Diterbitkan Arnab dan kura-kura.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Tan Ai Luan.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
a) Kumpulan Cerdas. 1.8 Bercerita secara bebas. 2.10 Membaca ayat mudah. 3.10 Menulis ayat mudah mengikut urutan isi. b) Kumpulan sederhana. 1.8 Bercerita secara bebas. 2.8 Membaca perkataan. 3.7 Menulis perkataan. c) Kumpulan lemah. 1.8 Bercerita secara bebas. 2.4 Mengingat dan menyebut benda yang telah dilihat.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menyatakan peristiwa dalam gambar.
Objektif: 
A) Di akhir pengajaran murid yang tergolong dalam kumpulan cergas dapat; 1. Mengisi tempat kosong sekurang-kurangnya sepuluh daripada duabelas dengan perkataan yang sesuai (lembaran kerja 4). 2.Padankan gambar dengan ayat sekurang-kurangnya tiga daripada empat dengan betul (lembaran kerja 5). 3. Menulis cerita mengikut urutan isi sekurang-kurangnya dua daripada empat dengan betul (lembaran kerja 6). B) Di akhir pengajaran murid yang tergolong dalam kumpulan sederhana dapat; 1.Padankan gambar dengan perkataan sekurang-kurangnya dua daripada tiga dengan betul (lembaran kerja 2). 2. Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai sekurang-kurangnya 2 daripada 4 (lembaran kerja 3). C) Di akhir pengajaran murid yang tergolong dalam kumpulan lemah dapat; 1. Menulis perkataan dengan betul (lembaran kerja 1). 2. Padankan gambar dengan perkataan dengan betul sekurang-kurangnya 2 daripada 3 (lembaran kerja 2).
Kemahiran Sedia Ada: 
a) Kumpulan cergas; -Boleh membaca suku kata, perkataan dan ayat. b) Kumpulan sederhana; -Boleh membaca perkataan. c) Kumpulan lemah; -Boleh menamakan benda maujud.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
a) Kumpulan cergas; 1. Bercerita secara bebas 2. Membaca ayat mudah. 3. Menulis ayat mudah mengikut. b) Kumpulan sederhana; 1. Bercerita secara bebas. 2. Membaca perkataan. 3. Menulis perkataan. c) Kumpulan lemah; 1. Bercerita secara bebas. 2. Mengingat dan menyebut benda yang telah dilihat. urutan isi.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gambar situasi, gambar, kad perkataan dan kad ayat. Gambar berwarna dari buku : Wan Zaharah, Mastura, Suraidah dan Norlida. (2008). Dengarlah Sayang:Modul cerita kank-kanak. Kuantan, Pahang: Q-Jaya Enterprise. (m/s 25-26).

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Murid ditunjukkan dengan perkataan yang tidak lengkap.

Arn_b
K_ra- kur_

2. Murid diminta melengkapkan tiap perkataan tersebut dengan huruf yang betul.

3. Guru bertanya soalan berikut, "Bagaimana kura-kura berjalan?" dan murid memberikan jawapan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru menunjukkan gambar arnab dan kura-kura satu persatu sambil bertanya soalan berikut, "Ini gambar apa?".
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad gambar “Arnab dan kura-kura“ satu persatu. Guru bercerita tentang situasi dalam gambar itu. ” Pada suatu hari, arnab ajak kura-kura berlumba lari. Pada pertengahan jalan, arnab tertidur di bawah pokok. Kura-kura berjalan perlahan-lahan ke garisan penamat. Arnab terjaga dan lihat kura-kura sudah menang.“ 2. Murid mendengar guru bercerita. 3. Guru bertanya soalan-soalan berikut kepada murid; a) "Apakah ini?". b) "Arnab ajak kura-kura buat apa?". c) "Apakah yang berlaku kepada arnab?". d) "Apakah yang berlaku kepada kura-kura?". e) "Adakah Arnab sudah menang?". 4. Murid memberikan jawapan-jawapan berikut; a) "Arnab dan kura-kura". b) "Berlumba lari". c) "Tertidur di bawah pokok". d) "Berjalan perlahan-lahan ke garisan penamat". e) "Tidak".

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad perkataan dan membimbing murid membaca perkataan tersebut beberapa kali. a) Kura-kura. b) Arnab. c) Pokok. 2. Guru menyuruh murid membaca perkataan dan menunjukkan nama benda tersebut. 3. Seterusnya guru menyuruh murid cerdas mengeja perkataan tersebut dengan betul (murid pandai eja perkataan). 4. Manakala guru menyuruh murid lemah menunjukkan perkataan yang betul (murid lemah mendiskriminasi perkataan). 5. Guru menjalankan permainan dengan menyuruh seorang murid keluar ke hadapan dan menyuruh murid tersebut membaca kad perkataan. 6. Murid-murid lain akan mencari perkataan tersebut di dalam petikan. 7. Murid-murid yang dapat mencari perkataan dengan betul akan diberi satu "sticker".
Langkah Kedua
1. Guru membaca ayat mudah tentang situasi dalam gambar iaitu; a) Arnab ajak kura-kura berlumba lari. b) Arnab tertidur di bawah pokok. c) Kura-kura berjalan perlahan-lahan ke garisan penamat. d) Arnab terjaga dan lihat kura-kura sudah menang. 2. Murid membaca ayat tersebut secara beramai-ramai. 3. Murid membaca ayat tersebut seterusnya mencari kad perkataan yang sesuai untuk ditampal dalam tempat kosong. Contohnya; Arnab ajak ___________berlumba ____________. Arnab ___________di bawah _______________. Kura-kura ___________perlahan-lahan ____garisan ________. __________terjaga dan _________kura-kura sudah ________. 4. Seterusnya, guru telah menterbalikan kad tersebut dan minta murid eja perkataan tersebut di atas kad.
Langkah Ketiga
1. Guru menyuruh murid memadankan gambar dengan ayat yang betul. 2. Murid menyusun semula cerita bermula dengan kad gambar diikuti dengan kad ayat.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Guru mengedarkan lembaran kerja. Lembaran kerja dibahagikan kepada tiga bahagian serta mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid masing-masing. 2. Lembaran kerja diedarkan secara berperingkat-peringkat dari mudah ke susah. 3. Murid membimbing murid yang lemah.

Penutup Pengajaran

Guru menyuruh murid menceritakan semula situasi dalam gambar.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat memahami dan menyatakan sesuatu perisitiwa yang dilihat melalui gambar seperti cerita kartun, buku cerita dan lain-lain lagi.

Rujukan

Rujukan: 
Wan Zaharah, Mastura, Suraidah dan Norlida. (2008). Dengarlah Sayang:Modul cerita kank-kanak. Kuantan, Pahang: Q-Jaya Enterprise. ePKhas. (2007-2009). Repositori sumber e-pengajaran dan pembelajaran multimedia untuk pendidikan khas. Didapati daripada: http://epkhas.ses.usm.my
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 11030 kali