Diterbitkan Alat Perhiasan (Mahkota).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 1. 3.0 Membentuk dan membuat binaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menghasilkan mahkota yang kreatif.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Meningkatkan kreativiti. 2. Meningkatkan psikomotor halus dengan mengait, mewarna dan menampal. 3. Merasa seronok menghasilkan mahkota yang kreatif.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat topi dan gambar mahkota raja.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menerangkan tentang mahkota. 2. Guru mengedarkan kad manila yang dilakarkan dengan mahkota. 3. Murid menerima lakaran mahkota. 4. Guru menebuk lubang di sekeliling lakaran mahkota yang berbentuk bergigi. 5. Guru memberikan benang yang siap diikat dengan jarum. 6. Murid menjahit ke lubang mahkota yang bergigi. 5. Guru memberikan labuci warna warni kepada setiap murid. 6. Murid menerima labuci. 7. Meletakkan atau menyapukan gam di atas mahkota. 7. Melekatkan labuci satu demi satu sehingga selesai. 8. Menghiasi mahkota dengan kreatif. 9. Selepas selesai menghiasi guru membantu menstaplerkan membentuk mahkota.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad manila, gam, benang, gunting, pensil, kertas warna, jarum plastik, labuci dan "Stapler".
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Pujian diberikan kepada murid ynag kreatif.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan topi dan menanyakan tentang kegunaan topi dan mahkota kepada murid. Murid menjawab pertanyaan guru.

2. Guru bertanya kepada murid, "Siapa yang memakai mahkota?" dan murid menjawab, "Raja".

3. Guru bertanya lagi, "Apakah perbezaan topi dengan mahkota?".

4. Guru menunjukkan beberapa contoh mahkota raja, permaisuri dan ratu.

5. Murid melihat gambar yang ditunjukkan.

6. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas melihat contoh gambar mahkota, guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang kegunaan topi dan mahkota kepada raja.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat dan merasa dengan sentuhan contoh guru iaitu, mahkota.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara menghasilkan mahkota yang kreatif. 2. Guru menyediakan bahan yang diperlukan dan murid melihat bahan yang disediakan oleh guru. 3. Guru menyediakan jaluran kad manila yang sesuai mengikut saiz kepala murid yang siap diguntingkan kepada bentuk bergigi. 4. Guru menebuk lubang di sekeliling bentuk bergigi bagi memudahkan murid membuat perhiasan. 5. Murid mendengar dengan teliti arahan guru dan menerima bahan yang diperlukan.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan contoh mahkota yang siap dan murid melihat contoh mahkota yang siap. 2. Guru menunjukkan cara untuk menghiasi mahkota dengan benang warna. 3. Murid ikut arahan guru semasa menjahit benang di sekeliling lubang bentuk bergigi. 4. Guru membimbing murid rabun memasukkan benang ke lubang yang siap ditebuk dengan menggunakan jarum plastik yang siap diikat benang oleh guru.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan cara menghiasi mahkota dengan melekatkan labuci. 2. Guru membimbing murid untuk melekatkan labuci dengan meletakkan gam dan melekatkannya. 3. Murid dapat ikut arahan guru dengan baik. 4. Guru membimbing murid rabun dengan memegang tangan mereka. 5. Setelah siap, guru membantu murid untuk menyambungkan mahkota dengan menklipkannya mengikut saiz kepala murid.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik menggunakan psikomotor halus iaitu tangan atas tangan untuk membimbing memasukkan benang ke dalam lubang kad manila yang disediakan. 2. Guru membimbing murid dengan menunjukkan cara mengikat benang dengan cara yang betul dengan memegang tangan mereka. 3. Guru memegang tangan murid supaya mereka dapat memegang pensil warna dengan betul dan mewarna dengan betul. 4. Guru juga membimbing murid cara untuk melekatkan labuci dengan menggunakan gam.
Latihan Kendiri
1. Murid dapat memasukkan benang dengan sendiri apabila ditunjukajar oleh guru walaupun memerlukan masa. 2. Murid juga dapat melekatkan sendiri labuci dengan kemas.

Penutup Pengajaran

1. Guru menilai hasil kerja murid. 2. Murid sama-sama melihat dan memakai mahkota hasil kerja masing-masing di atas kepala. 3. Guru memuji hasil kerja murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dengan penghasilan mahkota sendiri, murid lebih mengenali tentang kegunaan mahkota yang dipakai oleh raja, permaisuri, ratu dan sebagainya.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5509 kali