Diterbitkan Anggota Badan.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nor Sa'adah Binti Mohamed Masri

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2 Membaca perkataan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini mengenai anggota badan iaitu mengecam anggota badan dan mengenal perkataan bagi anggota badan.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat; 1. Menyebut lapan bahagian anggota badan dengan betul. 2. Memadankan enam daripada lapan perkataan anggota badan dengan gambar anggota badan dengan betul. 3. Mencantumkan suku kata enam daripada lapan perkataan anggota badan dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah boleh membaca suku kata kosonan vokal + kosonan vokal (KV+KV).
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Nyanyian "Kalau anda rasa gembira". 2. Mengecam anggota badan. 3. Membaca kad perkataan anggota badan. 4. Memadankan kad perkataan dengan kad gambar. 5. Mencantumkan suku kata. 6. Membuat latihan pengukuhan. 7. Merumuskan isi pelajaran.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Model murid. 2. Gambar budak perempuan dan budak lelaki. 3. Kad perkataan (rambut, telinga, mulut, hidung, tangan, mata, leher dan kaki). 4. Kad suku kata. 5. Lembaran kerja. 6. Carta gambar. 7. Lirik lagu.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan lirik lagu "Kalau anda rasa gembira....".

2. Guru menyanyi lagu.

3. Guru terlebih dahulu menunjukkan gaya seperti yang disebutkan dalam lirik lagu. Contohnya, tepuk tangan.

4. Guru menyuruh murid menyanyi bersama-sama guru sambil membuat gaya.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menyuruh murid menunjukkan kembali gaya yang telah murid lakukan tadi. 2. Guru menyoal, "Apakah gaya yang telah murid lakukan tadi?". 3. Murid memberikan jawapan tepuk tangan, petik jari, tepuk bahu, tepuk peha dan hentak kaki. 4. Guru membimbing murid menjawab.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan gambar budak perempuan dan gambar budak lelaki. 2. Guru menyatakan bahawa anggota badan budak perempuan dan budak lelaki tersebut sama seperti anggota badan murid dalam kelas. 3. Guru menyatakan isi pelajaran iaitu anggota badan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Mengecam anggota badan 1. Guru menunjukkan gambar budak perempuan kepada murid. Guru menamakan budak perempuan tersebut sebagai Suri. 2. Guru membimbing murid menyebut perkataan anggota badan Suri. Murid menyebut perkataan. 3. Guru membimbing murid menyebut perkataan sambil menunjukkan anggota badan Suri dengan jari. Kemudian, guru menyuruh murid menyebut secara kelas. 4. Selepas itu, guru menyuruh murid seorang demi seorang menunjukkan anggota badan yang disebutkan oleh guru. 5. Guru menyuruh murid mengadap muka rakan mereka secara berpasangan dua orang. 6. Guru menyuruh murid menunjukkan anggota badan rakan mereka sambil menyebut nama anggota badan tersebut.
Langkah Kedua
A) Membaca kad perkataan anggota badan. 1. Guru menunjukkan kad perkataan anggota badan. 2. Guru membimbing murid membaca kad perkataan. Murid membaca perkataan dengan guru. 3. Murid membaca perkataan secara kelas, kemudian murid membaca perkataaan secara individu. 4. Guru menunjukkan kad perkataan dan minta murid baca. Murid membaca kad perkataan secara kelas. Murid membaca secara individu. B) Memadankan kad perkataan dengan kad gambar. 1. Guru melekatkan gambar Suri di papan putih. 2. Guru menyuruh murid memilih kad perkataan untuk dipadankan dengan gambar Suri. 3. Murid memilih perkataan dan memadankan dengan anggota badan pada badan Suri. 4. Kemudian, guru menyuruh setiap murid menyiapkan sebuah gambar dengan lengkap. 5. Murid seorang demi seorang menyiapkan gambar dengan melekatkan kad perkataan nama anggota badan pada gambar. 6. Guru membimbing murid membuat aktiviti.
Langkah Ketiga
-Mencantumkan kad suku kata. 1. Guru menunjukkan kad suku kata. Guru mencantumkan kad suku kata menjadi perkataan anggota badan di papan putih. 2. Guru menyuruh murid mencantumkan kad suku kata. Guru mengedarkan kad suku kata kepada setiap murid. 3. Setiap murid mendapat dua perkataan yang dipecahkan dalam bentuk suku kata. 4. Murid di minta menyambungkan suku kata menjadi perkataan yang betul. 5. Murid bertukar kad dengan rakan sehinggalah murid berjaya menghasilkan cantuman suku kata. Guru membimbing murid yang lemah. 6. Kemudian, guru menyuruh murid datang ke hadapan kelas untuk memilih suku kata bagi membentuk perkataan anggota badan. 7. Guru membimbing murid membuat aktiviti. Guru memuji murid yang berjaya mencantumkan suku kata dengan betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Lembaran kerja tersebut mengandungi arahan untuk murid menyelesaikan silang kata berpandukan kepada ayat. 2. Guru membimbing murid membuat lembaran kerja.

Penutup Pengajaran

1. Guru menunjukkan carta gambar anggota badan Suri sambil diperhatikan oleh murid. 2. Guru menyuruh murid menyebut bahagian-bahagian anggota badan tersebut. 3. Murid menyebut anggota badan Suri sambil menunjukkan bahagian badan. 4. Guru meminta murid menyanyi lagu “kalau anda rasa gembira”. Murid menyanyi lagu bersama-sama guru. 5. Guru merumuskan pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru menyediakan peluang untuk murid menggunakan keseluruhan anggota badannya dalam membuat aktiviti pendidikan jasmani.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 8765 kali