Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
- Perancangan Sebelum Pengajaran
- Permulaan Pengajaran
- Penyampaian Isi Pelajaran
- Penilaian
- Penutup Pengajaran
- Aktiviti Lanjutan
Perancangan Sebelum Pengajaran
Sukatan Pelajaran:
3.3 Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi huruf pada simbol yang dilihat.
6.1 Mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Isi pelajaran pada hari ini ialah mengukuhkan ingatan murid kepada lima huruf yang telah dipelajari iaitu a, e, i, o dan u. Mereka telah mempelajari huruf-huruf ini secara satu persatu di dalam pembelajaran yang lepas. Pada hari ini, mereka diterangkan bahawa huruf-huruf ini berada di dalam satu kumpulan yang sama iaitu huruf-huruf vokal.
Objektif:
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat mengenal, menyebut dan mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u serta membentuk huruf menggunakan plastisin mengikut arah yang betul.
Kemahiran Sedia Ada:
Murid pernah melihat dan menyebut perkataan api, ekor, ikan, obor dan ulat. Perkataan-perkataan ini mempunyai huruf vokal di awal perkataan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Murid ditunjukkan gambar api, ekor, ibu, aki, isi, ulu, obor dan ubi.
2. Murid diminta menyebut gambar-gambar tersebut dengan suara yang kuat.
3. Murid diminta memberi penekanan suara pada bunyi sebutan pada awal perkataan.
4. Guru menunjukkan cara membunyikan perkataan itu dengan sebutan yang betul.
5. Murid diimbas kembali huruf-huruf vokal yang telah dipelajari‚’a, e, i, o, u’.
6. Murid menunjukkan huruf-huruf vokal mengikut bunyi yang disebut oleh guru.
7. Guru dan murid melengkapkan puzzle huruf dan puzzle gambar yang berkaitan.
8. Murid juga membentuk huruf vokal tersebut dengan menggunakan plastisin.
9. Bagi menilai kefahaman terhadap pembelajaran pada hari ini, murid diberi latihan memadankan huruf dan gambar yang betul.
Bahan Bantu Mengajar:
kad huruf, kad gambar, gambar dari majalah, lembaran kerja dan plastisin.
Permulaan Pengajaran
Penyampaian Isi Pelajaran
Penilaian
Penutup Pengajaran
1. Guru meminta murid menunjukkan huruf vokal yang betul apabila guru menyebut perkataan yang telah dipelajari sebentar tadi.
2. Guru memuji semua murid yang berjaya mengikuti pembelajaran hari itu dengan baik.









