Diterbitkan BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NUR ADILAH DAN NADIA SHAFIEE

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Mengenal bahan yang boleh dikitar semula
Objektif: 
Di akhir pembelajaran, murid dapat : i) Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul ii) Memadankan gambar bahan yang boleh dikitar semula
Kemahiran Sedia Ada: 
i) Murid mengenal apa itu sampah ii) Murid mempunyai pengalaman membuang sampah
Bahan Bantu Mengajar: 
Power Point interaktif, video bahan yang boleh dikitar semula, lembaran kerja
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi peneguhan positif seperti pujian dan token apabila murid memberi perhatian dalam kelas dan berjaya menjawab soalan dengan betul

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

i)Guru menayangkan power point interaktif kepada murid
ii)Murid menonton power point interaktif yang ditunjukkan oleh guru

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
i)Guru bertanya kepada murid tentang nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif ii)Guru menerangkan nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif i)Murid menyatakan nilai murni yang terdapat dalam power point interaktif ii)Murid memberi perhatian semasa guru mengajar
Langkah Kedua
i)Guru menayangkan video bahan yang boleh dikitar semula ii)Guru menerangkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula i)Murid menonton video bahan yang boleh dikitar semula ii)Murid mendengar penerangan  daripada guru
Langkah Ketiga
i)Guru menyuruh murid menjawab lembaran kerja ii) Guru memberikan token kepada murid jika dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul</p> i)Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh guru ii) Murid mendapat token daripada guru jika berjaya menjawab soalan dengan tepat

Penutup Pengajaran

i)Guru membuat rumusan tentang bahan yang boleh dikitar semula i)Murid mendengar rumusan daripada guru
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1284 kali