bergilir-gilir.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
2. Perkaitan dengan pengajaran yang lalu: i. Guru meminta murid mengimbas kembali isi pelajaran yang lalu berkaitan kepentingan menjaga kebersihan diri.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
3. Memperkenalkan pengajaran: i. Guru menerangkan bahawa hari ini murid akan dibimbing untuk menulis 7 langkah mencuci tangan dengan betul mengikut turutan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Memodel (10 minit) i. Murid menonton video 7 langkah mencuci tangan dengan betul. Video diulangi beberapa kali. ii. Murid mendengar penjelasan guru tentang keperluan mencuci tangan dengan betul dan juga akibat yang terjadi jika tidak mencuci tangan dengan betul.
Langkah Kedua
2. Membimbing  (10 minit) i. Murid dibimbing memadankan kad frasa perkataan dengan gambar. (contoh: meletakkan ayat basuh tangan dengan sabun di bawah gambar pertama, dan seterusnya.) ii. Membezakan aktiviti mengikut aras kumpulan. Guru menunjukkan slaid Power Point interaktif yang mengandungi pelbagai aktiviti untuk kumpulan murid aras sederhana dan rendah. Kumpulan aras sederhana Kumpulan aras rendah Murid dibimbing untuk memilih frasa yang padan dengan gambar. Murid dibimbing untuk menyusun gambar mengikut urutan yang betul.
Langkah Ketiga
Mencuba (10 minit) Murid dinilai dengan menggunakan lembaran kerja yang disediakan. Guru membimbing jika perlu Kumpulan aras sederhana Kumpulan aras rendah i) Murid diminta untuk mengisi isi tempat kosong dengan mengeja atau memilih perkataan daripada senarai. Murid diminta untuk menyusun semula kad ayat mudah mengikut urutan yang betul dan menggamkannya ke dalam lembaran kerja.

Penutup Pengajaran

Penutup (5 minit) Kumpulan aras sederhana Kumpulan aras rendah Seorang murid diminta untuk membaca kembali langkah mencuci tangan dengan betul. Semasa rakan sekelas sedang membaca, murid aras rendah diminta untuk menampal gambar di atas papan putih mengikut bacaan rakannya.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru memilih masa yang sesuai untuk menjalankan simulasi mencuci tangan seperti selepas berkebun atau sebelum dan selepas makan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4879 kali